Epilog

Romance Series 77048

9 bulan kemudian.

Langkah kaki di majukan saat menaiki tingkat atas rumah. Bilik utama dia tuju. Tak sabar mahu bertemu dengan seseorang yang amat dia rindui. Rindu sepenuh hati. Dan dia separuh mati menahan rindu yang melahar di jiwa.

Ceria saja suaranya memanggil nama si isteri saat tombol pintu bilik dia buka.

“ Askim.." senyuman paling indah dia pamerkan saat terpandang susuk itu sedang duduk di atas sofa membelakanginya.

Mengenali suara yang sedang memanggilnya terus saja Ann Layli berpaling dari kerja yang sedang dilakukan. Balasan senyuman dengan penuh kebahagiaan dia balas buat si suami.

Bunga lily putih yang sedang digubah untuk di jadikan bunga tangan buat bakal isteri Megat Zairy Ghaddafi diletakkan ke meja.

Terus saja dia bangun dengan bersusah payah seraya menyahut panggilan dari suami tercinta dengan suara penuh teruja. Masakan tidak teruja, sudah hampir dua minggu mereka tidak bersua kerana Benz Fahri sibuk dengan beberapa urusan perniagaan di Dubai.

Hampir dua minggu itu dia di temani rindu yang tak berkesudahan buat lelaki itu. Hanya berbekalkan panggilan video saja yang menghubungkan jiwa kerinduan mereka agar hilang sedikit rasa yang menggunung di hati. Tetapi tetap juga rindu yang sarat itu tidak hilang walaupun dapat bersua wajah.

Toh hari ini, dalam ralit dia melakukan kerja tidak sedar suaminya itu sudah pulang walaupun sudah di khabarkan waktu ketibaannya.

“ Abang.." Ann Layli terus mendapatkan tubuh Benz Fahri yang sedang menghampirinya di hadapan pintu bilik itu. Tangan sasa Benz Fahri dicapai lalu dikucup sayang.

“ I love you askìm!" ucapnya saat tubuh Ann Layli didakapnya erat. Dahi isterinya di kucup penuh kasih. Wajah berseri itu juga dicium semahunya. Rindu!

“ Sorry abang, sayang tak perasan abang sampai." ujar Ann Layli sekalian membalas pelukan Benz Fahri. Getar rindu di seluruh tubuhnya dilepaskan semahunya pada susuk itu. Terasa seksa selama berjauhan membuatkan empangan perasaan kasihnya seakan mahu pecah selama tidak berada dalam dakapan hangat lelaki itu.

Setelah hampir setahun kembali bersama tidak pernah sekali pun dia ditinggalkan Benz Fahri lagi. Namun kali ini, pemergian suami tercinta itu harus direlakan demi sebuah tanggungjawab yang besar. Ann Layli akur.

“ I'm miss you dada..." lunak suara Ann Layli berbisik ke telinga lelaki itu sebaik duduk mereka dilabuhkan di hujung katil.

Bertalu ciuman berlabuh ke pipi sang suami membuatkan Benz Fahri diterpa rasa bahagia yang tak terungkap. Merasakan dirinya menjadi dambaan sang isteri adalah anugerah yang tak terucap.

Ketawa Benz Fahri dengan kemanjaan si isteri.

“ Baby je rindu. Mama baby tak rindu ke?" keningnya terangkat bertanya setelah membalas pelukan wanita itu tadi. Sengaja bertanya walaupun sudah dia tahu jawapannya.

“ Tak."

“ Really?"

Anak mata hazel Ann Layli di cari. Namun dengan sengaja wanita itu menutup matanya supaya dia tidak dapat melihat. Sengaja menutup cahaya rindu yang sedang bersinar di situ supaya Benz Fahri tidak mengetahuinya. Tetapi lelaki itu cukup arif dengan rasa yang dia punya.

“ Jangan tipu abang ya..I know my wife ni rindu sangat dengan abang. Kalau askìm tak bagitahu pun abang tahulah." ujarnya senang. Pipi dan bibir isterinya kemudian menjadi sasaran Benz Fahri.

Mengekek Ann Layli ketawa. Sungguh dia tidak dapat mengelak atau merahsiakan perasaannya yang satu itu buat sang suami. Bahagia dibelai dan dikasihi oleh seorang lelaki bernama Benz Fahri membuatkan trauma dalam perkahwinan terdahulu sirna kini.

“ Hati-hati askìm." Benz Fahri memberi amaran tiba-tiba apabila Ann Layli sengaja menarik lehernya dan terus mencumbui bibir lelaki itu.

Ann Layli hanya tersengih tidak mengendahkan apabila di beri amaran sebegitu malah dengan sengaja dia bertindak lebih nakal. Bibirnya merayap dengan lebih pantas ke arah telinga Benz Fahri pula membuatkan lelaki itu hilang keseimbangan badan lalu terbaring di atas katil dengan Ann Layli yang masih berpaut kuat di tubuhnya.

“ Abang baru tinggal askìm dua minggu terus jadi ganas macam ni? Siapalah yang ajar ni?" meledak tawa Benz Fahri mengusik isterinya. Bulat matanya bertanya ke arah Ann Layli yang sudah kemerahan wajahnya dengan hujung jari naik menyelit juntaian anak rambut ke tepi telinga wanita itu.

“ Opsy! Tak sengaja." sengihnya. “ Tak ada siapa yang ajar pun. Nature born!" nakal saja Ann Layli menjawab lalu bangun dari tubuh Benz Fahri.

Dia memang sengaja mahu mengusik suaminya tetapi tidaklah meminta terjadi seperti itu sehingga tubuh lelaki itu hilang kawalan dan dia jatuh di atasnya.

Termengah dia membetulkan duduk kerana perutnya yang besar itu membuatkan Benz Fahri ikut bangun lalu membantunya.

Pipi bulat Ann Layli diusik geram. Terus Benz Fahri teringatkan kisah lama sewaktu dia baru pulang dari Dubai dulu. Begitulah juga Ann Layli menyambutnya kerana terlampau rindu. Sehingga tubuh wanita itu terjatuh di atas badannya.

Dia faham akan rasa kerinduan itu kerana lebih sepuluh hari tidak bersua membuatkan perasaan itu tidak tertanggung dan minta dilunaskan.

“ Sorry, baby rindu awak sangat-sangat.." dengan nada perlahan Ann Layli bersuara semula apabila melihat suaminya yang terdiam seperti itu. Risau Benz Fahri tidak berkenan dengan sikapnya yang seperti keanak-anakan.

“ Baby kalau rindu dia tak buat macam tu?" provok Benz Fahri sengaja mengusik, mahu melihat sejauh mana telatah nakal Ann Layli terhadapnya.

Tidak semena terus ketawa Ann Layli meledak apabila Benz Fahri memprovoknya dengan jawapan lelaki itu. Aduh! Dia sudah tersalah percaturan kali ini.

“ Susah sangat nak mengaku ye!" usik Benz Fahri seraya mencuit hidung isterinya.

Menarik Ann Layli ke atas ribanya, pinggang wanita itu di peluk erat. Merapatkan wajahnya ke arah Ann Layli sehingga hidung mereka bersentuhan Benz Fahri mengatur bicara.

“ Kalau rindu cakap, kalau sayang bagitahu, kalau cinta lafaz. Jangan pendam. It's not good for your health."

Ann Layli hanya mampu berdiam saja mendengar usikan suaminya. Yang namanya Ann Layli mana makan saman kalau nak mengaku dirinya sendiri yang rindukan sang suami. Inikan pula mahu lafazkan cinta. Mahu terbelit bersimpul saraf lidah kalau ayat keramat itu mampu diucap berdepan sebegitu. Kalau tak diprovoke atau ditanya jangan harap nak dengar wanita itu mengaku. Tetapi pengakuan wanita itu bukanlah dengan ayat-ayat tetapi lebih kepada perbuatan.

Ann Layli tertunduk kerana segan yang menguasai seluruh jiwanya namun cepat jemari Benz Fahri memaut wajahnya kembali sehingga mata mereka bertentangan. Ada sinar penuh kasih yang terpancar di antara pandangan yang menyatu itu.

“..but i love most of your action than your words, askim." bibir mungil Ann Layli terus disambar penuh cinta.

Sesungguhnya di antara pasangan Adam dan Hawa telah aku wujudkan perasaan berkasih sayang serta cinta dalam diri kalian agar terbentuknya keturunan umat manusia.

.
.

Matahari makin menjulang tinggi tengah hari itu apabila Ann Layli baru saja terjaga dari lena yang panjang setelah berpenatan menyulam kasih.

Selesai membersihkan diri, Ann Layli berniat mahu turun ke bawah menyiapkan makanan kerana perutnya yang sudah beberapa kali berbunyi memberi amaran lapar. Saat menghampiri pintu, suara husky milik suaminya menerjah pendengaran. Terhenti langkah, kepala di bawa berpaling ke arah sang suami yang baru terjaga.

“ Askim nak pergi mana tu?" soal Benz Fahri dengan mata yang masih memberat.

“ Nak turun siapkan makanan."

“ Sinilah dulu. Kejap lagi kita turun."

Mendekat menghampiri Benz Fahri Ann Layli menurut.

“ Baby lapar la abang."

“ Ala, tapi abang lagi lapar askìm." sengih Benz Fahri sambil tangannya memaut lengan Ann Layli lalu menarik wanita itu sehingga terduduk. Pinggang yang sudah tidak berapa ramping itu dia peluk dengan tangan kiri sambil mengusap lembut permukaan perut Ann Layli.

Membulat mata Ann Layli seraya menekup mulut Benz Fahri geram. Suaminya ini, kalau dapat bercakap tak berpada langsung!

“ Haipp, jangan nak merapu ya. Baby boleh dengar dada cakap tak senonoh macam tu!" marah Ann Layli. Matanya dibesarkan memberi amaran kepada Benz Fahri.

Benz Fahri gelak besar. Dia bangun membetulkan duduk dan bersandar pada dada katil dengan tangan menggenggam tangan si isteri membuatkan Ann Layli ikut terpaksa melabuhkan belakang badannya pada dada bidang Benz Fahri.

“ Abang bangun la cepat. Bersihkan diri. Kita turun makan. Sayang lapar sangat ni." rengek Ann Layli. Perutnya benar- benar lapar. Apatah lagi disebabkan dia yang sedang berbadan dua dan tenaganya yang terkuras dek tindakan di luar kawalan si suaminya sebelum itu.

“ Abang ingatkan askìm dah kenyang tadi. Rupanya masih lapar.." ujar Benz Fahri dengan tawa masih bersisa.

“ Benji.." terjerit kecil Ann Layli dengan pernyataan si suaminya itu.

Dengan pantas Ann Layli bangun dan memberi arahan. Malas dia mahu berlama melayan kerenah lelaki itu.

“ Cepat bangun dan mandi. Lagi lama dekat sini, lagi rosak pendengaran baby dengan ayat abang." ujar Ann Layli dengan jelingan geramnya lalu dengan cepat meloloskan diri ke pintu.

Benz Fahri tertawa senang hati dapat mengusik Ann Layli sebegitu. Dia sangat suka melihat rona merah di wajah isterinya itu. Tepatnya dia bahagia.

Sesudah Ann Layli keluar, dia turut bangun dari katil. Tilam yang berkeronyok sempat dia betulkan bantal dan cadarnya. Pakaian kerjanya dan Ann Layli tadi yang tergelatak di hujung katil dikutip lalu dicampak ke dalam bakul baju. Dia tersenyum sendiri. Terus saja kamar mandi dia tuju. Tidak mahu membuatkan isterinya berlama menunggu untuk hidangan tengah hari kerana saat itu perutnya juga sudah berkeroncong minta diisi.

.
.

“ Askìm buat apa tu?" soal Benz Fahri apabila terpandangkan jambangan kecil bunga lily putih di hujung meja berhadapan katil mereka. Beberapa peralatan gubahan juga turut bersepah di situ.

“ Oh ini, buatkan bunga tangan untuk Sania. Kan minggu depan majlis perkahwinan dia. Kita jadi pergi kan abang?" beberapa batang bunga lily putih segar yang baru dicantumkan itu di angkat ke arah suaminya.

Benz Fahri tersenyum mendengar cerita si isteri. Mendekat dengan susuk Ann Layli yang bersantai di sofa lily putih itu diambil kemudian dihirup baunya. Wangi. Dia tahu lily putih itu adalah bunga kesukaan isterinya. Jadi, dia pun sudah terikut suka.

“ InshaAllah kalau baby tak keluar lagi kita pergi." dalam pada itu sempat Benz Fahri memuji hasil kerja isterinya.

“ Cantik askìm buat. Tapi kenapa abang tak tahu askìm pandai seni kraftangan ni. Ingatkan pandai goda abang je." bunga tangan itu dibelek lagi. Kagum dengan paduan bunga lily putih yang dipadan dengan dedaunan hijau serta baby breath bernada cream. Nampak segar dan menarik.

“ Oh, please Benji mind your words!" gerutu Ann Layli sambil menggelengkan kepalanya. Ya tuhan! Apa yang dah terjadi dengan mulut Benz Fahri ini. Apakah lelaki itu sudah tersalah makan sewaktu hidangan tengah hari tadi.

“ Betul apa.. kalau askìm tak pandai goda abang, tak adalah baby dalam perut ni! " polos saja ayat balasan Benz Fahri.

Telapak tangannya naik mengusap lembut perut Ann Layli dengan senyuman menggoda. “ Tadi tu tak ingat ke. Who take a tango first?" kedua keningnya di angkat-angkat sengaja memprovok Ann Layli dengan tindakan isterinya yang sengaja memancing mereka ke arah aktiviti intim tersebut.

Ann Layli berdesis geram sambil memberi jelingan maut. Masih tak habis lagi suaminya mahu menyakat. Malas menjawab, Ann Layli berdiam saja. Makin di jawab nanti, makin melencong pula fikiran lelaki itu.

“ Askìm, jawablah.."

Ralit dengan bunga di tangan, Ann Layli membisu. Malas melayan peel si suami. Biar Benz Fahri tahu dia sedang memboikot tindakan lelaki itu.

Melihat Ann Layli tidak mengendahkannya Benz Fahri tidak tinggal diam. Tangannya mula mencubit-cubit pipi Ann Layli geram. Bibir isterinya turut menjadi mangsa cuitan. Dia menginginkan wanita itu berbual dengannya. Tidak betah jika Ann Layli membuat silent treatment seperti itu. Terasa suram hidup dan janggal tanpa suara manis isterinya.

“ I'm sorry askìm. Okay abang janji tak cakap yang bukan-bukan dah." Duduk dibetulkan di hadapan tubuh Ann Layli dengan tangan kanannya naik separas bahu membuat aku janji seperti berikrar.

“ Janji."

“ Yup, janj!" ikrar Benz Fahri dengan wajah serius.

Dalam hati Ann Layli tergelak suka. Nampaknya cara halus yang dia gunakan berjaya membuatkan suaminya itu memohon maaf. Tahu pun takut bila kena pulau! Monolog hati Ann Layli. Namun dia masih mengambil langkah untuk berdiam diri.

“ Askìm, cakaplah." rengek Benz Fahri. Tangannya menggoyang perlahan lengan wanita itu meminta-minta seakan anak kecil yang mahukan perhatian.

Tidak tahan diganggu Ann Layli terpaksa beralah. Pandangannya di bawa hala ke arah Benz Fahri.

Semerta bunga tangan tadi diletakkan lalu memberi fokus kepada Benz Fahri yang sudah merehatkan kepalanya di riba Ann Layli.

“ Cakap apa encik suami?" meleret pertanyaan Ann Layli. Tangannya naik mengusap pelipis Benz Fahri yang dipenuhi jambang nipis.

“ Sejak bila askìm pandai seni kraftangan ni?" bunga tangan yang diletakkan oleh Ann Layli tadi dia capai dan diangkat ke hadapan isterinya.

“ Tak pandai pun. Sikit-sikit boleh lah. Ini pun belajar di YouTube. Sania tu beria sangat nak suruh sayang buatkan untuk dia. Kata takut nak kahwin tapi persediaan untuk perkahwinan mengalahkan nak kahwin dengan anak raja. Cerewetnya ya ampun. Ini baru bunga tangan. Belum lagi bab baju, makeup, bridesmaid semua." panjang bebelan Ann Layli saat mengingatkan kerenah Sania itu. Macam-macam hal.

Tergelak Benz Fahri mendengar celoteh isterinya itu. Semenjak isterinya hamil dan hampir waktu kelahiran ini, perwatakan isterinya total bertukar.

Dari seorang pemalu kini berganti berani, dari seorang pendiam kini sudah banyak cakap pula. Ada saja yang diocehnya jikalau tidak kena pada hati.

Tengoklah sekarang, baru saja balik sudah macam-macam kisah isterinya buat dan ceritakan. Dia bahagia mendengar dan melayan isterinya. Malah dia gembira akan perubahan itu.

Benz Fahri sangat sukakan perubahan isterinya. Tak adalah dia saja yang akan menonjol seperti sebelum ini. Kalau dulu mahu mendengar suara isterinya bercerita apa-apa jangan haraplah kalau bukan dia yang bertanya dan membuka langkah.

Dan yang paling dia perasan, Ann Layli juga sudah tidak malu membahasakan dirinya sayang. Itu perubahan drastik yang paling dia suka. Ah, Ann Layli.. benar-benar buatkan jiwanya selalu dilambung rasa bahagia.

“ Abang rasa sayang gubah bunga ni cantik tak?" sekali lagi diangkat bunga tangan yang baru separuh dia buat itu ke wajah Benz Fahri sambil memutarkan jambangan kecil itu.

“ Cantik. Macam askìm. Putih bersih. Gebu. Bulat. Montel." puji Benz Fahri sambil menarik lembut hidung mancung isterinya.

“ Ish abang ni. Sayang tanya betul-betul ni. Main-main pulak dia." Ann Layli menepuk dada Benz Fahri kerana geram namun cepat saja ditangkap tangan itu.

“ Betul la abang cakap. Cantik bunga ni. Gebu, putih macam askìm. Buat abang angau hari-hari." ujar Benz Fahri lagi. Pipi bulat Ann Layli dipicit-picit kegeraman sehingga terjerit kecil Ann Layli.

“ Ah malas layan abang. Dah lah baik abang naik atas mandi. Abang busuk tahu tak!" rajuk Ann Layli sengaja memancing perhatian yang lebih dari si suami.

“ Hey, berani cakap abang busuk ya!" Benz Fahri bangun dan terus memeluk Ann Layli sambil menggeletek wanita itu sepuas hatinya.

“ Abang..stop. Stop it.." termengah-mengah suara Ann Layli. Buru nafasnya dek menangkis serangan demi serangan jemari Benz Fahri ke tubuhnya. Apatahlagi dengan keadaan perutnya yang besar menyukarkan dirinya untuk bergerak pantas.

“ Baik askìm cakap abang wangi. Kalau tak abang geletek lagi." ugut Benz Fahri sambil mengacah mahu menggeletek si isteri.

“ Ya..ya..abang wangi. Handsome. Kacak. Hot." terpaksa Ann Layli mengiakan. Malah terlebih dia menokok nambah sambil tergelak manja.

“ Tau pun. Seni seviyorum ( I love you! )" ujar Benz Fahri dengan kenyitan mata dan menangkap tubuh itu kembali ke dalam pelukannya dan langsung buatkan Ann Layli tergelak suka. Bahagia yang pastinya.

“ Abang nak naik atas dulu. Nak mandi dan rehat. Kejap lagi kita keluar makan."

“ Eh, tak payah la. Sayang dah masak. Abang rehat aje dulu." ujar Ann Layli.

“ Masak lagi. Bila askìm masak. Tadi kan dah masak tengah hari?"

“ Sayang masak sekali dengan makan tengah hari tula. Ala yang simple-simple je. Malaslah nak keluar bersiap. Penat."

Benz Fahri menggeleng. “ Dah tahu penat tak payah masak. Abang tak nak askìm buat apa-apa pun. Abang nak askìm rehat je. Askìm tu bila-bila masa je boleh melahirkan tau."

“ Ye cik abang sayang. Last masak untuk malam ni. Esok-esok kalau sayang bersalin sayang duduk rehat je. Boleh macam tu?"

“ Tamam.." balas Benz Fahri.

.
.

Majlis pernikahan Megat Zairy Ghaddafi dan Sania Sandra berlangsung secara besar besaran di Hotel Concorde malam itu.

Ann Layli dan Benz Fahri tidak ketinggalan datang untuk meraikan majlis yang gilang gemilang buat pasangan bahagia itu.

Sepatu flat toe buatan Rizman Ruzaini yang bernada beige dikenakan dengan busana hamil berwarna Earth tone rekaaan dari pereka pakaian ternama itu juga menjadi pilihan Benz Fahri buat sang isteri.

Tampak cantik dan elegant walaupun pemakainya sedang berbadan dua. Toh, sangat sepadan bagai pinang di belah dua apabila wanita itu berjalan bergandingan tangan dengan suaminya yang merupakan tokoh perniagaan yang amat disegani di dalam dan luar negara.

Benz Fahri yang mengenakan set tuxedo berwarna coklat muda tampak kacak di sisi isterinya. Potongan rambut ala sider cut juga membuatkan wajah bujur sireh lelaki itu tampak lebih maskulin. Dan pastinya, banyak mata dari kalangan gadis dan para wanita akan hinggap ke wajahnya namun pandangan itu dibiarkan saja kerana baginya hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita yang cukup dia dambakan selama ini.

Berjalan beriringan menuju ke meja hidangan, ramai rakan dan taulan yang turut menyambut kedatangan kedua pasangan itu.

Mendudukkan Ann Layli dengan berhati-hati di kerusi, Benz Fahri mendapatkan tempatnya pula di hadapan sang isteri.

Tidak berapa lama kemudian, majlis itu di mulai dengan kemasukan mempelai menuju ke pelaminan diiringi paluan kompang. Sama cantik dan sama padan mereka berjalan seiringan.

Pasangan raja sehari itu mendapat tepukan gemuruh dari semua tetamu yang hadir sebaik menaiki singgahsana pelaminan yang cantik bertemakan warna pastel. Beberapa jenis lagu klasik serta tradisional mulai dimainkan setelah pasangan mempelai di sandingkan di atas pentas pelaminan indah diikuti dengan persembahan silat dihadapan.

Ann Layli tersenyum senang melihat pasangan tersebut yang akhirnya menamatkan zaman bujang masing-masing walaupun banyak rintangan dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi.

“ Askim.." panggil Benz Fahri apabila melihat isterinya yang seakan hanyut jauh dengan lamunan panjang. Jemari isterinya dipaut lalu dikucup mesra.

“ Ya.." perhatian dialih ke wajah sang suami yang sentiasa nampak kacak pada penglihatannya biarpun kini usia Benz Fahri hampir menginjak ke 4 siri.

“ Kenapa? Nampak larut sangat tu.."

“ Tak ada apa. Seronok tengok Sania dengan Jerry tu. Secocok sangat walaupun Sania tu nampak gila-gila. Tak sangka bertemu jodoh jugak diaorang tu kan!"

“ Biasa je abang tengok. Pengantin..memang macam tu. Dah make up nampak la padannya. Askìm dulu pun macam tu. Secocok sangat dengan abang." balas Benz Fahri mengingatkan isterinya.

“ Sayang lain la abang. Status sayang tak sama dengan Sania masa kita bernikah dulu. Untungkan Jerry dapat Sania tu. Bijak, cantik, baik hati."

“ Abang pun untung apa dapat askim. Anggun, penyayang, penyantun, berhati mulia. Dan banyak lagi tau."

“ Tapi sayang dah tak virgin untuk abang." ada nada ketus di situ membuatkan Benz Fahri yang tadi mahu meneguk air tidak menjadi. Gelas tinggi itu kemudian dikembalikan ke atas meja.

“ Askìm..apa cakap macam tu. Abang tak suka dengar. Jangan samakan hidup askìm dengan orang lain. Pada abang status tidak membezakan manusia mana pun. Yang membezakan kita adalah iman dan takwa. Allah yang menaikkan darjat seseorang hambanya. Allah dah aturkan jalannya yang terbaik untuk sayang dan abang. Kita kena bersyukur dan terus bersyukur. Hari ini, Allah tetapkan takdirnya askìm jadi isteri seorang Benz Fahri dan takdir abang sebagai suami Puteri Ann Layli kerana memang takdirnya begitu. Fate fares us better askìm. Abang bersyukur sangat dengan rahmat Allah."

Panjang tazkirah Benz Fahri di tengah kebisingan dalam majlis keramaian itu. Walaupun tidak sesuai tempatnya namun isterinya itu perlu diberi kefahaman yang sebenar. Tak kira di mana pun tempat dan masanya, dia wajib memberi pencerahan. Dia tidak mahu isterinya terus berasa serba salah. Berasa hilang keyakinan diri dan berasa takdir hidupnya tidak beruntung. Biarlah dia penat memberitahu sekali pun asalkan Ann Layli tahu bahawa banyak sebenarnya hikmah yang terjadi di sebalik pernikahan yang ditakdirkan oleh Sang Pencipta untuk mereka ini.

Jemari Ann Layli ditaut penuh kasih lalu di bawa ke bibir dan mengucup jemari itu lama. Dia mahukan Ann Layli tahu bahawa selamanya perbuatan juga kata-kata darinya adalah seiring. Bahkan menggambarkan perasaan yang mendalam terhadap wanita itu.

“ Orang lain yang kahwin orang lain yang memadu kasih." tiba-tiba tegur satu suara mengejutkan momen indah mereka.

Benz Fahri dan Ann Layli terus mengangkat wajah. Merah wajah keduanya namun cepat bertukar rona apabila melihat Hani Wardah yang berada disebelah isterinya datang menegur.

“ Kak Hani." teriak Ann Layli tidak percaya.

“ Hani.." tegur Benz Fahri juga.

“ Hai Ann..Hai Tuan Benz." balas Hani Wardah dengan senyuman.

Ann Layli sudah bangun dan memeluk wanita bertumbuh lampai itu. Lama dia tidak berjumpa dengan wanita itu selepas dia bernikah dengan Benz Fahri.

“ Lamanya tak jumpa. Kak Hani sihat?"

“ Alhamdulillah sihat. Ann pun nampak sihat sangat ya. Bila due ni?" soal Hani Wardah teruja selepas melihat perut besar Ann Layli dan menyentuhnya lembut. Gembira melihat perubahan bentuk badan wanita itu.

“ Insha Allah tengah tunggu hari je ni Kak Hani." jawab Ann Layli penuh bangga sambil mengusap lembut perutnya.

“ Semoga dipermudahkan ya urusannya nanti."

Ann Layli angguk dan tersenyum. Sungguh dia rindukan dengan perhatian Hani Wardah yang baik itu. Sudah dianggap wanita itu seperti kakaknya sendiri. Dahulu kalau Zen Huzaini boleh menerima kenyataan pasti hubungan mereka bertiga baik-baik saja sekarang ini. Tetapi tidak sangka yang sebaliknya terjadi membuatkan hubungan mereka menjauh. Teringatkan hal lama cepat Ann Layli bertanya.

“ Kak Hani sekarang kerja mana? Bising Abang Tiar sebab Kak Hani minta berhenti lepas Ann nikah dulu." soalnya ingin tahu setelah menjemput wanita itu duduk dan berkongsi meja dengan mereka. Mereka terputus hubungan selepas Hani Wardah berhenti kerja dari menjadi setiausaha abang iparnya itu.

“ Akak sekarang kerja dengan company Teguh Holdings. Sebab tu datang malam ni. Anak bongsu Pengarah syarikat yang kahwin, takkan la tak datang." balas Hani Wardah.

“Hmm.. Tuan Megat tu suka sangat drama. Entahkan dia suka sangat akak berhenti tu." sangkalnya dengan penuh tawa di bibir. Sempat juga dia bercerita tentang kehidupannya sekarang apabila teringat dia dengan keletah bos lamanya yang merupakan abang ipar Ann Layli itu. Selalu saja banyak drama. Kadangkala buatkan hidupnya juga huru hara semasa masih lagi menjadi setiausaha lelaki itu.

“ Askìm, abang pergi jumpa Hud dengan Barr dulu ya." celah Benz Fahri apabila melihat sepertinya panjang sangat cerita yang sedang dikisahkan kedua wanita itu.

“ Tamam." Ann Layli akur.

“ Kalau apa-apa just call me hmmm.." ubun-ubun Ann Layli disentuh lembut. Ann Layli menatap dengan senyuman lembut ke arahnya bersama anggukan.

“ Hani you berbual lah dulu dengan Ann. I ada hal sikit. Tolong tengokkan dia sekali ya." tidak lupa Benz Fahri turut berpesan kepada Hani Wardah juga lalu bangun dan melepasi kedua wanita itu selepas meleraikan pelukan di bahu isterinya Ann Layli.

“ Ya Allah gentle sangat Tuan Benz tu ya Ann. Ingatkan beku aje. Patutlah Ajai ayat dulu tak layan ya." usik Hani Wardah.

Tergelak Ann Layli mendengar usikan Hani Wardah itu.

“ Abang Ajai tu sejarah lama saya kak. Semua tu cerita lama. Dah tertulis jodoh saya dengan Tuan Benz. Alhamdulillah rezeki Allah bagi dapat suami gentle macam tu takkan nak tolak kan.." balas Ann Layli tergelak suka.

“ Yelah. Setiap orang rezekinya lain-lain kan. Alhamdulillah happy akak tengok Ann bahagia sekarang ni."

“ Terima kasih Kak Hani doakan Ann. Ann pun doakan akak bahagia dengan Abang Ajai ya." tuturnya membalas doa yang baik-baik itu buat pasangan itu.

“ Umi...umi..." jerit seorang kanak-kanak agak pelat. Kelihatan anak kecil yang berusia lebih kurang dua tahun muncul dari belakang dengan tiba-tiba mengganggu perbualan mereka saat itu.

Hani Wardah menoleh. Lantas melambai kanak-kanak kecil itu dan meraihnya naik ke atas ribanya saat anak kecil itu menghampiri tempatnya. Dikucup penuh mesra wajah gebu anak perempuannya yang bertocang dua itu.

“ Auww..comelnya. Anak Kak Hani ke ni? senyum Ann Layli bertanya apabila melihat iras wajah mereka yang hampir sama.

Hani Wardah mengangguk ceria. Bangga apabila anaknya dipuji.

“ Eii geramnya auntie. Comel la you ni. Siapa nama?" Ann Layli mencuit pipi gebu kanak-kanak berbaju kembang berwarna lilac itu yang sedondon dengan uminya.

“ Anna Layla." jawab seorang lelaki di belakang Hani Wardah secara tiba-tiba.

Mendengarkan suara yang seperti di kenalinya Ann Layli angkat wajah. Terkedu dia seketika sebaik menatap wajah di belakang Hani Wardah itu. Juga terkejut mendengar nama anak comel yang berada di ribaan Hani Wardah yang mirip dengan namanya.

Zen Huzaini!

“ Assalamualaikum Ann. Ann apa khabar?” tegur lelaki yang memakai kemeja biru gelap itu.

“ Waalaikumussalam. Ajai..Ab..Abang Ajai.." balas Ann Layli dengan sedikit terketar. Tidak menyangka hari ini dia akan bertemu lagi dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya dulu.

Zen Huzaini senyum dengan sinaran wajah yang penuh gembira. Tidak sangka dia masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan pujaan hatinya itu. Dan sehingga sekarang dia masih tidak mampu untuk membuang nama wanita itu serta melupakannya dari hidupnya. Namun, dia akur yang takdirnya tidak tertulis untuk Ann Layli. Dia sudah move on dan redha segalanya.

“ Alhamdulillah sihat." jawab Ann Layli dengan nada gemuruh. Biarpun sudah move on, tetapi perasaannya masih tidak selesa sebaik terpandangkan wajah sesuatu Zen Huzaini itu.

“ Lama tak jumpa Ann. Benz mana?" tegur Zen Huzaini ramah. Matanya berkeliling melihat sekitar mencari susuk suami wanita itu.

Melihat riak tenang Zen Huzaini dan keramahannya, Ann Layli akur dan turut senang kerana menganggap lelaki itu sudah move on darinya. Dia lega. Setidaknya tak adalah dia berasa serba salah kerana pernah menolak cinta lelaki itu dahulu.

“ Hi bro!" tegur Benz Fahri dari belakang sambil menepuk bahu Zen Huzaini. Seperti mendengar dirinya di cari, laju saja Benz Fahri muncul di tengah pertemuan mereka.

Keduanya berjabat salam. Tetapi riak beku Benz Fahri membuatkan hati Ann Layli sedikit resah. Dapat dia lihat api cemburu dari iris mata suaminya saat bersua wajah dengan Zen Huzaini. Dalam hati dia berdoa, janganlah suaminya buat hal di situ.

“ Apa khabar?" tegur Benz Fahri.

“ I'm good. Congrats bro for your coming baby." ujar Zen Huzaini sambil melirik ke arah perut besar Ann Layli dengan senyuman sinis.

“ Thank you. Harap you semua doakan Ann selamat bersalin nanti." balas Benz Fahri ketat.

Terus dia menghampiri isterinya lalu memeluk tubuh Ann Layli dan di bawa rapat ke sisinya dan tanpa rasa bersalah mencium sisi pipi wanita itu membuatkan hampir saja Ann Layli menolak ciuman Benz Fahri yang berlagak romantis di hadapan pasangan suami isteri itu. Bukan apa, dia malu! Tak beragak langsung suaminya mahu menunjukkan sisi romantinya di situ.

“ Kalau tak keberatan, I nak ambil my wife balik ya. Mama baby ni belum makan lagi. Next time, kita jumpa lagi." Benz Fahri meminta izin.

“ Oh sure! No problem." balas Zen Huzaini dengan senyuman terpaksa.

Hani Wardah membalas dengan anggukan juga.

“ See you again Kak Hani and Ajai.” Ann Layli yang perasan akan tingkah suaminya yang sudah lain macam cepat juga meminta diri.

Mereka kemudian bersalaman dan berpelukan seketika. Sempat juga Ann Layli mencium pipi Anna Layla di dukungan kakak angkatnya itu. Geram dengan wajah comel yang di miliki anak kecil itu yang sangat seiras Hani Wardah dan mempunyai iris mata lentik seperti Zen Huzaini itu.

Malah dia juga sempat bertukar nombor dengan Hani Wardah serta menjemput wanita itu ke rumahnya nanti. Berharap sangat wanita itu dapat datang menziarahi bayinya yang bakal lahir tak lama lagi.

.
.

Sejak pulang dari majlis Jerry dan Sania tadi Ann Layli asyik berulang alik ke tandas. Perutnya berasa tidak selesa kerana berasa kembung.

Mungkin kerana dia terlebih makan sewaktu majlis hidangan berlangsung. Sejak disahkan hamil Ann Layli tidak punyai masalah pemakanan membuatkan dia makan apa sahaja yang ada di depan mata.

Tambahan tadi, hidangan di majlis itu semuanya sedap-sedap belaka membuatkan dia makan tanpa rasa bersalah. Walaupun Benz Fahri mengingatkan dia agar berhati-hati memilih makanan kerana takut ada hidangan yang tidak sesuai dengannya yang sedang mengandung itu.

Tahu sajalah, ada hidangan yang mempunyai kalori serta trans lemak berlebihan juga mengandungi oksida yang tinggi akan menjejaskan sistem pencernaan manusia apabila di ambil secara berlebihan. Tetapi kerana terlampau lapar, semua makanan itu dia makan dengan bahagia apatahlagi nafsu makannya makin menjadi di fasa akhir trimester kehamilannya.

Sekarang hendak menyesal pun tidak guna. Inilah yang orang lama kata; kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebab mulutnya tadi melahap tak ingat dunia, sudahnya perutnya yang menjadi mangsa.

Benz Fahri yang sudah terlena, sedikit tersentak apabila berasa tidurnya terganggu dek henyakan berulangkali di sebelah tempat tidurnya.

Menggagau tangannya mencari suis lampu tidur lalu membukanya. Sebaik cahaya lampu itu merawak ke dalam iris mata dia melihat Ann Layli yang sedang berdiri di sebelah dinding kamar mandi.

Bingkas bangun lalu tubuh Ann Layli dihampiri.

“ Askìm.." bahu isterinya diraih. Melihat wajah kurang selesa Ann Layli membuatkan hatinya berdebar.

“ Imyisim?" ( Are you okay?) soalnya risau.

“ Perut sayang tak selesa. Dah banyak kali ulang tandas tapi tak ada rasa nak membuang pun." adunya dengan suara yang perlahan. Peluh sudah merebak di sekitar pelipis kepalanya.

“ Itulah makan banyak sangat tadi." ujar Benz Fahri.

Ann Layli terus menangis tiba-tiba. Dia sedikit terasa dengan teguran suaminya itu. Sudahlah perutnya rasa tak selesa kini suaminya itu pula berkata demikian terus membuatkan hormonnya berubah. Suaminya tak tahu ke ibu hamil ini cepat sensitif?

Benz Fahri kaget apabila isterinya tiba-tiba saja menangis. Dia tidak berniat mahu membuat isterinya terasa tetapi disebabkan kantuk yang masih beraja di mata membuatkan otaknya tidak dapat berfikir dengan positif sehingga bibirnya terlepas kata.

“ I'm sorry askìm. Maaf abang tak sengaja." tubuh Ann Layli dicempung berhati-hati.

Terus saja Benz Fahri dudukkan Ann Layli ke katil dengan cermat. Menyelesakan letak tubuh Ann Layli dengan bantal lalu mengarah isterinya untuk bersandar di kepala katil.

Minyak urut yang selalu digunakan untuk menyapu betis isterinya jika kekejangan otot dicapai dari meja sisi lalu di buka penutupnya.

Baju tidur Ann Layli disingkap hingga ke dada lalu dengan cermat tapak tangannya menyapu minyak urut itu ke perut Ann Layli dengan lembut sambil bibirnya mengalunkan zikir.

Hampir sepuluh minit melakukan urutan lembut, Ann Layli terlena. Nafas lega dia tarik kerana akhirnya isterinya itu berjaya dipujuk sekali gus menghilangkan rasa tidak selesanya.

Benz Fahri bangun lalu menyimpan semula minyak urut dan mencuci tangan sebelum dia naik semula ke katil dan menyambung tidur.

Tubuh Ann Layli dipeluk penuh kasih sebelum dia tersenyum dengan gelengan melihat wajah polos itu yang sudah lena di buai mimpi.

Beberapa jam saja Benz Fahri terlelap sebelum dia dikejutkan semula dengan panggilan cemas si isteri.

“ Benji.." Ann Layli menepuk-nepuk lengannya.

“ Ye askìm. Perut sakit lagi ke?" tanyanya dengan mata yang belum dapat di buka. Dia masih mengantuk tetapi mampu mendengar panggilan isterinya.

“ Nope. Just wondering. Benji..can you wake up for a while?" pinta Ann Layli dengan suara yang sudah mahu menangis.

Benz Fahri mengalihkan posisi badan. Dari meniarap terus dia melentang. Kepala di bawa pusing mencari wajah Ann Layli. Perlahan iris mata di buka dengan sisa kantuk yang masih kelat beraja.

“ Wondering what askìm?"

“ Why my shirt is watery?"

“ Watery? Are you peeps?" soal Benz Fahri polos.

Pap!

Laju lengan Benz Fahri menerima pukulan agak keras dari Ann Layli.

“ I'm not kidding Benji."

“ Auchh!" jerit Benz Fahri sedikit mengada dan langsung bangun dari baringan.

Mencapai suis lampu, terus saja lampu itu di buka. Benderang suasana bilik tidur mereka.

Tubuh Ann Layli terus dibelek. Ya, dapat dia lihat baju tidur tee Ann Layli yang separas lutut berwarna merah itu sudah bertukar warna. Lebih gelap dan lencun.

“ I think we should go to hospital askim. Our baby are completely come out." tutur Benz Fahri cemas.

“ Really? Tapi sayang tak ada rasa sakit pun."

“ Tak apa, kita bersiap je ke hospital. Nanti doc akan cek. Abang rasa air ketuban askìm dah pecah ni. Takut lambat ke hospital might be harm you and our angel, hmm.." ujar Benz Fahri lagi.

Lekas dia berdiri dan bersiap sambil memberi arahan mudah buat Ann Layli agar isterinya itu tidak panik walaupun dia sendiri juga sudah hampir panik.

.
.

Benz Fahri tersenyum penuh syukur saat menyambut sendiri kelahiran bayi mereka pagi itu dengan pilihan proses kelahiran secara semula jadi oleh Ann Layli sendiri walaupun doktor menyarankan dia melahirkan secara ceaseran disebabkan bayi mereka mempunyai lebihan berat dari biasa. Semuanya telah selamat apabila proses kelahiran itu selesai dengan mudah.

Tumpah juga air mata Benz Fahri saat bayi mereka diteran keluar Ann Layli pada minit 9.09 minit pagi selepas hampir empat jam bertarung nyawa untuk melahirkan.

Dia rasa begitu serik untuk menempuh pengalaman menanti kelahiran bayinya seperti itu apabila terpaksa melihat Ann Layli bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka. Walaupun tidak merasa sakit seperti isterinya, dia tetap juga berasa ngeri melihat kulit Ann Layli yang terpaksa digunting hidup-hidup sebelum bayi mereka dapat dikeluarkan kerana besar.

Hampir dia rebah melihat darah yang banyak semasa menanti proses kelahiran itu selesai. Merasakan dirinya ingin mati. Namun, demi Ann Layli yang sudah sejauh itu berkorban demi melahirkan zuriatnya dia bertahan juga. Saat suara bayi mereka kedengaran dia terasa rohnya di tiup semula.

Semerta perasan insaf menyelubungi diri. Berasa betapa dia kerdil menjadi seorang manusia yang hina. Keajaiban Allah yang satu itu sungguh dia takjub.

"Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? Az-Zumar : 6

Suara Doktor Ajda mengambil alih lamunan dan meminta izin untuk mengambil alih Ann Layli bagi menjalani beberapa lagi prosedur kesihatan manakala anak-anak mereka diuruskan pasukan jururawat yang bertugas.

Dengan wajah lega tetapi masih bersisa air mata dia mengazan dan mengiqamatkan putera dan puteri puterinya dengan penuh syahdu dan rasa syukur yang tak terhingga selepas dibersihkan jururawat Rusyda.

Selesai, bayi-bayi yang telah diletakkan semula di dalam baby cot itu ditolak ke arah Ann Layli dengan perasaan yang berbaur. Ada bahagia dan sedih bersatu dalam jiwa saat menatap wajah isterinya yang kelemahan dan kelelahan itu bersilih dengan bayi comel mereka.

“ Askìm.. congratulations for your delivery. You are super mom and amazing mama's in the world. Sen seni seviyorum!" ucap Benz Fahri saat kucupan hangatnya singgah di dahi Ann Layli dengan penuh rasa cintanya membugar.

Ann Layli tersenyum bahagia mendengar ucapan itu. “ Congratulations to you too abang." pucat bibir Ann Layli membalas.

“ Meet our babies.." Benz Fahri menyerahkan bayi pertama mereka ke dalam pelukan Ann Layli. Seorang bayi lelaki yang sangat gebu kulitnya dan wajahnya dipenuhi bulu halus. Bayi seberat 3.19 kg itu didakapnya erat.

“ Assalamualaikum malaikat kecil mama, Hanz Affan Fahri." ucap Ann Layli lalu mencium penuh kasih wajah bayi mungil itu. Anak lelakinya yang seakan mengerti terus mencelikkan mata melihat Ann Layli lalu tersuging senyuman menampakkan lesung pipit di kiri pipinya.

Pertama kali melihat bayi secerdik itu, hati Ann Layli mencair dan luluh. Air mata bahagia menitis laju menuruni lekuk pipinya.

“ Mama love you dunia akhirat. Terima kasih hadir dalam hidup mama dan dada ya." ucap Ann Layli dengan air mata yang masih sarat namun bahagia.

Hanz Affan Fahri dikembalikan semula kepada Benz Fahri selepas di beri susu pertama kali kepadanya dan tertidur pulas anaknya itu.

Kemudian, bayi kedua mereka diserahkan kepada Ann Layli oleh Benz Fahri selepas anak itu menangis elok saja selepas abangnya menyusu tadi.

Ann Layli tergelak suka. Bahagia juga yang pastinya.

“ Mama's angel is coming.." ujar Benz Fahri menyerahkan bayi perempuan itu. Lebih montel dari si abang dan lebih putih bersih kulitnya serta lebat juga rambutnya.

“ Assalamualaikum malaikat kecil mama. Mama love you dunia akhirat. Terima kasih hadir dalam hidup mama dan dada." ucap Ann Layli dan mencium ubun-ubun anak kecil itu dengan penuh kasih.

Namun, bayi perempuan itu tidak seperti si abang yang cool. Anak itu makin nyaring menangis menyambut kedatangan ibunya membuatkan Ann Layli dan Benz Fahri tercengang seketika lalu tergelak dengan gelagatnya. Bayi seberat 3.05kg itu sangat aktif.

Faham akan situasi si bayi, cepat saja Benz Fahri membantu Ann Layli untuk memberikan bayi mereka susu kerana kelihatan bayi itu sangat lapar selepas melihat mulut kecilnya yang ternganga-nganga menyondol dada si ibu.

“ Bismillahirrahmanirrahim Inez Nezifa Fahri." ujar Ann Layli sambil mengusap lembut pipi mulus anak perempuannya itu. Tersengih bayi itu menerima suapan pertama sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

Beberapa minit menyusu, Inez Nezifa Fahri mula kekenyangan dan terlena juga seperti Hanz Affan Fahri dan diserahkan semula kepada Benz Fahri untuk diletakkan ke dalam baby cot mereka.

Setelah itu, Benz Fahri kembali semula dengan satu lagi baby cot dan menolak katil itu rapat ke katil Ann Layli sebelum mengangkat bayi comel mereka yang ketiga dan diserahkan kepada isterinya sekali lagi.

“ Mama's angel number two also coming.."

Bayi perempuan ke dua mereka yang juga besar dari si abang dan kakak dengan berat 3.30 kg mulai berpindah tubuh.

Ann Layli sambut anaknya itu dengan senyuman yang melimpah ruah. Tak menyangka yang selama ini dia mengandungkan tiga orang kembar sekali gus. Dia cuma perasan akan kehadiran bayi ketiga itu ketika usia kandungannya menginjak fasa kehamilan yang ketiga. Itupun selepas membuat ujian ultrasound untuk kali kedua selepas doktor mengenalpasti ada beberapa masalah pada kandungannya setelah Ann Layli mengadu selalu penat yang berlebihan walaupun dia hanya duduk berehat sahaja.

Terkejut mereka suami isteri mendapat perkhabaran itu. Tidak menyangka Allah menganugerahkan mereka dengan darjat ibu bapa yang lebih tinggi nikmatnya berbanding pasangan lain. Mereka bahagia dan gembira sekali tetapi masih merahsiakan kehadiran bayi kecil yang ketiga itu dari umum keluarga.

“ Assalamualaikum malaikat kecil mama. Mama love you dunia akhirat. Terima kasih datang dalam hidup mama dan dada." ciuman hangat Ann Layli turut singgah di wajah bayi ketiga mereka. Bertalu dan penuh kegeraman kerana bayi perempuan itu lebih bulat dan wajahnya sangat seiras Benz Fahri. Seinci pun tidak lari.

“ Welcome to the mama and dada world's Izel Nafesa Fahri." ucap Ann Layli lagi dengan penuh syukur.

“ Ini, dada punya fotokopi asli tau mama." ujar Benz Fahri ceria mengusap wajah bersih si anak

“ Yelah, sebijik sangat muka dada. Kenapa lain dari abang dan kakak ya?" tanya Ann Layli ke arah bayi comel yang tertidur pulas itu namun sempat melirik ke arah Benz Fahri di sebelahnya.

“ Mungkin dada injections dia dengan fluids yang lebih sikit itu hari." seloroh Benz Fahri sambil mengusik pipi montel anaknya itu sehingga membuatkan Izel Nafesa Fahri menarik senyum dan menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya seperti lesung pipit yang terdapat di wajah Benz Fahri.

Ann Layli terjerit kecil. Lekas saja Ann Layli menutup kedua belah telinga Izel Nafesa Fahri di pangkuannya itu sehingga anak itu berasa terganggu dan hampir menangis.

Melihat itu, cepat Ann Layli mendakap anak itu dan mendodoikannya semula.

Benz Fahri tersengih geli hati melihat telatah isterinya yang terlalu protektif terhadap anak mereka.

“ Askìm, terima kasih sebab sanggup lahirkan zuriat abang dan berkorban sejauh ini untuk keluarga kita. Abang tak tahu nak ucapkan macam mana. But I want you to know I love u forever until death do us apart. Abang akan jaga askìm dan anak-anak kita selagi abang bernyawa. Abang janji akan jaga amanah yang Allah berikan pada abang ni. Sebab askim dan anak-anak adalah anugerah terindah untuk abang." ulas Benz Fahri setelah meletakkan anak-anak mereka ke katil bayi.

Tangan Ann Layli dielus lembut lalu ubun-ubun Ann Layli dikucup sepenuh hati setelah isterinya itu berehat.

“ Sama-sama. Fate fairs us better Benji. Thank you for being a good husband and dad's for me and the triplets." balas Ann Layli senang.

Kini, bahagia mereka menjelma. Segala ujian lampau telah menjadikan mereka untuk kuat di masa sekarang. Nyata masa silam lalu bukanlah ukuran untuk menjadikan masa sekarang sirna dengan harapan. Hanya perlu yakini setiap yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik kehendaknya.

Sebagai manusia kita perlu menjadi hamba yang selalu bersangka baik dengan setiap ujian dan dugaan yang diberikan kerana disitulah iman dan takwa kita dinilai.

- TAMAT -

******

Terima kasih kepada semua readers kesayangan FFM ini. Yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari saya. Maaf di atas segala kekurangan dan tidak menepati citarasa anda. Kesudian anda membaca amat saya hargai. Salam sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience