Bab 34

Romance Series 77048

Hani Wardah baru sampai ke pejabat pagi itu. Beg tangan diletakkan ke dalam laci bawah meja kerjanya. Sekilas dia mengerling jam digital atas meja kubikelnya. Melihatkan jam masih berbaki lima belas minit dari waktu mula bekerja dia melangkah ke pantri. Mahu mengisi perut terlebih dahulu walau hanya sekadar menikmati nestum panas untuk lapik perutnya yang terasa masuk angin. Tuperware hijau berisi bihun goreng yang sempat dia goreng sebelum ke tempat kerja turut di bawa keluar menuju ke pantri.

Sepaket kecil nestum 3 in 1 dicapai dari tuperware dalam kabinet. Menuang ke dalam muk dia membawa muk tersebut ke bawah mesin penapis air untuk diisi air panas.

Sudu dicapai dan dia mengacau nestum tersebut. Hani Wardah tuju ke meja kecil di sudut pantri dan duduk di situ menikmati nestum bancuhannya setelah siap.

Beberapa kali meneguk dia mula duduk termenung. Risau dan susah hati menggasak perasaannya sejak semalam. Risau kerana Ann Layli yang tidak pulang dari semalam dan sikap panas baran suaminya yang tiba-tiba berubah laku kerana ketiaadaan wanita itu.

Teringat perbualannya beberapa hari yang lalu dengan Zen Huzaini. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“ Abang dah fikir ke macam mana nak approach Ann?”

Zen Huzaini berpaling dari fokusnya di hadapan jalan raya yang sedang sesak ke laman wajah isterinya. Keningnya sedikit ternaik. Barangkali tidak menduga soalan itu dilontarkan kepadanya.

“ Sayang rasa dia nak terima abang tak?”

“ Mana Hani tahu. Hani bukan Ann. Hani pun bukan pandai nak tafsir hati dan perasaan orang. It's about her feelings.” tutur Hani Wardah.

Zen Huzaini menarik keluh. Kedua tangannya terangkat meraup wajah. Sekalian wajah sang isterinya dipandang lagi. Nampak biasa saat menuturkan hal itu. Tapi dalam hatinya, Zen Huzaini rasa hati wanita itu terguris dan terluka. Dia bukan sengaja. Tapi itu yang dipinta isterinya. Menidakkan perasaan cintanya pada Ann Layli amatlah mustahil kerana cinta itu tak pernah terpadam. Dan untuk mengatakan sudah hilang sayangnya pada Hani Wardah juga adalah tidak benar. Dia masih menyayangi isterinya itu kerana wanita itu adalah wanita yang dia terima akadnya lima tahun yang lalu. Bersama kecewa ditinggalkan Ann Layli dia menerima permintaan ibunya untuk mengahwini Hani Wardah demi membahagiakan sang ibu. Seiring masa dia menerima Hani Wardah dalam hidupnya biarpun tanpa cinta.

“ Abang takut dia tak terima abang.” luah Zen Huzaini.

“ Abang kena yakin dengan diri sendiri. Abang lebih kenal dia dari sesiapa pun. Jadi abang tahu macam mana nak berhadapan dengan dia. Hani percaya abang boleh dan Hani doakan semoga dia terima abang.”

“ Masalahnya abang tak tahu nak approach dia macam mana? Hani tolong abang boleh?”

“ Tolong macam mana?”

“ Hani fikirkan lah untuk abang. Abang tak boleh nak fikir sekarang ni. Banyak kes sekarang nak kena handle. Boleh ya?!”

“ Hmm..yelah nanti Hani fikirkan. Abang bila nak lepaskan Hani?”

Shrittt.. Geseran tayar dengan jalan tar memberi kesan bunyi yang kuat sekalian brek kaki ditekan membuatkan kedua tubuh Hani Wardah dan Zen Huzaini terlonjak ke depan. Hampir kepala mereka terbentur mengena dashboard hadapan kereta. Dan nasib juga kilometer kereta belum laju. Kalau tidak tentu nahas!

Zen Huzaini merengus kasar. Laju tangannya memberi signal ke kiri bahu jalan dan berhenti. Beberapa kereta yang mengekori mereka dari arah belakang membunyikan hon yang panjang sebaik melepasi kereta mereka. Ada juga yang tak kurangnya menunjukkan gesture tangan tanda marah dengan perlakuan mengejut Zen Huzaini itu.

Membawa wajah berpaling ke arah Hani Wardah dia memandang tajam wanita itu yang sedang mengurut dadanya laju. Terkejut dek kereta yang di berhentikan mendadak di tengah jalan itu.

“ Back your pardon!”

Hani Wardah gigit bibir. Masih berkira mahu mengulangi perkataannya ataupun tidak. Dia sedar kata-kata perpisahannya sebentar tadi itulah yang membangkitkan kemarahan suaminya itu sehingga bertindak di luar kawalan seperti itu.

“ Back your pardon Hani!” stereng kereta dihentak kuat. Merah padam wajah Zen Huzaini menahan bengang.

Hani Wardah terkesip. Terhinjut bahunya dek hentakan kuat itu. Lambat-lambat wajahnya diangkat memandang raut wajah Zen Huzaini yang tegang.

“ Ha..Hani tanya bila abang nak le..lepaskan Hani?” Tergagap dia mengulangi.

Zen Huzaini mendekat ke arah tubuh isterinya. Tangan Hani Wardah dicapai lalu di bawa dekat dengan hatinya. Tangan itu dipegang erat.

“ Listen carefully. Takkan ada ulangan lagi selepas ini. Dan better you keep in your mind. Don't ever said infront of me again. I hate to hear that...” Tangan kananya naik mengelus pelipisnya. Membuang resah yang bertandang. “Abang takkan sesekali lepaskan Hani biar apa pun yang jadi. Hani tetap akan jadi isteri abang dunia akhirat. Faham!” lantang Zen Huzaini memberi peringatan. Tangan kanannya naik mengelus rahang wajah Hani Wardah dengan mata yang masih tajam. Biarpun tindakannya tidak menyakiti wanita itu tetapi tetap membuatkan Hani Wardah takut dengan figura keras itu.

Terangguk-angguk Hani Wardah menerima kata-kata suaminya sekaligus menghadam baik peringatan itu ke dalam kepala dan hati. Dia berasa lega kerana Zen Huzaini masih memerlukannya di sisi lelaki itu biarpun memilih insan lain untuk di cintai. Bukan dia tidak kecewa tetapi kerana sayang dan cintanya masih menggunung buat lelaki itu dia rela.

Melalui sudut pandangannya jika Zen Huzaini mahu mempertahankan cintanya dia juga akan berbuat perkara yang. Mempertahankan rumah tanggannya bersama lelaki itu. Biarlah dia dikatakan tamak sekalipun. Tamak kerana mahu menagih sayang dan cinta suaminya sendiri. Dia rela berkongsi sedikit kasih suaminya kepada wanita lain asalkan dirinya turut mendapat manfaat yang sama. Iaitu cintanya bersama Zen Huzaini.

Selepas melihat anggukan Hani Wardah, Zen Huzaini pantas merangkul tubuh isterinya ke dalam pelukan. Ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.

“ Terima kasih terima Hani dalam hidup abang.”

“ Abang yang patut berterima kasih dengan Hani sebab sanggup berkorban untuk abang. Abang sangat hargainya.”

Setelah berpelukan dan meleraikan segala apa yang kusut bersimpul Zen Huzaini mula mengenderai kenderaannya untuk bergerak semula.

“ Kita masuk meminang dia teruslah kalau macam tu. Nanti kita jumpa makcik dan pakcik. Lagipun Ann dah habis edah lama dah.” usul Hani Wardah setelah berdiam beberapa ketika.

“ Hani ikhlas ke terima dia? Hani dah habis fikir ke izinkan abang kahwin dengan dia?”

“ Insha Allah Hani ikhlas terima dia kerana Allah. Hani sayangkan abang. Jadi Hani nak abang rasa bahagia walaupun bukan dengan Hani. Hani rela berkongsi kasih. Tapi dengan syarat.”

“ Syarat? Apa syaratnya?”

“ Abang kena setia pada Hani dengan Ann saja lepas ni. Abang kena jujur dan adil pada kami. Tak boleh berat sebelah. Hani tak mahu tuntut apa-apa nanti dekat sana sebab takut bahu abang senget kalau tak berlaku adil dengan tanggungjawab abang. Dan Hani tak mahu duduk sekali dengan Ann. Abang kena bawa dia pindah ke rumah lain.”

“ Kenapa?”

“ Sebab Hani takut Hani sakit hati.”

Zen Huzaini terkekeh ketawa. Wajah cemberut Hani Wardah dipandang sayang.

“ Sekarang Hani tak sakit hati pulak?”

“ Buat apa Hani nak sakit hati?”

“ Yelah, Hani biarkan dia duduk rumah kita sampai abang tak selesa.”

Hani Wardah pulak yang terkekeh ketawa. Wajah hairan Zen Huzaini dipandang lucu. Zen Huzaini bersoal dengan gerak keningnya yang terangkat tinggi.

“ Sebab sekarang abang belum kahwin dengan dia. Belum berhubungan dengan dia. Buat apa Hani nak sakit hati. Lagipun sekarang most time Ann tu memerap je dalam bilik. Tak keluar-keluar langsung. So tak adalah Hani sakit mata tengok abang bermadu kasih dengan dia.”

Melongo Zen Huzaini mendengar bicara Hani Wardah.

Sayang memang tak sakit hati sekarang ni tapi abang yang terseksa hati sebab tinggal bersama dengan dia.’ monolog Zen Huzaini. Macam ada tapi tak ada. Nampak tapi tak tersentuh. Allah! dia saja yang tahu bagaimana seksanya menahan perasaan itu. Hari-hari dia rasa sangat terseksa sebab terpaksa tahan diri untuk menatap wajah Ann Layli yang membuatkan malamnya sering tak lena. Membuatkan mandinya tak basah dan membuatkan makannya tak kenyang.
“ Pandai sayang abang ni. Tak apalah macam mana pun. Abang terima je. Abang janji dengan Hani yang abang akan berlaku adil. Sayang jangan risau. Abang akan bawa dia duduk tempat lain. Rumah kita yang sekarang abang akan hadiahkan pada Hani. Tanda terima kasih abang yang tak terhingga sebab Hani sudi berkorban sebesar ini untuk abang. Terima kasih sayang.”

“ Don't mention that. Hani ikhlas.” matanya dikerdipkan ikhlas buat Zen Huzaini.

Wajah Zen Huzaini berubah ceria. Dia tersenyum senang memandang Hani Wardah. Hilang sudah gusar yang bersarang dikepalanya. Allah memudahkan urusan hatinya. Dia sangat berbangga dengan Hani Wardah kerana terlalu memahami perasaan dan kehendaknya. Diam-diam dia mendoakan kebaikan dan kesejahteraan Hani Wardah. Semoga payung emas milik isterinya nanti.

Ya, dia ikhlas berkorban untuk suaminya. Bukan saja kerana suaminya tidak mencintainya tetapi kerana seorang zuriat juga. Dia tahu keinginan suaminya yang mahukan zuriat. Jadi, dia berkorban untuk kebahagiaan suaminya. Dia tidak mahu derita mengikat kasih sayang dalam rumah tanggannya. Dia mahu yang baik-baik saja dalam hubungan mereka.

“ Amboi Kak Hani termenung apa tu? Abang polis akak outstation lagi ke?” soal Salmi tiba-tiba mematikan lamunan Hani Wardah.

Tersenyum kaget Hani Wardah sebaik disapa rakan sekerjanya itu. Dia menggeleng. “ Tak adalah. Ada je dekat sini.”

“ Baru sampai ke Salmi?”

“ Aah baru sampai je ni. Saya lapar kak tu yang datang sini cari something untuk di buat kudap-kudap.” Salmi tersengih.

Hani Wardah mengangguk.

“ Atas kabinet tu ada bihun goreng sikit. Akak bawak dari rumah. Makanlah.” ujar Hani Wardah menghala ke arah tuperware hijau yang di bawanya bersama ke pantri tadi.

“ Alhamdulillah rezeki. Thanks kak.” sengih Salmi lagi. Dia kemudian berjalan ke arah kabinet dibelakang Hani Wardah dan melihat tuperware hijau yang diberitahu Hani Wardah tadi.

Hani Wardah menyambung melayan perasaan. Namun tersentak dek rengusan kuat yang menyapa pendengaran telinganya. Dia terlontar terkejut pantas mengangkat wajah. Kelibat Raihan yang masuk ke dalam pantri bersama riak wajah geram membuatkan Hani Wardah dan Salmi yang mula menyertai ke meja kecil itu melihatnya hairan.

“ Hish geramlah aku. Jantan semua perangai sama. Gatal anu je tahu. Tak cukup satu pu..” marah Raihan sambil hentak botol minumannya yang bersaiz dua liter itu. Nasib botol itu masih kosong. Kalau penuh mahu roboh meja kecil dalam bilik pantri itu.

Salmi dan Hani Wardah berpandangan sesama sendiri. Hani Wardah sudah bertukar wajahnya mendengar ayat terakhir Raihan itu. Sungguh tak bertapis mulutnya. Auranya begitu keras dek marah yang berapi-api. Entah apa yang tak kena. Tapi Hani Wardah malas mahuencampuri. Dia diam saja. Sudahnya Salmi yang bersuara menegur Raihan yang berada dalam keadaan mood tidak baik itu.

“ Kenapa marah-marah ni Kak Rai? Apa yang tak kena? Kak Rai datang bulan ke?” bocor saja mulut Salmi bertanya.

Raihan duduk di sebelah Hani Wardah. Dia jenguk ke dalam muk di depan wanita itu. Masih tersisa lagi separuh bancuhan air nestum milik Hani Wardah.

“ Aku panas ni...” tangan Raihan mengipas-ngipas dadanya yang dilapisi shawl merah hati sambil menjeling Salmi di sebelah kanan Hani Wardah. “ Kak Hani mintak sikit air ni. Berasap dah saya dari malam tadi.” wajah Hani Wardah pula dipandangnya meminta keizinan lantas mencapai muk itu dan di bawa ke mulutnya meneguk habis air nestum tersebut.

“ Minumlah Rai.” balas Hani Wardah.

Salmi senggol siku Hani Wardah bertanyakan dengan mengangkat dagunya dan mengarah ke arah Raihan. Hani Wardah sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

“ Kenapa Rai? ”

Raihan membetulkan duduknya. Dia berdehem seketika sebelum pandangannya menyapa dua tubuh di depan dengan riak penuh tanda tanya.

“ Korang tak tengok berita semalam ke?”

“ Berita apa?” serentak pertanyaan itu terlontar dari mulut Salmi dan Hani Wardah.

“ Berita pasal si Sol dengan anak si Degawan tu la. Riuh satu Malaysia ni tau pasal si Sol kahwin dengan minah gedik tu kat Thailand nun. Memang panas je hati ni dari semalam tengok kenyataan si Sol tu yang macam tak ada perasaan bersalah tu. Bini kemain cantik kemain lawa sanggup dia duakan dengan kejar perempuan macam tu. Ish, tak faham betul aku perangai si Sol tu. Betul tak guna la dia tu. Huh, bebal sangat. Ada otak tapi tahunya letak dekat anu je. Perempuan suci dengan tak pun tak tahu beza.” Berapi saja nada Raihan bercerita siap sekali dengan tangannya yang naik terawang-awang dekat angin. Emosinya tersulut penuh geram dan sakit hati.

Hani Wardah mengangguk. “ Ada jugak tengok semalam tapi malas ambil port. Kita tak boleh nak judge orang. Biarlah Allah je yang bagi balasan.” Sekadar itu saja pendapatnya. Malas mahu berlebihan menghukum dan menghakimi masalah hidup orang lain. Hidup sendiri pun bermacam masalah, lagian mahu menyibuk hal orang lain.

“ Aah, saya tengok jugak live dia tu. Selamba badak je dia mengaku dah kahwin lain. Padahal sebelum ni tak mengaku ada hubungan. Biasalah kak, orang duit banyak nak hairan apa. Setakat turun naik mahkamah ni benda kecil je. Duit juta-juta dia tak hairanlah takat nak saman menyaman ni.” sambung Salmi yang turut terjangkit emosi; geram dan sakit hati dengan Raihan yang menyampaikan cerita.

“ Ha itulah..geram je aku tengok. Yang perempuan tu pun tak tahu malu ke rampas hak orang? Dah tahu si Sol tu dah kahwin beranak pinak nak jugak kejar. Macam lelaki bujang lain kat Malaysia ni dah tak ada. Dahtu..statement pun macam mintak penampar jepun aje..”

“ Statement yang mana tu?”

“ Ala..yang dia cakap dia tak ada niat nak ganggu rumah tangga orang tapi hati dah terlanjur sayang. Eh.. bebal betul perempuan ni tau. Bangga sangat dia jadi penyondol. Ni kalau depan aku ni lama dah aku hentak-hentak pu dan anu diorang.” Botol air bersaiz dua liter tu diangkat dan dihentak kuat-kuat atas meja sehingga bergegar muk yang digunakan Hani Wardah tadi. Bunyi yang agak kuat juga ikut terlantun dek hentakan itu. Muka geramnya dia tayang lagi. Kali ini bibirnya ikut tercemik-cemik.

“ Sabar. Sabar banyak-banyak Rai. Bawa istighfar.” Hani Wardah urut bahu Raihan cuba meredakan perasaan marah wanita itu yang masih bersisa. Cuba memberi ketenangan pada rakan sekerjanya itu.

“ Astaghfirullahalazim.” Lafaz Raihan mengikut ajaran Hani Wardah. Namun yang namanya manusia yang mudah dikawal nafsu selalu tertewas dengan ajaran syaitan yang suka menghasut itu.

“ Tapi seriuslah si Puteri Sarah tu..tak ada dia nak melenting ke apa ke? Macam redha pulak laki dia kahwin lain. Adoi la.. kita yang tengok pulak rasa sedih dan sakit hati.” Raihan masih lagi membebel dengan laporan hangat tentang berita sensasi mengenai artis Malaysia yang sedang viral itu.

“ Sama je dua-dua tu. Kalau bertepuk sebelah tangan tak adanya berbunyi kak.. Nak buat macam mana, lelaki ni bukan boleh ada duit lebih sikit mula la nak menggatal. Dia rasa mampu dari segi duit ringgit itu yang nak kahwin lebih dari satu. Kena pulak muka tu hensem memang perasan lah. Haraplah dia menyesal satu hari nanti sebab buat anak dan isteri dia macam tu.” Salmi pula menambah.

Hani Wardah hanya berdiam diri. Kata-kata yang terbit dari mulut Salmi dan Raihan tadi sedikit sebanyak menambah perisa di dalam dadanya. Hal suami jatuh cinta lagi buatkan hatinya sedikit berantakan. Tapi kes suaminya Zen Huzaini itu bukan berlaku curang. Bukan juga kes Ann Layli menggatal cuba menggoda suaminya. Masalah utama mereka adalah kerana suaminya yang masih tidak boleh melupakan cinta pertamanya itu dan kerana dia juga yang terasa bersalah kepada Zen Huzaini kerana tidak dapat memberi cahaya mata sehingga kini. Berharap dengan memberi keizinan kepada suaminya untuk bernikah baru dapatlah Zen Huzaini punyai zuriat sendiri.

“ Eh, dah pukul lapan ni. Jom masuk kerja. Karang Tuan Megat dengan Tuan Ben sampai kita tak ada kat meja pulak. Mahu berangin Tuan Megat tu.” ujar Hani Wardah setelah menilik Gucci di tangannya. Dia segera bangun dari duduk. Mencapai muk yang digunakan tadi lalu di bawa ke sinki untuk di cuci. Selesai dia berjalan mahu keluar dari pantri.

“ Betul tu. Tuan Megat kalau naik angin lagi teruk dari Kak Rai. Mahu terbalik satu ofis ni dengar suara dia.” ceceh Salmi pula. Dia pun laju saja menyimpan bekas tuperware bihun goreng yang di beri Hani Wardah tadi ke atas kabinet semula.

“ Kak Hani, tuperware tu karang saya cuci ye. Thanks kak. Sedap bihun goreng tu.” ujar Salmi dengan sengihan lagi memandang Hani Wardah yang dah sampai depan muka pintu.

Hani Wardah pandang belakang dengan anggukan bersama senyuman nipis. Dia mengangkat signature ‘ok’ dengan tangan kanannya ke arah Salmi lantas berlalu pergi.

“ Sal.. Kak Hani tu kenapa? Moody je aku tengok. Dia ada masalah ke? Selalu tu dia cakap banyak jugak.” soal Raihan pelik. Tubuh Hani Wardah yang berlalu dipandang dengan ekor matanya.

“ Entah. Aku pun nampak jugak mood dia ke laut hari ni. Aku datang tadi pun dia tengah dok termenung.” balas Salmi.

“ Takkan sama kes dengan si Sol tu kut. Dah la laki Kak Hani tu handsome. Mustahil tak kena goda. Ish, kalau lah betul sama macam kes si Sol pengecut tu kesian Kak Hani kan.” tebak Raihan cuba menyerkap jarang.

Pap!

“ Adoi sakitlah..” rengus Raihan. Satu tamparan berbisa dari tapak tangan Salmi hinggap ke atas bahu Raihan membuatkan dahi Raihan berkerut menahan sakit.

“ Mulut kau memang tempayan eh! Cakap tu cuba baik-baik sikit. Dengar dek Kak Hani nanti, apa pulak kata dia. Tak baik tau kau tuduh suami dia. Adalah tu masalah lain. Kita tak tahu apa-apa jangan berani buat kesimpulan. Berdosa je.” nasihat Salmi.

Raihan yang sedar akan keterlanjuran katanya menyengih bak kerang busuk. Kedua tangannya naik menutup mulut yang selalu aje bocor tak kira tempat dan waktu.

“ Sorry. Aku teremosi sangat pasal Sol tu. Masih tak boleh move on dengan cerita jantan tak guna tu. Sakit hati aku.” tercemik mulutnya.

“ Ya aku tahu. Tapi janganlah sebab si Sol tu kau samakan semua jantan dengan perangai tak guna dia. Banyak lagi lelaki kat luar tu yang perangai baik-baik dan tak munafik macam si Sol. Kau cuba kontrol sikit emosi tu.” ujar Salmi lagi.

“ Ok. Thanks Sal bagi nasihat kat aku. Aku cuba kontrol kay!” balas Raihan.

“ Dah bangun. Lekas gerak ke meja kau sebelum Tuan Megat sembur kita dekat sini.” Salmi menarik lengan Raihan agar bangun. Salmi sudah menapak mahu keluar ke hadapan pintu pantri itu.

“ Ya, aku bangun la ni.”

Raihan bangun dari duduk dan bergerak keluar beriringan dengan Salmi. Cerita gossip mereka tentang produser filem terkenal ‘ Munafik’ dan ‘ Mat Kilau’ itu berakhir di situ.

********

“ Assalamualaikum bah.” ujar Ann Layli sebaik masuk ke bilik tidur utama itu. Dia tersenyum senang sambil meletakkan semangkuk bubur ikan bilis yang masih berasap nipis ke atas meja kecil di sebelah katil bersama segelas air putih. Sarapan itu disiapkan ibu tirinya Amirah dan wanita itu menyuruhnya menghantar naik ke atas untuk santapan suaminya. Ann Layli akur dan membawanya kepada Tan Sri Zahid untuk memberinya makan pagi. Ann Layli berdiri di sebelah katil babahnya.

“ Waalaikumsalam.” jawabnya. Tan Sri Zahid yang sedang berehat setelah usai mandi diuruskan Benz Fahri tadi tersenyum gembira melihat gerangan anaknya pagi itu.

Semalam apabila dia meminta Benz Fahri memanggil anaknya dan ahli keluarga yang lain untuk bertemu setelah dia berasa sedikit pulih dapat juga ditunaikan anak itu. Lega rasanya. Sehingga ke pukul dua pagi mereka berbual dan berborak tentang kisah anaknya selama hampir dua puluh lima tahun itu. Pelbagai cerita dikisahkan Ann Layli mengenai hidupnya sepanjang menjadi anak buangan. Ada juga yang diceritakan Zahid dan Hasnah. Tan Sri Zahid merasa puas hati dan lega setelah mendengar kisah lama itu walaupun semalam dia mengalami gangguan kesihatan yang agak teruk tetapi sedikit pun tidak menjejaskan semangatnya. Dan pagi ini, dia bersyukur yang teramat sangat kerana masih diberi peluang untuk menatap lagi wajah kesayangannya itu. Allah mendengar segala permintaannya itu. Alhamdulillah.

“ Babah nak makan? Mama ada buatkan bubur ikan bilis. Mama suruh Ann temankan babah.” ujar Ann Layli.

“ Tak apa, letak situ dulu. Babah belum lapar.” Ann Layli menurut.

“ Puteri mari duduk sini nak.” panggil Tan Sri Zahid seraya menepuk bahagian sisi tilamnya. Meminta Ann Layli duduk di situ. Ann Layli akur lalu melabuhkan duduknya.

“ Mulai hari ini babah nak Puteri duduk di sini dengan babah dan mama dan adik-adik. Boleh?”

“ Tak apa bah, Ann ada tempat tinggal. Tak perlu susah-susah..” ujar Ann Layli. Dia segan mahu menyusahkan babahnya itu. Sementelah, rumah itu juga turut dihuni ibu tirinya serta anak-anak babah yang lain. Dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan babah dan mamanya itu. Biarpun dia layak mendapat kasih sayang yang sama dari Tan Sri Zahid. Dia sudah punyai hidupnya sendiri. Tak akan dia mahu menyusahkan babahnya pula hanya kerana dia anak yang baru ditemui. Dia risau anak-anak babah yang lain tidak selesa dengan kehadirannya itu. Lebih membimbangkan jika ada yang mengatakan dia mahu mengambil kesempatan atas kekayaan babahnya pula dan merampas kasih lelaki itu.

“ Babah cuma nak isi waktu-waktu terakhir babah dengan Puteri aje. Babah nak tebus semula waktu waktu yang babah dah terlepas sepanjang dua puluh lima tahun dulu. Sekurangnya kalau babah pergi hati babah tenang. Tenang sebab berjaya berikan Puteri kebahagiaan yang sepatutnya.” tutur Tan Sri Zahid satu persatu.

“ Babah jangan cakap macam tu. Ann tak mahu merosakkan kebahagiaan babah dan mama serta adik-adik. Kita baru aje berjumpa kan. Lagipun Ann takut orang cakap Ann pulang semata mahu mengaut harta babah. Ann tak mahu apa-apa pun. Ann dah biasa hidup sederhana.” ujarnya.

“ Puteri jangan cakap macam tu. Selagi babah hidup babah tak akan benarkan sesiapa pun berfikiran begitu. Puteri anak babah dan arwah ibu. Harta babah adalah harta Puteri juga. Jadi tiada siapa yang boleh pertikaikan. Babah cuma mahu Puteri berada di sisi babah untuk habiskan sisa hidup babah ni.” Tangan Ann Layli digapai dan dipegang erat.

Lama Ann Layli terdiam. Permintaan babah sangat menyentuh hatinya. Sedikit sebanyak kata-kata itu meresap ke dalam hati. Ya, tidak salah jika dia menemani hari-hari terakhir Tan Sri Zahid itu. Sekalian dapat membalas jasa dan pengorbanan lelaki itu yang telah mewujudkan dia ke dunia ini.

“ Baiklah..Ann janji akan ikut permintaan babah tapi bukan hari ini. Beri Ann masa untuk uruskan beberapa hal. Selesai semuanya Ann akan ikut semua permintaan babah.” ujarnya dengan senyuman. Tangan tua Tan Sri Zahid dibawa ke bibirnya. Mengucup sepenuh kasihnya.

“ Janji?” Jari kelingking Tan Sri Zahid diangkat ke hadapan mata Ann Layli. Meminta anak gadis itu membuat ‘pinky promise' kepada permintaannya.

“ Ya Ann janji. Semuanya untuk babah.” tergelak Ann Layli dengan gelagat babahnya. Dia rasa seperti anak kecil yang berusia tiga tahun saja saat itu. Melayan permintaan Tan Sri Zahid yang tidak keterlaluan itu membuatkan hatinya senang tambahan melihatkan riak wajah babahnya yang turut sama ketawa senang. Tiada lagi riak penuh resah dan derita pada wajah Tan Sri Zahid seperti semalam.

“ Alhamdulillah. Terima kasih sayang.”

“ Sama-sama. Sekarang babah kena makan. Kejap lagi babah kena makan ubat.” ujar Ann Layli.

“ Ya babah makan. Tapi Puteri suapakan babah ya.” pintanya.

“ Okay. Jom makan.” Ann Layli tersenyum. Laju tangannya mencapai mangkuk bubur ikan bilis itu. Sudu disuakan ke mulut Tan Sri Zahid setelah membacakan doa makan. Lelaki tua itu mencicipnya sedikit demi sedikit sehingga hampir tinggal suku saja isinya.

“ Dah cukup. Babah dah kenyang.” Tangan kanannya naik terangkat menahan suapan seterusnya dari Ann Layli.

“ Nah minum air.” Segelas air putih disuakan pula kepadanya. Menenguk air putih itu sehingga habis dan Tan Sri Zahid kembali bersandar di kepala katilnya. Ann Layli membetulkan letak kepala Tan Sri Zahid yang sedikit senget. Mulut babahnya yang dicemari sedikit bubur nasi itu dilap menggunakan hujung jarinya.

“ Babah rehat ya. Ann nak balik dah ni. Ann masuk kerja pukul 10 pagi. Nanti Ann datang lagi jumpa babah ya.” ujar Ann Layli. Tangan tua Tan Sri Zahid sekali lagi dicapai dan mencium lembut.

“ Yalah. Hati-hati. Kalau ada hal apa-apa beritahu babah dan mama ya.” Ann Layli angguk kepalanya. Tubuh Tan Sri Zahid dia dakap erat sebelum kepergian.

Benz Fahri melangkah masuk ke bilik itu bersama sebekas ubatan yang di bekalkan Doktor Junaidi semalam. Matanya menangkap aksi mesra Tan Sri Zahid bersama Ann Layli.
Semerta dia mematikan langkah di muka pintu lalu tersenyum nipis dan meneruskan pemerhatiannya. Tidak mahu mengacau momen indah kedua beranak tersebut.

Setelah kedua mereka usai berpelukan dan Ann Layli melintasinya dihadapan pintu barulah dia masuk ke dalam menyapa Tan Sri Zahid namun lelaki itu terlebih dahulu menegurnya.

“ Ben..” Tan Sri Zahid tersenyum senang sebaik melihat kehadiran Benz Fahri di ruangan biliknya.

“ Babah dah makan?” Benz Fahri bersoal. Kaki bergerak merapati katil lalu duduk di kerusi yang digunakan Ann Layli tadi. Bekas ubatan di letakkan ke atas meja di sebelah katil.

“ Puteri dah suapkan tadi.”

“ Alhamdulillah. Kita makan ubat pulak sekarang ya.” ujarnya. Tan Sri Zahid mengangguk.

Benz Fahri menarik bekas plastik ubat. Beberapa ubatan yang diberitahu secara terperinci kepadanya semalam di ambil dan disuakan kepada babahnya. Tan Sri Zahid tanpa banyak soal menerima dan memasukkannya ke dalam mulut. Kemudian, dia menolaknya dengan air putih yang diberikan Benz Fahri pula.

“ Ben nak pergi kerja dah ni. Petang nanti Ben singgah sini lagi. Babah rehat lah. Doktor pesan babah tak boleh banyak bergerak.” pesan Benz Fahri.

“ Baiklah. Hati-hati pergi kerja. Terima kasih sebab jaga babah. Terima kasih sebab bawa Puteri pulang pada babah.”

“ Jangan cakap macam tu bah. Babah kan babah Ben, mestilah Ben jaga babah sampai sihat. Tak perlu terima kasih pun. Puteri pulang dengan izin Allah. Ben cuma permudahkan caranya saja. Allah dah takdirkan jalan pertemuan babah dengan dia begini. Lagipun Ben dah janji kan..yang Ben akan buat apa saja untuk babah. Ben sayang babah dunia akhirat.”

“ Dah, babah jangan fikir yang negatif lagi. Mulai hari ni babah kena sihat sepenuhnya. Babah cakap dulu kalau Puteri balik babah nak buat macam-macam perkara dengan dia kan?” Tan Sri Zahid mengerdipkan matanya mengakui kata-kata Benz Fahri itu lalu mengangguk senang. “Ben doakan segala hasrat dan impian babah bersama Puteri tercapai ya.” tambahnya lagi.

“ Terima kasih Ben.” Tan Sri Zahid menepuk lembut tangan Benz Fahri di tangannya. Terharu.

“ Oh, again. Stop mention that bah!” Benz Fahri menggeleng geram. Sudah acapkali dia berpesan kepada babahnya agar tidak mengungkapkan perkataan itu. Dia membantu kerana ikhlas dan ingin membalas jasa Tan Sri Zahid saja. Tidak lebih dari itu.

“ Okay. I'm sorry young men.” ucap Tan Sri Zahid memohon maaf.

“ Babah rehatlah. Ben pergi dulu.” pinta Benz Fahri mengundur diri. Tangan Tan Sri Zahid dicapai dan bersalaman dengan babahnya sebelum berangkat meninggalkan ruangan bilik itu.

Tan Sri Zahid mengangguk. Anak matanya memerhati langkah Benz Fahri yang semakin menghilang di balik pintu itu.

Terasa harinya bertambah baik dan tubuhnya terasa sihat sepenuhnya sebaik berjumpa dengan kedua anak itu. Gembira hatinya tidak terikat dengan pertemuan yang terjadi. Sungguh dia bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menikmati lagi Hari yang mendatang bersama insan-insan tersayang. Berharap apa yang dihajatinya akan tercapai sebelum dia menutup mata. Akan dia pastikan kehidupan satu-satunya anak perempuan itu bahagia setelah hampir dua puluh lima tahun tidak mendapat hak yang sepatutnya.

******

Pasal Sol, WL tak nak komen apa2..Just hangatkan cerita malam ni saja..hihi..ampun ye semua..tq yg tggu WL update. muahh ciked :⁠-⁠*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience