Zen Huzaini tersandar di dada katil dengan kepala berat memikir. Matanya lurus pandang dinding bilik seperti mahu tembus. Sejak pulang dari kerja setengah jam yang lepas dia di situ dengan fikiran yang pesat dan hati yang berbaur kerana tanpa sengaja terdengar pertelingkahan jiran sebelah rumah itu tadi.
Sudah dia agak ada yang sesuatu tak kena dalam rumah tangga itu. Dan itu mengingatkan dirinya tentang kisah bangkai kambing yang sengaja digantung di pagar rumah itu sebelumnya. Bagaimana Ann Layli boleh hidup dengan lelaki panas baran seperti Muqri agaknya? Zen Huzaini tak dapat berfikir dengan logik.
Itu baru sedikit yang dia lihat. Yang dia dengar. Yang baru dia tahu. Di sebalik rumah itu apa agaknya yang berlaku? Entah makin dahsyat atau apa? Dia mengeluh sendirian. Hatinya sakit. Hatinya kecewa melihat sengsara wanita itu.
Hendak di tolong dia bukan siapa-siapa lagi pada wanita itu. Namun mendengar suara raungan wanita itu membuatkan tangkai hatinya seperti mahu putus. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Dia nampak dan tahu tapi tak mampu berbuat apa-apa. Sungguh dia lemah tak mampu dan dapat melindungi orang yang dia sayang.
Sayang! Cinta! Jangan di tanya..
Tipu jika dia sudah membuang perasaan sayang dan cinta yang sekian lama bertakhta. Tipu juga jika dia dapat melupakan. Perasaan itu sentiasa ada dan mekar. Perasaan itu sentiasa tersimpan kemas di hujung hati. Walau dia sendiri sudah mempunyai isteri. Namun perasaan yang dia ada itu istemewa. Akan dia kekalkan perasaan itu dalam hati. Biarlah tidak disambut dan takkan disambut sampai bila-bila. Dia rela. Dia tak mampu membuang perasaan itu. Kerana itulah cinta pertamanya.
**************
Wajah Pak Bakar menengang. Surat di tangan dia campak kasar atas meja kopi. Tangan kanan naik mencekak pinggang. Geram dan sakit hati bersatu membuatkan a marah di dada memuncak.
Pak!
Kedua bahu Puan Jamilah terhinjut dek hentakan tangan suaminya di tepi jenang tingkap. Dia yang sedang ralit menonton televisyen di ruang tamu itu panggung kepala. Lantas, susuk tubuh sang suami dia pandang. Melintang kerutan di dahinya.
“ Abang kenapa? Angin tak ada ribut tak ada naik angin pulak!” soal Puan Jamilah. Hampir bercantum kedua keningnya.
Sementara Pak Bakar yang di landa ribut taufan satu badan masih berdiri depan daun tingkap itu. Angin yang bertiup dari luar menghembus tubuh kekarnya. Menghilang sedikit panas baran di tubuh. Di sedut nafas dalam sebelum hembus perlahan. Dia pejam mata cuba menggali kesabaran yang menipis. Cuba bertenang.
“ Anak jantan tu tak habis-habis susahkan aku!” omel Pak Bakar dengan suara kasarnya. Dia ketap bibir tahan geram. Sekali lagi tangan di hentak pada jenang tingkap yang terbuka.
Puan Jamilah bangun berdiri dengan kerutan di dahi naik berlapis. Dia mendekat ke arah Pak Bakar. Apa lagi si anak kesayangannya tu buat onar? Desis hatinya. Anak jantan yang di sebut si suami tadi tak lain adalah Muqri. Dia tahu itu.
“ Habis tanah aku dia jual. Bukannya gadai. Ada anak lelaki tak boleh harap. Bukannya tolong menambah. Lagi melingkup. Kau siap Milah, aku nak jumpa dia. Tunggu dia balik makan tahun. Entah-entah esok lusa kalau kita mati pun dia tak balik.” ujar Pak Bakar.
“ Hah!” Puan Jamilah tercengang.
“ Aku kata bersiap. Kita ke KL. Aku nak tengok sekali menantu aku. Kelmarin aku jumpa Hasnah, dia mengadu dah setengah tahun si Muqri dengan Ann tak balik menjenguk. Entah sihat ke tidak anak orang tu?” dengus Pak Bakar lagi. Geram saja dengar ulah si Muqri.
Semakin hari semakin teruk. Malu dia pada Hasnah ketika mereka bertemu secara tak sengaja di hospital kelmarin. Ketika sama-sama pergi membuat rawatan kesihatan. Hasnah yang membawa suaminya mendapatakan rawatan berkala di hospital sempat menegurnya ketika itu. Kalau tidak bertemu muka tidak juga dia tahu akan hal anak menantu sendiri. Naik tebal berinci wajah dia berbual dengan bisan itu.
**************
“ Baby slowly please!”
“ No.. No.. Ahh.. Ahh..”
“ Babyyyyyy..."
“ Sikit je.. Tahan tau!”
Rengekan seorang gadis atas katil itu membuatkan Muqri tersenyum panjang.
Sedang enak mereka berulit mesra tanpa seurat benang kedengaran pintu bilik di ketuk.
Muqri mendengus sebal. Gerakan mereka terhenti. Dia angkat kening pada si gadis yang berada di bawahnya lalu mendapat gelengan dari gadis itu. Mencapai tuala di sebelah dan terus melilit ke pinggang dia menghampiri pintu lantas mengintai dari sebalik lubang kecil di situ.
Jenny! Rengusan halus terbit dari bibir.
“ Mengacau jelah. Huh!” tombol pintu dipulas kasar.
Terkuak saja pintu, wajah gelisah Jenny menerpa pandangan.
“ Kau apahal? Baru satu jam. Janji tadi tiga jam maa.. " tajam mata Muqri bertanya namun laju saja mendapat gelengan dari Jenny.
Kelihatan mata Jenny meliar kiri kanan. Wajahnya bertukar gusar. Kedua bahu di angkat tanda tidak tahu. Muqri semakin pelik. Kaki melangkah setapak ke depan mahu menarik Jenny. Hatinya makin sebal apabila merasakan wanita itu sengaja mahu mempermainkannya.
“ Kami dari JAIS. Pihak kami mendapat aduan yang Encik bersedudukan dan melanggan wanita pelayan di sini. Sila beri kerjasama.” suara seorang Pak Ustaz menerjah pendengaran Muqri. Kepala di bawa toleh ke kanan. Semerta figura tiga orang lelaki berkopiah dan dua orang lelaki berpakaian seragam biru polis merenungnya atas bawah.
“ Shit!” seranah Muqri. Dia tersandar di dada pintu. Tangan dikepal lalu mengetuk dahi sendiri.
“ Encik,tolong beri kerjasama!” seorang pegawai polis melangkah ke depan dan meraih tangan Muqri lalu di bawa ke belakang badan.
“ Ta.. Tapi cik.” Muqri cuba menarik tangannya dari di pegang. Namun ketangkasan pegawai tersebut berjaya membuatkan Muqri mengikut arahan pegawai polis dan pegawai jabatan agama tersebut tanpa sempat berkata apa.
“ Keterangan akan di dengar di balai saja. Sila ikut kami!” balas pegawai polis berpangkat koperal itu.
Sebaik masuk ke dalam bilik itu semula, gadis di atas katil terkejut melihat Muqri di bawa pegawai polis. Seorang pegawai wanita juga menyusul saat itu menghampiri gadis pelayan itu dan menyuruhnya bersiap agar ikut mereka bersama.
**************
Ann Layli dan Pak Bakar melangkah masuk ke dalam balai polis Dang Wangi dengan wajah yang berat. Seorang pegawai wanita yang bernama Shahariza ketika itu bertugas di kaunter hadapan menyambut kedua orang awam itu dengan senyuman penuh protokol.
Sebaik mereka duduk, pegawai wanita itu memulakan sesi pertanyaan tentang tujuan kedatangan mereka ke situ.
“ Saya nak ikat jamin anak saya.” jawab Pak Bakar dengan wajah yang menebal dengan perasaan malu.
Sungguh, ini kali pertama dia berhadapan situasi sebegini. Datang ke Kuala Lumpur mahu bertemu anak menantu tetapi malu pula yang dia dapat. Sudah berbakul kemarahan dia kumpul dalam dada. Belum pun sempat bertemu Muqri, berita aib ini yang menyambut kedatangan dia di depan rumah menantunya tadi. Si isterinya pula nyaris tak pengsan apabila di maklumkan jiran sebelah rumah anaknya itu.
“ Boleh saya tahu nama anak pak cik?” soal Shahariza sambil menekan tetikus di depan komputer dengan mata menala pada Pak Bakar berselang dengan wanita di sebelah lelaki itu. Berkemungkinan anak atau menantunya.
“ Izz Muqri bin Abu Bakar.”
Shahariza tanpa lengah mulai mencari data penghuni dalam tahanan mereka di bawah seliaan ibu pejabat kontijen Dang Wangi itu.
“ Pak cik dan puan sila tunggu sebentar. Saya akan panggil pegawai yang 'in charge' kes anak pak cik!” balas Shahariza. Dia kemudian menekan butang pada interkom di sebelah kanannya.
“ Tuan, ada waris Izz Muqri nak berjumpa.” Shahariza memberitahu. Selang sesaat in charge yang dikatakan Shahariza itu keluar menemui mereka.
“ Tuan!” Shahariza bangun berdiri memberi hormat dan kembali duduk sambil menunjukkan arah kedua tetamu yang duduk di kerusi di hadapannya kepada in charge beliau.
Pak Bakar bangun diikuti Ann Layli lalu bersalaman dengan lelaki itu. Ann Layli panggung kepala dan dia nyaris pitam apabila melihat wajah incharge balai polis tersebut.
Ajai!
“ Sila duduk pak cik dan puan. Sekejap lagi saya akan keluarkan anak pak cik dan suami puan. Tapi sebelum tu kita kena ikut prosedur balai dulu lah. Harap pak cik dan puan faham.” terang Zen Huzaini sambil matanya mengarah pada Ann Layli yang tunduk sedari tadi. Pak Bakar angguk lemah.
Setelah melalui prosedur balai dan ketetapan undang-undang, Muqri dibebaskan dengan ikat jamin oleh Pak Bakar.
“ Terima kasih Tuan Huzaini. Saya minta diri dulu.” Pak Bakar bersalaman dan langsung berlalu pergi.
“ Sama-sama.”
“ Hmm macam-macam kan orang zaman sekarang ni tuan?!” selar Shahariza sebaik melihat lelaki tua itu berpamitan dengan 'in charge' tampan di balai mereka dan melangkah meninggalkan perkarangan balai itu.
Zen Huzaini yang mahu melangkah terhenti. Kepala di bawa pusing menghadap Shahariza.
“ Apa yang macam-macam Reza?” berkerut keningnya
“ Yelah, bini elok-elok segak gatal nak cari penyakit melanggan 'hot chics'. Tak pasal makan free kat lokap ni!” tergeleng-geleng kepala Shahariza yang sedang menopang dagu pada meja kaunter balai sambil teringatkan kembali paras wanita cantik di sebelah pak cik tua itu tadi.
Kasihan!
Tubuh muda. Wajah ayu. Tapi, dapat suami perangai kalah hantu!
“ Itu, nama dia ada otak tapi tak ada akal. Menjunjung nafsu serakah je tahu.” ujar Zen Huzaini geram. Sakit hatinya saat dia jejak kan kaki ke balai pagi tadi apabila melihatkan Muqri dengan wajah selamba tanpa perasaan bersalah di tangkap atas kesalahan bersekedudukan. Retak hati dia saat terpandang wajah bermuram durja Ann Layli. Sungguh dia tak sangka begitu berat dugaan perasaan yang harus dijalani wanita itu.
“ Dunia.. Dunia..” keluh Shahariza sambil pandang Zen Huzaini.
“ Bukan dunia yang salah. Manusia yang tak tahu bersyukur” ujar Zen Huzaini tersengih melihat pegawai bawahannya itu lalu dia melangkah masuk ke bilik pejabatnya semula.
*************
“ Kau memang anak tak guna. Tak kenang budi. Memalukan aku!” herdik Pak Bakar. Kecil besar saja dia pandang Muqri yang duduk berteleku dengan muka tak bersalah.
“ Sudahlah tu abang. Muqri ni dah besar panjang. Tak payah lah jerit-jerit. Satu taman boleh dengar suara abang tu.” ujar Puan Jamilah. Kecut perut dia bila lihat wajah suaminya itu.
“ Sebab dah besar panjang lah aku marah. Kalau kecik budak dah lama aku parang-parangkan!”
“ Kau tu Milah tak habis-habis nak pertahankan Muqri. Sebab tu budak ni naik lemak. Sampai conteng arang kat muka kita ni.” meluap-luap amarah Pak Bakar.
Ann Layli yang sejak tadi berdiri di sebelah Muqri hanya berdiam diri. Tak tahu nak berkata apa. Yang pasti dia juga berasa sangat malu sehingga tidak tahu mahu letak mukanya di mana sebaik terpandangkan wajah Zen Huzaini tadi. Dia pasti lelaki itu sudah mengetahui sedikit aib di dalam rumah tangganya.
“ Kamu pun Ann, beri muka banyak sangat pada laki kamu ni. Sampai dia buat perkara yang tak senonoh. Ni nasib ayah datang ke mari kalau tidak sampai ke sudah kami tak tahu! Apa nak jadilah dengan kamu berdua ni?!” bebel Pak Bakar dengan gelengan kepala. Dia mengeluh. Sungguh saat itu hatinya sakit. Sakit dengan perangai Muqri. Bertimpa-timpa hal atas kepalanya saat itu. Seperti kata pepatah bagai jatuh ditimpa tangga.
“ Kamu tak layan ke suami kamu ni, sampai dia sanggup makan luar? Kalau makan luar dengan perempuan baik-baik tak apalah jugak. Boleh jugak di buat menantu. Ini entah perempuan pelacur mana entah yang dia langgan!” Puan Jamilah bangun berdiri lalu menunjal dahi Ann Layli. Hampir gadis itu tersungkur tanpa sempat mengelak. Nasib Pak Bakar sempat menahan isterinya daripada terus menggila.
“ Awak kenapa Milah? Yang buat perangai si anak tak guna awak tu bukannya si Ann ni. Kenapa nak tuduh dia pulak? Dah sah-sah anak kita yang salah. Buat perangai terkutuk macam tu. Sudah tahu ada bini yang halal boleh di sentuh nak jugak mencari yang haram!” ujar Pak Bakar. Lagi bertambah pening kepala orang tua itu dengan perangai isterinya yang tak habis-habis mahu mencari pasal.
Puan Jamilah mendengus geram. Geram kerana tak dapat melepaskan kemarahan yang membuak di dada. Baginya itu semua salah Ann Layli. Jikalau Ann Layli pandai melayan dan menguruskan suami dengan baik tak adalah anaknya akan terjebak dengan perkara tak bermoral seperti itu.
“ Entah-entah kamu ni mandul tak? Sebab tu sampai sekarang tak beranak-anak!” cebik Puan Jamilah dengan mulut yang herot. Masih tak berpuas hati pada wanita itu. Sengaja dia menyindir menambah marah suaminya.
Tersentak Ann Layli apabila dituduh. Tanpa sempat dia tahan air matanya gugur. Sudahlah sakit hati dengan onar Muqri kini ibu mertua pula menuduhnya begitu. Hina sungguh dia rasa kan saat itu. Tidakkah ibu mertuanya tahu semua kesalahan itu disebabkan anaknya? Senang-senang saja kesalahan itu diletakkan pada bahunya. Sungguh tak adil!
“ Ann minta maaf mak sebab tak pandai jaga abang. Tak pandai jaga anak mak dengan baik. Yang macam mak mahu. Tapi bukan salah Ann kalau Allah tak memberi lagi kami zuriat.” ujar Ann Layli dengan suara yang tersekat-sekat. Dia sudah mengongoi menangis di kaki ibu mertuanya cuba mempertahankan maruahnya apabila di injak.
“ Mak, sudahlah tu! Serabut la kepala Keri.” Muqri yang sedari tadi berdiam diri mula bersuara. Dia bangun menarik Ann Layli dari kaki emaknya. Dia risau Puan Jamilah mengasak isterinya dengan pelbagai lagi kata nista. Lebih risau jika Ann Layli akan bercerita tentang rahsianya pada kedua orang tua itu pula.
“ Pergi masuk bilik Ann. Abang ada hal nak bincang dengan mak dan ayah.” arah Muqri selepas melepaskan pelukan di tubuh isterinya. Dia perlu berlakon menjadi baik. Perlu berlakon menjadi suami mithali. Perlu berlakon menjadi sosok yang suci di depan mak dan ayahnya. Seolah-olah kesemua khilaf yang terjadi adalah sebab dia menjadi mangsa fitnah seseorang.
Ann Layli angguk lalu melangkah masuk ke bilik. Dia masih lagi terkejut dengan perkhabaran dari Hani Wardah ketika menyambut kedatangan ibu bapa mertuanya petang itu.
Ann Layli menyambut kedua orang mertuanya di depan pagar rumah. Setelah bersalaman dan berpelukan dia mengajak mereka masuk ke dalam namun dia di tegur Hani Wardah yang buru-buru ke arahnya dengan tangan memegang telefon.
“ Ann sekejap, suami akak nak cakap sesuatu!” ujar Hani Wardah sambil menghulurkannya telefon. Riak wanita itu cemas.
Ann Layli kerut kening, namun tangannya tetap jua mencapai alat komunikasi itu. Telefon di bawa dekat ke cuping telinga. Teragak-agak dia mahu bercakap. Matanya menala ke arah Hani Wardah di depan yang turut berwajah cuak.
“ Ann, Ajai ni. Ajai call as a policeman. Your husband tak mahu beri kerjasama untuk memberitahu nombor telefon waris and I had to call Hani sebab Ajai tak tahu nombor Ann. Your husband was caught and arrested at Balai Polis Dang Wangi. Boleh datang ke sini untuk ikat jamin dia?”
Itu yang dia dengar dari suara balik talian. Hampir saja telefon di genggaman jatuh ke tanah namun tindakannya disedarkan oleh suara bapa mertuanya. Dan semuanya seperti mimpi. Mimpi yang terlalu menyakitkan.
**************
Yippi reading gais.. Sorry if byk typo. Tak sempat nak edit betul2.. Tq yg sudi support.. Lebiuu... Utk ig view, blh cek dkt sini - wl_white.lily
Share this novel