Sepanjang perjalanan pulang dari kampung,tiada perbualan berlangsung antara Ann Layli dan Benz Fahri. Hanya suara dj radio dan lagu melatari suasana dalam kereta itu. Senyap Ann Layli membuatkan Benz Fahri mengerti yang isterinya memang tidak mahu di ganggu. Dia tahu isterinya sedang berperang dengan perasaan sendiri. Mahu memberi ruang, dia hanya berdiam diri melayan perasaan sendiri. Stereo lagu dipulas agar sunyi yang terasa tidak berlarutan. Perlahan bibir ikut melirik lagu Aşkım Benim dari penyanyi Mustafa Cecili itu sehingga beberapa jam perjalanan pulang ke bandar yang jauh itu terasa singkat.
Kereta di berhentikan di depan halaman sebaik tiba. Ann Layli dikejutkan oleh Benz Fahri dari lenanya. Sebaik sedar, turun dari kereta langsung pintu rumah dia tuju. Laju melangkah tanpa apa-apa ucapan buat sang suami, terus dia menapak ke bilik dengan wajah sugul dan mendung. Sapaan Sharifah Julia yang menyambut mereka di hadapan pintu hanya di balas dengan senyum singkat.
Benz Fahri di belakang hanya menjongket bahu saat di tanya si kakak tentang mengapa isterinya bersikap dingin seperti itu.
Sebetulnya, bukan dia tidak tahu apa yang menyebabkan isterinya bersikap dingin sedemikian, tetapi hal peribadi begitu biarlah dia dan isterinya saja yang mengetahui. Tidak perlu orang luar untuk tahu meski dari kalangan darah daging sendiri. Malah, tidak wajar untuk dia bercerita hal dalam kain sendiri walau punya niat untuk mendapatkan nasihat.
Menolak bagasi perlahan ke hujung sofa, Benz Fahri melabuhkan duduk di sana. Tidak betah mahu terus naik ke atas untuk menyimpan barang-barang kerana mahu meregangkan sedikit otot badan yang lenguh akibat memandu pulang dari kampung.
Sharifah Julia ikut menurut langkah si adik. Melabuhkan duduk bersisian dengan Benz Fahri ringan saja tulangnya memicit pangkal leher adiknya; cuba mengurangkan sengal yang terasa.
“ Ben.."
“ Hmm.."
“ Bu akşam birlikte yemeğe gidelim. Kardeşimin ve kız kardeşimin sana söyleyecekleri var." (Malam nanti turun dinner sama-sama eh. Akak dan abang ada hal nak bagitahu sikit.)
Benz Fahri yang terpejam mata dek kerana berasa lega dan tenang mendapat urutan percuma si kakak membuka mata separuh. Sejenak, leher dipusing ke sebelah melihat wajah Sharifah Julia yang tersenyum senang. Ada riak bahagia terpeta di wajah itu. Dapat dia agak melalui ekspresi begitu, tentunya ada berita baik yang akan di sampaikan kedua abang dan kakaknya apatah lagi sebaik mendengarkan bahasa ibunda sebelah ayahnya yang sedang di gunakan Sharifah Julia. Bahasa Turki itu menjadi medan perantaraan komunikasi yang selalu di gunakan oleh dia dan Sharifah Julia serta Megat Bakhtiar jika ada sesuatu perkara yang orang lain tidak perlu ketahuinya. Sudah menjadi kelaziman mereka adik beradik menggunakan bahasa ibunda tersebut sejak kecil lagi.
“ Ne tür bir akşam yemeği?" (What kind of dinner?)
“ Akşam yemeği normaldir." ( Dinner biasa-biasa saja.)
“ Normal?" ( Biasa? ) keningnya terangkat bertanya dengan sebelah mata di buka. Sengihan terbit dari ulas bibirnya cuba mendapatkan reaksi si kakak.
Sharifah Julia angguk. Senyum simpul dia tayang diapit dengan lesung pipit kiri yang menjadi pemanis wajahnya.
“ Tamam." angguk Benz Fahri dengan senyum nipis seraya mata melilau ke arah ruang tamu rumah yang terasa sunyi waktu itu.
“ Neredesini annem nereye gitti?" ( Bonda pergi mana?)
“ Annem Bakhtiar'ın erkek kardeşiyle dışarı çıktı.." ( Bonda keluar dengan abang Bakhtiar.)
“ İkizler?” (budak kembar?")
“ Yüzme dersi var?" ( pergi kelas renang)
“ Eğer durum buysa ilk önce yukarı çıkacağım. Dinlenmek istiyorum!”( Kalau macam tu saya naik atas dulu. Nak berehat! )
“ Tamam. Ann'e bir kez söylemeyi unutma." ( Jangan lupa beritahu Ann sekali. )
“ Evet iyi." ( Ya, Baik. )
Bangun dari duduk, Benz Fahri melangkah ke atas meninggalkan Sharifah Julia. Tidak betah, membiarkan Ann Layli berlamaan di atas seorang diri dengan mainan perasaan yang menghurung diri.
Sharifah Julia pula menghantar susuk Benz Fahri dengan ekor mata saja. Sedetik kemudian, dia juga turut bergerak ke ruang dapur mahu memulakan tugas yang belum selesai tadi.
.
.
.
Usai solat maghrib, Benz Fahri menghampiri Ann Layli yang sedang melipat telekungnya di rak penyidai.
Memaut bahu si isteri dari arah belakang, dia tunduk mencium pangkal bahu Ann Layli. Mencuri sedikit bauan badan si isteri yang di rindui sementelah dua hari tidak dapat bermanja dengan wanita itu kerana keberadaan mereka yang tak mengizinkan untuk bermesra asbab pulang ke kampung. Toh, banyak aktiviti luar yang membuatkan jiwa kedua mereka tidak dapat di habiskan untuk komunikasi bersama.
Ann Layli sedikit tersentak kerana tidak menyangka mendapat pelukan sebegitu di tambah dengan perasaannya yang sedang kucar kacir gara-gara beberapa insiden yang berlaku semasa di kampung.
Bermula dengan kes Zahid yang di khabarkan tidak sihat, membawa pula kepada kes Ustaz Rahman dengan sesi urutan lelaki itu untuk Benz Fahri seterusnya membawa kepada insiden dia di marahi Hasnah dan berakhir dengan kejutan bekas mertuanya tentang siapa Anita dan Qaireen. Yang semuanya membuatkan jiwanya nanar dan digigit kesakitan yang sangat dalam.
“ Askìm.." panggil Benz Fahri lembut.
“ Hmm..." dari hujung mata, wajah Benz Fahri di kerling singkat. Lantas mengalihkan semula pandangan ke hadapan. Rak penyidai di depan lebih menarik minatnya dari susuk yang sedang bergayut di tubuh.
“ Sejak balik, abang tengok askìm termenung je? Kenapa?"
Ann Layli tarik nafas. Menyisihkan tubuh dari pelukan Benz Fahri dia menuju ke katil lalu duduk di birai. Benz Fahri ikut menuju ke sana.
“ Anything wrong?" soal Benz Fahri masih tidak putus asa. Anak mata hazel Ann Layli ditatap dalam. Kedua belah jemari Ann Layli disulam ke dalam jemari tangannya lalu di rehatkan di atas riba dan dielus lembut.
Ann Layli kekal berdiam diri tidak menjawab pertanyaan si suami. Hanya saja renungannya redup menata jemari yang sedang disulam dan dielus lembut sang suami dengan merasakan sejuta perasaan berat yang sedang menghenyak pundak jiwanya.
Menarik nafas, Benz Fahri senyum segaris. Beberapa bulan menjadi suami Ann Layli dia sudah arif dengan keadaan isterinya yang suka memendam perasaan. Tidak mahu membuang waktu menuntut pertanyaan yang tidak mahu di buka ruang perbincangan, maka dia akur. Akan dia tunggu waktunya jika Ann Layli yang menyuarakan kepadanya sendiri.
“ Abang ingat lepas solat maghrib ni nak ajak sayang mengaji. Tapi memandangkan malam ni abang Tiar dan kak Lia ada buat dinner untuk family I should adjourns it. Now, sayang bersiap kay..kita turun dinner dengan dia orang. After that baru kita solat isya' dan taddabur sekali. Boleh?" ujar Benz Fahri lembut.
Mendengar permintaan itu, Ann Layli angkat wajah. Wajah tenang suaminya menggarap pandangan mata. Renungan redup yang terpancar dari sepasang anak mata coklat milik Benz Fahri membuatkan hatinya turut di salut perasaan tenang saat itu. Hilang sebentar resah dan kecewa yang menghurung.
“ Askìm..boleh kita turun sekarang?" soal Benz Fahri.
Tidak mahu mengecewakan suaminya serta seluruh keluarga yang berbaik budi itu, Ann Layli akur dengan permintaan Benz Fahri. Senyum segaris dia tarik walau diri masih tidak punya hati untuk beramah mesra dan bertemu mata dengan yang lain.
“ Okay, but after all I want my own solace. Can I get it for tonight?"
“ Sure! Abang pun ada kerja sikit malam ni." balas Benz Fahri dengan senang hati.
.
.
.
Sampai di ruang makan, seisi keluarga sudah menanti pasangan itu turun untuk menikmati makan malam penting mereka.
Benz Fahri dan Ann Layli mula mengambil tempat masing-masing. Makan malam mereka di mulakan dengan bacaan doa oleh Megat Bakhtiar seperti lazimnya.
Tidak banyak yang dibualkan mereka semasa makan malam berlangsung. Semuanya menikmati hidangan yang disediakan pembantu dapur Ruhana dengan tenang dan santai, termasuklah kembar Megat Aedy dan Megat Aery yang begitu tertib di tempat masing-masing.
Usai, menikmati hidangan Megat Bakhtiar memulakan bicaranya.
“ Terima kasih semua yang ada malam ni. Seperti yang dah di beritahu, I got some news to let people around me know very well." pandangannya dihala ke arah Sharifah Julia dengan senyuman penuh makna. Mendapat anggukan dari isterinya, terus Megat Bakhtiar tersenyum senang. Membetulkan letak duduk, dia menarik nafas panjang sebelum menyambung rangkaian kata semula.
“ Insha Allah soon, we got a new member in our small family starting last 6 weeks back. So, today we reveal to our clans to make it clean and clear." ujarnya penuh bangga sambil meraih jemari Sharifah Julia dan menciumnya lembut di hadapan yang lain. Terpancar sinar gembira di kedua wajah pasangan suami isteri itu.
Semerta semua yang ada di situ tersenyum senang. Ruhana yang pertama bangun lalu merapati Sharifah Julia dan memeluk menantunya itu. Ucapan tahniah mengiringi tingkah terujanya saat mendengar berita yang disampaikan Megat Bakhtiar sebentar tadi.
“ Alhamdulillah syukur. Tahniah Lia. Semoga Allah sentiasa merahmati Lia hendaknya. Amiin.” tutur Ruhana seraya bangun menghampiri menantunya itu lalu mengucup wajah Sharifah Julia penuh kasih. Air mata bahagianya turut mengiringi ucapan tersebut.
“ Terima kasih bonda." balas Sharifah Julia turut sama membalas pelukan Ruhana.
Benz Fahri yang bagaikan hilang kata-kata di awalnya kerana terlalu teruja menerima khabar baik itu, akhirnya turut mengucapkan tahniah buat Sharifah Julia juga.
“ Tebrikler kız kardeş Lia.” ( Tahniah Kak Lia.)
“ Teşekkür ederim." ( Terima Kasih.) Senyum Sharifah Julia mengembang penuh bahagia.
Sejujurnya dia juga tidak menyangka akan mendapat khabar baik seperti ini kerana dia dan Megat Bakhtiar tidak pernah merancang untuk memperolehinya sementelah anak kembarnya masih menuntut perhatian yang bukan sedikit.
Malah dengan usia yang semakin menginjak ke angka empat, dia sama sekali tidak pernah terfikir akan mendapat hadiah istimewa lagi di usia lewat seperti itu. Tapi siapa sangka, dengan izin Allah mereka bakal menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sekali lagi buat bakal zuriat itu. Dia benar-benar bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang diberikan untuknya ketika ini.
“ Tahniah untuk Lia aje ke? Untuk abang tak ada?" soal Megat Bakhtiar. Riak tegang menghias wajahnya kerana sedikit terkilan dengan ahli keluarganya itu yang melebihkan Sharifah Julia.
Toleh pandangan, Benz Fahri senyum segaris. “ Nak jugak kredit tu!"
“ Eh mestilah..kalau abang tak ada, macam mana boleh datangnya budak tu!" Pertikai Megat Bakhtiar dengan bangganya.
“ Yelah..yelah tahniah la untuk abang jugak. Please take good care of my lovely sister." pesan Benz Fahri mengingatkan.
“ Thank you Ben. Mestilah abang jaga Kak Lia baik-baik. She's my priority.” balasnya sungguh-sungguh.
“ May Allah bless you and kak Lia forever." ucap Benz Fahri ikhlas.
Tidak ketinggalan, Ann Layli juga bangun dan menghampiri kakak iparnya lalu memeluk wanita itu. Ucapan tahniah juga turut mengiringi pelukannya walaupun hatinya sedikit terguris dengan berita yang di sampaikan oleh Megat Bakhtiar tadi.
“ Tahniah Kak Lia. Semoga Kak Lia sihat-sihat selalu. Mesti meriah lagi rumah kita lepas ni..” ucap Ann Layli seraya memeluk dan mencium kedua belah pipi Sharifah Julia yang kelihatan berseri-seri malam itu.
“ Terima kasih Puteri. Memang meriah la kalau Puteri pun joint venture dengan akak sekali nanti. Kita beranak setahun sorang sampai boleh buka play school. Hujung tahun minta loyalti dengan bos-bos besar dua orang ni kita pergi melancong sama-sama. Anak tinggal biar diorang jaga. Kita have fun with sisters.” balas Sharifah Julia dengan sengihan seraya tangan mengarah ke arah suaminya dan Benz Fahri yang ternganga dengan rancangannya itu.
“ Ya Allah kak, kejamnya!" rungut Benz Fahri.
“ Kejam tak kejam la. Sembilan bulan kita orang nak bawa perut ke hulu ke hilir. Orang lelaki apa tahu!" balas Sharifah Julia sedikit emosi.
“ Ben, please! Kau jangan nak mulakan. Abang tak sanggup nak tidurkan budak berdua tu nanti! Kalau kau buat hal, malam ni kau baby sitter kan si Aery dan Aedy!" ugut Megat Bakhtiar.
Lekas Benz Fahri angkat kedua belah tangannya tanda mengalah. “ Ops! Sorry kak. No hal, kalau tiap-tiap tahun minta royalti pun. Apalah sangat untuk isteri tercinta. Patik terima dengan rela di dada dan jiwa!" ujarnya dengan sengihan.
“ Haa..tahu pun. Perempuan mengandung ni terpaksa berkorban macam-macam tau demi nak lahirkan nyawa seorang anak. Apalah sangat kalau setakat minta royalti hujung tahun nak pergi berlibur tu. Korang banyak duit kan. Jangan berkira tau dengan isteri..nanti rezeki sempit!” sempat Sharifah Julia mengingatkan.
“ Boleh je. Tak ada masalah. Askìm, nanti I sign surat untuk royalti tau! Ni kak Lia dah bagi cadangan ni.” usik Benz Fahri ke arah Ann Layli.
Wajah Ann Layli mengembang namun jiwanya sedikit nanar. Masakan tidak, hari ini saja hatinya terguris dengan kisah zuriat. Belum pun hatinya pulih dek bicara Hajah Jamilah yang merendah-rendahkan dirinya, kini berita tentang kehamilan Sharifah Julia pula di terima membuatkan dirinya semakin di gigit rasa.
“ Ben, cepat sikit usaha tu. Boleh la Ann dengan Lia pergi maternity class sesama. Senang sikit bonda uruskan mereka nanti." usik Ruhana menghangatkan suasana. Bukan apa, dia juga mengharapkan menantu barunya itu turut hamil seperti Sharifah Julia. Tentu hidupnya lebih bahagia dapat menimang cucu dari anak lelaki suaminya pula. Pasti, keturunan Syed Fathullah juga turut bahagia dan teruja menerima berita gembira seperti itu jikalau Benz Fahri yang bakal menimang cahaya mata. Setidaknya, ada kesinambungan zuriat dari keturunan keluarga Syed itu nanti.
“ Betul cakap bonda tu. Jangan lambat-lambat. Nanti tua sangat kau usung anak pergi tadika." tambah Megat Bakhtiar cuba meriuhkan lagi suasana.
Benz Fahri hanya mampu tersengih tatkala mendengar ujaran si bonda dan Megat Bakhtiar. Wajah kelat Ann Layli dipandang dalam. Bagai memahami isi hati isterinya yang sangat terusik mengenai berita seperti itu lekas dia menjawab.
“ Kitaorang tengah merancang bonda. Insha Allah ada rezeki, kita orang pula timang baby. Ben cuma minta doa yang baik-baik aje untuk kita orang. Terutamanya untuk Puteri, sebab dia yang bakal menjadi ibu nanti. Selebihnya, biar Allah yang tentukan.” ujarnya penuh hemah. Tidak mahu tersalah kata, bakal pula melukakan hati isterinya juga Ruhana sendiri.
“ Oh ye ke, baguslah merancang. Tapi jangan lama-lama. Bonda rindu nak dodoi bayi sementara masih sihat ni. Hari tu babah dengan mama pun ada tanya benda yang sama dekat bonda. Diorang tu lagi tak sabar nak timang cucu. Bosan katanya tinggal berdua sejak si kembar Han dan Lan dewasa." ujar Ruhana memberitahu. Setidaknya, dia menyampaikan harapan dan impian adik dan iparnya itu yang benar-benar menginginkan cucu. Senyuman mekarnya di hadiahkan buat Ann Layli tatkala mengingatkan perbualan singkatnya dengan kedua suami isteri itu.
“ Insha Allah bonda. Ben dengan Puteri cuma nak restu bonda aje. Yang lain-lain kita serahkan pada Allah aje ya..." ujar Benz Fahri.
.
.
.
Setelah tamat membaca Al-Quran dan mendengar taddabur surah Ibrahim dari Benz Fahri malam itu, lekas Ann Layli bangun dan menuju ke bilik air usai menyudahkan rutin bacaan Al-quran mereka. Entah kenapa perasaannya menjadi sebak dan rapuh saat Benz Fahri mengupas ayat bacaan dari surah mereka malam itu. Tambahan terjemahan dari ayat 40 itu. Hatinya begitu terkesan dengan perkataan zuriat yang tersebut di dalam surah itu.
“ Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim:40)"
Air mata yang menitis di pipi cepat diseka. Liur diteguk begitu payah. Nafas dihela berat mengenang sikap acuh tak acuh terhadap suami sendiri yang begitu sabar meledani kerenahnya. Betapa dia kufur dengan semua nikmat itu! Ya Allah kejamnya dia!
Sedar tak sedar, dia menghitung betapa banyak nikmat yang dah dikurniakan oleh Allah untuknya tetapi dia masih risau dan takut lagi untuk maju ke hadapan. Mungkin kerana kisah silam yang menghanyutkan dia tanpa sedar. Sekilas, wajah tenang Benz Fahri yang selalu tekun mendidik dan mengajarnya agar menghargai dan mensyukuri dengan apa yang ada dalam perkahwinan mereka terbayang di mata.
Ya! Syukur Allah telah menjentik hatinya untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya kini.
Perasaan sebak berganti insaf. Nafas ditarik dalam. Bibir dikebam rapat memujuk hati agar berdamai dengan takdir sendiri. Angkat wajah, panahan figura sendiri dari cermin di hadapan ditatapnya dalam. Perlahan senyumannya terbit di situ. Ya, dia perlu berdamai dengan takdirnya.
Sementara di luar, Benz Fahri sedikit tercengang melihat tindak tanduk isterinya yang buru ke sana. Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan dia langsung bangun dari duduk. Tuju ke ruangan walk in closet dia menyalin pakaian kerana mahu ke bilik bacaan di sebelah untuk menyiapkan sedikit pekerjaan.
Singlet putih dicapai setelah membuka kurta hitamnya dan dicampakkan ke dalam bakul kotor. Baru saja mahu menyarung singlet, suasana ruang walk in closet tiba-tiba saja bertukar gelap dek lampu ruangan itu terpadam.
Terkebil-kebil Benz Fahri cuba mengolah keadaan.
“ Allah!! Blackout pula dah.” rungut lelaki itu. Singlet yang baru mencecah batang leher kembali di buka. Dalam suasana gelap, teraba-raba Benz Fahri mencari suis lampu. Beberapa tapak melangkah merapati dinding, akhirnya suis lampu di jumpai.
“ Nasib jumpa juga!" Tersengih dalam gelap kerana berjaya menjumpainya, Benz Fahri cuba memetik sumber elektrik tersebut tetapi tindakannya terbejat dek pelukan seseorang dari arah belakang.
“ Please, jangan buka!" larang suara di belakangnya.
Berkerut dahi Benz Fahri. Mahu menoleh sekali lagi suara itu melarang membuatkan Benz Fahri pegun di tempat asal.
“ Don't"
Hairan, dengan kemunculan suara dari figura di belakangnya itu membuatkan Benz Fahri bersuara.
“ Askìm!" panggilnya.
Sejenak terdengar derapan langkah kaki di telinganya dan kurang sesaat langsung terasa tubuh dipeluk dengan sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya.
Sekali lagi Benz Fahri berkerut dahi. Tidak pernah lagi isterinya bertindak demikian melainkan dia yang memulakan langkah pertama. Saat itu, tubuh terasa dingin dek sentuhan itu. Bukan dingin dek udara yang menerpa ke atas batang tubuhnya yang tidak berbaju itu tetapi dingin dek kerana sentuhan dari kulit ke kulit mereka yang melekap tanpa berjarak seinci pun.
Telan liur, dia beranikan tangan kanannnya mencapai tangan kecil yang mulai bergerak sensual dari pinggang ke abdomen depan dan bergerak ke dada pula.
Sentuhan hangat itu membuatkan Benz Fahri mulai panas. Tidak betah dengan keadaaan yang bakal menghanyutkan fikiran serta tindakan lantas dia cuba berpusing.
“ Dont!!" namun tegahan suara halus dari belakangnya membuatkannya kaku dan tegak berdiri semula.
“ Benji mulai malam ni saya serahkan seluruh tubuh saya untuk awak supaya awak dapat buktikan kepada semua orang yang awak mampu punyai zuriat." Bergetar suara Ann Layli menyatakan hasratnya. Tanpa ragu dan tanpa selindung sedikit pun.
Benz Fahri telan liur. Tubuhnya sedikit menggeletar. Dia pejam mata seketika cuba meneutralkan perasaan dek jiwa lelaki yang berkocak akibat sentuhan dari tubuh isterinya yang nyata tanpa seurat benang itu. Tubuh Ann Layli melekap elok di bahagian belakang badannya yang juga tidak berlapik sebarang kain membuatkannya sukar untuk bernafas dan berfikir logik.
“ Benji..I'm ready for it.” ujar Ann Layli tanpa ragu lagi. Pelukannya diketatkan lagi ke tubuh sang suami apabila tidak mendapat respon dari lelaki itu. Bibirnya mengucup perlahan belakang badan si suami.
Tarik nafas dalam, tangan Benz Fahri mencapai tangan isterinya yang berada di dadanya semula. Kepala dijatuhkan melihat sepasang tangan putih itu di dalam samar cahaya yang terpancar dari lampu tidur dari ruangan bilik. Diusap penuh kasih dan dia tersenyum senang. Akhirnya, belahan jiwanya itu menyedari khilafnya.
Perlahan berpusing dari titik asal, tubuh Ann Layli di bawa ke dalam pelukan. Ubun-ubun Ann Layli dikucup penuh berahi. Lantas, turun ke wajah putih itu dan berakhir di sepasang bibir ranum isterinya. Beberapa ketika, ciuman itu bertukar hangat. Sepasang tangan kekarnya memaut laju tubuh mulus itu ke dalam gendongan lalu di bawa keluar menuju ke katil.
Dengan penuh hati-hati, tubuh Ann Layli diletakkan ke atas tilam dan ditindih lembut. Bibir mungil itu disambar dan dicium hangat.
Menarik nafas panjang, suara husky Benz Fahri tular di telinga kanan Ann Layli.
“ Askìm, thank you for everything."
Ann Layli mengangguk namun tubuhnya membeku apabila Benz Fahri nyata bertindak di luar jangkaannya.
Sepasang anak mata hazelnya lantas terbuka menangkap figura Benz Fahri yang sudah meminggir ke sebelah kanannya dari panahan cahaya lampu tidur di sebelah katil mereka.
Terkebil-kebil matanya memandang Benz Fahri dengan riak yang penuh tanda tanya.
“ I'm not desperate askìm. I takkan musnahkan kepercayaan you hanya dengan soal zuriat ni semata.
This is the last thing that I ask for. I nikahi you bukan untuk tubuh you. I nikahi you kerana Allah Taala. Kita akan bincang soal zuriat lepas you habis belajar okay. I akan tunggu sampai jiwa, perasaan, hati dan fikiran you hanya untuk you serahkan kepada I tanpa ragu-ragu nanti.
For now, please jaga hak I ni sampai Allah benar-benar takdirkannya untuk I." ujar Benz Fahri tenang seraya menarik selimut tebal di sebelahnya lalu menutupi keseluruhan tubuh Ann Layli.
Tubuh itu lalu dipeluknya hangat ke dalam dadanya dengan sepasang kaki dan tangannya yang melingkar kemas di atas tubuh Ann Layli.
Gigit bibir dengan perasaan yang sebak dia terasa kecewanya bertambah kerana ditolak mentah-mentah seperti itu.
Bahkan semangat yang berkobar tadi untuk membuktikan yang kata-kata orang tentang dirinya mandul meluntur dan lesap sehingga terasa diri begitu tidak berguna dan kerdil dihadapan suami sendiri.
“ Tapi, semua orang pertikaikan.. Like I was the barren lady..” suara tangisan Ann Layli mulai pecah di balik dada Benz Fahri yang tidak dilapisi baju itu.
“ Shhuh.." rambut lebat Ann Layli diusap Benz Fahri penuh kasih. “ Peduli dengan kata-kata manusia. As long, you dan I bersama dan bahagia dengan izin Allah, tak perlu peduli dengan semua tu. Jangan serabutkan fikiran you lagi. Just comfy yourself with me." ucap Benz Fahri penuh tegas tetapi masih terserlah kelembutan dalam bicara itu.
Air mata yang meleleh di pipi Ann Layli diusap perlahan. Dagu isterinya diangkat separa, lantas menghadiahkan ciuman singkat di bibir Ann Layli.
“ Nope Benji..awak tak rasa apa yang saya rasa. Semua orang pertikaikan soal zuriat. Mak marahkan saya sebab awak masih teruna! Mak Milah megah menunjuk cucu hasil benih suami saya dengan perempuan lain dan persoalkan zuriat awak dengan saya. And, tonight bonda suruh saya cepat-cepat mengandung supaya dia boleh jaga saya dan Kak Lia berpantang sekali nanti..What do you expect Benji?" suara Ann Layli tenggelam timbul di balik dada Benz Fahri dengan perasaan dan emosi yang bercelaru. Jiwa dan raganya benar-benar rapuh saat itu.
“ I feel like I'm burdening you and thorn you apart Benji. What a useless me!." rintih Ann Layli lagi.
“ No. Please askìm..don't ever say that! Whatever it is..I love you, will love you and want to love you until my last breath. Nothing burdens me! Not even bothering me either." ujar Benz Fahri tegas. Wajah Ann Layli ditangkup dengan kedua tangannya. Anak mata hazel itu ditatap penuh kasih.
“ I will love you for a million years more!" ucapnya tanpa ragu.
“ Saya tahu, tapi awak perlukan zuriat Benji. Keluarga awak perlukan kesinambungan keturunan dari awak." ujar Ann Layli, masih teguh dengan pendiriannya. Perasaan sakit yang datang itu benar-benar membuatkan jiwanya runtuh.
“ Ya sayang, I tahu. Tapi bukan sekarang. Kita tangguh sampai you habis belajar nanti kay. Tak lama pun.” pujuk Benz Fahri cuba menenangkan perasaan isterinya.
Wajah tenang Benz Fahri benar-benar membuatkan Ann Layli berasa begitu stress. Apa suaminya tidak terkesan langsung ke dengan cakap-cakap orang tentang hubungan mereka?
“ Tapi orang tak faham. Orang tak duduk di tempat saya. Saya yang hadap semuanya..." sedikit membentak Ann Layli mempertikaikan lagi. Dadanya ditekan berkali menunjukkan perasaan yang nanar.
Benz Fahri menangkap tangan molek isterinya dari terus menekan dada yang terdedah itu berkali-kali. Dia juga terasa sakit. Dia tahu, bahu yang memikul lebih berat bebanannya dari mata yang hanya memandang. Namun, dia faham perasaan dan keadaan isterinya yang tertekan seperti itu takkan dapat dirawat hanya dengan kata-kata.
“ It's okay... it's okay.. I know. I'm here sayang!"
Tangan molek itu dipegang kejap lalu di bawa ke bibirnya. Dikucup berkali menzahirkan perasaan cintanya yang tak berbelah bagi. Setelah merasakan Ann Layli sedikit tenang dia kembali bersuara.
“ Askìm..I tahu I tak rasa apa yang you rasa. Apa yang you alami. Apa yang you lalui. But i'm always by your side. Kita akan figure out semuanya bersama. I takkan biarkan you jalan seorang lagi. I takkan biarkan you hadap seorang dan I tak nak you stress lalui semua ni seorang diri. I'm just not your husband. I'm your life partner. You can rely on anything yet everything on me. I'm promise. Tapi soal zuriat ni bukan kerja kita. Semua kerja Allah SWT. Jadi bila Allah kata dia belum bukakan jalan tu untuk kita, maka it will nothing happen." lembut tutur Benz Fahri cuba memahamkan hati kecewa seorang Ann Layli dengan kata-kata manusia lain.
“ Lagipun, kita tak perlu tergesa-gesa ikut kata manusia. Kita tak perlu puaskan perasaan manusia lain dan korbankan perasaan dan hidup kita. Kita akan berjalan di jalan kita seiring apa yang dah Allah tetapkan untuk kita. Kita kena banyak-banyak redha dengan setiap yang Allah beri supaya kita tak sakit dikecewakan dengan hanya kata-kata manusia lain."
“ Biarlah mereka bersikap bodoh dan menghina, dan tetaplah kita bersikap santun. Gaharu akan semakin mewangi ketika disulut api. You kena ingat ni dari riwayat Imam Syafie.” nasihat Benz Fahri lagi.
“ Saya penat hidup dengan semua ni. Saya tak mahu kecewakan orang terutama mak." adu Ann Layli.
“ You tak pernah kecewakan mak. You anak yang banyak bahagiakan family. You dah buat yang terbaik untuk semua orang. Dan sekarang you kena buat yang terbaik untuk diri you sendiri. Just happily yourself and not others. Okay!" nasihat Benz Fahri panjang lebar.
“ What did you expect about this baby matters?"
“ Tipu kalau I cakap I tak mahu anak dengan orang yang I cinta dan sayang sepenuh hati I. Tapi buat masa ni I lebih utamakan hidup you dari perkara lain. I nak you selesa berkasih sayang dengan I kerana Allah SWT dulu." terang Benz Fahri.
Lama berdiam, akhirnya Ann Layli bersuara semula.
“ I love you Benji."
Ucapan itu semerta membuatkan kedua ulas bibir Benz Fahri merekah dengan senyuman.
“ I love you more baby." kucupan hangatnya singgah di seluruh wajah si isteri membuatkan Ann Layli akhirnya tercungap melawan serangan ciuman Benz Fahri.
“ Enough, Benji!" halus tetapi nyaring suara Ann Layli berderam di bawah halkum sang suami. Hilang sudah sendu suaranya.
“ Lain kali jangan buat macam ni lagi. You buat I hampir hilang pertimbangan." ujar Benz Fahri setelah beberapa saat Ann Layli kekal tenang dalam pelukannya. Hidung kecil Ann Layli dipicit geram.
Membuka mata, terusan bahang malu menerpa ke wajahnya membuatkan Ann Layli menggigit bibir. Nasib saja, waktu itu keseluruhan ruang bilik sedang bergelap. Kalau tidak pasti malunya berganda.
“ I'm sorry!"
“ Askìm..berapa kali dah I pesan jangan cakap sorry untuk perkara yang you tak buat salah. I don't need your apologies. I'm just reminding you about this fraud. Don't do it twice!” pesannya seraya menarik hidung isterinya itu semula.
“ Tamam! Tamam!" balas Ann Layli sehingga tercungap-cungap.
Benz Fahri sedikit terkedu mendengar ucapan balas dari Ann Layli yang berbahasa Turki dengannya itu. Setahunya, dia tidak pernah mengajar Ann Layli tentang bahasa ibundanya yang satu itu.
“ Wah..dah pandai ya berbahasa Turki dengan I." usik Benz Fahri.
“ Boleh lah sikit-sikit. Saya selalu dengar awak cakap dengan abang Tiar dan kak Lia. Mula-mula tu tak faham jugak. Tapi lama-lama saya jadi geram sebab rasa macam b***h. Tak tahu apa korang sembang. Then, saya try la belajar sikit-sikit dekat google.” cerita Ann Layli.
“ Çok akıllıca. İyi eşim."( Bagusnya. Pandai isteri saya.) balas Benz Fahri seraya menarik lembut hujung hidung Ann Layli.
“ Apa tu? Tak fahamlah.." Ann Layli menyeringai seraya menolak jemari Benz Fahri yang menyentuh hidungnya.
Benz Fahri terkekeh ketawa sehingga berhinggut tilam mereka dan membuatkan tubuh Ann Layli turut sama bergegar.
“ Tadi cakap tahu sikit-sikit.” provoknya.
“ Yang simple-simple tahulah. Kalau dah berjela macam tu tak faham dah." rengek Ann Layli sambil menarik muncungnya.
Benz Fahri sekali lagi terkekeh ketawa mendengar rengekan Ann Layli yang sudah memasuki mood manjanya. Malahan riak wajahnya yang memuncung seperti itu membuatkan Benz Fahri bertambah geram dengan isterinya. Laju saja tangannya mencuit-cuit hidung dan bibir Ann Layli yang sedang memuncung itu sehingga tercungap-cungap Ann Layli dibuatnya.
“ Benji, enough la. Penat dah saya ni."
“ Tamam. Tamam." Bangun duduk, Benz Fahri bersandar di kepala katil. Matanya menatap ke arah si isteri. “ Contoh ayat simple yang you tahu apa? Clarify sikit. Nanti I ajar you bagi you lebih faham lagi." soal Benz Fahri ingin tahu.
“ Hmmm.." Perlahan-lahan Ann Layli mengeluarkan tangannya dari bungkusan comforter yang sedang melilit di seluruh tubuh. Membawa jari hantu ke bawah dagu, dia membuat gaya berfikir cuba mengingatkan beberapa kosa kata Bahasa Turki yang baru dipelajarinya dari Google itu.
Dua saat berlalu, Ann Layli kemudian berbicara semula. Tangannya naik membilang beberapa perkataan.
“ Güzel. Canım. Ben. Harika.” ( Cantik. Sayang. Saya. Hebat.)
“ Bagus. Nanti saya ajar lagi."
“ Teşekkür ederim." ucap Ann Layli lantas memeluk leher Benz Fahri mengucap tanda terima kasihnya.
“ Hoş geldin." ( Sama - sama.)
“ Dah jom tidur. Esok I nak masuk ofis." Membetulkan bantal di belakang badan, tubuh dijatuhkan elok disebelah Ann Layli.
“ Eh, tadi bukan ke awak cakap nak buat kerja sikit?"
“ Tak jadi. Sebab ada orang tu bermurah hati ajak I tidur awal." usik Benz Fahri sambil kenyit mata.
“ Benji tak baik tau awak usik saya. Saya dah minta maaf kan tadi..." monyok Ann Layli bersuara dengan gaya merajuknya.
“ Yelah..yelah. Eh, kejap before I lupa. I ada something nak bagi dekat you."
“ Benda apa?" soal Ann Layli.
“ Jap.." bingkas bangun Benz Fahri menuju keluar dari bilik dan kembali semula ke kamar tidurnya sambil menjinjit sebekas beg plastik jernih di tangan. Membuka lampu bilik, semerta ruangan tidur itu benderang membuatkan Ann Layli membungkus seluruh tubuhnya ke dalam comforter.
Menghampiri isterinya, Benz Fahri bersuara. “ Sayang keluar la dari selimut tu. You jangan bagi I masuk sama dalam selimut tu dengan you. Nanti kita terus tak keluar-keluar. Silap-silap tak keluar terus dari bilik ni.” ugutnya kegeraman.
Mendengar ugutan yang agak seram itu, perlahan-lahan Ann Layli menyelak comforter dan menampakkan wajahnya.
Melabuhkan duduk, Benz Fahri mengeluarkan isi dari beg plastik itu. Terdapat lima strip ubat yang sama. Meneliti terlebih dahulu paket tersebut sebelum membawa ke depan wajah isterinya dengan kuntum senyuman yang sangat manis.
“ What's that?" soal Ann Layli.
“ Folic Acid!"
Bulat mata Ann Layli.
“ Untuk apa?"
“ Supplement yang tinggi folat untuk meningkatkan hormon kesuburan wanita. Ianya untuk memberi kesediaan kepada tubuh si wanita agar bersedia untuk hamil.” terang Benz Fahri.
“ Are you ready?"
“ Ready?" soal Ann Layli tidak faham dengan wajah yang terpinga-pinga. Sudahlah malu pun belum hilang lagi.
“ Betul you dah sedia to have baby with me?" soal Benz Fahri inginkan kepastian. Dia tidak mahu Ann Layli tersalah percaturan nanti. Bukan senang ingin menyembuhkan hati yang sudah terluka. Dia tidak mahu menambahkan kedalaman pada luka itu lagi.
Renung ke dalam anak mata Benz Fahri, Ann Layli cuba mencari kepastian. Sinar mata suaminya jelas memancarkan keikhlasan. Tiada lagi keraguan dalam hatinya kini.
“ As if you want it too!" duga Ann Layli.
“ Askìm, if I don't think about your future, I'm surely dead eating you now! Don't you even dare!" tayang wajah geram, Benz Fahri mencubit pipi Ann Layli. Bulat matanya memberi amaran kepada Ann Layli.
“ Benji, don't start it again!"
“ My bad."
“ Cepatlah pil apa ni?" gesa Ann Layli setelah cuba mengelak usikan Benz Fahri sambil melihat strip ubat yang masih dipegangan suaminya itu.
“ That's not pil. We called it a supplement. Since kita rancang to have baby, so I dah decide dan jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Doktor cakap dalam masa dua tahun tubuh you akan betul-betul bersedia jika ambil pil ni. Ianya untuk stabilkan hormon dan menyenangkan wanita untuk hamil. Senang cerita, dia macam bagi your womb to get ready before caring another life if we're together soon.” panjang lebar Benz Fahri menerangkan.
“ Berapa lama kena consume folic acid ni?"
“ Sampai you mengandungkan our Benz Fahri and Ann Layli junior nanti." senyum Benz Fahri. Mendekatkan wajah, ubun-ubun Ann Layli segera dikucup penuh kasih.
“ Supplement ni tak ada kesan sampingan kan?”
“ Buat masa ni, belum ada kesan sampingan yang khusus lagi menurut doktor.." ujar Benz Fahri.
Angguk Ann Layli setelah benar-benar faham dengan maklumat dan pendidikan yang disampaikan suaminya itu.
“ So mulai malam ni kita kena buat persediaan untuk dapatkan baby la. Nah, nanti jangan lupa makan." unjuk Benz Fahri lalu menyerahkan paket ubat itu kepada isterinya.
Ann Layli menilik permukaan strip ubat perancang itu depan dan belakang. Membaca beberapa klausa medical yang tertera di situ tetapi satu pun dia tidak faham maksudnya. Dahinya berkerut.
“ Berapa biji nak makan ni? Macam mana nak ambil dia?" soalnya bingung sambil meneliti paket folic acid itu .
“ Makan sebiji sekali sehari. But consistent la. Kalau ambil sebelum tidur, so sampai dua puluh satu hari nanti sebelum tidur juga kena ambil. Kalau ambil pagi, makanya setiap pagi juga kena ambil. Rules dia mesti sama. Selepas makan. Tak boleh skip even sehari pun. Baru ubat ni berkesan dengan jayanya." jelas Benz Fahri.
“ Nak start malam ni ke?" paket folic acid itu kembali ditelek.
“ Boleh je makan." terang Benz Fahri saat mengingatkan kembali pesanan doktor kepadanya tempohari.
“ Oh gitu. Nanti awak ingatkan saya ya. Takut lupa." pesan Ann Layli dengan sengihan.
“ Where's your phone?" tanya Benz Fahri tidak semena.
“ Nak buat apa?"
“ Mintak kejap."
Mencapai telefonnya di hujung meja katil, Ann Layli menyerahkannya kepada Benz Fahri. Sementara menanti Benz Fahri membuat sesuatu dengan telefonnya itu, Ann Layli teruja membelek strip supplement folic acid itu. Tersengih sengih dia mengulum senyum. Entah apa yang dibayangkannya tika itu sehingga lamunan singkatnya sirna dikejutkan Benz Fahri.
“ Nah!"
“ Awak buat apa?"
“ I dah pasang alarm untuk ingatkan you time makan ubat. Once you dengar the alarm from your phone, it automatically reminds you to take it." beritahu Benz Fahri setelah bunyi loceng penggera di telefon Ann Layli di hidupkannya.
“ Wah, bijak betul hubby saya ni. Kenapa la saya tak terfikir langsung. Mana awak belajar ni?" puji Ann Layli gembira. Mudah kerjanya nanti apabila tidak perlu bersusah payah jikalau terlupa untuk mengambil ubat perancang pada hari tersebut.
“ Well, nature born." sengih Benz Fahri dengan sengaja sambil masuk bakul dan angkat sendiri.
Mengecilkan mata, Ann Layli pandang Benz Fahri ragu.
“ Benji...."
Melihatkan pandangan sebegitu lekas Benz Fahri membetulkan keadaan kerana tidak mahu isterinya tersalah sangka dan berfikiran negatif yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri mereka yang baru saja ingin melangkah ke fasa yang lebih baik.
“ Belajar dari Kak Lia la. You jangan fikir yang bukan-bukan sayang. I'm nature born dengan you je askìm. Mark my words." janjinya.
“ Tamam."
“ Harika canım! Dah jom tidur." ujar Benz Fahri seraya mengemaskan comforter dengan lebih kemas ke atas badan mereka berdua. Bantal kepala turut dibetulkan kedudukannya. Tubuh Ann Layli ditarik rapat ke dadanya sambil menepuk lembut pangkal bahu isterinya itu.
“ Benji.." panggil Ann Layli saat mata Benz Fahri hampir dipejamkan.
“ Hmmm.."
“ Can I ask something?"
“ I'm listening."
“ Awak rasa possibility kita untuk dapatkan zuriat tinggi ke? Especially saya yang dah pernah berkahwin ni." perlahan suara Ann Layli bertanya.
Kelopak mata Benz Fahri yang hampir berat tertutup terus terbuka saat mendengar pertanyaan luar alam itu.
Terus saja kepala dipanggung dengan tapak tangan yang disangga ke belakang kepala. Tarik nafas dalam, wajah kerisauan Ann Layli dia pandang dalam sebelum dilepaskan.
“ Where does this creepy thing come from askìm? soalnya tidak suka. Kelihatan urat merihnya tenggelam timbul dek cuba mengawal perasaan yang bergelodak.
“ Tak tahu. Dia datang tiba-tiba. Sikit sebanyak I rasa ragu dengan diri sendiri. What if kalau I tak boleh hamil?"
“ Askím..” oktaf suara Benz Fahri sedikit ternaik. Refleks tangannya naik membekap bibir Ann Layli dari terus memuntahkan kerisauan yang galau dalam hati.
“ Don't ever say that. Sebagai orang Islam yang beriman kita kena percaya dengan semua yang Allah takdirkan untuk kita. Buat masa sekarang, soal keraguan tu kita letak jauh dulu. Kita kena usaha doa dan tawakal. Kena fikir yang baik-baik dan sentiasa bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bagi. Jangan sesekali mempertikaikan apa yang Allah beri.
“ I tak nak askìm fikir yang negatif. Kita kena selalu berfikiran positif. Barulah aura-aura baik akan mendampingi kita. Lagipun sekarang zaman dah moden. Teknologi semua dah canggih. Banyak lagi ikhtiar yang kita boleh usahakan untuk dapatkan baby.
“ Apa pun yang jadi nanti, I nak askìm percaya dengan abang. Abang akan selalu ada dengan askìm no matter what! Ini semua kerja Allah. Kita sebagai manusia, tinggal jalani saja apa yang Allah tetapkan. Insya Allah abang percaya semuanya akan baik-baik nanti." pujuk Benz Fahri cuba menghilangkan resah di hati isterinya.
“ Terima kasih Benji sebab selalu sokong dan beri kata-kata semangat dekat saya." ucap Ann Layli.
“ Sama-sama sayang. Dah jom tidur. Jangan fikir sangat. Doa je banyak-banyak." ujar Benz Fahri sambil membetulkan postur tubuhnya agar selesa berbaring disamping mengekalkan pelukan hangatnya di tubuh sang isteri.
*******
FFM kembali lagi. Tq yang support dan setia menanti. Maaf jika ada kekurangan. Enjoy your reading.
Share this novel
pliss update lg sis.. tq