Bab 12

Romance Series 77048

“ Ayah tak peduli. Apa nak jadi pun jadilah. Ayah dah tak boleh sabar dengan kau. Kalau kau nak nama kau tersenarai sebagai penerima waris Abu Bakar bin Hashim kau tebus balik tanah tu. Muktamad!” keras kata-kata berbaur ancaman Pak Bakar. Dadanya berombak ketika menatap tajam pandangan Muqri yang tiada riak bersalah. Tanah yang di gadai betul-betul dah lelap. Mungkin anaknya itu anggap tanah itu hanyalah suatu perkara yang remeh. Tetapi tidak bagi dia. Telah lama dia bersusah payah mengusahakan tanah tersebut. Namun sekelip mata saja terlepas ke tangan orang lain
Lelaki separuh abad itu benar-benar kecewa.

“ Tapi yah..” sangkal Muqri. Dari duduk dia mula berdiri. Tak sangka ayah mengancamnya. Muqri picit dahi. Mula terasa pusing. Bertambah-tambah pula masalah dia.

“ Tak ada tapi-tapi. Kau wajib tebus tanah ayah tu semula. Kalau tak kau jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Aku haramkan kau panggil aku ayah. Aku bagi kau masa sebulan!” tambah Pak Bakar dengan jari telunjuk betul-betul naik depan muka Muqri. Wajahnya garang dan bengis. Tiada sedikit pun riak kasihan.

Dah tak boleh di bagi muka lagi si budak Muqri ini. Makin lama makin naik lemak! Dengus Pak Bakar.

“ Mak, tolong Keri mak!” Muqri pandang Puan Jamilah minta simpati. “Ayah, ayah tak boleh buat Keri macam ni. Keri kan satu-satu je anak lelaki ayah. Waris tunggal keluarga Hashim.” Pandangannya beralih pada si ayah pula. Memohon simpati. Fikirannya buntu.

“ Tolonglah mak pujuk ayah!” rayu Muqri. Cemas sungguh riak lelaki itu. Tak boleh dia bayang kalau ayahnya buang dia dari keluarga mereka. Selama ini, semua kehidupannya bergantung pada Pak Bakar. Dari mula bekerja sehinggalah berkahwin, jika ada masalah kewangan atau apa saja pada Pak Bakar sajalah dia minta pertolongan.

Sejak tadi Puan Jamilah cuma menikus. Tak berani masuk campur lagi dalam perbincangan sengit antara suami dan anaknya itu kerana awal-awal lagi Pak Bakar telah memberi amaran. Tidak boleh masuk campur walau sedikit pun. Dia cuma di benarkan berada dalam perbincangan itu saja. Segala pendapat langsung tak akan di terima dan di dengari. Pak Bakar nekad mahu mengajar kedua beranak itu yang bodoh sombong.

Puan Jamilah mengeluh. Dia hanya pandang Muqri dengan pandangan simpati. Sungguh dia berasa kasihan dengan Muqri. Tapi dia tak mampu berbuat apa-apa. Suaminya benar-benar marah. Dia risau Pak Bakar bertambah naik hantu kalau dia cuba membantu Muqri. Sikap Pak Bakar itu kadangkala amat sukar di jangka.

“ Keri dengarlah cakap ayah, nak! Tebus balik tanah tu. Untuk masa depan Keri juga.” pujuk Puan Jamilah. Dia terpaksa menasihati Muqri agar kemarahan suaminya menyurut. Harap sangat anak lelaki tunggalnya itu mendengar nasihat kali ini.

Muqri garu kepala. Entah macam mana mahu menjelaskan pada ayahnya itu. Serabut! Dia pandang emaknya pula. Dia tahu kalau dia pujuk emak pasti emak akan tolongnya. Lagipula ayah akan dengar cakap emak. Dah tentu ayah akan faham nanti.

Dia melangkah rapat di sisi Puan Jamilah. Diraih tangan si ibu dan digenggam erat.

“ Sebab nak tebus balik tanah tu lah, Keri kena anaiya sampai di tangkap khalwat macam ni. Mak ingat Keri saja-saja ke nak biarkan tanah ayah tu? Mak nak nyawa anak mak ni melayang? Mereka semua tu gangster mak! Pihak berkuasa pun tak mampu buat apa-apa.” jelas Muqri setelah berdiam diri memikirkan 'penjelasan' yang sesuai harus di berikan kepada kedua orang tuanya. Cuba menutup busuk yang memang sengaja dia ulah sendiri agar semuanya nampak seperti dia tak bersalah.

“ Kalau betul ayah sayangkan tanah tu, tak apalah Keri sanggup berkorban! Keri akan cari jalan tebus balik walaupun nyawa Muqri jadi taruhan.” pancing Muqri setelah beberapa minit berdiam. Puas dia fikir alasan yang paling logik sekali perlu diutarakan pada mak dan ayahnya. Dia mempamerkan riak bersungguh-sungguh bersama wajah yang pasrah. Ini saja lakonan yang mampu melembutkan amarah ayahnya. Dia tahu itu.

Pak Bakar yang masih kekal berdiri di hadapan pintu slide tersengih sinis. Dia toleh pandang belakang Muqri yang menghadap isterinya itu. Seakan dapat membaca muslihat si anak dia kembali bersuara.

“ Baik! Ayah akan terima keputusan kau dengan satu syarat.” ujar Pak Bakar penuh hati-hati. Dia mahu lihat sejauh mana kesungguhan Muqri. Dia sudah tak mahu kompromi dan termakan pujuk rayu anak itu lagi. Biar Muqri tahu betapa susahnya mengumpul harta.

Mengangkat wajah dia pandang emak dan ayah yang berada di belakangnya silih berganti. Wajahnya menjadi keruh. Tak sangka ayahnya tetap juga dengan keputusan mahukan tanah yang sememangnya di jual Muqri itu.

“ Abang?!” tersentak Puan Jamilah. Biar benar suaminya itu! Sanggup memperjudikan nasib anak sendiri demi sekangkang tanah saja. Ya Allah! Kau permudahkanlah urusan anakku. Doanya dalam hati.

Tak dapat menahan diri Puan Jamilah meluru ke arah Pak Bakar yang tegak berdiri memeluk tubuh. Lengan suaminya digoyang beberapa kali. Namun Pak Bakar tetap dengan egonya.

“ Abang sedar tak keputusan abang ni? Keputusan abang ni boleh membahayakan nyawa Muqri bang. Abang nak tengok nyawa anak kita melayang ke?” bergetar bibir Puan Jamilah menahan tangis. Dia dapat merasakan ada perkara buruk yang akan terjadi. Puan Jamilah urut dada sendiri yang mula terasa ketat.

“ Tak apa mak, kalau dah itu kata ayah Keri faham. Keri akan tebus balik tanah ayah dengan setiap keringat Keri. Walaupun nyawa Keri jadi galang ganti. Itu janji Keri. Mak doakan urusan Keri di mudahkan ya!” ujar Muqri sambil memeluk emaknya yang sudah menangis. Dia cuba memberi jaminan. Mungkin dengan cara lembut sebegitu dapat melembutkan hati ayahnya juga. Kesian juga dia pada si emaknya itu. Selama ini, setiap kesalahan yang di buat Muqri pasti emaknya yang menjadi penyelamat dan memberi perlindungan.

“ Apa syarat ayah?” soal Muqri tenang. Tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa kecamuknya perasaan dia.

“ Betul kau setuju?” Tak menjawab soalan Muqri, Pak Bakar menanyakan soalan balik semula pada si anak dengan kening terangkat. Kedua tangan di lipat ke dada menanti jawapan Muqri.

Muqri angguk dengan wajah yang serius.

“ Keri sanggup asalkan ayah dan mak bahagia. Apa syarat ayah? Keri akan tunaikan untuk dapatkan semula tanah tu!” tekad Muqri berpura-pura.

“ Hantar Ann balik kampung. Biar dia duduk di sana sementara urusan kamu selesai. Selesai semua dokumen kamu boleh bawa dia balik sini semula.” ujar Pak Bakar. Itu saja satu-satunya cara agar Muqri benar-benar kotakan janjinya. Dia tahu Muqri tidak boleh berpisah lama tempat tidur dengan menantunya. Dia tahu Muqri sayangkan Ann Layli. Dia akan buat apa saja demi wanita itu.

Muqri kaget. Dia tersentak. Nyaris saja dia tersedak liur sendiri mendengarkan syarat ayahnya. Namun dia sedar, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badanlah yang menanggung binasa. Apa pun keputusan Muqri sedar dia tak boleh berpatah balik. Akan dia turutkan syarat ayahnya dan dia akan mencari jalan lain sementara itu.

Hendak tak hendak Ann Layli perlu di biarkan pulang ke kampung buat sementara waktu. Dia bimbang jika berkeras Pak Bakar akan lebih berkasar dengannya. Bak kata orang dahulu, menarik tepung biarlah perlahan-lahan. Tepung tak berselerak, rambut tak putus. Dia akur.

**************

Benz Fahri berjalan dengan penuh gaya maskulin bersama sepasang kot kelabu yang tersarung kemas di tubuh menuju bilik mesyuarat di tingkat tujuh. Namun, aura keras dia masih tak padam. Wajah yang sentiasa tenang namun serius itu sentiasa terpamer di mana mana sahaja sehinggakan tiada seorang berani menegur dengan lelaki itu.

“ Encik Benz, Encik Muqri sudah menunggu. Shall we?” soal Hani Wardah yang berdiri di sebelah lelaki yang berketinggian 180cm itu yang membuatkan dia terpaksa mendongak sedikit ketika bercakap.

Setelah mendapat persetujuan dari Benz Fahri, Hani Wardah memulas tombol memberi laluan pada majikannya masuk ke bilik mesyuarat itu. Hani Wardah mengekori lelaki itu dari belakang bersama fail dokumen yang penuh di tangan.

“ Sorry for waiting.” ujar Benz Fahri seraya menghulur tangan berjabat dengan penuh protokol seorang usahawan. Senyuman nipis menghias bibirnya ketika bertemu dengan wakil kontraktor bernama Izz Muqri itu.

“ It's okay. Tak salah menunggu kalau peluang yang I dapat ini lebih baik dari yang dulu. I'm sorry for the past!” balas Muqri tak kurang hebat.

Mereka duduk di meja sidang itu membincang tentang projek di Royal Belum, Perak yang akan dibangunkan tak lama lagi. Di mana sebuah pusat pelancongan yang bercirikan chalet akan di dirikan di kawasan tasik semulajadi Hutan Simpan Tasik Belum, Perak itu.

Syarikat Muqri sebagai kontraktor utama di lantik untuk menerajui projek tersebut. Setelah di timbang tara beberapa prospek pelancongan dan aspek perniagaan yang tentunya menjanjikan pulangan modal yang lumayan kepada individu mahupun syarikat yang terlibat, Benz Fahri selaku wakil Khazanah Berhad bersetuju menandatangi memorandum persepakatan mereka.

Hani Wardah yang masih kekal di sebelah majikan barunya itu begitu sibuk mencatat minit mesyuarat dan segala perkara penting yang dibincangkan antara kedua lelaki tersebut.

“ See you for next meeting. Thank you for opportunity. I'm so glad to make some collaboration with Khazanah Berhad. Hope this will be the blast project!” ucap Muqri sambil berjabat mesra. Gayanya bersungguh-sungguh. Sudah menjadi kepakarannya untuk memberi jaminan yang tinggi buat pelabur seperti syarikat Khazanah Berhad itu agar mempercayai syarikat bumiputera kecil sepertinya dalam menerajui perniagaan pembinaan.

Benz Fahri hanya tersenyum kecil. Dia juga berharap seperti lelaki di hadapannya yang kelihatan penuh bersemangat mengelolakan perniagaan. Dia akan buktikan kepada Sharifah Julia dan Megat Bakhtiar serta seluruh ahli lembaga pengarah bahawa dia amat berkelayakan menerajui Khazanah Berhad.

**************

Hujung minggu yang memenatkan buat Muqri. Dia baru saja pulang dari menghantar isterinya ke kampung setelah terpaksa berpura-pura sopan dan mithali selama dua hari di hadapan kedua ibu bapa dan mertuanya.

Dia tersandar lemah di dada sofa dengan kepala yang berat. Semakin lama semakin fikirannya memberat membuatkan dia terbaring lesu di situ. Lengan kanan di angkat ke atas dahi dengan kepala di rehat atas tangan sofa. Lagaknya runsing sekali memikirkan bagaimana mahu mencari jalan keluar untuk menebus semula tanah Pak Bakar dari Kenji. Setelah lama berfikir, dia akhirnya terlelap di situ.

Sementara di kampung, wajah Ann Layli berseri-seri petang itu sedang duduk berbual dengan emaknya di beranda rumah. Di hujung beranda seperti biasa Encik Zahid masih setia di atas kerusi roda. Lelaki itu, kelihatan sibuk memberi ayam dan itiknya makan dari bahagian atas rumah.

“ Berseri-seri Manja sekarang ni? Ada apa-apa ke?” soal Puan Hasnah. Tangannya ligat menitik bancuhan tepung bedak sejuk di atas daun pisang yang dibentang melintang panjang di tengah beranda.

Ann Layli tersengih lalu menggeleng. “ Mana ada apa pun. Manja seronok sebab dapat balik jumpa mak dan ayah. Manja rindu sangat dengan mak. Dengan ayah.” celoteh Ann Layli. Dia juga turut menyibuk mengikis taburan manik bedak sejuk yang telah mengeras atas daun pisang itu.

Setelah siap, manik-manik bedak tersebut di masukkan ke dalam balang dan botol yang berbeza saiz. Beberapa hirisan daun pandan yang di mayang kasar juga tidak ketinggalan di masukkan. Ini bertujuan untuk memberi aroma wangian terhadap bedak sejuk tersebut.

“ Ye ke ni? Bukan sebab dalam perut tu dah berisi ke?” sakat Puan Hasnah lagi. Sengaja dia menggiat si anak.

“ Hish, ke situ pula mak ni. Belum ada rezeki lagi mak.” mulutnya sudah memuncung. Namun, tangannya masih ligat menarik pelepah daun pisang yang kedua. Seperti tadi, dia mahu mengikis taburan manik bedak sejuk di situ.

“ Mak ingatkan lama tak balik sebab Manja dengan Muqri sibuk proses baby kembar tiga untuk mak dan ayah.” ujar Puan Hasnah dengan gurauan. Tergelak-gelak wanita itu pandang wajah Ann Layli yang dah memerah wajah menahan malu.

“ Mak...” rengek Ann Layli. Berbahang wajahnya di sakat emak. Muncung bibirnya.

Tiba-tiba wajahnya keruh kerana mengingatkan ulah Muqri namun sempat dia sorok dari Puan Hasnah agar wanita itu tidak tahu masalah yang terjadi dalam rumahtangganya

“ Awak ni Has, janganlah di sakat anak tu! Belum ada rezeki nak buat macam mana? Lagipun Manja pun muda lagi tak perlu buru-buru soal zuriat.” sampuk Encik Zahid tanpa menoleh. Pandangannya masih setia binatang ternakannya makan. Sesekali mulutnya riuh menghalau kucing liar yang datang mengganggu makanan ternakan itu.

“ Ya, saya tahulah bang. Saja usik si manja ni!” balas Puan Hasnah dengan senyuman. Bahagia sungguh dia rasa dapat bersantai-santai sekeluarga. Sudah lama dia rindukan saat seperti itu. Saat di mana Ann Layli masih di bawah penjagaannya.

“ Berapa lama Manja balik kali ni? Lama betul ayah tak jumpa Manja.” soal Encik Zahid. Kerusi roda digerakkan ke arah isterinya dan Ann Layli setelah selesai memberi ayam dan itiknya makan.

Ann Layli tersenyum. Penutup balang yang berisi bedak sejuk terakhir di tutup rapat dan di susun ke dalam bakul. Kerusi roda Encik Zahid dihampiri. Dia memaut bahu lelaki separuh abad itu lalu duduk bersimpuh berhadapan lutut ayahnya. Kaki Encik Zahid di picit picit perlahan dengan penuh kasih sayang.

“ Manja lambat lagi nak balik ke Kuala Lumpur tu yah. Abang Muqri ke Sabah. Ada seminar kat sana. Bulan depan kalau tak ada aral baru Manja balik ke sana. Jadi, mak dan ayah ada masa sebulan nak bermanja-manja dengan Manja.” sengih Ann Layli dengan senyuman yang panjang. Walaupun dia terpaksa menipu tentang pemergian Muqri ke Sabah. Tak sanggup menceritakan hal yang sebenarnya kerana khuatir kedua orang tua itu susah hati pada dirinya.

“ Oh, baguslah macam tu. Nanti ayah suruh Azman belikan lauk banyak suruh mak masakkan. Lama dah ayah tak makan masak lemak pucuk ubi dengan ikan masin yang Manja masak.” ujar Encik Zahid dengan wajah ceria. Puncak kepala Ann Layli diusap penuh kasih.

“ Boleh sangat ayah. Manja pun rindu nak makan mak masak. Bolehkan mak?” balas wanita itu. Dia pandang wajah Puan Hasnah minta persetujuan.

“ Boleh. Nanti mak masak. Biar gemuk sikit. Mak tengok kurus je Manja sekarang ni? Tak makan ke?” selidik Puan Hasnah.

Ann Layli panggung wajah pada wanita itu. Sedikit terkesan dengan pertanyaan emaknya. Ketara sangatkah perubahan pada diri dia sampai emaknya perasan? Ann Layli senyum segaris cuba menyembunyikan hal rumahtangganya. Mana mungkin dia menceritakan pada kedua emak dan ayah. Bimbang kedua orang tua itu risau.

“ Mana ada mak, Manja diet lah mak. Lagipun abang Muqri jarang makan sangat. Banyak kerja selalu balik lewat siapkan projek. Jadi, Manja jaranglah masak. Bila jarang masak, jaranglah makan.” terang Ann Layli dengan sengihan sambil tangannya mengurut lembut kedua betis Pak Bakar yang telah mati sarafnya.

Pak Bakar senyum nipis melihat keletah Ann Layli.

“ Tak payahlah Manja gosok kaki ayah. Bukannya rasa apa dah pun. Saraf ayah semua dah rosak. Dah tak rasa. Buat lenguh tangan Manja je.” Pak Bakar menepuk perlahan tangan Ann Layli dari terus melanjutkan perbuatannya memicit di kakinya.

Seketika mata Ann Layli tertancap pada sebuah mesin jahit lama Puan Hasnah di hujung beranda tidak jauh dari tangga rumah. Sudah lama dia tidak nampak mesin jahit itu. Mungkin mak baru bawa keluar dari stor agaknya! Tiba-tiba dia mendapat idea lalu tersengih memandang emaknya.

“ Mak malam ni mak ajar Manja jahit baju boleh? Bosanlah duduk rumah tak ada buat apa-apa. Sementara Manja bercuti sebulan dekat rumah mak ni boleh juga manfaatkan masa yang ada. Esok-esok kalau Manja dah pandai boleh juga jadikan pendapatan.” pinta Ann Layli. Dari duduk di kaki Encik Zahid Ann Layli sudah bangun menghampiri mesin jahit Puan Hasnah yang terdapat di hujung anjung beranda tu. Dia belek-belek mesin jahit Butterfly lama milik emaknya. Bukan apa, dia sengaja mahu mengubah topik perbualan tentang rumah tangganya. Risau lama-lama akan terbuka aib Muqri pula. Selagi lelaki itu bergelar suaminya, sebaiknya dia tetap akan menjaga maruah suaminya dari ketahuan umum walaupun Muqri zalim dengannya.

“ Malam ni, lepas maghrib mak ada usrah dengan ustazah Amina dekat surau. Kalau esok boleh kut!” ujar Puan Hasnah sambil teringat akan jadual usrahnya pada malam itu.

“ Oh ye ke. Bolehlah kalau macam tu.” Ann Layli senyum segaris. Dia gembira permintaannya dipenuhi. Janji dia dapat belajar dengan emak untuk menjahit walaupun lambat.

“ Cepat tolong mak kemas semua ni. Nak dekat azan maghrib dah ni. Malam ni ikut mak pergi usrah sekali.” ujar Puan Hasnah. Dia tahu ada sesuatu yang berlegar di fikiran anaknya itu. Ada masalah yang ditanggung anaknya. Tapi, biar lah buat sementara waktu ini dia tidak bertanya kan apa. Bimbang emosi anaknya terjejas.

Ann Layli mara ke tempat Puan Hasnah lalu membantu ibunya berkemas. Usai mengemas dia menolak kerusi roda Encik Zahid ke dalam rumah membantu menyiapkan ayahnya untuk bersolat maghrib. Sedikit sebanyak perasaan gundah pada masalahnya menghilang kerana banyak aktiviti yang boleh dia lakukan ketika dikampung. Dia bersyukur kerana ayah mentuanya memberi idea yang bernas itu pada Muqri. Malah tanpa dia sangka Muqri telah membenarkan dia balik ke kampung seketika. Dapatlah dia berehat dengan tenang di situ daripada disakiti perasaan serta tubuhnya oleh Muqri.

Selamat membaca readers sekalian :=) Dan.. Selamat bersantai-santai di hari cuti umum ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience