Setelah lebih kurang dua minggu lebih berada di kota suci Mekah dan Madinah Benz Fahri dan Ann Layli akhirnya pulang ke pangkuan keluarga.
Saat menjejak kaki di lapangan terbang, kepulangan mereka dijemput Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia.
Berpelukan mereka setelah keluar dari balai ketibaan dengan wajah yang gembira dan bahagia. Tapi itulah cuma sekejap sebelum Benz Fahri mengadu pening dan terasa loya semula.
Kelam kabut pasangan suami isteri itu dengan kerenah Benz Fahri. Sempat mulut Megat Bakhtiar yang agak celupar itu mengomel dengan sikap mengada si adik.
“ Kau ni teruk sangat la jetleg nya pun. Bukan tak biasa turun naik flight." ujar Megat Bakhtiar dengan kening yang terjungkit melihat Ann Layli dan Sharifah Julia yang kelam kabut memapah tubuhnya masuk ke dalam kereta.
Malas mahu melayan Benz Fahri hanya berdiam. Pening kepalanya dan loya ditekak yang lebih di pentingkan ketika ini. Bukan dia tak tahu perangai si Megat Bakhtiar tu, lagi dilayan lagi menjadi. Lebih baik dia rehatkan saja diri.
Bersandar saja di dalam kereta terus dia meminta dengan Ann Layli minyak kayu putih untuk diletakkan di pelipis kepala dan mahu dicalit sedikit di hidungnya untuk mengurangkan rasa loya.
“ Mana minyak angin tadi?” soalnya.
Tanpa banyak cakap terus saja Ann Layli menyeluk tote begnya lalu dikeluarkan minyak angin kayu putih dan dihulur ke arah Benz Fahri.
“ Nah..ke nak saya sapukan?" tanya Ann Layli.
“ Tak apa, abang buat sendiri." balas Benz Fahri.
Megat Bakhtiar yang sudah bergerak memandu makin berkerut dahi melihat perilaku kedua pasangan suami isteri itu melalui cermin pandang belakang. Menggeleng kepalanya melihat kerenah kedua pasangan itu.
Dan sepanjang perjalanan pulang Benz Fahri cuma melayan rasa yang tidak enak itu sehingga lena menjemputnya. Ann Layli saja yang ramah berceloteh bercerita itu ini serta menjawab soalan-soalan dari abang dan kakak iparnya itu.
Tiba di rumah, Toh Puan Ruhana, Hasnah, Zahid serta Tan Sri Zahid dan Puan Sri Amirah sudah bersedia menyambut mereka.
Ramah mereka sekeluarga bertukar khabar di samping pasangan Ann Layli dan Benz Fahri memberi hadiah yang di bawa pulang semasa berziarah ke kota suci itu.
Hasnah yang perasaan keadaan Benz Fahri yang tidak berapa sihat itu mula bertanya. Risau dia melihat keadaan menantunya yang sudah seperti agar-agar itu kerana asyik berulang tandas disebabkan muntah.
“ Ben kenapa? Mabuk kapal terbang lagi ye?"
Benz Fahri menggeleng. Dia tersenyum hambar. “ Ben ok je mak. Cuma tak sihat badan sikit. Petang-petang nanti ok lah ni."
Hasnah menggeleng. “ Dah tahu tak sihat kenapa tak berehat aje."
“ Tak apa mak. Kejap lagi Ben rehat."
“ Yelah."
Hasnah bangun ke dapur setelah mereka semua selesai beramah mesra dengan pasangan yang baru pulang dari umrah itu.
Sempat juga dia mencari si anak untuk bertanyakan keadaan si menantunya itu. Masuk saja ke dapur, Hasnah menggeleng melihat Ann Layli yang sedang enak berselera makan di kaunter dapur ditemani Sharifah Julia dengan suara mereka gamat berceloteh entah apa. Sepertinya di dalam dapur besar itu tidak berpenghuni.
“ Amboi anak mak..sedap dok makan dekat sini ye. Yang laki dia biar duduk seorang- seorang di luar. Pergilah layan suami tu Manja. Kan Ben tak sihat tu." bebel Hasnah sambil mencekak pinggang.
Terkejut disergah, Ann Layli pandang ke arah pintu masuk dapur. Riak garang emak dipandang kecut. Semerta dihabiskan kunyahan dari satay ikan yang masih tersisa di tangan. Lidi yang kosong dari isi ikan dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.
“ Ye mak." Ann Layli bangun menuju sinki sambil mencuci tangan dan mulut sekaligus sementara melewati Sharifah Julia yang masih berteleku di meja kaunter itu.
Pada Sharifah Julia sempat dia berpesan.“ Akak, Ann minta diri dulu lah ya. Nak tengok Ben sekejap. Mak bising dah tu.." ujarnya dengan sengihan. Sharifah Julia sekadar mengangguk mengiakan.
Mencicit Ann Layli berjalan laju keluar dari dapur menuju ke arah suaminya. Bimbang berlama, Hasnah akan membebel lagi. Bukan tidak tahu emaknya itu, pantang jika mengabaikan perihal Benz Fahri. Pasti berbakul kata perlian dan nasihat pedas diberikan. Sebelum itu terjadi lebih baik dia berlalu.
.
.
Malam itu, selesai saja makan malam Benz Fahri meminta diri mahu berehat. Hasnah yang melihat menantunya itu seperti tidak sihat cepat bertanyakan kepada Ann Layli saat dia dan anak angkatnya itu duduk di hadapan televisyen.
“ Manja..mak tengok Ben tu macam tak sihat je? Takkan lah mabuk kapal terbang lagi. Dah dua hari kamu balikkan." soal Hasnah hairan.
Ann Layli yang ralit melihat drama Korea kesukaannya tidak ambil pusing dengan pertanyaan Hasnah tetapi tetap juga dia menjawabnya.
“ Sihat je mak. Abang tak cukup rehat je tu." balasnya bersahaja.
“ Ya ke. Mak tengok macam tak sihat aje. Asyik pening dan loya. Kamu tak ajak dia ke klinik ke Manja?" soal Hasnah lebih serius dari tadi. Wajah si anak dia tatap penuh.
Ann Layli masih ralit menonton drama kegemarannya itu. Pertanyaan Hasnah bagai angin lalu saja di deria pendengarannya membuatkan Hasnah geram dengan reaksi acuh tak acuh Ann Layli.
“ Manja.." Hasnah menggeleng sambil memanggil namun Ann Layli masih ralit menonton tayangan di depan.
“ Aduh...duh..duh mak.." suara Ann Layli terdengar berisik. Masakan tidak, tangan Hasnah cepat saja mengetip pinggangnya membuatkan dia mengaduh sakit. Barulah pandangannya beralih dari peti televisyen itu ke arah emaknya.
“ Sakitlah mak.." rengeknya seperti anak kecil. Tangan menggosok bahagian pinggang yang berasa pedih akibat cubitan berbisa si emak.
“ Tahu pun kamu sakit. Mak cakap buat tak dengar je. Dah pergi naik tengokkan suami kamu tu. Sibuk pulak tengok cerita Korea tu.." marah Hasnah.
“ Ala mak sekejap la. Kejap lagi Manja naik ya. Belum habis lagi episod ni. Habis karang Manja naik la. Abang tu naik awal sebab nak rehat. Tak nak la Manja kacau dia." Ann Layli beralasan.
“ Tak ada. Kamu naik sekarang tengok dia. Jangan nak buat perangai tak semengah tu. Karang apa pula kata Kak Ana tengok menantu dia malas layan suami." bebel Hasnah lagi. Dicapainya alat kawalan jauh televisyen seraya mematikan suis televisyen itu.
Ann Layli memuncung saat televisyen itu terpadam sehingga layar legapnya hitam.
Dengan terpaksa dia melangkah malas menghala ke tingkat atas. Ke mana lagi kalau bukan menuju ke biliknya dan Benz Fahri.
Setibanya ke tingkat atas, Ann Layli terus menuju ke biliknya. Suasana gelap bilik membuatnya hairan. Takkan Benz Fahri dah tidur. Cepatnya suaminya itu tidur. Belum setengah jam pun lagi mereka habis makan malam. Jarang sekali Benz Fahri tidur selepas waktu makan malam.
Melangkah perlahan, dia masuk ke bilik. Meraba tangannya mencari suis lampu. Belum sempat tangannya memetik suis lampu bilik itu sendiri terpasang membuatkan nyaris tubuhnya melayang ke belakang akibat terkejut.
Saat itu, bergema ruangan bilik dan laluan utama depan biliknya dengan suara ramai menyanyikan lagu hari lahir buatnya.
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Puteri Ann Layli..
Allah selamatkan kamu..
Ann Layli terdiam cuba mencerna. Terkesima wajahnya. Sejenak baru dia tersenyum malu apabila melihat susuk Benz Fahri sedang menatang sebiji kek sedang berjalan keluar dari balik tubuh Sharifah Julia yang turut menjadi penyanyi latar lagu hari lahir itu lalu berhenti di hadapannya.
“ Selamat Hari Lahir askìm.." ujar Benz Fahri dengan kucupan hangat singgah di pelipis isterinya seraya menyuruh Ann Layli meniup lilin yang berada di atas kek coklat yang sedang ditatangnya itu.
“ Terima kasih abang. Terima kasih semua." ucap Ann Layli terharu. Tidak sangka mereka berpakat untuk mengejutkan dia dengan majlis kelahiran seperti itu. Dia sendiri lupa hari itu merupakan hari lahirnya.
“ Buat la wish cepat." ujar Sharifah Julia selepas Ann Layli meniup lilin tersebut.
Ann Layli angguk menerima cadangan kakak iparnya itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Masih tidak percaya dengan kejutan seperti itu membuatkan dia rasa ingin menangis kerana terlalu gembira. Tidak pernah seumur hidupnya mendapat kejutan di hari lahir seperti ini. Mengenang itu semua membuatkan dia rasa sangat bersyukur dengan nikmat yang di terima malam ini.
Perlahan menutup mata, Ann Layli tersenyum nipis sambil berbisik sesuatu di dalam hatinya.
Setelah membacakan niat di dalam hati mereka semua turun ke bawah semula untuk menyambut hari lahir Ann Layli apabila diberitahu akan kedatangan keluarga Tan Sri Zahid dan Puan Sri Amirah oleh kak Siti.
Keluarga Tan Sri Zahid dan Puan Sri Amirah dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut sempena meraikan ulang tahun Ann Layli di majlis tertutup sebegitu. Itu semua rancangan yang diatur Benz Fahri sendiri.
Riuh rendah suara penghuni villa Seri Kasih malam itu dengan suasana ceria mereka menyambut ulangtahun kelahiran Ann Layli.
Seketika tepukan kuat dari Benz Fahri mematikan suasana santai dan ceria penghuni yang ada. Semuanya memberi fokus kepada lelaki itu. Wajah mereka penuh kehairanan apabila melihat isyarat tersebut.
“ Maaf semua, Ben ada sesuatu nak beritahu.." ujarnya penuh ceria.
Ann Layli ikut terpinga-pinga apabila suaminya tiba-tiba membuat pengumuman sebegitu.
Dari jauh dia mengangkat wajah bertanya dengan isyarat mata ke arah Benz Fahri tetapi suaminya itu hanya tersenyum memandangnya.
“ Ada apa Ben?" soal Tan Sri Zahid hairan. Masakan tidak, lelaki itu nampak benar tidak sihat kerana wajahnya yang pucat tetapi kelihatan sangat teruja saat itu. Yang lain juga ikut tertanya-tanya tetapi hanya diam apabila Benz Fahri mengaku yang dia sedang baik-baik saja.
“ Ben ada nak inform sesuatu.." ujarnya dengan batuk kering yang masih belum pulih.
“ Askìm.." panggilnya ke arah Ann Layli.
Mendengar dirinya di panggil, Ann Layli tersenyum kekok. Tahulah dia apa yang mahu diutarakan suaminya saat itu. Ann Layli melangkah merapati Benz Fahri lalu berbisik seketika dengan lelaki itu.
“ Abang..perlu ke sekarang?" ujarnya.
“ Lebih cepat lebih bagus. Mesti semua tak sabar nak tahu."
“ Kan elok hujung minggu ni aje. Masa majlis doa selamat tu nanti kita beritahulah.”
“ Abang dah tak sabar sayang. Kalau boleh hari kita dapat tahu hari tu lagi abang nak beritahu semua. I'm happy to be daddy you know.." ujarnya penuh semangat. Senyumannya sangat manis malam itu.
Ann Layli tersenyum menggeleng. Terhibur hatinya melihat reaksi suaminya yang benar-benar teruja dan tidak sabar itu.
“ Ann yang mengandung abang yang tak sabar.." usik Ann Layli.
“ Mestilah abang yang tak sabar. Abang nak semua orang tahu abang berjaya hamilkan sayang. Tak adalah Jerry asyik cakap abang ni kayu je. Dia selalu cakap abang ni luar alam. Ada ke patut dia cakap abang macam tu. Takkan sayang nak biar orang cakap abang ni tak kuat kot. Nak biar je orang cakap abang tak mampu..." bebel Benz Fahri.
“ Serius la Jerry cakap macam tu!" melopong Ann Layli mendengar penjelasan suaminya. Tidak percaya dengan kata-kata dari Jerry.
Benz Fahri mengangguk mengiakan. “ Ia sayang..kalau tak percaya nanti tanya Jerry sendiri." Ann Layli tersenyum menggeleng.
“ Ya Allah budak berdua ni. Bincang apa lagi tu. Tadi cakap ada benda nak beritahu. Setakat nak bisik-bisik depan kita orang semua baik jela kau cempung Puteri tu masuk dalam bilik. Nak ehem ehem pun tak ada orang kisah." selamba badak Megat Bakhtiar bersuara mematikan perbincangan hangat pasangan di hadapan.
Sharifah Julia menampar lembut bahu suaminya sepertinya memberi amaran jangan bercakap lepas seperti itu di depan khalayak ramai.
Ann Layli dan Benz Fahri sudah merah wajahnya ditegur Megat Bakhtiar. Nasib Sharifah Julia sempat menyelamatkan keadaan.
Setelah mencapai kata putus, Benz Fahri menarik rapat Ann Layli ke sisinya. Dipeluk pinggang isterinya dengan senyuman yang penuh berbunga di hadapan semua. Sekilas kucupannya tumpah di dahi wanita kesayangannya itu. Dia benar-benar bahagia dan gembira.
“ I'm daddy to be!" jeritnya lantang dengan sekali lafaz. Tubuh Ann Layli diangkat ke dukungan dan dipusing beberapa kali membuatkan tubuh tubuh yang berada di depan mereka melopong tidak percaya dengan ujaran lelaki itu.
“ Seriuslah kakak.." jerit Azlan Wadi dan Azhan Wafi ke arahnya. Kedua adik kembarnya itu cepat merapati kakak mereka saat Benz Fahri sudah meletakkan isterinya itu ke bawah.
Ann Layli mengangguk dengan senyuman lebar tanda mengiakan dan lantas tubuhnya dipeluk erat kedua adik kembarnya itu.
“ Tahniah kakak." keduanya mengucapkan ucapan tersebut buat Ann Layli.
Ann Layli tersenyum bahagia menerima ucapan kedua beradik itu.
Seorang demi seorang menghampiri Ann Layli dan memeluk tubuh wanita itu sambil mengucapkan tahniah. Malah pesanan demi pesanan mereka zahirkan buat Ann Layli. Paling teruja adalah Puan Sri Amirah dan Toh Puan Ruhana.
“ Alhamdulillah..syukur ya Allah. Allah makbulkan doa bonda sayang.." ucap Ruhana dengan air mata bahagia menitis ke pipi. Kedua tangannya meraih tubuh Ann Layli ke dalam pelukan. Bertalu pipi wanita itu dicium bagi menzahirkan rasa gembiranya buat anak itu.
“ Terima kasih bonda. Ann hargai doa bonda. Terima kasih sebab selalu ada untuk Ann dan abang." ucapnya.
Kemudian tubuh Ann Layli diraih pula Amirah. Wanita itu juga begitu terkejut dan teruja menerima berita bahagia itu.
“ Alhamdulillah. Tahniah sayang. I'm happy for you.” ucap Amirah.
“ Terima kasih mama. Terima kasih juga pada mama sebab selalu doakan untuk Ann." balas Ann Layli.
Berita gembira itu mereka kongsi bersama-sama. Pelbagai perasaan mewarnai malam sambutan majlis ulangtahun kelahiran Ann Layli itu. Bukan sahaja Ann Layli yang terkejut mendapat sambutan hari lahir tersebut tetapi ahli keluarga mereka yang lain juga ikut terkejut apabila menerima berita bahagia itu.
Tetapi Benz Fahri pula tiba-tiba yang membuat onar di tengah-tengah kegembiraan yang baru saja mereka sambut. Manakan tidak, boleh pula lelaki itu tiba-tiba pengsan sedang mereka semua teruja ingin mengucapkan tahniah buat Ann Layli.
Jeritan dari Megat Aedy secara tiba-tiba membuatkan semuanya panik.
“ Mommy Pakcu...!!!"
Sharifah Julia berpaling ke arah anaknya apabila mendengarkan anak tersebut menjerit kuat tetapi kaget apabila melihat tubuh adiknya yang terbaring tak sedarkan diri.
“ Ya Allah Ben." berlari Sharifah Julia mendapatkan Aedy yang sudah tergamam melihat Benz Fahri yang rebah secara mengejut sehingga terbaring di sebelahnya.
Kecoh malam mereka itu dengan keadaan Benz Fahri yang sebegitu membuatkan mereka terpaksa memanggil Doktor Junaidi untuk datang merawat Benz Fahri yang tidak sedarkan diri ke rumah.
Sedar saja dari pengsan, telinga Benz Fahri menangkap sindiran halus dari sahabatnya itu.
“ Teruk betul penangan bini kau ni Ben."
Benz Fahri tayang wajah beku. Kepalanya masih rasa berpinar lagi tetapi si Junaidi ini sibuk pula mahu menyindirnya.
“ Macamlah kau tak ada bini." dalam rasa sakit yang bersisa, masih juga mulutnya berfungsi membalas kata. Ialah, geram juga dia dengan mulut si Junaidi itu.
“ Bini aku mengandung pun rasanya tak adalah aku pengsan-pengsan begini. Abrar bagitahu aku pun hari tu kau macam ni jugak. Sampai warded dekat KAA nun. Dahsyat sungguh."
“ Itu bukan dahsyat Di. Itu tanda aku suami yang bertanggungjawab. Allah bagi aku rasa sakit ni sebab tak mahu isteri aku tanggung azab. Barulah namanya berkongsi hidup. Bayangkan kalau empat lima kali bini aku mengandung asyik dia sorang aje yang tanggung siksanya, kesianlah dia. Itu belum nak tanggung sakit melahirkan nanti. Sekurang-kurangnya bila aku yang sakit begini dia bahagia. Tak adalah kalau aku minta dia mengandung kemudian hari dia akan bagi alasan.” panjang lebar Benz Fahri memberi jawapan.
Tersengih Junaidi mendengar ayat debat si teman. Begitu, dia juga akur dengan pendapat Benz Fahri. Setidaknya isteri temannya itu baik- baik aja ketika proses hamil ini sementara menanti proses kelahiran yang tentunya sakit dan memeritkan. Bahagia dia mendengar kehidupan berumahtangga lelaki itu yang harmoni.
.
.
Hujung minggu yang di nanti pun tiba apabila majlis kesyukuran telah di adakan di kediaman Seri Kasih sempena kepulangan Benz Fahri dan Ann Layli dari tanah suci.
Dari pagi hingga ke malam tidak berhenti tetamu datang menziarahi pasangan itu. Ann Layli kelihatan berseri-seri melayani para tetamu kerana aura ibu mengandung yang di bawanya itu. Namun lain pula bagi Benz Fahri yang kelihatan lemah dan lesu saja.
Para tetamu yang sudah maklum akan keadaan lelaki itu hanya mampu menyampaikan ucapan dan doa yang baik-baik aja.
Usai habis majlis Benz Fahri meminta diri naik ke atas untuk berehat. Dia sudah tidak mampu untuk melayan tetamu kerana badan yang terasa lesu dan letih biarpun majlis kenduri itu menggunakan khidmat katering tetapi tetap saja dia perlu melayani makan para tetamunya.
Naik ke bilik, Benz Fahri cepat membersihkan diri dan ingin menunaikan solat maghrib.
Baru saja keluar dari bilik air, Ann Layli menegurnya.
“ Awak sakit kepala lagi Benji?"
Tersenyum nipis, dia mengangguk.
“ Sakit sikit."
“ Nak saya picitkan kepala ke?"
“ Kejap lagi lah. Abang nak solat maghrib ni. Askìm mandilah dulu, abang tunggu. Kita solat jemaah sekali." arahnya lembut.
“ Baiklah. Tunggu sekejap ya.” ujar Ann Layli seraya mencapai tuala dan menghilangkan diri ke kamar mandi.
Sementara menunggu isterinya sempat Benz Fahri berzikir sambil-sambil meringankan kepala yang masih terasa berat itu.
Sudah menjadi rutin semenjak dia mengetahui isterinya hamil Benz Fahri akan berzikir sebelum solat. Usai solat juga, dia akan melazimi ayat-ayat Al-Quran dan berusaha untuk menghafal surah-surah pilihan tersebut.
Beberapa ketika Ann Layli sudah siap berdiri menanti si suami untuk mengimami solat maghrib mereka malam itu.
Tangan Benz Fahri dia capai dan cium setelah usai berdoa tadi.
Cepat saja tubuh si suami itu dipeluk manja lalu melabuhkan kepalanya di dada Benz Fahri sebelum sempat lelaki itu bangun dari duduk.
“ Askìm..”
“ Hmmm..” mengangkat sedikit kepalanya lalu mengerling ke wajah Benz Fahri yang sedikit ketat.
“ Abang ada wudhuk ni. Kejap lagi kan nak masuk isya' "
“ Berlapik kan ni.." sengaja Ann Layli beralasan.
Benz Fahri tergelak. Dari nak marah terus tak jadi. Masakan tidak, isterinya itu tak sedar ke muka dia dah menempel di dadanya ini. Alasan berlapik itu dah tak relevan sebab kulit muka Ann Layli dah bersentuhan dengan kulit dadanya. Batal wudhuk dah kot! Yang berlapik cuma tubuh Ann Layli dengan telekung sahaja.
“ Manja sangat ni kenapa? Dulu kemain malu.." usik Benz Fahri.
Menegakkan tubuh, Ann Layli menjauhkan diri. Masam sekejap wajahnya apabila ditegur Benz Fahri.
“ Ala baby nak manja sekejap pun tak boleh.." balas Ann Layli sedikit terasa. Entah kenapa semenjak mengetahui dia berbadan dua kini, dia cepat terasa rindu dengan Benz Fahri biarpun setiap saat lelaki itu berada dihadapan matanya.
Bertambah kuat Benz Fahri ketawa. Cepat saja dia menarik semula tubuh Ann Layli ke dalam pelukannya.
“ Sorry mama, dada tak tahu baby nak manja-manja. Meh sini dada kasi manja."
“ Baby dah tak rasa nak manja dengan dada." rajuk Ann Layli seraya menolak pelukan Benz Fahri di tubuhnya.
Namun Benz Fahri tidak melepaskan pelukannya. Malah semakin diketatkan pelukannya di tubuh Ann Layli. Wajah isterinya itu dicari lalu dilabuhkan ciuman ke bibir Ann Layli namun tidak pula ditolak wanita itu.
“ Jangan merajuk askìm. Abang minta maaf ya. Abang ingat nak tunggu isya' tapi tak sangka askìm nak peluk abang macam ni. Tak apalah, kalau askìm nak manja-manja pun. Abang pun nak manja-manja dengan askìm jugak." pujuk Benz Fahri.
“ Bukan saya yang nak manja dengan awak. Baby yang nak manja lah.." sangkal Ann Layli. Wajahnya masih mencuka. Belum terpujuk.
“ Tak kisahlah siapa yang nak manja pun. Abang akan layan kesayangan abang. Abang kan suami askim. Tak salah pun kalau askim yang nak bermanja dengan abang." tuturnya lembut dengan nada memujuk. Ubun- ubun Ann Layli dikucup berkali tanda dia benar-benar memaksudkan kata-katanya yang amat menyayangi dan mencintai wanita itu.
“ Jom.." ajak Benz Fahri.
Ann Layli yang ralit mendambakan kasih sayang suaminya tiba-tiba terpinga saat mendengar ajakan lelaki itu.
“ Kemana?"
“ Ke katil."
“ Hah!"
Tergelak Benz Fahri dengan reaksi terkejut isterinya itu.
“ Buat apa ke katil? Tadi kata nak tunggu isya'” dalam kepala sudah berfikir yang bukan-bukan. Biar betul encik suaminya ini.
“ Yelah tadi kata baby nak manja. Jom la ke katil. Badan dada ni dah letih asyik duduk je peluk mama."
“ Kan tadi kata, baby dah tak nak manja-manja."
“ Merajuk pula baby dada ni. Tak apalah kalau baby merajuk, mama baby ada. Boleh dada manja-manja dengan mama pula ya." ujar Benz Fahri segera merapati Ann Layli dan menyentuh perut leper isterinya itu seakan berbicara dengan bayi dalam kandungan.
Sudahnya Ann Layli yang mencuka tadi bertukar riak ceria. Terhibur dengan keletah suaminya yang sedang berbual dengan bayi dalam kandungan.
“ Siapa kata mama nak bagi dada manja-manja. Dada kata nak solat isya' tadi. Kalau manja-manja nanti terlepas isya' pula. Dada tu dah la tak sihat sekarang. Jangan nak mengada lambatkan solat." larang Ann Layli cuba mengusik suaminya pula.
“ Kedekut la mama ni. Nak manja dengan mama pun susah. Mama tak kesian dada ke? Asyik pening muntah-muntah tak lalu makan. Dada tak sihat mama nak marah-marah pula." balas Benz Fahri tidak puas hati. Tadi dia mahu memujuk isterinya alih-alih dia pula yang terasa hati dan mahu merajuk.
“ Ala dada merajuk la baby. Ish..ish dada ni..dah besar pun nak merajuk." ujar Ann Layli ke arah perutnya seakan sedang berbual dengan bayi di dalam kandungan itu.
“ Dada jangan merajuk. Jom kita solat dulu. Nanti lepas solat mama bagi dada manja ya." jawab Ann Layli dengan suara halus sepertinya baby mereka yang mewakili memberi jawapan.
Melihat itu, Benz Fahri terkekeh ketawa. Cepat saja hatinya terpujuk melihat sketsa itu. Lantas, dia merapati ke arah Ann Layli dan memeluk wanita itu ke dalam pelukannya dan melabuhkan ciuman kasihnya buat wanita itu.
“ Abang sayang dan cintakan askìm sepenuh hati abang. Terima kasih askim sebab hadir dalam hidup abang dan bahagiakan abang.
Abang berjanji tak akan sia-siakan askìm dan baby kita hingga abang tutup mata.
“ You're my softy marshmallow!
You're my red apple!
You're my sassy fairytale"
terima kasih yang sudi menanti dan membaca. love you all to the moon n never been back :-*
Share this novel