Zen Huzaini jauh merenung ipad di tangan. Matanya kosong menatap skrin ipad yang memaparkan video kes buli yang viral di sebuah sekolah berasrama penuh dalam negara baru-baru ini. Namun bukan video itu yang dikisahkannya. Fikirannya jauh melayang teringatkan seseorang. Entah kenapa ada satu nama yang bermain di benaknya. Gadis yang pernah suatu masa bertakhta di hatinya. Entah kenapa dan mengapa dia masih mengingati nama itu walaupun dia kini telah menjadi hak milik seorang perempuan bergelar isteri.
Saat pertama kali bertemu semula wanita itu hatinya melonjak gembira. Bahagia. Namun, apabila mengetahui Ann Layli telah bersuami hatinya kecewa. Lebih parah dari kecewanya ketika ditinggalkan wanita itu beberapa tahun sebelumnya.
Sehingga ke saat ini, dia masih tertanya-tanya mengapakah Ann Layli meninggalkan dirinya di saat dia sudah berjaya mencapai impiannya. Susah payah dia meraih kejayaan demi menyunting wanita itu menjadi kekasih halalnya. Sedih. Itu pasti! Hatinya remuk dan kecewa saat mendapat tahu Ann Layli dan keluarganya telah berpindah jauh dan tidak dapat di kesan ke mana mereka.
Kepulangannya mahu berjumpa dengan Ann Layli setelah tamat kursus polis dulu tak kesampaian. Sebaik dia pulang terus dia mencari wanita itu namun hanya rumah kosong yang menyambutnya. Puas dia mencari Ann Layli namun hampa sehinggalah ibunya menjodohkan Hani Wardah buatnya. Sementelah sekarang baru saja dia berjumpa dengan gadis itu, namun dia belum berkesempatan lagi untuk bertanyakan perihal dua tahun yang lalu. Banyak yang ingin disoalkan.
“ Abang kerja shift malam, hari ni kan?" soal Hani Wardah tersengih memandang Zen Huzaini walaupun tangannya ligat mengacau white coffee dalam teko Pyrex atas kaunter kitchen island.
Zen Huzaini masih ralit dengan dunianya sehinggakan tidak sedar apa yang di tanyakan Hani Wardah di depan. Wanita itu menggeleng.
“ Abang.” Masih tiada sahutan.
“ Hish, orang panggil dia buat ralit je.” omel Hani Wardah.
“ Oh, abang!!!” Naik empat harakat oktaf suara Hani Wardah memanggil suaminya.
“ Hmm.."
“ Abang.. " meleret-leret pula kali ini suara wanita itu. White coffee yang dah siap di bancuh dituang ke dalam cawan floral di depan suaminya. Asap nipis kelihatan dari air minuman tu. Aromanya juga menusuk ke hidung. Wangi.
“ Hmm.. " ipad di tangan masih ditenung. Zen Huzaini sekadar mendengar dan mengiakan.
Kerusi disebelah suaminya ditarik. Hani Wardah melabuhkan duduk. Dia pandang wajah Zen Huzaini sekilas lalu menggeleng kepala.
“ Hani cakap dengan abang ni.. dengar tak? Abang ni tak sporting la.. Orang dok panggil dari tadi dia boleh pulak hmm.. hmm kan aje.” rengek Hani Wardah. Lengan Zen Huzaini di goyang.
“ Iye, abang dengar la ni.” kepalanya memusing memusatkan pandangan pada Hani Wardah.
Hani Wardah tersenyum. Ipad di tangan Zen Huzaini diambil dan diletak ke tepi. Gembira dia dapat menarik perhatian suaminya itu.
“ Cakap ajelah, abang dengar. Ipad abang tu bagi balik.” tangan kanan Zen Huzaini cuba mencapai kembali ipad yang di bawa lari Hani Wardah ke sebelahnya.
“ Tak boleh. Abang kalau Hani cakap time abang pegang ipad tu bukan abang fokus pun pada Hani. Ipad duduk tepi dulu. Sekarang abang dengar Hani nak cakap.” ujar Hani Wardah. Ipad ditolak ke seberang meja. Kemudian letak duduk di betulkan.
“ Yelah.. Apa dia?” soal Zen Huzaini. Cawan berisi white coffee diangkat ke mulut dan disisip sedikit-sedikit. Wap panas masih berlumba-lumba berlari ke ruang udara di antara celahan cawan dan mulut lelaki itu.
“ Jom pergi window shopping.”
Huk.. Huk..
White coffee yang baru dihirup menyembur keluar dari mulut Zen Huzaini. Kelam kabut cawan diletakkan kembali atas piring yang berada atas kaunter bar itu. Dia cuba meredakan tekaknya yang sedikit perit akibat tersedak.
Tangan kanan Hani Wardah kelam kabut mendarat di belakang badan suaminya lalu menggosok lembut cuba meredakan sedakan tadi. Dia menggeleng perlahan. Gelojoh.
“ Hani ajak window shopping je. Itu pun nak tersedak abang ni!" getus Hani Wardah.
Zen Huzaini menoleh pandang isterinya setelah menstabilkan ritma suaranya yang hilang dek tersedak tadi. “ Window Hani tu boleh jadi shopping terus tau!” kedua bahunya dijatuhkan. Terasa hilang selera mahu minum white coffee itu.
Hani Wardah mencebik.
“ Nak window shopping apa?”
Terus Hani Wardah menyengih lalu memaut lengan Zen Huzaini dan melentokkan kepalanya di situ. “ Sayang abang ketat-ketat.”
“ Sayang ada makna!” usik Zen Huzaini dengan senyuman yang sengaja dikulum.
“ Tak baik abang cakap Hani macam tu. Allah je yang tahu kasih Hani untuk abang tau.” sengihnya lagi.
“ Sayang nak pergi pukul berapa? Dekat mana? Shopping apa?” sekali nafas Zen Huzaini menyoal.
“ Dalam pukul sebelas macam tu. Kita lunch dekat The Grill yang dekat One Utama tu. Boleh Hani tengok langsir sekali dekat Basic Cottage.” pinta isterinya dengan senyuman yang meleret.
Setelah berfikir sesaat lantas Zen Huzaini angguk bersetuju. Isterinya tu kalau bab shopping semuanya laju. Bukan setakat shopping saja, makan pun laju. Nasiblah badan Hani Wardah tak montel selepas kahwin walaupun isterinya tu aktif dengan gaya hidup 'food porn'.
“ Bukan kita dah ada langsir ke?”
“ Rumah baru kita ni tak ada langsir lagi. Hani guna yang lama masa dekat rumah Perlis tu je. Itu pun pattern dia tak sama. Sakit mata Hani ni lah tengok langsir depan dengan bilik tu tak sama.” adu Hani Wardah.
“ Baiklah isteriku. Tapi make sure jangan lama-lama. Abang nak tidur sekejap before masuk kerja. Lagipun malam ni abang ada operasi.” pesan Zen Huzaini sebelum bangun mengatur langkah ke ruang tamu.
“ Okay. Thank you hubby. Love you 1 2 3 4 and ever.” jerit Hani Wardah.
Zen Huzaini menggeleng kepala melihat gelagat isterinya sebaik bangun dari meja makan itu. Hmmm.. Nasib sayang!
**************
Ann Layli termengah-mengah mengatur nafas. Dia sempat menolak Muqri hingga terperosok ke sebelah katil ketika suaminya itu mahu menerkam dirinya sekali lagi.
Bibirnya saat itu sudah membengkak setelah menjadi tempat punching bag Muqri. Muka pula dia rasa macam pinggan nasi. Besar semacam! Sakit. Itu yang dia rasa.
Terhuyung-hayang dia cuba bangun dari lantai bilik kerana kepalanya mula rasa berpinar dan terasa berat setelah dikerjakan suaminya. Ann Layli berpaut pada jenang pintu berusaha membuka tombol pintu untuk keluar dari biliknya.
“ Sial la kau betina!” jerit Muqri dengan berang lalu bangun berdiri. Kepalanya yang terhanduh di besi katil dipegang. Matanya pula tajam bak helang bagaikan mahu menerkam mangsa di depan.
Muqri sempat menyambar lengan Ann Layli dari bolos. Tubuh isterinya ditarik lalu dicampak ke atas katil. Menyeringai Ann Layli saat merasakan kaki suaminya naik menyepak punggungnya. Seluruh tubuhnya terasa sakit.
Tapi itu, tak membuatkan dia mahu berdiam diri. Dia masih melawan dan mulutnya masih mahu berkata-kata membela diri.
“ Saya tak mahu. Abang tahu tak berdosa!” jerit Ann Layli. Tangan Muqri yang mahu menerkamnya ditepis.
Apa Muqri ingat dia punching bag ke! Senang-senang dipukul dan ditumbuk. Senang-senang di perkotak-katikkan. Suka ditatang. Tak suka ditendang.
“ Kau ni memang sial lah! Aku ajak kau baik-baik kan!” Muqri melulu mengejar langkah Ann Layli yang cuba berlari darinya.
Seluar yang dah terbuka tali pinggang itu dilurut ke bawah. Hanya seluar dalam saja yang tinggal membalut tubuh Muqri.
“ Saya datang bulan. Abang tak faham ke kita tak boleh bersama.” keras suara Ann Layli membela diri. Kepalanya yang berdenyut dipegang. Katil di hujung bilik dia nampak ada dua. Sekejap di atas sekejap lagi di bawah.
“ Aku peduli apa kau datang bulan ke bintang ke! Kalau aku nak aku nak jugak. Dah seminggu kau tak layan aku. Kau nak aku melancap ke bodoh!” jerkah Muqri. Ann Layli dihampiri. Tangan wanita itu disambar dan di tolak ke atas katil semula. Rambutnya dicengkam kasar membuatkan kepalanya terdongak ke atas.
Ann Layli terdorong ke atas katil. Pakaiannya telah lama dirobek Muqri. Yang tinggal hanya pakaian dalam saja. Itu pun sedaya boleh Ann Layli mempertahankannya. Dia tidak mahu melayan nafsu serakah suaminya itu di waktu bendera jepunnya sedang berkibar.
Berdosa. Dia lebih rela tanggung dosa melawan Muqri kerana tak mahu melunaskan keinginan lelaki itu daripada berdosa melawan perintah Allah.
Batin Muqri bertambah menggelegak saat melihat aset atas dan bawah Ann Layli yang terdedah. Terus dia naik menindih isterinya. Leher dan dada Ann Layli dicumbu penuh ghairah dan rakus.
Ann Layli menepis. Suaranya semakin serak menjerit dan meraung. Namun apalah daya dia. Kederat Muqri lebih kuat berbandingnya. Sepuluh kali dia melawan dan menepis pun tak mampu mengubah tindakan Muqri. Malah lelaki itu lebih agresif menakluk dirinya. Apatah lagi dengan pengaruh akohol yang di minum lelaki itu buatkan Muqri semakin khayal.
Ann Layli semakin penat bergelut dengan Muqri. Berkali kali wajahnya dilempang. Perutnya di tumbuk. Tangannya dikilas kasar. Rambutnya direntap kuat. Dan akhirnya dia terbaring lemah tak sedarkan diri.
Sementara Muqri pula terus memainkan peranannya. Ann Layli yang tak sedarkan diri diceroboh sesuka hatinya. Kata-kata Ann Layli yang melarang dari menyetubuhinya tadi tak diendahkan asalkan nafsu yang tertunggak sejak minggu lepas dilunas. Halal dan haram sudah tak dihiraukannya.
Penat mengerjakan Ann Layli sehingga nafsunya benar-benar puas, Muqri terbaring disebelah Ann Layli tanpa seurat benang pun. Dia menoleh pandang wajah isterinya itu lalu tersengih.
“ Baru puas aku macam ni. Lain kali aku libas kau cukup-cukup dulu baru dapat servis baik macam ni. Haih, nasib kau la bini. Aku mintak cara elok tak dapat memang aku sebat cara macam ni lah.” wajah Ann Layli di tepuk-tepuk manja. Akhirnya dia turut terpejam dek keletihan kerana berhempas pulas seorang diri selama satu jam.
**************
“ Lambat lagi ke sayang?” tanya Zen Huzaini. Matanya mengerling sekilas Edifice di tangan lalu menoleh pada Hani Wardah yang masih membelek kain langsir di depan. Hampir satu jam dia dan Hani Wardah membuang waktu di situ namun satu pun belum menjadi pilihan isterinya.
“ Dah nak siap ni. Hani ambil yang warna biru tau abang.” ujarnya lalu menggamit pelayan kedai tersebut. Setelah menunjukkan kain fabrik pilihannya, gadis pelayan tersebut terus memotong untuk Hani Wardah.
“ Apasal tak ambil warna hijau je. Bukan tadi sayang cakap nak pilih warna hijau ke?”
“ Tak jadilah. Hani pilih biru. Sebab suami Hani kan anggota polis. Semuanya harus lah biru. Adil dan saksama.” Hani kenyit mata.
Tercuit hati dengan gelagat isterinya, dia menggeleng kepala.
“ Dah siap. Jom!” ajak Hani Wardah sambil memaut lengan suaminya yang setia menunggu di depan kiosk fabrik tersebut setelah pelayan kedai langsir tersebut menyerahkan beg berisi fabrik langsir yang di belinya.
Zen Huzaini mengambil plastik beg berisi kain langsir di tangan isterinya itu lalu diletakkan dalam troli yang sedia di bawa mereka semasa naik ke mall tersebut.
“ Makan dah. Shopping langsir dah. Mana lagi? Any requests?”
“ Amboi, abang perli Hani ke?” muncung bibir Hani Wardah. Geram disindir suaminya dia memukul manja lengan lelaki itu. Zen Huzaini tergelak. Geram saja dia melihat muncung isterinya itu.
“ Lah perli apanya. Betul lah abang tanya. Kalau dah tak ada kita balik la. Kaki abang lenguh dah ni. Malam karang abang on duty. Tuan Ghani nak buat operasi dekat kelab-kelab malam sekitar KL ni. Kalau tak cukup rehat abang tak boleh nak perform sayang. Hani nak ke abang kecundang?” dagu Hani Wardah dicuit manja.
“ Ye, baik Cif Inspektor Zen Huzaini. Saya yang menurut perintah. Dah.. jom kita balik.” sengih Hani Wardah lantas tangan naik memaut erat lengan si suami.
Kedua mereka kemudiannya melangkah meninggalkan mall tersebut. Sementara itu, di kotak parkir Hani Wardah terserempak dengan ketua majikannya. Mereka sempat berbual pendek sebelum Zen Huzaini mendapatkan kedua mereka. Dia yang baru selesai membuat bayaran di mesin autopay menyertai mereka.
“ Assalamualaikum.” tegur Zen Huzaini sambil tangan kanan dihulurkan untuk bersalaman dengan lelaki di depan isterinya itu.
“ Waalaikumsalam.” balas mereka serentak. Hani Wardah memperkenalkan majikannya kepada Zen Huzaini.
“ Abang, this is Tuan Megat. Tuan Megat this is my Cif Inspektor instead my hubby.” Hani Wardah memperkenalkannya dengan bangga dengan senyuman.
Zen Huzaini mengangguk pada lelaki itu. Wajahnya kelihatan serius. Manakala Tuan Megat pula tersenyum menyambut salam perkenalan suami Hani Wardah.
“ Oh, inilah tuan inspektor yang selalu you cerita tu ye Hani. Not bad. Pandai you cari suami anggota ye.” usik Tuan Megat sambil pandangannya dikerlingkan pada Zen Huzaini.
Dia menilik sedikit figura lelaki di depan. Tegap. Serius. Berwibawa. Tapi sayang, mukanya ketat. First impressions pun Tuan Megat dah dapat telah. Hmm.. Ada riak cemburu juga.
Zen Huzaini mengerling wajah isterinya. Keningnya sedikit terangkat seolah bertanya. `Apa yang Hani cerita?? Nampaknya, sejak berpindah ke sini dia punya saingan. Dalam hati dia mengutuk lelaki di depan. ' Bini orang jangan nak sailang.'
“ Hani, we got to go. I've to rest. So.. Tuan Megat kami minta diri dulu.” Zen Huzaini menghulurkan tangan mahu meminta diri.
Pandangannya tajam menikam Tuan Megat di depan bersilih ganti dengan Hani Wardah. Sakit matanya lihat boss isterinya itu dengan mata yang tak lepas sambil tersenyum miang pada isterinya.
“ Oh, dah nak balik. I ingat baru nak treat you all lunch dah alang-alang kita dekat sini.” Tuan Megat menyambut huluran tangan suami wanita itu. Dalam hati dia tersengih sinis.
“ It's okay tuan. Maybe next time. My hubby ada operasi malam ni. See you when we're see you again.” balas Hani Wardah. Dia dapat merasakan ketegangan suasana antara mereka.
Lagaan mata suaminya dan Tuan Megat seakan menampakkan bara api. Dari meletus lebih baik dia bertindak meleraikan segera. Kalau lambat mahu meletup tempat pakir kereta di bahagian basement mall itu.
“ Baiklah. Orang tak sudi apa kita nak buat. Anyway tuan inspektor, nice to meet you.” sengaja Tuan Megat memancing amarah Zen Huzaini. Wajah miangnya sengaja ditonjolkan depan Hani Wardah.
“ Hani have a nice day too. Jumpa esok dekat ofis. Ada banyak perkara I nak bincang dengan you.” Tuan Megat kenyit mata sambil menyenget sedikit berhampiran tubuh Hani Wardah.
Hani Wardah terpempan. `Ah gawat! Sejak bila Tuan Megat merenyam semacam ni. Salah makan ubat ke apa??
Dek kerana terkejut dengan tingkah Tuan Megat, Hani Wardah cepat-cepat memaut lengan suaminya.
“ Okay tuan. Saya dan suami balik dulu.” setelah memberi salam akhir dan tunduk hormat laju saja Hani Wardah masuk ke dalam kereta diikuti suaminya.
Tuan Megat sekadar memerhati dari jauh sehingga kereta Honda City putih itu hilang dari pandangan. Dia tersenyum simpul melihat gelagat Hani Wardah dan suaminya. Yang seorang manis terlebih gula, yang lagi seorang masam macam cuka.
**************
“ Yah.. Tolonglah Keri yah. Keri merayu kali ni je Keri minta tolong dengan ayah. Settle semua masalah Keri nanti, Keri janji tebus balik tanah kebun tu.” rayu Muqri tanpa segan silu.
Hanya ayah dan mak saja yang dia ada untuk meminta pertolongan kali ini. Dia sudah buntu tidak tahu mencari jalan pintas lain mahu membayar hutang piutangnya yang banyak pada Kenji si lintah darat aka ahlong itu.
Haji Bakar diam. Pandangannya jauh ke tengah kebun pisang berhampiran rumah. Rokok daun di pinggir bibir sekali sekala disedut asapnya lalu di hembus perlahan. Berkepul-kepul asap keluar melalui celahan gulungan rokok. Kata-kata Muqri yang sedang merayu di kakinya di buat tak endah.
“ Bang, kesian la Keri bang. Keri satu-satunya anak lelaki kita. Esok-esok tanah tu semua pun akan jadi hak milik dia juga. Bukannya kita boleh bawa mati pun tanah tu bang.” Hajah Jamilah menokok membantu memujuk suaminya.
Susah juga hatinya melihat si anak kesayangannya itu di landa masalah yang bukan sedikit. Risiko meminjam dengan lintah darat ini boleh melayang nyawa kalau di fikirkan. Haih, tak sanggup dia nak bayang kalau anak menantunya jadi korban. Lebih parah kalau dia dan suaminya sekali bakal menjadi mangsa. Minta simpang.
Haji Bakar menjeling geram isterinya yang duduk sama di kerusi ruang tamu depan itu dengan wajah yang penuh mengharap.
“ Asyik kesian dekat dia aje. Habis tu awak tak kesian dekat saya ke Milah? Habis semua harta-harta yang ada ni semua dia pelingkupkan. Habis lebur semua janji.” bebel Haji Bakar lagi. Garang suara dia sambil pandang Hajah Jamilah. Rasa menggelegak hatinya tengok dua beranak itu yang sewenangnya hanya berfikiran singkat.
“ Keri janji yah. Keri bayar. Ayah kena percayakan Keri.”
“ Janji.. Janji. Kau tak habis-habis dengan janji kau. Lepas tu, janji tinggal jani. Dulu kau nak buka bisnes kau janji macam-macam dengan ayah. Dapat balik modal pusingan kau janji nak bayar semula. Tapi sampai hari ini bisnes kau tak menjadi. Lepas tu kau pinjam lagi sebab nak kahwin. Buat majlis besar-besaran satu kampung. Duit tu pun kau belum bayar lagi. Kononnya duit berniaga kau tak cukup lagi lah, apa lah. Macam-macam alasan kau bagi. Hah, sekarang kau nak ayah cagarkan pula tanah kebun yang sekangkang kera tu. Dah tu bila pula kau nak tebus?” Haji Bakar mengingatkan tentang janjinya dulu.
“ Kali ni Keri janji Keri bayar. Keri tak main-main yah. Keri rayu sangat dengan ayah dengan mak minta tolong sangat-sangat. Kesian lah dekat Keri yah.” rayu Muqri sungguh-sungguh. Wajah Haji Bakar dan Hajah Jamilah dia pandang bergilir meraih simpati. Menitis juga air mata jantannya tika itu. Dia betul-betul takut saat itu tika mengingatkan janjinya pada Kenji.
“ Kau jangan pandai berjanji saja Muqri. Kena pandai tunaikan janji juga. Kita manusia harus ada prinsip. Baru orang percaya. Macam lembu berpegang pada tali. Manusia berpegang pada janji. Kalau tak pandai tunaikan janji orang boleh gelarkan kita munafik. Kau jangan nak malukan ayah.” lagi kata-kata nasihat yang dilontarkan Haji Bakar.
“ Insha Allah yah. Keri janji. Keri cuma nak langsaikan hutang je. Selama ni, Keri bekerja keras untuk masa depan Keri dan Ann. Keri tak mahu susahkan ayah dan mak. Tapi kali ni Keri betul-betul terdesak. Keri harap sangat mak dan ayah dapat bantu Keri.”
“ Buktikan. Jangan cakap kosong.” tambah Haji Bakar.
Haji Bakar mengeluh menatap wajah Muqri. Kalau dia tak kenangkan tanggungjawab Muqri pada menantunya si Ann Layli pasti dia tak akan tunaikan permintaan mengarut anaknya itu. Sakit kepalanya dengan kerenah anak lelaki tunggalnya itu.
“ Ann macam mana? Kenapa kau balik kali ini tak bawa dia sama. Kau jangan macam-macam dengan ayah dan mak Keri. Kalau kau tak jaga baik-baik menantu ayah tu malu mak dan ayah pada Zahid dan Hasnah.” ujar Haji Bakar yang tiba-tiba teringat akan menantunya itu.
“ Dia okey aje yah. Esok dia dah mula kerja.” beritahu Muqri.
“ Kerja? Kerja di mana? Sejak bila Ann kerja?” soal Haji Bakar hairan. Tercongek keningnya bertanya.
“ Kerja biasa-biasa aje yah mak. Keri tak bagi dia kerja tapi dia cakap bosan duduk rumah. Kalau dia kerja tak ada lah dia bosan. So, Keri benarkan lah dia kerja. Boleh juga bantu Keri sikit-sikit.”
“ Kerja untuk hilangkan bosan tak apa. Tapi janganlah kau guna duit dia untuk kesenangan kau pulak. Kau jangan nak dera anak orang Keri. Jangan malukan ayah dan mak pada Zahid dengan Hasnah.” Haji Bakar mengingatkan. Risau sungguh dia kenangkan menantunya yang seorang itu. Menantu yang selalu ditatang-tatang kerana budi pekertinya yang baik dan sopan. Sungguh dia terhutang budi pada kedua orang tua gadis itu kerana mendidik gadis itu menjadi anak yang luhur budinya. Dan kerana ingin membalas budi Zahid dan Hasnah dia menyunting gadis itu buat anak lelakinya. Dia berharap Ann Layli dapat mengubah hidup anaknya yang suka berfoya-foya itu menjadi seorang yang berguna dan hasilnya gadis itu berjaya. Muqri dilihatnya telah banyak berubah. Dia gembira. Tetapi sikap boros Muqri saja yang nampaknya masih belum berjaya diubah Ann Layli.
Muqri mengiakan kata-kata Haji Bakar. Dan dia sekali lagi berjanji menjaga isterinya dengan baik dan tak akan mensia-siakan wanita itu walaupun hakikatnya tidak. Kata-katanya sekadar lakonan demi menutup perlakuan kejamnya pada gadis itu.
“ Apa salahnya bang isteri memang patut bantu suami. Barulah aman bahagia rumah tangga. Takkanlah nak harapkan suami seorang je. Biarlah Ann tu kerja. Sekurangnya ringan sikit beban anak kita. Jangan tahu nak meminta duit suami aje.” celah Hajah Jamilah setelah melihat suasana yang agak tegang antara anak dan suaminya itu.
“ Lagipun bukannya ada anak lagi. Dari dia melangut seorang dekat rumah ada baiknya dia bekerja. Boleh juga tampung perbelanjaan isi rumah. Esok-esok kalau ada anak lagi banyak nak pakai duit. Baik sekarang bekerja simpan duit untuk masa depan.” sambung wanita itu lagi.
Memicing mata Haji Bakar pada isterinya yang terjuih-juih mulut itu sebelum dia bersuara semula. Isterinya itu sememangnya tidak berapa seteru dengan Ann Layli tambahan pula anak menantunya itu sehingga ke saat ini masih belum menimang cahaya mata. Hajah Jamilah terlalu inginkan waris dari anak lelaki tunggalnya itu.
“ Kalau macam tu, awak pun patut pergi kerja Milah. Tu hah, kebun pisang kita tu tak cukup kaki tangan. Apa kata awak pergi menolong sama. Boleh juga bantu abang. Tak adalah awak minta aje duit abang nak beli macam-macam.” sindir Haji Bakar.
“ Kita bercakap hal menantu, dia sibuk pula nak sindir-sindir kita.” Hajah Jamilah merengus geram. Dia lalu melangkah masuk ke dapur meninggalkan kedua beranak itu. Muqri terkulat-kulat melihat ayahnya menasihati si emak. Terasa ayah menyindirnya juga.
**************
Pagi itu, Ann Layli keluar ke halaman rumah sambil membawa bakul basuhan untuk menyidai pakaian. Sebaik pintu rumah terbuka hidungnya menangkap bauan yang kurang menyenangkan.
Kaki diatur juga melangkah keluar lalu penyidai baju dihampiri dan bakul pakaian diletakkan ke atas tanah. Mahu mencari tahu punca bauan yang kurang menyenangkan itu.
Pagar rumah dituju mencari arah bauan yang datang. Berkerut dahinya melihat ada sebuah plastik hitam yang di sangkut pada pagar rumahnya. Ann Layli membuka plastik itu lantas pegangannya terus terlepas. Semerta itu juga, suara nyaringnya bergema.
Bibir Ann Layli terketar-ketar. Mulutnya tak mampu berkata-kata saat itu. Matanya masih terpaku pada plastik hitam yang jatuh atas simen halaman rumahnya. Air mata sudah merembes ke pipi. Tubuhnya juga terasa melayang. Namun ada tangan yang cepat menangkap tubuh itu dari rebah.
“ Ann! Apa yang jadi?” matanya tertancap pada plastik hitam di depan bersama isinya bersilih ganti dengan Ann Layli yang hampir terjelepok ke tanah.
Plastik hitam itu terburai isinya. Darah yang berbau hamis dengan kepala kambing hitam yang terjegil matanya serta isi perut yang dipenuhi najis berselerakan di atas simen itu.
“ Abang! Kenapa ni? Ya Allah, Ann kenapa ni?” cemas suara Hani Wardah menyaksikan tubuh wanita itu yang sudah terkulai dalam pelukan suaminya saat dia terdengar suara Ann Layli sebentar tadi. Kalut juga dia memaut lenganp wanita itu.
“ Ha.. Hani. Tolong abang cepat. Bawa Ann masuk rumah dulu. Ya Allah. Siapalah punya kerja ni?” Zen Huzaini melepaskan tubuh Ann Layli kepada isterinya agar di bawa masuk ke dalam rumah. Segera Hani Wardah memapah Ann Layli yang longlai ke dalam.
Mereka berdua baru saja pulang dari berkayuh basikal. Hani Wardah sudah masuk ke dalam rumah sementara Zen Huzaini pula mahu membasuh tayar basikal keduanya sebelum menyimpan basikal mereka. Namun, saat dia mendengarkan jeritan Ann Layli terus saja dia bekejaran ke rumah sebelah itu.
Zen Huzaini keluar dari kawasan rumah Ann Layli lalu berdiri di depan rumah tersebut sambil memerhati kawasan sekeliling jikalau ada orang yang mencurigakan namun tiada sesiapa dan saat itu, dia terpandangkan tembok rumah wanita itu juga di kotori cat berwarna merah seakan darah. Bukan itu saja, tembok itu malah busuk berkemungkinan disimbah air longkang juga.
Lelaki itu mengeluh. Pinggang dicekak dengan kedua belah tangan sambil dia menggeleng perlahan. Dia pasti ini angkara lintah darat kerana kerja seperti itu hanya dilakukan oleh pengutip hutang yang tak berlesen. Mereka sesuka hati membuat peraturan kepada pemiutang. Jika pemiutang tidak mampu membayar sudah pasti mereka berang dan melakukan sesuka hati mereka untuk menuntut wang mereka semula dengan apa cara sekalipun.
Zen Huzaini masuk semula ke dalam kawasan rumah lalu membersihkan kotoran bangkai yang bergelimpangan itu. Dalam hati dia merasa risau akan keselamatan Ann Layli. Hatinya juga tertanya-tanya kemanakah suami wanita itu. Sejak dari semalam dia tidak nampak akan kereta kepunyaan suami Ann Layli dan sehingga ke saat kejadian ini juga batang hidung lelaki itu tidak kelihatan. Zen Huzaini mengeluh sendirian.
“ Ann, suami Ann tak ada ke?” soal Hani Wardah. Kepalanya menjengah ke sekeliling ruang rumah saat mendudukkan wanita itu pada sofa. Dia seakan mencari sosok suami wanita itu.
“ Suami Ann balik kampung kak. Malam ni baru balik.” suaranya masih terketar menahan takut yang bertandang.
“ Kenapa Ann tak ikut sekali?” Bahu Ann Layli diusap lembut. Hani Wardah cuba meredakan perasaan gentar wanita itu.
“ Ann kurang sihat sikit. Lagipun Muqri ada urusan penting.” beritahu Ann Layli. Dia masih trauma dengan kejadian yang menimpa dia sebentar tadi.
“ Ini kerja ahlong.” Tiba-tiba Zen Huzaini masuk ke dalam rumah memberitahu. Tanpa di jemput duduk, terus saja dia melabuhkan duduk di hadapan Ann Layli dan Hani Wardah. Wajahnya serius.
“ Hah! Siapa yang meminjam ahlong ni? Ann dan suami ada masalah ke?” soal Hani Wardah terkejut. Dia memandang Ann Layli memohon penjelasan. Namun melihatkan Ann Layli yang cuma berdiam diri sambil menekur lantai seolah termenung itu, Hani Wardah cuba memberi ruang. Dia akhirnya diam dengan persoalan yang memenuhi benak.
“ Mana abang tahu ni kerja ahlong?” tanpa sedar Ann Layli turut bersuara. Mata bundarnya menatap risau ke arah lelaki itu. Sengaja dia memanggil lelaki itu dengan panggilan abang memandangkan dia memanggil Hani Wardah dengan panggilan hormat kakak. Dia risau kalau Hani Wardah mendapat tahu tentang hubungan yang pernah terjalin antara dia dan suami wanita itu.
“ Ahlong je buat kerja macam ni. Tu tembok rumah Ann pun kena simbah dengan cat. Bau busuk tu datang dari bangkai dan air longkang. Mereka simbah tembok dan depan pagar utama tu. Ann kena hati-hati. Mungkin ini peringatan saja tapi tak mustahil mereka boleh bertindak lebih jauh dan kejam.” terang Zen Huzaini. Tersentak dia seketika saat mendengarkan panggilan abang dari mulut wanita yang suatu masa dulu pernah dia miliki. Namun, sehingga ke hari ini dia tiada jawapan mengapa wanita itu hilang dan tinggalkan dirinya.
“ Ann kena hati-hati. Lepas ini kena beritahu dengan suami. Esok lusa entah apa lagi yang mereka nak buat. Bahaya kalau keadaan Ann sentiasa diugut macam ni.” pesan Hani Wardah.
“ Betul tu. Atau Ann nak pergi buat report? Ajai boleh bawa Ann pergi.” soal Zen Huzaini. Dia terleka dalam berbicara dengan wanita itu sehingga membahasakan dirinya dengan nama panggilan 'Ajai'. Nama panggilan untuk orang-orang yang rapat dengan dirinya saja.
Hani Wardah mengangguk bersetuju. Dia juga turut menasihati Ann Layli tentang masalah yang terjadi. Dalam pada itu, Zen Huzaini sempat menilik wajah bekas kekasihnya itu. Dia perasan terdapat kesan bengkak dan lebam yang berwarna biru kehijauan pada rahang muka Ann Layli walaupun wanita itu sempat menyorokkan pandangan wajahnya sebentar tadi. Hatinya terdetik yang tidak baik. Apakah sebenarnya yang terjadi?
“ Jomlah Ann. Bahaya sangat kalau berterusan macam ni. Paling tidak Ann dah dapatkan bantuan dari pihak berkuasa yang boleh lindungi Ann dan keluarga.” nasihat Hani Wardah lagi.
“ Nantilah kak, Ann tunggu suami Ann balik nanti kami sendiri pergi buat report." beritahu Ann Layli. Dia risau jika dia bertindak sendirian tanpa meminta pandangan suaminya. Risau jika Muqri mengamuk sakan lagi. Bahananya dia juga yang kena nanti. Tak sanggup dia menghadap 'kekejaman' Muqri.
“ Ann bincanglah dengan suami baik-baik. Benda macam ni kena cepat. Tak mustahil nyawa boleh melayang kalau buat endah tak endah.” ujar Zen Huzaini lagi. Dia kemudiannya menyuruh isterinya menemani Ann Layli sehingga suami wanita itu pulang. Zen Huzaini lalu melangkah keluar dan pulang ke rumah setelah memastikan keselamatan kedua wanita tersebut.
**************
Salam takziah buat semua mangsa banjir yang terlibat. Di doakan agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Di musim-musim hujan ni diharapkan semuanya mengambil langkah berjaga-jaga. Keselamatan harus diutamakan. Stay safe everyone. Sori readers semua, WL lambat sikit update kali ni. Ada hal yang tak terjangka. Dan.. Terimalah chapter yang tak seberapa ni untuk semua. Tq yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.
Share this novel