Bab 10

Romance Series 77048

“ Ya Allah macam nak gugur jantung akak ni dik oii. Meltingnya tengok muka kacak tak hengat dunia dia tu. Nasiblah akak ni dah kahwin kalau tak mahu akak goda Encik Mercedes Benz tu sampai dapat.” Kak Raihan sudah propa buat aksi mengipas wajahnya dengan tangan sambil mata terkelip-kelip ke udara.

Si Jihan yang ikut berehat di bilik pantri itu ketawa mengekek melihat aksi terlebih gula Kak Raihan. Hani Wardah pula sudah tergeleng kepala. Manakala Salmi juga sama seperti Jihan. Kecoh bilik pantri itu apabila waktu lima belas minit 'tea break' semasa meeting itu mereka jadikan 'port' bergosip.

“ Abang Salman kat rumah tu nak campak mana Kak Raihan? Bukan dia cinta mati akak ke?” soal Salmi mengusik. Kak Raihan tu kalau bercerita satu bangunan pejabat suara dia boleh dengar. Sudah macam speaker radio jenama blaupunkt pun ada. Kuat.

“ Alah Abang Salman tu suami. Memanglah cinta mati akak. Yang ni akak buat scandal je. Buat stok cuci mata.” balas Kak Raihan selamba dengan senyum simpul. Mereka yang lain ternganga.

Sampai macam tu sekali Kak Raihan punya teruja dengan ketampanan bos baru mereka tu. Haih, perempuan kalau dah obses akal macam duduk bawah tapak kaki! Keluh Hani Wardah dalam hati.

“ Eh, geli pulak dengar Kak Raihan oi. Kak Raihan tu kalau dengan Encik Benz nampak macam mak dengan anak ikan je tau. Sudahlah nak berangan pun Kak Raihan. Tak adanya Encik Benz pandang Kak Raihan tu. Entah-entah dia dah ada calon isteri dah pun.” Sanggah Salmi. Air teh panas di depan dihirup perlahan.

Hani Wardah hampir tersembur coklat panas yang sedang di minum sebaik mendengar kata-kata si Salmi tadi. Perkataan 'mak dan anak ikan' itu sesungguhnya membuatkan hatinya bagai digeletek untuk melepaskan tawa. Namun dia bertahan agar tidak berbuat demikian kerana menghormati perasaan seorang kawan ofis yang lebih berumur darinya. Dia tahu Kak Raihan senior accountant itu cuma melawak saja. Tak lebih dari itu pun.

Lumrah apabila geng perempuan bergosip akan ketampanan seorang jejaka. Dia geleng kepala.

“ Aah kan. Entah-entah dia dah ada calon isteri pun. Orang kacak macam tu mustahil tak ada kekasih? Bertuahlah badan siapa yang dapat Encik Benz tu. Dahlah bijak. Baik budi bahasa. Sopan je time bercakap pun. Mata pun, dia tak tengok sangat kita masa bercakap tu. Pandang merata. Apa kata orang merendahkan pandangan. Haa..gitu..” Jihan menambah turut mengiakan kata-kata Salmi tadi.

“ Betul tu. Akak setuju dengan Jihan. Payah dah nak jumpa lelaki macam tu. Satu dalam sejuta rasanya. Man with beauty brain. Akhlak pun elok je.” tambah Kak Raihan. Hilang sudah gaya teruja dia tadi. Kini elok mencicah biskut empat segi Hupseng ke dalam cawan teh di depannya.

“ Bukan setakat kekasih je bertuah dapat Encik Benz tu, mak dia pun bertuah ada anak macam tu. Sejuk perut ibu mengandung. Boleh nampak aura anak soleh dia tu. Pandai mak dia didik dia." Salmi menambah.

“ Kau Hani, tak ada sepatah dua kata ke pasal Encik Benz tu? Cer komen sikit pasal adik bos tu. Kau lebih tahu pasal latar adik bos tu kan. Diam je dari tadi akak tengok.” soal Kak Raihan di depan.

Hani Wardah yang sejak tadi melayan ayan tersedar bila namanya disebut. Mendongak ke depan dia senyum nipis. Mug di tangan diletakkan ke atas meja. Yang lain mula beri tumpuan apabila nampak Hani Wardah menyelesakan letak duduk untuk berbual.

“ Akak ni tanya saya macam nak suruh bagi speech aje.” Hani Wardah tersengih pandang senior akauntan iptu.

“ Boleh jugak kalau kau nak buat speech pun. Panjang lebar berjela-jela pun kita orang sanggup dengar.” jawab Kak Raihan kembali. Plastik bungkusan biskut tawar hupseng yang dah habis dia makan tu dibuang ke dalam bakul sampah kecil tepi sinki. Pandangannya kembali ditala pada Hani Wardah menanti jawapan.

“ Ceritalah Kak Hani.” tokok Jihan. Dia teruja mahu korek rahsia yang tak berapa nak rahsia dari Hani Wardah itu.

Hani Wardah mengeluh. Dia pandang mata kawan kawannya di depan yang penuh mengharap. Bersungguh mahukan dia bercerita mengenai COO mereka. Dia sedut nafas dalam sebelum memulakan sesi penceritaan pada mereka bertiga.

“ Saya baru je lagi jadi secretary Tuan Megat tu. Bukan semua cerita dia saya tahu. Sikit-sikit aje. Pasal family Tuan Megat tu tak banyak yang saya tahu. Tuan Megat tu kan serius je hari-hari. Memang susah nak nampak dia campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. Tapi apa yang Hani tahu Encik Benz tu baru balik dari London. Tak sure baru habis study atau apa. Sebab kalau tengok details dia umur dah 28 tahun. Kalau study sampai umur macam tu biasanya level dia tu Master atau pun lebih dari tu lah."

“ Dia balik sini sebab Cik Puan Sharifah yang suruh. Tolong Tuan Megat uruskan syarikat. Business family katakan. Sebab diorang kan adik beradik. Macam keluarga 69 tu. Yang macam cerita arwah P. Ramlee tu kan. Encik Benz dengan Tuan Megat adik beradik satu emak. Dengan Cik Puan Sharifah tu satu ayah. Tapi kalau tengok gaya Tuan Megat dengan Encik Benz tu berbeza la jugak. Macam langit dengan bumi. Sorang serius sorang cool. Tapi dua-dua baik. Yang macam mana Tuan Megat tu boleh kahwin dengan cik Puan Julia tu jangan tanya saya. Itu saya tak tahu. Kalau korang nak tahu pergi tanya Tuan Megat sendiri.” sengih Hani Wardah.

“ Tapi memang la tak di nafikan Encik Benz tu tampan orangnya. Segak bergaya. Berbudi bahasa. Setakat itu saja. Yang lain-lain Hani tak tahu. Lagipun Encik Benz tu baru je masuk ofis hari ni. Kita tengok jela nanti macam mana cara kerja dengan kita.”

Terangguk-angguk kepala mereka yang ada dekat situ selepas Hani Wardah menamatkan penceritaan dia.

“ Eh, jap jap. Tapi siapa eh jadi secretary dia? Position tu kosongkan?" soal Jihan sebaik teringat akan hal itu.

“ Kak Hani kan yang reserved position tu? Tadikan ada interview bahagian HR diorang dah dapat result ke?” soal Salmi pula. Semua mata tertumpu pada Hani Wardah menanti jawapan.

Seperti tadi mereka sibuk membahaskan siapa gadis calon pilihan Encik Benz tu sekarang dah dikisahkan pula siapa calon secretary lelaki itu. Hani Wardah geleng kepala. Complicated betul perasaan kawan-kawannya ini mahu ambil tahu.

Menurutnya, Tuan COO yang baru itu sudah menjadi selebriti di dalam ofis mereka. Semua kisah peribadinya mahu diketahui. Susah juga jadi orang kacak ni. Ramai peminat. Even tak perlu susah payah jadi artis pun. Follower boleh meningkat di sebabkan ketampanan dia saja. Lumrah dan adat dunia.

“ Yup, sebelum kita start meeting tadi, bahagian HR ada sesi interview dengan beberapa orang candidates. Tak sure diorang dah dapat result ke tak? Apa-apa diorang akan inform saya and I will be update Tuan Megat to clarify the lucky one." jawab Hani Wardah. Kini dia pula yang teruja tentang calon secretary COO mereka. Dia sudah berangan-angan jika Ann Layli yang akan mendapat tempat itu. Pasti adik angkatnya itu gembira.

“ Tapi buat sementara waktu, Hani la kan yang kena take over position secretary untuk Encik Benz tu. Bergilir dengan Tuan Megat?” Kak Raihan bertanya minta kepastian.

Hani Wardah angguk dengan senyuman nipis.

“ Nasib badan la dapat kerja menimbun nanti.” usik Salmi pula.

Bukan senang nak jadi setiausaha pada bos besar ni. Macam-macam kerja kena buat. Semuanya kena cekap. Semuanya kena multitasking.

“ Ooohh.." panjang sebutan Jihan setelah mendapatkan kepastian dari tuan punya badan.

“ Bertuahlah siapa yang jadi secretary Encik Benz tu. Boleh mengadap muka hensem dia hari-hari. Bahagia.. auch, kalaulah akak boleh tukar position nak je akak volunteer."

Kak Raihan kembali propa. Dia kembali berdiri dengan kedua tangan dicantum dan dirapat ke dada sambil mata dipejamkan cuba membayangkan perasaan bahagia itu. Semua yang ada di situ tersengih dengan aksi propa Kak Raihan. Sebab tu ada sesetengah staf yang kurang gemar dengan perangai senior akauntan tu menggelarkan dia Kak Raihan Propa.

Tiada ribut. Tiada taufan. Hatta angin pun. Tiba-tiba muncul satu suara lalu mematikan perbualan mereka. Bilik pantri itu terus senyap sepi. Kesemua kepala berpaling pandang ke pintu bilik pantri itu. Terus ke empat-empat mereka jatuh rahang.

Ngee, Encik Singa Jadian!

Ini lebih bahaya dari buaya!

Naya!

“ Hani masuk ofis I sekejap. Banyak benda I nak you catch up dari you duduk sini bergosip dengan they all semua. After lunch I dan Benz ada meeting dengan Endah Holding.” ujar suara itu tegas. Matanya tajam pandang semua yang terus menikus dengan hal masing-masing.

“ Baik bos. Saya datang sekarang.” balas Hani Wardah lalu mencapai tab di atas meja. Terkocoh-kocoh dia bangun dan meminta diri dari situ.

“ Dismiss now!” arah Tuan Megat tegas kepada mereka yang lain apabila Rolex di tangan dikerling. Sudah cukup masa. Kelam kabut semua mereka bangun dan beredar dari situ setelah 'Singa Jadian' tu bersuara.

**************

Ann Layli meminta pemandu grab berhenti dan menunggunya sebentar di depan kedai bakeri dan pasteri Ben & Yen itu ketika dia pulang selepas menghadiri sesi interview di Khazanah Berhad tadi.

Kedai yang menyediakan bahan-bahan dan peralatan membuat kek dan pasteri itu dia masuki dengan senyuman kecil di bibir. Di dalam kepala sudah tersedia banyak senarai bahan yang mahu di beli. Menu cream puff dan scones enak dari tadi menari-nari di kepala.

Dessert itu kalau dapat makan petang-petang waktu santai memang enak sangat. Heaven sungguh! Bisik hati Ann Layli.

Saat itu, terbayang kelazatan cream puff yang berinti coklat dan kastard di kepala. Puff yang lembut dan rapuh bersama paduan coklat leleh atau cream kastard yang lemak manis apabila sampai ke anak tekak. Lebih parah apabila dia terasa mahu makan cream puff tersebut ketika itu juga.

Bakul di hadapan kaunter di ambil lalu dia berjalan senang ke bahagian tepung. Beberapa jenis tepung di ambil dari rak. Kemudian dia beralih ke bahagian susu. Beberapa kotak dan tin susu fresh milk serta susu pekat di letakkan ke dalam bakul di tangan. Tak lupa juga cream cheese, whipping cream non diary serta minyak jagung dan mentega yang menjadi bahan utama dalam penyediaan cream puff tersebut.

Ann Layli berjalan pula ke bahagian bahan kering untuk mencari bahan membuat scones juga. Dia mencapai sepeket kecil kismis hitam kering sambil membelek tarikh luput dan harga yang bertanda di plastik itu. Melihat tarikh yang tertera itu masih lambat dia kemudian memasukkan kismis kering itu ke dalam bakul.

Sedang leka dia memilih beberapa barangan lain di situ, Ann Layli terpandang akan seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia empat tahun sedang berusaha mahu memanjat dan mencapai bungkusan gula-gula kapas yang di gantung di rak bulat berhampiran tempatnya.

Dia tersenyum kecil memerhati gelagat anak tersebut yang masih lagi berusaha keras mahu mendapatkan gula-gula kapas itu. Usahanya memanjat tak berjaya membuatkan kanak-kanak itu melompat pula.

Ann Layli pandang sekeliling mencari ibu atau penjaga kanak-kanak tersebut namun tak kelihatan. Langkah kaki dihayun merapati kanak-kanak tersebut untuk membantunya mendapatkan gula-gula kapas yang berwarna unicorn itu apabila mendapati anak kecil itu nyaris terjatuh dari melompat pula.

“ Sayang jangan lompat, nanti jatuh. Biar auntie tolong ambil kan!“ tegur Ann Layli cemas. Bahu anak itu dipaut kemas cuba menstabilkan tubuh kecil itu.

Anak itu tersentak lantas berpaling mendongak ke arahnya dengan wajah cuak.

Ann Layli tersenyum sambil melepaskan pautan di bahu itu. Meletakkan bakul ke lantai, dia lantas mencapai bungkusan gula-gula kapas yang berada di gantungan lalu menyerahkannya pada anak lelaki itu.

Terkebil-kebil mata polos kanak-kanak yang sangat comel itu memandangnya.

“ Ambillah.”

Masih seperti tadi kanak-kanak itu berdiri statik memandang Ann Layli. Hanya matanya saja berkelip-kelip.

Ann Layli merendahkan tubuh menyamai paras anak kecil itu lalu menarik tangan kanak-kanak itu dan meletakkan bungkusan gula-gula kapas itu pada genggaman tangannya.

“ Ambillah, auntie belanja. Tapi make sure lepas makan kena gosok gigi ye.” arah Ann Layli. Tangannya menggosok manja puncak kepala anak itu.

“ Thank you Auntie.” ucapnya riang dengan sengihan menampakkan barisan gigi yang cantik tersusun rapi.

“ Boleh auntie tahu nama awak siapa?” soal Ann Layli. Suka benar dia melayan kanak-kanak itu.

“ Nama saya Megat Aedy.” jawabnya polos.

“ Aedy!!Aedy!! "

Panggilan sayup-sayup seorang suara wanita dari jauh kedengaran. Ann Layli panggung kepala memandang keliling. Kelihatan seorang wanita anggun berjalan dengan cemas mencari seseorang.

“ Mama!” teriak anak kecil bernama Aedy itu sambil melambai tangan kecilnya ke arah wanita anggun tersebut.

Laju wanita yang berstiletto hitam itu menerpa ke arah Ann Layli dan Aedy. Tubuh Aedy ditarik ke dalam pelukan dengan wajah yang kelegaan.

“ Ya Allah Aedy. Aedy pergi mana sayang? Jangan buat mama takut.” bertalu-talu pipi Aedy dicium wanita itu. Ann Layli memerhati dengan senyuman.

“ Aedy nak ambil gula-gula kapas ni. Tapi auntie ni yang bagi pada Aedy” cerita Aedy pada ibunya. Menggeleng kepala wanita itu lantas berpaling memandang Ann Layli yang berdiri tak jauh dari anaknya. Baru perasan.

“ Oh, thanks dik. Akak ingat anak akak dah hilang tadi. Ya Allah leganya rasa.” wanita itu urut dadanya perlahan menghilangkan panik yang menyerang.
.

“ Saya nampak dia panjat nak ambil gula-gula tu tadi. Risau jatuh saya tolong ambilkan.” terbang Ann Layli lagi.

“ Itulah Aedy ni. Suka sangat memanjat. Berderau darah akak tengok dia dah hilang lepas turun dari kereta. Sebab tu akak tak suka bawak anak kalau nak beli barang. Tapi hari ni emergency terpaksa juga bawak dia. Aedy ni hyper sikit. Maaflah, susahkan adik je. By the way nama akak Sharifah Julia.” wanita anggun itu memperkenalkan dirinya. Tangan dia hulur berjabat mesra dengan Ann Layli yang masih tak lekang dengan senyuman.

“ Saya Ann Layli. Panggil Ann aje.” balas Ann Layli lembut setelah berjabat tangan dengan Sharifah Julia.

“ Okeylah akak, saya minta diri dulu. Grab saya dah lama tunggu agaknya dekat luar tu. Bye Aedy. Jangan lupa berus gigi ye lepas makan gula-gula tu.” pamit Ann Layli sambil usap pipi Aedy dan sempat dia berpesan kepada anak kecil itu. Aedy tersenyum dan mengangguk tanda faham.

Ann Layli berlalu pergi dan meninggalkan anak kecil itu bersama ibunya.

Sharifah Julia sempat berpesan kepada Aedy selepas menghantar pemergian Ann Layli dengan anak mata.

“ Lepas ni mama tak mahu bawa Aedy lagi. Aedy tak dengar cakap mama. Nasib auntie Ann tu yang jumpa Aedy. Kalau ada orang culik Aedy susah mama dan papa nanti. Dah jom cepat. Mama nak beli barang ni.” Menggenggam tangan Aedy kejap, Sharifah Julia mula melangkah. Risau anak itu hilang dan terlepas dari pegangan lagi.

“ I'm sorry. Lain kali Aedy dengar cakap mama.” balas Aedy dengan wajah yang kelam. Sedikit terusik kerana di marahi ibunya.

**************

Ann Layli melangkah ke pintu. Baru saja tombol pintu dipulas, pintu kayu itu terbuka. Wajah serabai Muqri terpacul di situ. Semerta Ann Layli tersentak.

“ Balik dah pun. Kau pergi mana?” garang suara Muqri menyoal. Matanya turun naik atas bawah pandang isteri di depan. Ann Layli tercegat depan pintu dengan tangan penuh berisi plastik barangan.

“ Err.. Sa.. Saya..” tergagap-gagap dia menjawab. Kepala yang tak gatal dia garu. Haru sungguh nak menjawab pun. Itulah padahnya kalau menipu. Terkial-kial Ann Layli nak menyusun kata.

“ Kau gagap kenapa? Tak reti cakap dah ke? Aku tanya kau pergi mana?” suara garau itu kembali menerjah pendengaran. Tajam matanya menatap Ann Layli.

“ Saya pergi kedai kek.” sambil tangan angkat beg plastik ke depan muka Muqri. Wajah tak puas hati Muqri tayang walaupun betul matanya nampak plastik beg merah berlogo Yen & Ben Cake & Pastry House.

Itu saja jawapan yang paling logik dek akal pun. Tapi ingat senang ke kalau otak bergeliga si tuan empunya suara keras tu nak percaya. Jangan harap!

Muqri picing mata sesaat. Keningnya terjongket sedikit.

“ Kau ingat aku percaya! Kau pakai baju kebaya ketat sendat macam ni. Dengan tudung kau lilit macam ni. Kau kata kau pergi kedai kek. Kau dah pandai kan sekarang menipu aku.” Tangan kanannya naik membelek tubuh Ann Layli yang tersarung kebaya labuh itu dengan suara yang meninggi.

“ Cakap kau pergi mana?” sekali lagi suara lantang Muqri menampar cuping telinga.

Terhinggut bahu Ann Layli apabila dijerkah. Air mata sudah bergenang namun dia tahan dari jatuh. Bukan takut di marahi tapi takut di apa-apakan oleh suaminya itu. Perangai panas baran Muqri sekarang langsung tak boleh di jangka. Pantang silap sikit pasti diri dia jadi mangsa.

“ Sa..saya jumpa ka..kawan.”

Muqri tersenyum sinis. Dia langkah setapak ke depan rapat dengan tubuh Ann Layli di depan. Kedua tangannya disilang ke belakang tubuh dengan kaki berpusing keliling tubuh itu. Hidung di bawa rapat meliar ke wajah serta tubuh itu. Menghidu.

Ann Layli pejam mata rapat. Tubuh bertambah gigil. Bibir semakin kuat bergetar bila Muqri bertindak begitu. Dia tahan diri dari menjawab. Tak mahu Muqri bertambah berang. Sudahlah dia masih berdiri tercegat depan pintu rumah. Khuatir jiran sekeliling dengar dan lihat perbalahan mereka suami isteri.

“ Dasar perempuan jalang!” Muqri rentap tudung Ann Layli sehingga tercabut dari kepala. Menyeringai wanita itu.

Plastik beg yang dijinjit wanita itu tadi bersepah jatuh depan pintu rumah. Suasana tegang dan sedikit hingar itu ternyata menarik minat manusia-manusia lain. Tanpa mereka sedari ada mata-mata yang memandang di celahan tembok rumah. Tetapi itu tidak menjadi kudis pada Muqri. Apa yang lebih penting saat itu adalah bagaimana mahu mengajar sang isteri supaya lebih menghormati lelaki bergelar suami sepertinya.

“ Sakit abang. Sakit..” rintih Ann Layli sambil cuba menahan rentapan kasar pada rambutnya.

“ Kau memang tak cukup puas ke dengan aku hah! Sampai kena keluar jumpa jantan lain. Berapa jantan tu bayar kau jadi penyedap dia?” Muqri mula naik angin dan menyinis. Dia heret tubuh Ann Layli masuk ke dalam rumah.

Tubuh molek itu dicampak atas sofa tanpa ehsan. Dia tampar pipi mulus itu beberapa kali apabila Ann Layli cuba melawan dan mempertahankan dirinya. Dia menepis tangan besar Muqri sambil merintih.

“ Allah, sakit bang. Jangan bang! ”

Rambut panjang Ann Layli yang dah serabai di cekak kasar.

“ Ampun abang. Sakit..”

Baju kebaya labuh yang di pakai Ann Layli direntap kuat hingga terkoyak bahagian lengannya.

“ Saya salah. Ampun bang..” tangisan Ann Layli yang kuat itu tak dipeduli.

Bibir Ann Layli di gigit keras lalu darah memancut keluar dan meleleh ke tepi bibir.

“ Mulut ni jahat sangat. Pandai dah menipu. Rasakan!”

“ Arghh! Betul bang. Saya tak tipu. Saya jumpa kawan perempuan.”

“ Kau kalau tak puas cakap! Jangan nak menyundal belakang aku. Kau ingat kau pakai kebaya tu boleh perbodohkan aku. Kau sebenarnya jumpa jantankan? Baju kebaya ni lakonan je. Tu bau minyak wangi jantan melekat dekat tudung dengan baju kau. Lagi kau nak tipu aku.” jerkah Muqri. Wajahnya ditampar lagi. Badannya ditindih kasar dengan tubuh besar Muqri.

Dia menggeleng lemah. “ Tak abang. Saya tak tipu.” Tubuh Ann Layli mengejang dengar tuduhan Muqri. Tak boleh nak di fikir dari mana datangnya bau minyak wangi lelaki pada baju dia dengan badan dah separuh telanjang dikerjakan Muqri. Segenap tubuh merasa sakit.

Lelaki itu sudah kerasukan iblis apabila setiap pertuduhannya di balas dengan gelengan penafian Ann Layli. Dia bertambah bengang lalu mengheret Ann Layli ke bilik air mereka. Dia merejam tubuh separuh bogel isterinya ke dalam tab mandi. Tercungap-cungap Ann Layli tahan nafas.

“ Aku benci ada bau jantan lain kat badan kau.”

Badan Ann Layli digosok dengan berus sabut bersama sabun pencuci lantai. Terjerit-jerit wanita itu cuba menghalang perlakuan sadis si suami. Namun usaha ya sia-sia. Semakin di halang semakin berang Muqri mengerjakan tubuh itu. Ann Layli perlu di ajar bagaimana mahu menjaga diri hanya untuk dirinya. Dia saja yang layak menakluk wanita itu.

Keadaan semakin berlarutan apabila Muqri tak henti membelasah Ann Layli sehingga lembik tubuh itu. Sepanjang di dalam bilik air, sepakan, tumbukan serta pijakkan semua di hadiahkan lelaki itu. Malah sehingga Ann Layli terkencing kerana terlalu sakit di sepak di bahagian perutnya berkali-kali.

Setiap perlakuan Muqri membuatkan hatinya bertambah kecewa. Muqri semakin menggila. Tak guna dia mempertahankan diri kalau Muqri dah jadi gila seperti itu. Semuanya akan menambah sakit di tubuh dan sakit di hati. Sudahnya Ann Layli merelakan setiap perlakuan Muqri termasuk disetubuhi di dalam bilik air beralaskan lantai sejuk dan dingin itu.

**************

“ Lewat abang balik?” beg kerja Megat Bakhtiar di capai apabila di beri oleh suaminya sebaik memasuki bilik. Sharifah Julia meletakkannya di tepi meja kecil katil. Jam dinding dikerling sekilas. Sembilan tiga puluh tujuh minit malam.

“ Hmm.. "

Megat Bakhtiar merungkai tali leher yang elok terlilit pada kolar baju kemeja saat menduduki ' bench chair' di bilik peraduannya. Kemudian, belakang badan dia sandar pada dada kerusi itu. Lega. Lega kerana setelah seharian penat bekerja dan menguruskan hal-hal pejabat dia dapat duduk sejenak merehatkan tubuh. Bauan essential oil berperisa lavender segar dari diffuser mula memenuhi rongga pernafasan. Megat Bakhtiar pejam mata dengan kedua tangan di depakan atas bahu sofa baldu itu.

Sharifah Julia mengambil tempat di sisi suaminya. Butang baju di buka satu persatu sehingga selesai membuka kemeja kerja itu lalu di masukkan ke dalam bakul baju kotor berhampiran bersama tali leher. Terserlah dada bidang Megat Bakhtiar yang berombak tenang. Sharifah Julia tersenyum senang. Perlahan tapak tangannya naik mengelus kulit dada itu.

“ Sayang, I nak rehat sekejap please!” dengan mata masih lagi terpejam, tangan kanan Megat Bakhtiar menahan tapak tangan Sharifah Julia dari terus berlari di permukaan dadanya.

Kening Sharifah Julia naik terjongket. Bibir masih menguntum senyum. Dia geleng kepala. Jauh betul fikiran suaminya melayang.

“ I'm just to keep you calm with my palm.” balas wanita itu.

Megat Bakhtiar membuka mata sebelah kirinya melirik ke arah Sharifah Julia yang masih kekal di sebelah kiri rusuknya itu. Dia tersengih.

“ Tengok muka sayang pun I dah calm tau. Thanks.” bahu wanita kesayangannya itu dipaut dan di bawa rapat ke dada. Megat Bakhtiar kembali memejamkan matanya. Sesekali dia menghidu bauan segar fruity dari rambut lurus itu. Tenang.

Sharifah Julia bagai kucing parsi nan manja terus saja mendakap tubuh suaminya dan melabuhkan kepalanya di dada hangat lelaki itu. Dia tersenyum. Jemari besar Megat Bakhtiar dielus perlahan mengalirkan perasaan sayang, cinta dan hormatnya yang tak pernah padam.

“ Any story today? How about our babies?” soal Megat Bakhtiar. Rutinnya setiap hari apabila pulang dari kerja. Pasti akan bertanyakan perihal anak-anak dan isterinya. Dia mahu berkongsi cerita walau tak dapat membantu isterinya menguruskan rumah dan anak-anak namun bagi nya dia akan sedaya upaya membantu isterinya melalui cerita dari wanita itu. Sedikit sebanyak dapat membantu isterinya melalui hari yang meletihkan.

“ As usual. Fine and no need to be worry.” balas Sharifah Julia manja. Jarinya mula melukis entah apa di dada si suami. Sesekali Megat Bakhtiar menangkap jari runcing itu lalu di bawa ke bibir dan dikucup sayang.

“ But..”

Megat Bakhtiar buka mata. Dia sedikit beranjak tubuh membuatkan Sharifah Julia menegakkan badannya. Wajah si suami ditatap. Perlahan dia merapatka tubuhnya ke dada Megat Bakhtiar semula lalu mengucup sekilas bibir tebal milik suaminya.

“ Spill.”

Megat Bakhtiar tahu pasti ada sesuatu yang terjadi apabila Sharifah Julia beraksi seperti itu. Wanita itu akan cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum bercerita lanjut.

“ Aedy lost for a while when I'm stop at the bakery to buy a things.” cerita Sharifah Julia dengan hati-hati.

“ What!” terbangun Megat Bakhtiar dari sandaran. Terus Sharifah Julia memeluk belakang tubuh itu. Terkejut apabila nada suami meninggi. Dia tahu suaminya tidak marah tetapi lebih kepada terkejut.

“ Yeah. You know your son right. Cannot to handle his hand. And.. Very thankful a young lady found him.” ujar Sharifah Julia. Dia mula menegakkan badan di depan suaminya apabila merasakan Megat Bakhtiar boleh bertenang semula selepas pelukan hangatnya tadi.

Semerta bahu Megat Bakhtiar mengendur. Hampir putus nafas dia sebentar tadi. Tangannya naik memicit pelipis. Terasa urat di kepala itu menegang.

“ Lain kali tak payah bawa dia keluar. Only me know how handle him. Dia tu hyper lain macam sayang. Berapa kali dah I pesan. Nasib tak jadi apa-apa.” nasihat Megat Bakhtiar. Dia mengeluh perlahan.

“ I pun risau tadi. Tapi nasib perempuan tu jumpa masa dia nak panjat ambil gula-gula kapas. Bukan I sengaja nak bawa dia. Tadi Dhani emergency balik sebab mak dia jatuh di bilik air before we're picked up Aedy from school. And the rest is story.”

Megat Bakhtiar angguk. “ Okey. Please be alert next time! Abang tak selalu ada dengan you dan anak-anak sayang. But I do love my world insist you and our family.” ucap Megat Bakhtiar sambil mencapai jari runcing isterinya dan dielus perlahan-lahan.

“ How's your day?” soal Sharifah Julia pula. Mata redupnya bertatapan dengan si suami membuatkan Megat Bakhtiar semakin menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan-lahan. Cuba menstabilkan ritma nafas yang sedikit bergelora.

“ Not bad.” Megat Bakhtiar jungkit bahu.

Sharifah Julia seperti mengesan sesuatu yang kurang enak. Riak suaminya seperti kusut. Dia boleh baca dari air muka yang di buat endah tak endah itu.

“ Something bad?” teka Sharifah Julia. Tapak tangannya naik mengusap jawline Megat Bakhtiar.

Lelaki itu kembali bersandar di dada sofa baldu. Dia pandang lurus ke hadapan. Jauh fikirannya melayang dan membuka cerita di awal pagi tadi setelah menguruskan sesi suai kenal antara Benz Fahri dengan staff dan stakeholder Khazanah Berhad.

Setengah jam menanti Megat Bakhtiar sudah panas punggung. Bilik berpenghawa dingin itu terasa makin panas. Dia tak betah berlama di situ memikirkan ada satu lagi temujanjinya bersama syarikat lain.

Dia kemudian mengajak Benz Fahri yang ikut sama dalam sesi pertemuan bersama Endah Holding dan kontraktor syarikat pembinaan itu beredar setelah lebih setengah jam menanti. Dia mula bengang dan panas hati.

“ Tuan Megat, I'm very sorry for this time. Truly sorry. I'll make sure next time I'll fixed all neatly. I'm sorry on behalf our contractor and team too.” ujar eksekutif Syarikat Endah Holding itu.

Wajah wanita muda itu sedikit tegang apabila mereka usai berjabat tangan selepas Megat Bakhtiar memberitahu wanita itu yang dia harus pulang menghadiri meeting lain. Dan wanita itu terpaksa akur selepas dia juga turut bengang menanti wakil kontraktor binaan syarikat mereka yang tak kunjung tiba walau berkali-kali sudah di ingatkan tentang perjumpaan itu.

“ It's okay. Later I'll will ask my PA to let you know the answer.” ujar Megat Bakhtiar. Dia pandang Benz Fahri yang masih lagi berdiam diri. Sekadar mengikutnya mengenali cara kerja dan belajar tentang awalan perniagaan.

Mereka berpisah di depan pintu pejabat Endah Holding dengan pertemuan yang paling teruk buat Megat Bakhtiar pada pagi itu. Malu air mukanya pada si adik kerana mereka gagal bertemu pelanggan untuk berbincang tentang projek mega mereka bersama syarikat ternama itu.

Dia akan pastikan syarikatnya menyenarai hitamkan nama contrator tersebut dari terus bekerjasama dengannya di lain waktu lagi. Nokhtah.

Cemburu buta buatkan manusia menjadi kejam.. Zalim sangat Muqri.. Balasan Allah akan tiba. Tak cepat tak lambat. Tapi pasti! Sambil menulis sambil meleleh air mata. Yang pasti plot (pukul isteri sampai terkencing) ini pernah terjadi dan dikisahkan pada WL..tapi WL dah ubah sedikit jalan ceritanya namun kejadian tu ttp sama. Apa-apa pun baca jangan sampai teremosi pula.. Hehehe... Okey, tq readers sekalian. Jemput baca dan komen. Keep supporting me guys.. Love, WL

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience