Bab 54

Romance Series 77048

Ann Layli turun ke dapur setelah menata hati yang sedikit sebal itu menjadi tenang. Dapur basah dia tuju. Saat memasuki ruangan masak, terihat pembantu rumah ibu mertuanya yang seramai tiga orang itu sedang sibuk menyiapkan makan malam mereka seisi keluarga bersama ibu mertuanya.

Pasang senyum, Ann Layli atur langkah. Ruhana yang sedang memberi arahan kepada Bibik Rati yang sedang mengacau kuah di atas dapur, dia tegur.

“ Bonda...ada yang boleh Ann tolong?"

Ruhana menoleh. Senyum nipis dia balas buat menantu bongsunya sebelum menjawab pertanyaan Ann Layli itu.

“ Semua dah siap. Tinggal nak makan saje." balas Ruhana bersama senyuman nipis.

“ Sorry la bonda. Ann lambat turun tadi.” ujarnya serba salah. Ini semua gara-gara Benz Fahri yang melambat-lambatkan pergerakannya tadi. Kalau awal dia turun mesti sempat tolong mertuanya itu di dapur. Segan juga dia apabila Ruhana memberitahu semua kerja sudah selesai. Pasti ibu mertuanya itu tersinggung dengan sikap acuhnya sedangkan lewat petang tadi dia sendiri yang beria mahu membantu di dapur.

“ Ish, tak ada apa pun. Lagipun lauk dinner malam ni yang simple-simple aje. Bonda tak masak pun. Cuma arah bibik-bibik je buatkan.” balas Ruhana dengan sengihan. Pundak tangan Ann Layli dia tepuk manja.

“ Dah siap semua, jom kita tunggu yang lain dekat meja depan.” ajak Ruhana seraya meraih lengan menantu bongsunya.

Ann Layli ikut melangkah arah Ruhana setelah lengannya dipaut mesra si ibu mertua. Belum sempat kaki melangkah keluar dari dapur Bibik Rati memanggil Ruhana.

“ Bu, bentar!" panggilnya. Keduanya ikut tertoleh sebelum Ruhana menyapa pembantu dapur dari Medan itu.

“ Ada apa Rati?"

“ Bu..manisannya udah siap. Apa mahu dihidang sama?" soal Bibik Rati.

“ Oh, ya manisannya. Lupa saya. Hidang sekali kalau begitu. Boleh makan ramai-ramai malam ni.” balas Ruhana selepas teringat akan puding yang dia buat tengah hari tadi.

Bibik Rati mengangguk lalu beredar semula ke dapur basahan setelah mendapat arahan terakhir Ruhana.

“ Bonda buat manisan? Cocktail ke?" soal Ann Layli saat bersaing langkah bersama mertuanya menuju ruangan makan.

“ Bukan cocktail tapi puding kelapa. Siang tadi Mbah Tinah bawak pulang berbelas biji buah kelapa dari rumah saudara dia di Sekinchan. Bonda fikir, takkan larat pulak kita nak minum air kelapa aje. Itu yang bonda buat puding tu. Boleh juga makan santai-santai dengan anak menantu sekejap lagi." jawab Ruhana. Memang banyak buah kelapa yang pembantu rumahnya Tinah bawa pulang dari rumah saudaranya ketika bercuti sakit kelmarin. Jadi tidak tahu mahu berbuat apa dengan kelapa muda yang banyak seperti itu, langsung dia jadikan kelapa muda itu puding. Tambahan teringatkan Sharifah Julia yang memang gemarkan puding lemak buah kelapa itu; membuatkan Ruhana jadi ringan tulang menghasilkan manisan tersebut.

Ann Layli mengangguk faham. “ Sedap tu bonda musim panas-panas ni makan puding. Dengar aje terus berselera." ujarnya teruja. Sebut saja apa jenis puding, semuanya menjadi kegemarannya.

“ Ya, kejap lagi kita makan. Jom ke depan. Cepat dinner cepat boleh makan puding tu." balas Ruhana dengan senyuman lantas mempercepatkan langkah menuju ruang makan malam keluarga.

Sesampainya di ruangan makan, susuk Julia kelihatan. Menantunya itu mula menapak ke arah yang sama dengan mereka.

“ Bonda..Puteri.." tegur Julia dengan senyuman.

“ Lia.."

“ Kak Lia..”

Mereka bertiga mula memenuhi meja makan berlapan itu. Hidangan yang di hantar oleh para pembantu rumah saat itu mereka susun dan atur bersama.

“ Mana Tiar dengan pahlawan-pahlawan kecil tu?” soal Ruhana setelah mereka mula duduk di atas kerusi.

Julia yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan lalu menyusun satu persatu di tempat duduk panggung wajah. Senyuman ringkas dia layangkan buat ibu mertuanya itu.

“ Daddy diorang ajar solat tadi bonda. Kejap lagi tur..” belum sempat wanita itu menghabiskan aksaranya, terdengar suara riuh bersahutan dari anak tangga. Terlihat susuk bapa-bapa mithali sedang melayan petah bicara kedua beradik kembar itu turun dari sana. Segera pandangan Julia, Ruhana dan Ann Layli mengarah ke sudut tengah itu.

Terlihat susuk anak kecil itu sedang bergelak ketawa di atas belakang bokongan leher Megat Bakhtiar dan Benz Fahri. Masing-masing membawa anak kecil itu turun dari tangga menuju meja hidangan sambil melayan petah pertanyaan keduanya.

Sharifah Julia menggeleng melihat aksi anak beranak itu.

“ Panjang pun umur diorang.” sahut Ann Layli.

“ Itulah..”

“ Tengoklah, nak turun dinner pun riuh macam nak pergi picnic." bebel Sharifah Julia sambil membalas pandang ibu mertuanya dan si adik ipar.

“ Budak-budak akak biasalah..." Ann Layli memangkas.

“ Diorangkan memang macam tu...” balas Ruhana. “ Sebab tu bonda tak mahu Lia dengan Tiar pindah tempat lain. Biar tak sunyi rumah ni...” matanya dipasung ke arah Sharifah Julia berselang dengan langkah anak-anaknya yang sakan bercanda dengan cucu berdua itu. Hatinya membuncah bahagia melihat kemesraan anak cucu.

“ Bonda.. anak-anak Lia tu makin membesar. Dah mula lasak. Kecah rumah kalau budak berdua tu bergabung. Abang Tiar nak pindah sebab nak bagi keselesaan pada bonda dekat sini. Kalau ada diorang bonda tak senang nak berehat." ucap Sharifah Julia.

“ Bonda okay aje. Tak ada masalah pun dengan budak berdua tu. Seronok lagi adalah. Ni Ben ada lagi pecah rumah. Kerja menyakat aje si kembar tu. Esok-esok dia balik ke Dubai..Puteri pula start belajar sunyilah rumah ni. Sekarang korang semua ada bonda seronok sikit. Nanti bonda cakap dengan Tiar tak payah nak pindah-pindah. Duduk sini aje. Jimat sikit duit. Kembar tu esok lusa besar dah masuk sekolah nak pakai banyak duit juga." ujar Ruhana memberi pendapat bersamaan kata putus. Berfikiran agak realistik, dia berpendapat ada banyak kelebihan dari keburukan jika anak cucu dan menantunya tinggal bersama daripada menanggung kos hidup yang lebih tinggi di luar sana meski dia tahu Megat Bakhtiar terlebih mampu untuk menyara keluarganya sendiri. Malah dia tidak mahu anak menantu duduk berjauhan dengannya di saat hujung-hujung usianya menginjak senja seperti itu.

Bahkan, rumah agam peninggalan arwah suaminya ini sudah cukup besar untuk menampung dua buah keluarga anak-anaknya. Tiada yang sukar jika mereka semua tinggal di situ. Malah dia lebih gembira di kelilingi anak menantu dan cucu. Setidaknya kehidupannya tidaklah suram jika punyai mereka. Tambahan dulu, dia sudah penat merasa peritnya berjauhan dengan anak-anak ketika usia remaja anak-anaknya meningkat dewasa. Mengenangkan dia terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya kerana ketiga-tiga mereka mula menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi, membuatkan dia selalu di hambat rindu. Toh, sesudah anaknya dewasa dan mulai berumahtangga dia tidak semudah itu membenarkan anak-anak tinggal berasingan lagi darinya. Dia tidak lagi mahu keseorangan semenjak ditinggalkan kekasih hatinya. Dia mahukan anak cucunya berada di sisinya hingga ajal menjemput nanti.

Sharifah Julia hanya mampu tersenyum mendengarkan kata putus Ruhana.

“ Baik bonda. Terima kasih banyak-banyak sebab terima Lia dan anak-anak Lia.”

Ruhana tersenyum bersama anggukan. Bahu Sharifah Julia dia sentuh lembut lalu digosoknya tanda dia berterima kasih juga.

Ann Layli pula sekadar mendengar perbualan antara kedua beranak itu tanpa berniat mahu mencampurinya. Matanya ralit memerhati gerakan Benz Fahri yang semakin mendekat dengan mereka yang sedang membokong anak kedua Sharifah Julia.

“ Okay, sampai dah. Sila turun putera raja!” ujar Benz Fahri saat menghampiri kerusi makan. Megat Aedy dia turunkan ke atas kerusi.

Megat Aedy tersenyum riang. “ Terima kasih ayahcu.”

“ Most welcome.” balasnya seraya mencuit hidung kecil Aedy lalu beralih ke kerusinya bersebelahan Ann Layli.

Senyum simpul dia layangkan ke arah wajah isterinya tetapi di balas dengan tatapan tidak endah kerana masih geram dengan sikap si suami sebelum ini membuatkan Benz Fahri mahu mengusik Ann Layli. Bibir yang kelihatan memuncung itu, menarik minatnya menyebabkan refleks tangan kanannya mencekal bibir wanita itu pantas sebelum tangan kiri menarik kerusi lalu duduk dengan tanpa rasa bersalah.

Ann Layli tersentak. Lekas tangan suaminya ditepuk geram. Hendak menjerit bimbang menarik perhatian ramai membuatkannya hanya mampu protes dengan menjeling tajam ke arah suaminya sahaja kerana saat itu susuk Megat Bakhtiar sudah menghampiri ke meja hidangan bersama tubuh kecil Megat Aery yang dia dukung sebelum mendudukkan anaknya itu bersebelahan dengan kembarnya Aedy. Merapati Sharifah Julia, bahu isterinya di elus manja sebelum menarik kerusi tempatnya lalu duduk di sana. Sharifah Julia membalas perlakuan manisnya itu dengan senyuman.

Benz Fahri terkekeh perlahan melihat riak masam isterinya. Suka melihat wajah cemberut itu bereaksi seperti itu sebelum pandangannya tertoleh dek sapaan si abang.

“ Banyak betul makanan malam ni. Any special occasions?” soal Megat Bakhtiar sambil melirik ke arah Sharifah Julia berselang dengan Ann Layli dan bondanya Ruhana.

“ Aah banyak sangat makanan malam ni. Ada apa-apa ke Bonda?” soal Benz Fahri turut bertanya. Pandangannya terhala ke hadapan meja melihat satu persatu menu yang terhidang. Semuanya sempurna termasuklah pencuci mulut yang baru ditata oleh Kak Sinan.

“ Tak ada special apa pun. Saja bonda nak makan ramai-ramai dengan anak menantu." jawab Ruhana dengan senyuman.

Megat Bakhtiar dan Benz Fahri sama mengangguk mendengar balasan Ruhana.

“ Jom makan. Cucu-cucu bonda dah lapar tu!" ujar Ruhana selepas melihat Aedy dan Aery yang mula merengek dengan Sharifah Julia kerana mahukan puding kelapa buatannya itu.

Mereka mula duduk dan memulakan acara makan malam selepas Benz Fahri membacakan doa makan. Suasana di ruangan itu hening seketika. Yang kedengaran cuma dentingan sudu bertemu kaca.

Beberapa minit berlalu akhirnya, Benz Fahri bersuara apabila pinggan nasinya sudah habis dijamah.

“ Bonda.." pandangannya ditala ke arah Ruhana sebelum sudu di tangan dia letak cermat. “ Esok.. Ben nak pergi Perak." ujarnya.

Ruhana angkat wajah. Sisa makanan dia kunyah dan telan perlahan. Usai, napkin mulut dia ambil lalu mengelap bibir lantas tersenyum membalas pandangan si anak.

“ Kerja?" soalnya.

“ Yup,” balas Benz Fahri ringkas.

Menggeleng Ruhana mendengar pernyataan si anak. Sudah dia agak. Anak itu peelnya masih sama. Workholic. Ingatkan bila sudah berkahwin, kurang sedikit. Rupanya sama juga. Sebiji menurun perangai arwah ayahndanya Syed Fathullah.

“ Memang life awak kerja aje ye! Bonda ingatkan dah beristeri ni kurang kerjanya.” bebel Ruhana. Wajahnya kurang senang mendengar pernyataan itu.

Sengihan setengah peket gula Benz Fahri tarik buat si ibu membuatkan seri wajahnya sudah kurang perisa. Dia lantas mengolengkan anak matanya dek kebosanan. Sudah mengagak yang Ruhana pasti mempertikaikan pernyataannya itu. Mood wanita itu sudah bertukar fasa. Makanya dia terpaksa hadap dan hadam mood- bebel-sampai-esok-pagi dari bonda lah nampaknya!

“ Semalam baru balik dari Dubai Ben.. Takkan esok nak pergi Perak pula..kesianlah Puteri. Asyik kena tinggal aje. Cuba luangkan masa dengan isteri sama.." nasihat Ruhana. Pandangannya terhala buat Ann Layli tetapi wajah itu sedikit pun terlihat tidak terkesan. Masih meneruskan suapan dan seolah tidak mendengarkan obrolan mereka. Lantas pandangannya terhala semula ke arah si anak.

“ Ben..kalau asyik kerja aje, bilanya awak nak bina keluarga? Umur dah nak masuk 3 series, anak pun belum ada. Abang dan kakak dah beranak dua tahu masa umur awak ni!”

Benz Fahri picing mata. Apasal dia dengar tazkirah bonda lain macam aje. Ahh sudah!

“ Nak buat macam mana bonda. Big boss dah keluarkan arahan. Kita ikut je.” balasnya cuba menukar topik. Tak jadi kalau biar bonda terus dengan mood-bebel-sampai-esok pagi bersambung pula dengan mood-bebel-nak-cucu. Susuk Megat Bakhtiar dia kerling. Sengaja menarik sekali si abang agar turut terkena tempias bebelan si bonda.

Ruhana mencerun pandangan ke arah anak sulungnya pula. Belum sempat dia bertanya, anak itu terlebih dulu membuka mulut.

“ Ha..jangan nak libatkan abang pulak!" ujar Megat Bakhtiar. Wajah geram dia tayang buat si adik. Mahu Ruhana tahu yang dia tidak bersalah dalam memberi arahan.

“ Board members yang dah capai kata sepakat. Lagipun kau yang beria nak settlekan kes dekat sana kan!" sambung Megat Bakhtiar lagi. Mencuba untuk membela dirinya juga.

“ Abang yang.." belum sempat Benz Fahri menyambung sekali lagi suara Ruhana mencelah.

“ Dah sudah!” putus Ruhana menyelamatkan keadaan. Kalau di biar, mahunya ruang makan malam itu jadi medan berdebat Megat Bakhtiar dan Benz Fahri pula. Takkan habis dan tamat.

“ Ben..kalau esok nak ke Perak bawa sekali Puteri. Sambil kerja boleh je vacation. Luangkan masa dengan isteri juga. Awak tu kahwin dengan orang bukannya anak patung. Kalau anak patung tak apa simpan je dalam peti biar keras. Kahwin dengan orang, hati perasaan orang kena jaga. Kalau nak fikir kerja sampai bila pun tak habisnya." arah Ruhana sambil menyelit beberapa patah kata nasihat buat si anak.

“ Ben pergi tak lama pun bonda. Two days only. Nanti kesian Ann bosan. Dekat sana coverage dah la susah." timpal Benz Fahri. Dia benar-benar tak ingin menyusahkan isterinya untuk ikut menyertai lawatan singkatnya ke negeri utara itu berikutan akses untuk liputan rangkaian yang sangat terhad. Tentu sukar isterinya untuk berkomunikasi ketika berada di sana apabila dia keluar bekerja nanti. Pasti wanita itu jemu saja jika hanya terperap di bilik.

“ Your wife is your priority Syed... ”

Kedua tapak tangan Benz Fahri lekas naik ke tengah udara menahan bicara si ibundanya sekalian memangkas obrolan yang beraura tegas itu. “ Tamam..tamam Sultan.”

Ruhana menjeling geram sekalian menyambung bicaranya mengingatkan Benz Fahri tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami pula. “ She's your princess. And please be loyal to your lady and never neglects her. I truly warn you.”

Menarik nafas dalam Benz Fahri lepas perlahan. Menghadam dan cuba mencerna kata-kata Ruhana tersebut sehingga dia sedar akan khilaf dan alpa sendiri lantas mengangguk akur.

“ As you wish! "

“ Puteri.." seru Ruhana.

Ann Layli yang masih ralit menghabiskan sisa makanan dalam pinggan tersentak sebaik namanya Ruhana seru.

Kalut dia mencapai napkin mulut lalu mengelap sisa makanan di bibir sebelum angkat wajahnya memandang Ruhana.

“ Bonda..."

“ Esok ikut Ben ke Perak. I want you to be her PA. Budak Ben ni kalau tak ada orang yang pantau, entah apa yang dia buat nanti. Sambil-sambil tu Puteri boleh vacation kat Perak."

Terkebil-kebil Ann Layli menerima arahan Ruhana. Tidak tahu hujung pangkal perbincangan anak beranak itu. Tahu-tahu dia di suruh begitu membuatkan wajahnya kelam seketika cuba menghadam kehendak ibu mertuanya.

“ Aaa..”

“ I dah promise dengan bonda nak bawa you vacation kat Perak while I'm finishing my job there. Lebih kurang pre honeymoon..." bisik Benz Fahri ke arah Ann Layli apabila mendapati isterinya itu sedang tenggelam punca menerima arahan Ruhana.

Pantas melirikkan pandangan ke arah Benz Fahri kening Ann Layli berkerut bertanya. Macam telinganya salah mendengar je tadi atau dia tersalah menghadam penjelasan.

“ What?" bulat matanya.

“ Pre honeymoon askìm. Honeymoon kita decide...” belum sempat Benz Fahri menyudahkan ayat lantas tangannya mengutil peha lelaki itu. Merah wajahnya mendengar pernyataan honeymoon dari Benz Fahri meski suara suaminya itu hanya di dengari mereka berdua saja membuatkan tangannya refleks bergerak mencubit.

Semerta wajah Benz Fahri berkerut menahan sakit. Namun, isterinya itu hanya tayang wajah selamba dan langsung tidak memandangnya setelah itu. Malah sedikit pun tiada riak bersalah membuatkan Benz Fahri geram dengan wajah tenang it, lantas tangannya menyambar tangan Ann Layli lalu digenggam erat di bawah meja itu sekalian membuatkan Ann Layli menala pusat perhatiannya dari pinggan nasi ke arah wajah Benz Fahri semula.

“ Senang-senang korang babymoon terus la kat sana!" celah Megat Bakhtiar dengan suara nyaring membuatkan semua pandangan beralih ke arahnya dengan wajah tersenyum indah kecuali Benz Fahri dan Ann Layli yang seperti tersedak air kapur.

“ That's my intention!" sampuk Ruhana selepas itu. Dia tersenyum senang ke arah pasangan anak menantu bongsunya.

“ So..let's celebrate it. Tiar, this is the best occasion for makan-makan tonight!" Ruhana kenyit mata ke arah Megat Bakhtiar.

“ May Allah grant your wish bonda. Amiin." tambah Sharifah Julia pula.

“ Amiin.” Ruhana turut mengaminkan doa itu.

“ Steady la bro!” laung Megat Bakhtiar sambil mengangkat ibu jarinya tanda bagus ke arah si adik menunjukkan usikannya yang masih belum surut buat lelaki itu.

Wajah Ann Layli sudah seperti buah tomato masak. Merah akibat malu. Bertambah segan apabila Megat Bakhtiar menambah perisa usikannya. Ann Layli hanya mampu memicing mata geram ke arah si suami namun Benz Fahri sudah menala pandangan semula pada Ruhana. Bertambah sebal, tangannya yang digenggam erat itu cuba ditarik namun tidak berjaya. Benz Fahri malah mengeratkan genggaman tangannya membuatkan Ann Layli kebuntuan dan akhirnya pasrah saja.

“ Amiin..” Benz Fahri ikut sama mengaminkan doa ibunya meski seram dengan pandangan dari Ann Layli.

Ruhana yang mulai perasan akan ketidakselesaan Ann Layli bersoal. Malah riak ceria menantunya itu tadi kini bertukar sugul pula.

“ Puteri kenapa? Masam je muka tu. Atau tak suka Ben ajak pre honeymoon dekat local place?"

“ Err...mana ada bonda. Ann okay je. Kitaorang tak decide pun nak pergi honeymoon semua tu.” balasnya. Bukannya dia kisah langsung pasal bulan madu semua tu. Yang dia kisahkan kerana Benz Fahri tiba-tiba saja membuat keputusan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Itu sebabnya dia sedikit terkejut dan terasa hati.

“ Tak apalah temankan Ben aje ke sana. Lagipun bulan depan Ann pun dah nak start masuk kolej. Ben pulak nak fly ke Dubai lagi. Bila masa nak spent time bersama.” ujar Ruhana.

Ann Layli sekadar mengangguk. Tidak mahu lagi bersoal tentang perkara yang tak pernah dia fikirkan langsung. Sementelah Benz Fahri juga tidak menyatakan apa-apa perancangannya, mengapa dia pula yang harus sibuk-sibuk bersetuju.

Pandangan Ruhana kembali ditala ke arah Benz Fahri. “ Ben..buat apa nak ke sana?"

“ Bonda ingat lagi tak one of properties yang Khazanah Berhad uruskan dekat Royal Belum tu?" jawab Benz Fahri tenang meski pedih di peha masih terasa. Tangan kiri masih juga menggenggam erat tangan Ann Layli.

Ruhana mengangguk.

“ Yang ada kes polis tu?"

“ Yup. Our board members cadangkan kita reschedule semula binaan tu once kes polis selesai prosiding di mahkamah last month. So, abang Tiar minta Ben uruskan hingga selesai. That's why Ben nak pergi sana. Settle apa yang patut." beritahunya lagi.

“ Tiar tak pergi?" soal Ruhana. Megat Bakhtiar yang duduk di sebelah kirinya pula dipandang.

“ Tiar ada businesses trip ke Singapore lusa bonda. Tak dapat nak ikut Ben ke sana. Lagipun orang tu nak bawak wife dia honeymoon. Malas la kita nak kacau daun. Cepat sikit arwah ayahanda dapat cucu..." meleret jawapan Megat Bakhtiar selepas menyisip sedikit minuman air kelapa lemonnya. Sengihan mengusik dia lemparkan buat si adik dan sengaja kedua keningnya dijongket-jongketkan ke arah lelaki itu cuba memprovok.

Benz Fahri yang baru saja meneguk air kelapa lemon hampir saja tersedak dek usikan itu. Mencapai napkin, bibirnya dilap kering dari jejehan air kelapa lemon yang tak sempat masuk ke tekak. Wajah bengang dia tayang buat Megat Bakhtiar.

Menggeleng Ruhana melihat kerenah kedua anak-anak lelakinya yang sering mengusik antara satu sama lain itu. Sudah seperti anak-anak tak cukup akal saja.

“ Berapa hari nak ke sana?" soal Ruhana semula. Sudah terbiasa bertanya itu ini tentang aktiviti anak-anaknya. Setidaknya dia tahu dan tidak risau nanti.

“ 2 hari."

“ 3 hari."

Benz Fahri dan Megat Bakhtiar serentak menjawab membuatkan Ruhana mengangguk faham.

“ Lia tak ikut Tiar ke? Anak-anak?" soal Ruhana ke arah Sharifah Julia pula.

Kebiasaannya jika anak sulungnya itu ke luar kawasan pasti Sharifah Julia dan anak-anaknya tidak ketinggalan menyertai. Kata Megat Bakhtiar, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga kecilnya selepas sibuk dengan urusan pekerjaan. Jadi dia akan memastikan anak isterinya mendapat perhatian yang sama dengan perniagaan jika urusan perniagaannya selesai selepas itu.

Sharifah Julia tersenyum lantas mengangguk menandakan dia akan turut mengikuti suaminya ke sana.

Ruhana tersenyum. Nampaknya keseorangan lah dia. Suramlah hidupnya dua tiga hari ini tanpa anak-anak menantu dan cucu. Semuanya ada urusan penting yang harus mereka selesaikan.

“ Tak apa bonda, Ann temankan bonda aje. Abang boleh aje pergi seorang. Lagipun abang ada urusan kerja kan. Mesti sibuk nanti.." ujar Ann Layli sambil menepuk perlahan pundak tangan Ruhana seraya pandangannya menjelaskan ke arah si suami. Saat itu dia cuba meyakinkan ibu mertuanya di samping cuba menolak ajakan suaminya secara halus.

“ Eh tak apa, bonda dah biasa seorang. Lagipun bibik semua ada minggu ni. Kalau tak pun nanti bonda ke rumah Zahid dan Amirah aje. Tak perlu risau." ujar Ruhana memberitahu. Tambahan idea mahu ke rumah adiknya itu baru saja terlintas ke fikiran sementelah sudah lama juga dia tidak berkunjung ke rumah itu untuk menziarah.

Wajah Ann Layli yang ceria setelah merasakan dia berjaya melepaskan diri dari mengikuti Benz Fahri ke Perak mulai muram dan monyok apabila Ruhana menolak cadangannya. Terus nasi yang dikunyah terasa kesat untuk ditelan. Perlahan dia mengeluh dek misi yang gagal!

Dalam diam, Benz Fahri tersenyum kemenangan. Genggaman tangannya pada jemari Ann Layli di bawah meja itu perlahan dia lepaskan membuatkan hati Ann Layli bertambah sebal.

********

Saat pintu utama rumah di buka lebar oleh Kak Siti, mekar senyuman Puan Sri Amirah menyambut kedatangan si kakak iparnya Ruhana setelah mendapat perkhabaran tentang kedatangannya ke situ lebih sejam yang lalu. Riak kegembiraan terpancar saat keduanya usai berjabat tangan dan berpelukan mesra.

“ Mari masuk kak." jemput Puan Sri Amirah.

“ Yelah.." Ruhana mengekori Amirah langsung ke ruangan tamu. Sejenak matanya meliar melihat suasana rumah yang sedikit sunyi itu sebelum melabuhkan duduk di sofa berdekatan.

“ Sunyi je.. Lan dan Han mana?”

Amirah tersenyum cuma lalu ikut duduk bersebelahan Ruhana.

“ Hari minggu kak, biasalah budak-budak tu kena teman abang Zahid ke club." ujarnya.

Ruhana mengernyit hairan. “ Club? Masih main golf lagi?”

Amirah sekadar mengangguk. “ Kalau dilarang merajuk.. Hendak kata apa, ikutkan aje lah peelnya.”

Ruhana menggeleng. “ Orang kata tua-tua kalau merajuk huduh. Zahid..Zahid...”

“ Itulah kak..Itu yang suruh budak berdua tu temankan. Irah bukan apa kak, risau dengan kesihatan abang tu. Degilnya bukan main-main." adu Amirah lagi.

“ Dia tak tahu ke esok lusa nak timang cucu pun masih sibuk nak merajuk lagi.” sambung Ruhana sambil terkekeh ketawa mendengar aduan adik iparnya.

“ Ye ke kak? Puteri dah berisi ke? Alhamdulillah..Ya Allah tak sabarnya nak timang cucu. Ni kalau abang Zahid tahu ni mesti seronok dia.” ujar Amirah sedikit teruja mendengar khabar mengenai anak tirinya itu.

“ Eh, bila masanya?" Dahi Ruhana berkerut seribu. Terkejut mendengar persoalan yang datang secara mendadak itu.

“ Laa tadinya akak cakap tak lama dah nak timang cucu!” Dahi Amirah ikut berkerut seribu. Pening di buatnya dengan penjelasan Ruhana.

“ Oh..peribahasa aje tu.” sengihnya sebaik sedar akan kekhilafan kata-katanya yang membuatkan Amirah tersalah menafsir maksud ayat.

“ Ish akak ni buat suspens aje.” getus Amirah. Langsung wajahnya yang ceria bertukar suram. Baru saja dia mahu bersorak gembira kerana mendengar berita baik seperti itu. Alih-alih cuma khabar angin saja.

“ Tapi kalau betul Puteri mengandung seronok la kita kak. Boleh main dengan cucu. Akak tak la boring sangat sebab ada si kembar Tiar dan Lia tu. Saya ni hah, bosan aje kalau hujung minggu. Bercakap dengan pokok bunga ajelah. Tak pun bercakap dengan dinding. Semuanya buat hal sendiri.” sambung Amirah dalam memasang angan-angannya yang mahukan cucu di samping menyatakan rasa bosannya semenjak dini.

Ruhana tergelak mendengar rungutan dan aduan adik iparnya itu.

“ Tapikan bercakap pasal cucu ni akak pun berharap jugak. Rasanya tak lama lagi dapat la berita baik tu. Bukan apa, Ben dengan Ann tu sekarang tengah short vacation ke Perak. Sempat Tiar usik si Ben suruh pergi prehoneymoon kat sana. Itu yang akak datang ke sini sebab Tiar pun ke Singapura bawak anak-anak dan Lia. Tak ada orang di rumah.” cerita Ruhana dengan wajah senang hatinya.

“ Betul ke kak! Ya Allah seronoknya dengar Puteri dengan Ben dah boleh sesuaikan diri bersama. Harapnya dapatlah kita timang cucu cepat kak.." ujar Amirah teruja.

Ruhana tersenyum simpul melihat wajah keterujaan Amirah itu. Bahkan hatinya juga ikut teruja melihat perubahan yang paling baik dalam hubungan anak dan menantunya itu.

“ Kalau gitu kak, tidur sini ajelah malam ni. Ada juga teman saya nak berborak.” pelawa Amirah sementelah mengetahui tiada orang yang dapat menemani kakak iparnya di rumah sana.

“ Yelah..” balasnya senang menerima pelawaan itu.

*******

Perjalanan ke Perak dari Kuala Lumpur memakan masa hampir 3 jam. Dan sepanjang 257 km jarak perjalanan itu Ann Layli terlelap akibat kebosanan. Bosan yang dia cari sendiri kerana mencipta perang saraf dengan Benz Fahri membuatkan dia tidak mahu langsung membuka mulut. Walhal bukannya Benz Fahri tidak cuba mengajaknya berbual. Kerap kali. Namun, sengaja dia hiraukan. Malah rajuknya sengaja di panjangkan. Mahu melihat sejauh mana kesabaran Benz Fahri melayan kerenahnya. Juga mahu melihat sejauh mana usaha suaminya itu untuk memujuk.

Beberapa jam berlangsung, akhirnya Raptor berwarna hitam legap yang dipandu Benz Fahri tiba di Gerik. Kenderaan itu dipacu memasuki sebuah kawasan berhampiran perkampungan orang asli Sungai Raba yang terletak sejauh 12 km dari Tasik Banding dan sejauh 30km dari pekan Gerik.

Benz Fahri terus memandu ke rumah inap yang telah dia tempah berhampiran tapak projek Royal Belum yang merupakan penyumbang utama dalam projek pembangunan terbesar milik Khazanah Berhad yang sedang di usahakannya.

Isterinya di kejutkan sebaik pacuan empat rodanya memasuki perkarangan inap desa kampung Sungai Raba itu.

“ Askìm.." Bahu Ann Layli disentuh lembut.

Ann Layli membuka mata sebaik terasa tubuhnya digoyang. Iris mata meliar ke sekeliling menggarap pandangan yang asing di luar tingkap kereta sebelum di bawa pandangannya menatap iris coklat milik Benz Fahri di sebelah.

“ Dah sampai ni. Jom I hantar you check in dulu.." ujar Benz Fahri dengan senyuman nipis.

Ann Layli sekadar mengangguk. Tali pinggang keledar di buka lalu tubuh di bawa turun dari kenderaan tinggi itu sementara suaminya ke but belakang mengeluarkan bagasi.

Kaki di bawa melangkah mengikut haluan Benz Fahri yang menarik bagasi kepunyaan mereka ke arah pintu inap desa yang berwarna kuning ivory itu.

Rumah inap yang berkonsepkan kampung klasik itu dia pandang dengan senyuman. Suasana rumah yang di kelilingi flora dan fauna serta tumbuhan hijau yang lain membuatkan perasaanya sangat tenang dan damai. Kicauan burung dan unggas terdengar merdu di telinga tanda menyambut kedatangan mereka ke situ.

Benz Fahri menolak daun pintu rumah setelah kunci manggar dia buka selepas mendapatkannya di kaunter pendaftaran sebelum itu. Ann Layli masih kekal di belakangnya menurut setiap jejaknya sehingga masuk ke dalam rumah tersebut.

Sebaik memasuki ruang utama, pandangan mereka di sajikan dengan konsep klasik melayu tradisional membuatkan Ann Layli terpegun sambil matanya tidak lepas menyorot setiap sentuhan dekorasi di ruangan itu.

Cantik! desis hati kecilnya. Sudah lama dia tidak merasai suasana rumah kampung sebegitu.

Wajah Ann Layli kelihatan ceria membuatkan Benz Fahri dalam diam menyimpul senyuman kerana berjaya membuatkan isterinya itu kesenangan.

Tidak mahu terus membuang masa, Benz Fahri menyorong bagasi kepunyaan mereka hingga ke dalam bilik tidur utama. Selepas meletakkan beg pakaian mereka; isterinya yang masih menilik sentuhan dekorasi ruang tamu inap desa itu di hampiri.

“ Askìm.." panggilnya.

Sentuhan tangan Ann Layli yang sedang berlari di atas perekod muzik lama yang terletak di hujung sudut rumah terhenti. Membawa pandangannya menatap iris kecoklatan Benz Fahri dengan sebelah kening yang terjongket naik tanda bertanya.

“ I nak keluar ke tapak projek. Mungkin petang baru balik. You nak ikut?"

“ Hmm.."

Ann Layli sekadar menggumam. Entah itu tandanya membenarkan si suami kepergiaan atau menyatakan isyarat kepada Benz Fahri yang dia akur dengan pemberitahuan tersebut. Sekadar itu responnya lalu membalikkan semula tubuhnya mengendahkan susuk di belakang dan meneruskan aktivitinya menilik dan mengagumi dekorasi ruangan rumah itu.

Tangan wanita itu kini terhala pula pada dulang tembaga antik yang terdapat teko serta cawan tembaga yang terhidang di atas meja konsol berukiran dari kayu jati yang terletak bersebelahan meja menempatkan alat perekod muzik itu. Sangat klasik dan mewah. Perlahan hatinya mengagumi citarasa pemilik inap desa tersebut.

Perlakuan itu membuatkan Benz Fahri tergelak seraya menggelengkan kepala. Haru juga kalau perempuan merajuk! Jenuh nak melayan kerenah mereka yang pasang surut itu rupanya. Dan kadang hampir membuatkannya buntu untuk mengawal kesabaran dalam meledani kerenah sang belahan jiwanya itu.

Namun itu tidak melunturkan semangatnya. Walau agak mencabar dia cuba bersabar. Sebagai lelaki maskulin, tagline ‘ Silent But Gentle' yang terpasak dalam hidupnya harus di guna pakai walau dalam apa situasi dan keadaan sekalipun. Bibirnya dikebam seketika cuba mententeramkan jiwa namun slogan ‘ The Best Men Win' pula berputar-mutar di mindanya membuatkan keazamannya semakin meningkat.

Menarik nafas dalam, dia hembus perlahan. Kakinya di bawa merapati batang tubuh Ann Layli yang masih setia berdiri di hadapan meja konsol yang menempatkan hidangan minuman itu.

Bahu isterinya disentuh dengan kedua tangan lalu dipusingkan tubuh itu. Menatap sepasang mata hazel milik Ann Layli apabila kedua pasang tangannya menangkup kedua pipi gebu wanita itu. Senyuman lembut terpeta ke seluruh wajahnya.

“ Askìm marah I lagi?" soalnya. Pandangan redup penuh cinta dia lambakkan buat tatapan si isteri agar rasa kasih dan sayang itu menusuk terus ke mata hati isterinya. Dengan harapan rajuk sang isteri akan luntur.

Namun tanggapannya sirna apabila Ann Layli masih membisu. Pandangan wanita itu tidak menyorot ke arahnya tetapi lebih berminat dengan lantai kayu di kaki apabila pandangannya dipasakkkan ke sana.

Ann Layli masih beku wajah dan tubuhnya saat Benz Fahri masih menangkup kedua pipinya. Bukan dia tidak suka akan sentuhan hangat dan pandangan redup milik lelaki itu tetapi risau jika dia terus memandang Benz Fahri, benteng rajuknya akan roboh dan musnah. Takkan semudah itu dia membiarkan dirinya hanyut. Begitu sukar dia hendak membina benteng itu demi rasa kecil hati yang merajai jiwanya dengan sikap Benz Fahri yang membelakangkannya kelmarin. Lantas, kedua tangan Benz Fahri yang menyentuh pipinya itu dia sisihkan dari pipi dengan sedikit kekuatan. Rasa hati yang masih bergolak membuatkannya tidak mahu menerima sebarang pujukan.

Benz Fahri mengeluh sebaik tangannya dijatuhkan. Ann Layli masih merajuk!

“ Hmmm..”

Ahh! Dia benar-benar pusing.

Ann Layli membalikkan semula tubuhnya ke hadapan selepas menjatuhkan sepasang tangan sasa itu. Mengatur langkah, jendela dia tuju. Jendela panjang yang berhias langsir beropol berwarna tanah itu di buka selaknya. Pantas, jendela kayu yang berukiran klasik dari kayu cengal itu di buka lantas semerta pandangannya menggarap suasana hijau desa di bahagian belakang rumah. Terdapat juga anak sungai yang mengalir tidak jauh dari situ membuatkan perasaannya kembali tenang saat mendengar desiran aliran air. Semerta juga, bayu yang berpuput lembut menerpa ke wajahnya mengembalikan ketenangan hati yang hampir hilang dek sentuhan Benz Fahri tadi. Ann Layli mulai leka.

Sementara Benz Fahri mula menilik Garmin di pergelangan tangan. Sudah masuk ke jam tiga dua belas minit petang. Sekejap lagi janji temunya dengan beberapa orang ketua operasi projek bakal berlangsung. Tetapi, si ratu hatinya masih melancarkan perang dingin begitu. Hati mulai resah kerana semangat yang selalu berkobar di dalam jiwa tika melaksankan tanggungjawab bekerja itu datangnya dari senyuman dan kata-kata semangat si isteri. Jika sudah begitu reaksi sang ratu, bagaimana dia mahu bekerja?

Hendak meninggalkan isterinya tanpa pujukan rasanya tidak wajar. Bahkan mungkin menambahkan konflik lain dalam perang dingin yang dilancarkan sepihak dari wanita itu. Namun otak sudah buntu mahu mencari akal untuk memujuk. Kalau tidak dapat memujuk hingga terpujuk pun setidaknya dapat mengembalikan senyuman serta bicara lemah lembut isterinya sudah memadai. Sekurangnya hatinya lega jika meninggalkan Ann Layli seketika demi melunaskan tanggungjawab lain.

Tidak dapat tidak, azam ditekadkan semula. seeHati Ann Layli perlu dia pujuk hingga terpujuk.

Menapak sehingga merapati Ann Layli yang masih tegak berdiri di sebelah jendela kayu, Benz Fahri sedut nafas dalam sekali lagi. Berharap percubaan terakhirnya kali ini dapat membawa kembali senyuman di bibir mungil itu. Bersamaan bacaan basmallah di dalam hati bahu isterinya disentuh semula. Perlahan dia memusingkan tubuh itu lalu terus menyambar bibir mungil Ann Layli sebaik isterinya menoleh.

Penuh lembut dan romantis, bibir isterinya di nikmati dalam dakapan erat itu. Ann Layli yang tidak bersedia meronta menolak tubuh Benz Fahri namun tidak berjaya dek kecekapan Benz Fahri mengawal dan mendominasi keadaan. Beberapa saat demikian, akhirnya Ann Layli akur.

“ I'm sorry askìm? Really sorry!” ucapnya sebaik melepaskan tautan bibir isterinya.

Ann Layli bungkam. Wajahnya di tundukkan. Terkejut bersamaan malu dengan si suami yang tiba-tiba menciumnya begitu.

Melihatkan isterinya masih bermuram Benz Fahri sekali lagi menyatakan kemaafannya.

“ I'm really sorry. I didn't mean to hurt you. That's my bad. Please askìm..I can't leave you without hearing your voice nor your smile. Will you smile for me askìm?" soal Benz Fahri sebaik melepaskan tautan di bibir Ann Layli. Erat pegangannya di belakang kepala si isteri sambil iris hazel itu ditatap dalam bersama senyuman paling romantis. Tubuh itu juga masih erat didakap.

Ann Layli diam tidak berkutik. Masih terkejut bersamaan malu. Pandangannya menghala semberono dek segan yang berleluasa. Malah sengaja tidak mahu bereaksi apa-apa kerana masih mempertahankan ego di hati.

“ Askìm..please.. I'm sorry.” ucap Benz Fahri tidak putus asa. Matanya dikerdipkan beberapa kali memohon simpati.

“ Sorry naik lorry.." Ann Layli mengetap bibir geram. Muncung saja bibirnya.

Terletus tawa kecil dari bibirnya dengan jawapan si isteri. Namun Benz Fahri masih tidak berpuas hati kerana belum mendapatkan kemaafan serta wanita itu masih tidak mahu memandandangnya.

“ Askîm..tengok sini please!" sambil cuba mengintai wajah isterinya.

“ Tak nak..” wajah Ann Layli dilarikan ke kiri.

Benz Fahri mulai kegeraman dek ulah isterinya yang seperti keanak-anakkan itu.

“ Betul tak nak?" soalnya.

Angguk.

“ Kalau you tak pandang I..I kiss you macam tadi.." sengaja Benz Fahri mengugut. Sabarnya sudah senipis bawang. Tambahan geram apabila isterinya yang cuba bermain tarik tali seperti itu.

Membelakangkan Benz Fahri, Ann Layli menjawab berani. “ Berani you cium I...you tidur lua..umphhh.."

Zap..terus bibir Ann Layli disambar sekali lagi oleh Benz Fahri. Semerta mengeras tubuhnya membuatkan dengan senang Benz Fahri mencempung isterinya itu ke dalam dakapannya lalu bawa ke bilik tidur. Dia benar-benar hilang pertimbangan dek ulah belahan jiwanya itu.

Ann Layli meronta mahu dilepaskan. Namun Benz Fahri mengendahkan. Sesampainya ke bilik, tubuh itu diletakkan di atas katil lalu ditindih. Bibirnya masih tidak menghentikan ciuman hangat itu. Tidak berjarak seinci pun membuatkan Benz Fahri dapat merasakan setiap inci dan lekuk di tubuh itu. Namun itu bukan kehendak utamanya. Yang dia mahukan saat itu, hanyalah kemaafan serta senyuman manis isterinya saja buat bekalan semangat meneruskan kerja. Dan ternyata, percubaannya dengan pujukan seperti itu berjaya.

Beberapa saat berlalu dia berasa kemaafan miliknya kerana mendapat balasan dari Ann Layli walaupun secara dipaksa pada awalnya.

Benarlah ungkapan cinta manusia; bila hati dah sayang sebesar mana pun amarah akhirnya luntur jua dek pujukan. Tidak mampu menahan godaan demi godaan yang dilakukan oleh Benz Fahri dia akhirnya terpujuk.

Melepaskan tautan bibirnya Benz Fahri pandang wajah Ann Layli dengan senyuman manis. “ Can you smile for me!"

Perlahan-lahan senyuman Ann Layli merekah namun matanya tidak mampu memandang Benz Fahri dek malu yang amat.

“ Askìm..you know your smile mark up my day. Thank you for bringing it. You're my pills." tuturnya lembut sebaik terlihat senyuman yang bertambah merekah. Sudah tak dihiraukan pandangan isterinya yang tidak mahu menatap wajahnya kerana misinya mahu melihat Ann Layli tersenyum sudah berjaya.

Ann Layli kulum senyum saat mendengar pujian romantis seperti itu.

“ I janji I takkan sakitkan hati you lagi.” ujar Benz Fahri.

Mendengarkan janji itu Ann mengalihkan irisnya ke arah si suami. Tunak matanya menatap iris coklat itu.

“ Promise?"

“ I’m promise askìm.." balasnya sambil jemarinya menari di bibir Ann Layli yang basah angkaranya lantas turun melewati lekuk leher sehingga ke bahu isterinya itu membuatkan Ann Layli seolah terpukau.

Nafas wanita itu seolah ikut terhenti. Iris hazelnya langsung tidak berkelip saat Benz Fahri mengangkat wajah itu agar menalakan pandangannya ke wajah Benz Fahri sendiri. Malah roman wajah Benz Fahri yang sangat romantis itu membuatkan Ann Layli seolah berada di awangan. Sepertinya traumanya dengan kisah lama sudah hilang ditelan waktu.

“ Askìm..."

“ Hmm.." fokusnya digarap kehadapan wajah Benz Fahri semula.

Tanpa membuang waktu, sekali lagi tautan bibir Benz Fahri menyambar hemah bibir mungil itu.

Tidak lagi menolak, ciuman mereka bertukar romantis dan lebih sensual sehingga bunyi telefon menyentakkan momen indah mereka.

“ I'm sorry!" ungkap Benz Fahri sebaik melepaskan bibir isterinya. “ I have to answer it." pintanya.

Mengangguk, Ann Layli sendiri menyisihkan tubuhnya yang terlekap erat di batang tubuh Benz Fahri untuk memberi ruang suaminya menjawab panggilan.

Benz Fahri menjarakkan tubuh mereka lantas alat telekomunikasi yang berbunyi nyaring di poket jeansnya dikeluarkan lalu menjawab.

Tidak mahu memasang telinga, Ann Layli bangun lalu berjalan ke arah jendela bilik. Berdiri di sana sambil pandangannya menala ke luar menggarap panorama indah dengan kehijauan suasana kampung. Nafas lega ditarik seketika. Nasibnya baik kerana bunyi panggilan telefon Benz Fahri itu menyelamatkan keadaan. Jika tidak, pasti aktiviti mereka bakal berlarutan. Tersenyum sendiri, Ann Layli mengelap bibirnya yang basah. Kesendirian, dia mulai sedar bahawa dirinya sudah dapat mengawal trauma dan fobia yang pernah dia alami sebelum ini. Rasa syukur dia panjatkan saat itu. Berharap rasa trauma dan fobia lalu terhakis sedikit demi sedikit sehingga membawa kebaikan dalam perkahwinannya bersama Benz Fahri.

Usai menjawab panggilan, Benz Fahri merapati Ann Layli lalu memberitahu tentang keberangkatannya.

“ I'm outta my job now. Is it okay for you to leave here for a while?"

Menoleh Ann Layli tersenyum mengangguk. Faham dengan tuntutan kerja yang sedang menanti suaminya itu.

“ Hati -hati Benji..." pesannya.

Kegalauan yang melanda sejak semalam akhirnya terbang hilang dari jiwa Benz Fahri apabila sumber kebahagiannya kembali semula. Senyuman dan pesanan isterinya saat itu membuatkan hati Benz Fahri berbunga mekar.

Tidak menunggu lama, Ann Layli menghulurkan tangannya bersalaman tanda berpisah sementara dengan si suami. Pundak kepalanya dikucup ringkas oleh Benz Fahri sebelum mengatur langkah sehingga keluar dari rumah itu diikutinya.

Musim dingin yang tercetus antara pasangan itu akhirnya bertemu titik noktah. Hampir dua hari di sana menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh membuatkan Benz Fahri mellnarik nafas lega.

Tiba masanya dia harus memusatkan perhatiannya buat sang isteri pula.

*******

Hai semua..Ann Benz kembali lagi..sorry buat korang tertunggu- tunggu.. Harap dpt mengubati kerinduan korang lah ye..sorry if byk kekurangan. TQ semua..luv korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience