Zen Huzaini keluar dari tandas ketika Hani Wardah sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin meja solek. Melintas belakang isterinya, dia berjalan terus menaiki katil.
Sesungguhnya dia tidak punyai mood untuk berbual atau membuat sebarang aktiviti pun. Fokusnya, mahu berbaring di katil dan berharap terus tertidur. Kepala yang sedikit berdenyut juga membuatkan mood Zen Huzaini tidak begitu baik. Tangannya sedikit terhulur ke hujung katil mencari suis lampu tidur. Setelah menjumpai, dia menekan suis lampu itu lalu keadaan di sudut tempat tidurnya mulai suram. Matanya terus di pejamkan.
Hani Wardah menjeling sekilas ke arah suaminya yang sudah berbaring dan berkemungkinan sudah tidur itu. Merasa sedikit hairan dengan kelakuan suaminya malam itu, namun dia tidak mahu bertanyakan apa-apa berikutan dirinya masih geram akan perbuatan suaminya yang menyembunyikan sejarah lama lelaki itu dengan Ann Layli.
Dia bangun dan berjalan ke arah katil setelah melakukan beberapa rutin rawatan wajah sebelum tidur. Menaiki katil lalu badan di rebahkan di sebelah suaminya. Matanya dipejamkan namun tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara yang menggumam di sebelah. Hani Wardah mengurut dada. Sedikit sebal kerana terkejut dek suara itu.
“ Sampai bila Ann nak duduk sini dengan kita?” soal Zen Huzaini dengan mata yang masih terpejam.
Hani Wardah menoleh ke samping. Tubuh Zen Huzaini masih berbaring dengan keadaan melentang bersama satu tangannya direhatkan di atas kepala manakala yang lagi satu di atas badannya.
“ Sebab?”
“ Tak selesa.”
“ Kenapa?” berkerut dahi Hani Wardah.
“ Tak perlu sebab untuk rasa tak selesa.” katanya datar. Masih kekal dengan posisi seperti tadi Zen Huzaini memberi jawapan.
Hani Wardah membetulkan letak tubuhnya. Sebelah tangannya ditongkatkan di bawah kepala manakala lagi sebelah diletakkan di atas dada suaminya. Jelas dapat dia rasa degup jantung suaminya. Kuat tetapi sangat teratur.
“ You love him huh!”
Zen Huzaini mencelikkan matanya. Suasana yang malap itu membuatkan dia rasa tenang walaupun kenyataan yang baru saja keluar dari mulut isterinya itu hampir membuatkan jantungnya luruh. Gemuruh mula menguasai diri tetapi dia cuba mengawalnya agar tidak ketara.
“ Kepala abang dah cukup sakit Hani. Tak perlu Hani tambahkan sakit kepala abang.” ujar Zen Huzaini malas. Matanya kembali dipejamkan.
“ I'm sorry but I have to tell the truth. Muka abang tak dapat tipu Hani. Hani cakap sebab Hani nampak. Your face show me everything.” balas Hani Wardah sambil menatap tubuh tegang suaminya. Jemarinya dilarikan ke dada Zen Huzaini yang tidak dilapisi baju. Melukis entah apa. Dia sangat suka bermain di situ kerana dapat dilihat dengan jelas degup jantung itu bersama eksperesi wajah sang suami apabila berkata-kata. Dari situ dia tahu samada suaminya ikhlas atau pun tidak.
“ Sejak bila Hani pandai judge abang huh?” gumam Zen Huzaini.
Hani Wardah tersenyum tawar. Wajah Zen Huzaini yang terbentang depan mata ditatap lama. Sinar penuh cinta itu semakin jelas kelihatan semenjak kehadiran Ann Layli di situ. Lebih jelas saat kebenaran terungkap depan matanya sendiri. Dia sendiri tak dapat menafikan kebenaran tersebut.
“ Ini bukan soal penilaian ke apa. Tapi apa yang terbentang depan mata itulah yang sebenarnya.” balas Hani Wardah yakin.
“ Mata yang melihat tak selalunya tepat. Apa yang Hani nampak tak sama dengan apa yang ada dalam hati abang. Jangan menilai sebarangan, kelak hati sendiri yang rasa sakit.” ujar Zen Huzaini lalu menangkap jemari halus isterinya. Dia menggenggam erat. Zen Huzaini membuka matanya lalu beralih dari posisi terlentang ke arah isterinya. Saling bertatapan.
“ But, I have a six senth of it. You can't deny my capabilities as wife when it comes about you as my husband.” ujar wanita itu. Kening Hani Wardah terjongket sebelah. Cuba memprovok. Mahu melihat sejauh mana kebenaran kata-kata suaminya.
“ Tak semua rasa Hani sebagai isteri tu betul. Dan abang sebagai suami Hani rasa perasaan Hani tu sebenarnya insecure je!” balas Zen Huzaini.
“ Abang suami Hani. Kekasih halal Hani. Kalau Hani insecure pun memang patutkan sebab abang hak mutlak Hani.”
“ Habis tu yang malam-malam macam ni nak tanya abang soalan pelik-pelik buat apa?”
“ Sebab sebagai isteri yang sangat memahami suaminya, Hani nak abang berterus-terang dengan Hani tentang perasaan abang.” terang Hani Wardah lagi.
“ Hani dah faham perasaan abangkan! Then, buat apa abang nak berterus-terang lagi?” Dahi Zen Huzaini naik berlapis. Pelik dengan ucapan Hani Wardah.
“ Memang Hani faham tapi Hani nak abang sendiri berterus-terang. Abang jugak cakap pada Hani apa yang Hani nampak tak semestinya sama dengan apa yang abang rasa. So, Hani mahu abang beritahu dengan Hani. Bukannya pendam sendiri.”
“ Tak ada apa yang perlu abang berterus-terang. Semua sama dan tak berubah.”
“ Yes, then I assume that you really love her.”
“ Stop it Hani.” Zen Huzaini merebahkan semula badannya. Tangannya naik memicit pelipis kiri. Penat bersoal jawab dengan Hani Wardah. Lantas, jemari Hani Wardah dilepaskan. Kedua tangannya di bawa sangga ke belakang kepala. Menarik keluh yang panjang sehingga kepala yang sedia berdenyut bertambah sakit.
“ Kenapa abang tak nak berterus terang dari dulu?” soal Hani Wardah.
“ Sebab tak penting.”
“ Apanya yang tak penting. Selama beberapa tahun ni abang sorok kenyataan perasaan abang pada Hani. Abang buat Hani rasa sangat dicintai padahal abang tak cintakan Hani. Hani malu sebab abang sebenarnya cintakan orang lain.”
“ Hani sudahlah. Abang tak mahu berbincang apa-apa. I'm off!” ujar Zen Huzaini lalu membelakangkan Hani Wardah. Sungguh dia penat untuk memikirkan segala masalah yang jadi.
“ Esok cakap dengan Ann minta dia keluar dari rumah ni.” sambung Zen Huzaini.
“ Abang tak boleh buat dia macam tu!” ujar Hani Wardah sedikit terkejut. Tak sangka suaminya mahu berbuat begitu. Dia memaut bahu suaminya agar lelaki itu kembali berpusing tetapi Zen Huzaini mengeraskan tubuhnya.
“ Hani sayang abang kan? If you, please, do like I said.” Putusnya lagi.
“ Tapi Ann tak ada siapa-siapa. Kita je yang boleh tolong dia.” Hani Wardah masih memujuk.
“ Please Hani, Hani buatkan keadaan abang bertambah sulit. Kalau tiba-tiba abang tertangkap khalwat dengan dia macam mana?”
Hani Wardah meneguk liur yang terasa kesat. Menarik nafas, dia hembus perlahan. Dia merapatkan tubuhnya di belakang Zen Huzaini. Leher lelaki itu dicium perlahan. Tangannya memeluk erat dada bidang si suami dihadapan.
“ Hani izinkan abang kahwin dengan dia. Hani tahu abang masih cintakan dia. Hani redha.” Perlahan namun jelas ditelinga Zen Huzaini. Dia terkedu buat seketika.
Berpusing kembali lalu Zen Huzaini menatap wajah isterinya yang sayu. Ada air mata yang bergenang di situ. Tangannya terhulur mengelus lembut pipi Hani Wardah.
“ Hani..” Telunjuk Hani Wardah menyentuh bibir basah Zen Huzaini membuatkan kata-kata lelaki itu terjeda.
Hani Wardah mengangguk. Dia mengerdipkan matanya lalu air mata itu sedia mengalir ke pipi dan mengenai jemari Zen Huzaini. Hangat dan panas sekali.
“ Ini keputusan Hani. Hani sedia lepaskan abang pada dia. Hani tahu abang tak bahagia dengan Hani. Hani tahu abang sangat-sangat mahukan zuriat tapi selama perkahwinan kita Hani tak mampu berikannya pada abang. Jadi, Hani rela lepaskan abang pada dia.”
“ Hani tak perlu buat macam tu. Abang sayangkan Hani. Apa pun yang jadi abang takkan lepaskan Hani. You're my wife.” Zen Huzaini mengesat air mata yang menitis di pipi isterinya. Dia mengucup kedua belah mata Hani Wardah dan mula merapatkan tubuhnya ke arah wanita itu. Merangkul tubuh isterinya ke dalam pelukan dia cuba menenangkan wanita itu walaupun hatinya sendiri sedang kacau bilau. Agak reda, Zen Huzaini merenggangkan tubuh mereka dan mencari anak mata isterinya. Dapat dia lihat ketulusan hati Hani Wardah. Wanita itu terlalu baik. Malah budi pekertinya sangat tinggi. Dia sangat menghargai dan menyanjungi sikap Hani Wardah. Namun saat itu juga, rasa yang ada pada separuh hatinya lagi adalah milik Ann Layli. Tak pernah padam. Tak pernah hilang.
Zen Huzaini mengucup ubun-ubun Hani Wardah dengan penuh syahdu. Kemudian beralih ke pipi dan seterusnya ke leher wanita itu. Hani Wardah juga turut membalas setiap ciuman suaminya. Zen Huzaini dapat merasakan kehangatan cinta isterinya. Sesungguhnya, cinta wanita itu sangat luar biasa.
“ Abang sayangkan Hani. Sangat. Terima kasih untuk semuanya.” Zen Huzaini mengucup lembut bibir itu dan di balas Hani Wardah rela. Tangan lelaki itu mula menjalar keseluruh tubuh sang isteri setelah mendengar desahan suara isterinya. Zen Huzaini akhirnya memejamkan mata menikmati setiap gerak balas dari Hani Wardah yang mulai menggodanya. Dia tahu gerakan rindu isterinya itu.
*********
Sikit je utk chapter kali ini..busy sikit,, tak sempat nak mengolah cerita.. apa2 pun tq yg sudi bace, vote n komen.. muahhh cikeddd,, Your love story teller, WL (。•̀ᴗ-)✧
Share this novel