“ Zara banyak lagi ke nak kena buat tu?”
“ Banyak jugak kak. Tu baru separuh je yang Zara buat. Tak tahulah minggu ni dapat siap ke tak. Kita kekurangan pekerja ni. Tadi pun Anis bagitahu saya yang esok pun dia tak dapat masuk kerja lagi. Anak dia masih belum sihat sepenuhnya.” ujar Zara. Tangannya naik mengarah ke arah timbunan kotak-kotak kecil berbentuk empat segi tepat di depan. Kotak itu adalah untuk bungkusan candy meringue stick yang mahu di buat doorgift.
“ Mira?”
“ Kak Mira pulak lusa baru boleh masuk sebab nak rehat betul-betul sebelum mula kerja lepas cuti keguguran hari tu.” jawab Zara lagi. Riak gadis itu juga kelihatan sangat penat. Apa tidaknya tinggal dia seorang saja yang terpaksa bertungkus lumus membantu Rafidah menyiapkan segala tempahan kek cawan, cookies, candy stick dan beberapa jenis pastri lain di premis tersebut.
“ Haishh..dengan keadaan genting macam nilah kekurangan pekerja pun. Nampaknya Zara dengan akak kena kerja lebih masa la dua tiga hari ni sampai tempahan kita siap. Sebab hujung minggu ni Mak Engku dah nak ambil tempahan tu. Dia minta kita hantar terus ke masjid As-Salam dekat Puchong. Majlis diorang mula lepas Asar.” keluh Rafidah.
Tangan yang sedang melukis design candy berbentuk kartun unicorn tu terhenti seketika. Direnung kertas di atas meja itu lama. Mukanya kelam dek masalah yang menimpa.
Risau tempahan dari salah seorang pelanggan tak dapat disiapkan berikutan masalah kekurangan pekerja kerana bercuti kecemasan. Pekerjanya di premis itu ada seramai empat orang termasuk dirinya sendiri. Apabila dua daripada pekerjanya mengambil cuti, masalah untuk menyiapkan tempahan telah tertangguh.
“ Ye ke kak. Habis tu macam mana?” Zara turut berubah wajah. Termenung dia mendengar cerita dari majikannya itu.
“ Itulah masalahnya. Akak betul-betul pening dah ni. Dengan kelas baking pun ditunda. Tarikh yang Kolej Komuniti bagi tu pun bertindih dengan tempahan kita.” ujar Rafidah. Kedua tangannya meraup wajah yang keruh itu.
“ Apa kata akak ambil pekerja baru sementara. Sekurang-kurangnya dapat siapkan tempahan Mak Engku dulu. Kalau kita tak siapkan tempahan dia susahlah kita. Mak Engku kan pelanggan tetap kedai ni. Itupun kalau akak nak dengar idea dari Zara la.” timpal gadis itu. Dia cuba membantu Rafidah dengan mengemukakan idea tersebut. Manalah tahu ideanya itu diterima. Setidaknya dapat mengurangkan sakit kepala Rafidah dari memikirkan masalah yang tak berpenghujung itu.
“ Ambil pekerja baru?” Rafidah mengulang idea Zara tadi. Pensil ditangannya diketuk-ketuk ke dagu membuat gaya orang sedang berfikir.
“ Aah. Pekerja baru. Akak iklankan dekat luar premis kita ni. Mana tahu kut-kut ada yang berkenan. Nak lagi cepat post dekat socmed. Gaji pula bayar ikut jam kerja.” cadang Zara lagi.
“ Tak membazir tenaga pekerja ke? Nanti kalau Anis dengan Mira dah datang macam mana? Pekerja ramai, kerja pulak tak ada?” tukas Rafidah.
“ Mana ada membazir. Kalau Anis dan Kak Mira datang pun pekerja baru tu kita boleh suruh dia buat kerja-kerja mengemas ke mencuci perkakasan ke? Atau akak bagitahu dia yang akak tetapkan waktu bekerja dan tempoh bekerja untuk dia masa sesi interview nanti.”
“ Contoh waktu bekerja tu akak singkatkan sampai pukul dua atau tiga petang macam tu. Tempoh bekerja pulak akak bagitahu dia yang sekarang tempahan banyak sebab kedai tengah dapat tawaran dari pelanggan. Bila permintaan banyak penawaran pun banyak. So sebab tu sekarang kedai nak ambil pekerja.” Ujar Zara panjang lebar.
Rafidah yang bermuram durja tadi tu kini dah boleh tersenyum sedikit. Cadangan dari Zara itu boleh dipakai juga. Rasanya dia sangat bertuah memiliki Zara sebagai pekerja yang multifunctional itu. Bukan saja cekap membantu kerja di kedai malah cekap juga memberi pendapat dan pandangan ketika dia dihambat masalah.
“ Betul jugakkan! Kenapalah akak tak terfikir macam tu tadi.” ujar Rafidah tersengih.
“ Zara rasa bukan akak tak terfikir tapi sebab kepala akak tu terlalu fokus dengan masalah yang datang sampai tak terfikir jalan nak selesaikannya. So, sebab ada Zara si bijak pandai ni tolong akak dapatlah masalah akak tu selesai. Hehehe..” ulas Zara dengan mengangkat bakul sendiri. Kedua keningnya di naik turunkan ke arah Rafidah bersama sengihan yang panjang.
“ Yelah tu. Apa-apa pun thanks Zara sebab cadangkan idea bernas macam tu. Kejap lagi akak cuba iklankan kerja kosong tu dekat socmed dan tampalkan iklan dekat depan pintu masuk premis kita ni. Harap-harapnya dapatlah pekerja baru nanti. Jangan lupa doakan sekali ye.”
“ Ya akak. Semoga kedai kita cepat dapat pekerja baru. Insha Allah, amiin.” balas Zara. Kedua tangannya diangkat lalu disapu ke wajah mengaminkan doa Rafidah.
******
“ Ben, mama ingat nak buat kenduri doa selamat sikitlah. Apa pendapat Ben?” ujar Amirah tengah hari itu. Dia yang kebetulan ada temujanji makan tengah hari dengan Benz Fahri mengenai beberapa kes di syarikat Khazanah Berhad menyuarakan cadangannya setelah selesai menyudahkan acara makan tengah hari mereka di restoren makanan Arab.
Air teh Jasmine yang berbaki suku di dalam gelas dihadapan itu disisip Benz Fahri perlahan sehingga habis. Gelas tinggi itu kemudian ditolak ke tepi. Mengangkat wajah dia tersenyum pandang wajah Amirah di depan.
“ Kenduri untuk apa?”
“ Kenduri untuk babah sebab baru sihat dari sakit. Mama memang dah benazar masa first day babah masuk wad hari tu. Kalau babah sihat mama nak buat kenduri. Lagipun babah ada bagitahu mama yang dia dah jumpa anak perempuan dia. Langsung la sekali buat majlis tu.” jelas Amirah. Sudah lama dia pasang niat untuk buat majlis kesyukuran itu. Setelah berfikir banyak kali, barulah dia menyuarakan cadangannya dan mendapat sambutan yang baik dari pihak suaminya.
“ Kalau dah bernazar memang kena wajib buat la mama. Tapi pasal anak perempuan babah tu kitaorang belum official lagi jumpa dengan dia. Baru jumpa keluarga angkat dia je.”
“ Tak apalah jumpa keluarga angkat pun. Yang penting dah jumpa selepas 30 tahun. Ha..Ben pun dah dekat tiga bulan selamat balik dari UK. Boleh la mama buat sekali untuk Ben.” tambah Amirah. Ceria wajahnya menyampaikan hasrat.
“ Eh, tak apa mama. Dah lama dah Ben balik. Tak perlu nak susah-susah. Bukannya apa pun.” tolak Ben. Segan dia dibuatnya.
“ Tak apa, mama dah pasang niat. I just want you to come at the majlis, makan- makan, make your ownself comfortable there. Bukan nak suruh buat apa pun. You have to show up your body je. That's it. Please.” pujuk Amirah meyakinkan Benz Fahri.
“ Allah mama tak payah la susah-susah untuk Ben nak buat doa selamat tu. Dah tiga bulan selamat dekat Malaysia ni. Bukannya baru touch down.” ujar Benz Fahri terharu. Serba salah pula dia rasa sebab Puan Sri Amirah beria mahu meraikan kepulangannya.
“ Tak apalah dah alang-alang nak buat majlis tu. Lagipun dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Lebih kurang macam gathering party jugak. At least, kita dapat doakan yang baik-baik untuk semua. Semoga keluarga kita terus sihat sejahtera aman damai dan selalu dalam rahmat dan lindungan Allah.” ujar Amirah.
“ Hmm..” Benz Fahri jeda seketika cuba berfikir.
“ No need to think la. Just say yes. Can you? For sake of babah! I only want to make him happy.” ujar Amirah lagi. Wajah penuh mengharap dia tayang agar hati Benz Fahri cair untuk menerima pelawaan yang dia kira tak seberapa tu.
“ Okay. As you wish!” angguk Benz Fahri tanda menerima tawaran itu.
“ Insha Allah, mudah-mudahan diberkati seluruh keluarga kita. Kalau dah itu kata mama, Ben tak ada alasan nak menolak nampaknya. I have to agree with you. Baik untuk mama, baik juga untuk Ben.”
“ Bila nak langsung majlisnya?”
“ Kalau tak ada aral mama ingat nak buat hujung minggu depan. Babah pun dah habis sesi fisioterapi. Mama punya urusan ofis pun dah settel. Ben try la cek bahagian Ben. Kalau kosong kita proceed ajelah. Tapi kalau Ben ada apa-apa urusan kita tunda ke minggu lain sampai semua free untuk langsungkan majlis kesyukuran tu.”
“ Minggu depan?” Seketika Benz Fahri kelihatan berfikir sebelum manarik keluar telefon pintarnya dari slack hitam. Di slide ke tepi telefon itu sebelum mencari aplikasi memo di dalam telefon pintarnya. Menyemak beberapa kerja yang telah dia catit di sana. Sebaik mengenalpasti tiada sebarang urusan yang tercatit, Benz Fahri mengoyak senyum pada Amirah lalu mengangguk senang.
“ Ben pun free minggu tu. So kita proceed jela ikut tarikh mama. Babah dah tahu ke?”
“ Babah tahu mama nak buat majlis je tapi tak tahu bila tarikh untuk buat majlis tu. Tak apalah nanti mama confirmkan dengan babah and will update you next.” jelas Amirah.
“ Baik ma. Kalau ada apa-apa pertolongan yang mama nak Ben bantu just call me at anytime.”
“ Don't worry. Thanks a lot Ben.” ujar Amirah menepuk lembut tangan Benz Fahri dengan senyuman tipisnya tanda menghargai.
******
“ Kak semalam abang Ajai marah akak ke?”
“ Tak lah. Buat apa dia nak marah?”
“ Yelah tiba-tiba je Ann muncul dekat rumah akak kacau life akak dan abang. Ann rasa bersalah sangat.”
“ Hal kecik je. No need to apologize la.”
“ Tapi muka dia semalam nampak terkejut sangat. Akak bagitahu dia kan sebelum tu yang Ann nak tumpang...”
Menggeleng dengan sengihan Hani Wardah tayang muka tak bersalah bersama barisan gigi yang putih bersih.
“ Sorry akak lupa.”
“ No wonder la muka dia terkejut sangat semalam. Mesti dia ingat akak yang dekat dapur masa tu!”
“ Salah dia jugak. Siapa suruh dia tak bagitahu akak yang dia nak balik. Kalau dia inform awal boleh jugak kita siap sedia. Ini tak, masuk rumah pun pakai kunci pendua, macamlah tak ada orang dekat rumah. Dah gaya pencuri. Itu nasib Ann yang kat dapur. Kalau akak terkejut punya pasal mau akak libas dia dengan pisau potong ayam dekat kitchenette tu.” timpal Hani Wardah dengan wajah geram.
Dia bukan tak sengaja tetapi memang sengaja buat-buat lupa untuk memberitahu suaminya. Malas.
Masih menaruh rasa sakit hati dan kecewa yang bukan sedikit kerana merahsiakan tentang hubungan lama suaminya dengan Ann Layli. Bukan tidak boleh menerima hubungan itu. Dia sikit pun tidak kisah kerana hal itu telah lama berlalu tetapi yang dikisahkan adalah soal kejujuran dan kepercayaan suaminya. Sungguh dia tak boleh bertolak ansur apabila melibatkan soal perasaan itu.
Terkekeh Ann Layli mendengar ocehan Hani Wardah. Tapi dalam hati dia masih rasa bersalah kerana menjadi pengacau antara mereka. Malah jelas kelihatan pada pandangan Ann Layli yang Hani Wardah menunjukkan aura ketidakpuasan hati itu terhadap suaminya secara terang-terangan. Dan, itu membuatkan Ann Layli dengan totalnya berasa tidak selesa. Tetapi untuk dia bertanya apakah sebab musababnya tidak dia berani. Risau di kata penyibuk hal rumah tangga orang pula.
“ Sorry tau susahkan akak dengan abang. Sementara je Ann tumpang akak, once dah dapat kerja Ann cari tempat lain. Segan dan serba salah Ann sebenarnya.”
Menoleh sebentar ke samping Hani Wardah menggeleng.
“ It's okay. Akak dah jelaskan semua dekat dia and dia faham. Tapi dia pesan kalau Ann still tak dapat kerja dalam masa seminggu ni dia akan hantar Ann balik kampung. Dia risau Ann tak boleh survive.”
Tak dapat tidak Hani Wardah terpaksa memberitahu pesanan Zen Huzaini itu.
“ Cakap dekat abang Ajai dia tak perlu risaukan Ann, kak. Ann boleh uruskan hidup Ann sendiri. Kalau balik kampung, Ann terpaksa susahkan mak dan ayah and that's the big and mostly reason why I don't want to go back.”
“ Akak rasa Ann kenalkan hati budi Ajai macam mana?”
Merasa pelik dengan pernyataan itu Ann Layli berpaling menghadap Hani Wardah yang masih tekun memandang hadapan memfokuskan pemanduannya.
“ Apa maksud akak?” berderau darahnya.
Tidak terus menjawab Hani Wardah mengambil inisiatif untuk memberhentikan keretanya. Memberi signal ke kiri lalu memberhentikan keretanya ke pinggir jalan bagi memberi penjelasan yang sebenarnya. Keluhan terlepas juga dari bibir wanita itu. Dia mengambil masa kurang seminit untuk membetulkan ritma jantungnya yang berdegup sedikit laju dari biasa. Usai, dia pandang tepat ke arah anak mata Ann Layli.
Membetulkan letak tubuh di kerusi Hani Wardah berdehem seketika. Bimbang nada yang keluar nanti membuatkan Ann Layli salah faham akan maksudnya.
Mengambil masa kurang seminit selepas itu baru dia menyambung kata semula.
“ It's all about his couple back of years.” dengan senyuman segaris menghias bibirnya.
“ The guitar was sentimental gift..”
“ and..”
“ A thousand memory to be remembered.. I was read those love letters. Quite awesome!” meleret nadanya sambil menatap jauh ke dalam mata hazel di sebelah.
Deng!
Seakan batu besar terasa menghempap kepalanya. Berat. Malah tulang rahangnya juga terasa jatuh dan mengendur dari aras mulut.
Ann Layli terkesima. Liurnya terasa kesat ditelan. Pernyataan sebentar tadi telah melunturkan sedikit semangatnya. Malah terasa malu untuk terus bertatap wajah dengan Hani Wardah lagi. Di bawa lari anak matanya dan langsung menatap kaki yang bersarung flat shoes dihujung karpet kereta.
Sudah berapa lama dia menyimpan rahsia itu namun kebenarannya terbongkar juga. Entah apa yang Hani Wardah bertanggapan terhadapnya. Sungguh dia rasa bersalah. Perasaannya bertambah gundah.
Lama mereka terdiam sebelum Ann Layli merasakan ada sentuhan di tubuhnya.
Menarik perlahan bahu Ann Layli agar berpusing ke arahnya membuatkan automatik anak mata hazel itu menatap ke dalam anak matanya. Nampak takut dan selebihnya entah, sukar untuk Hani Wardah tebak.
“ Ann.. akak dah tahu semuanya. Every single thing. Dan.. ” Jeda seketika. Nafasnya ditarik dalam sebelum dilepaskan dan menyambung bicaranya semula. “.. akak tak marahkan Ann. My husband yang patut dipersalahkan sebab dia merahsiakannya dari akak. But I know itu cerita lama korang. Akak tak akan pertikaikan. You are the past and I was his future. So.. you don't have to be sorry. Akak terima Ann sebagai adik, kawan dan sahabat. Akak ikhlas.” matanya mengerdip lembut ke arah Ann Layli. Senyuman paling manis dihadiahkan buat wanita itu.
Dan seperti selalu seorang Hani Wardah cuba membuang jauh prasangka yang mahu bertapak dalam jiwa dan hatinya supaya dia tidak menelan derita yang bisa membuatkan hidupnya berantakan. Cuba memahamkan dirinya bahawa itu cumalah kisah lama.
Cinta monyet!
Dongeng remaja!
Tak wajar untuk dibahaskan dan tak berbaloi untuk didebatkan lagi.
Left it behind and start it new.
Dari setitik kemudian bertitik-titik manik jernih turun dan mengalir laju di pipi mulus Ann Layli. Entah berasa takut kerana mungkin disalah erti oleh Hani Wardah atau terasa bertuah diterima wanita itu. Namun, rasa itu benar membuatkan jiwanya berombak.
Pernyataan Hani Wardah membuatkan dia tidak tahu untuk bereaksi seperti apa. Separuh hatinya berasa gembira dan bersyukur dan separuh lagi pula berasa serba salah. Kerana dia juga tidak bersikap ikhlas kepada wanita itu apabila tidak berterus terang tentang hubungan lamanya dengan Zen Huzaini. Bukan tidak mahu bercerita tetapi dia risau penerimaan wanita itu. Namun kini, dia boleh menarik nafas lega kerana nampaknya Hani Wardah nyata seorang yang cukup memahami.
“ I'm sorry kak. You are good to be good enough.” Tergugu suaranya dek tangisan yang tanpa segan silu mengalir lalu menonjolkan sepertiga sikapnya yang sedikit sensitif itu. Dia kemudiannya memeluk Hani Wardah melepaskan separuh rasa leganya pada wanita yang sangat memahami itu.
“ Hey, buat apa menangis. Simpan air mata tu. Kita bukan buat jejak kasih lah. Dah..cepat lap air mata tu!” arah Hani Wardah sebaik melepaskan pelukan Ann Layli lalu menarik dua helai tisu dari kotak Scott yang tergeletak di atas dashboard kereta dan diberikan kepada Ann Layli.
Menyambut tisu dia mengelap air mata yang bersisa. Kepala di bawa mendongak cuba mengawal rembesan baki air mata yang terlalu murah untuk keluar itu.
“ I don't love him anymore! I'm used to be a new Ann Layli.”
“ I know la.. semua cerita lama kan.”
Angguk Ann Layli.
“ But..I just want to clear all the misunderstanding.” Tangannya meraih lengan Hani Wardah. Mengusap lembut di situ.
“ All right.”
Merenung lama ke arah wajah Hani Wardah Ann Layli masih tidak puas hati. Apa benar Hani Wardah bisa merelakan seperti itu? Sungguh dia pelik. Abnormal kah perasaan wanita itu?
“ What!” Memutar bola matanya ke atas Hani Wardah menjuih bibir. Tanda malas untuk peduli. Dan perasaannya benar dah terasa kosong. Senang.
Tetapi tetap juga Ann Layli berusaha untuk menyuarakan perasaannya yang sebenarnya. Tangannya menggoncang bahu Hani Wardah memaksa wanita itu berpaling lalu mendengar kata-kata akhirnya. Geram.
“ Kak, listen please! I don't have any feeling towards him anymore!!!”
“ Okayy.. Drop the subject.. His not a right man value to you to fight for! Hahaha..” Bersama anggukan dan gelak besar Hani Wardah memberi ancaman.
Dan, akhirnya kedua mereka tergelak sehingga berhinggut bahu bersama otot pipi yang keras disebabkan zygomatic major mengejang.
Apa tidaknya, masing-masing tak mahu kalah mahu memperjelaskan perasaan mereka terhadap seorang lelaki bernama Zen Huzaini.
“ Dah, jom kita teruskan misi mencari kerja kita. Go..go Ann!” sorak Hani Wardah cuba mengembalikan suasana ceria dalam situasi mereka membuatkan Ann Layli tergelak bersama setelah beberapa minit melewati waktu puncak tadi. Tangannya digenggam erat sambil mengangkat membuat goncangan semangat.
“ Kalau tak dapat?” soal Ann Layli ragu. Kendur riak wajahnya memikirkan nasib diri.
“ Kita doa yang baik-baik. Seminggu tu lama. Banyak masa lagi. Akak janji akan tolong Ann sampai dapat. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.” ujar Hani Wardah dengan semangat.
“ Tapi..”
“ Tak ada tapi-tapi. Akak akan tolong sampai Ann dapat kerja. Jangan fikir pasal kampung ke apa. Fikir yang positif je so that result pun positif jugak. Ann kena berani dan kuat. Jangan biar orang manipulate kita dengan keadaan kita. Ingat pesan akak ni.. women are strong enough. Fight until you get what you want. Allah will leads us and show the right path.” panjang lebar nasihat Hani Wardah. Berkobar-kobar sekali ucapannya.
Dan itu membuatkan semangat Ann Layli yang terluntur sebelumnya telah mencanak naik.
“ Thanks kak for your concern, for your courage, for your advise, for your vibes and the most important for your trust. I'm appreciate it.”
“ Thanks aje?” sebelah keningnya terjongket cuba mengusik Ann Layli.
“ Kalau dapat kerja nanti first gaji Ann belanja akak gimbap, tteobokki dan samgyetang dekat Mr. Dalgakbi dekat Solaris tu. Dengar cerita dekat situ korean dishes dia walahh..” umpan Ann Layli sambil membuat signature ‘lazat’ dengan kedua ibu jari dan jari telunjuk dikepit bersama dan dibawa ke mulut.
“ Sounds good. Akak seorang yang menuntut janji tau. Jangan menyesal nanti.” usik Hani Wardah lagi dengan riak nakalnya.
“ Trust me.”
“ Okay, now let's go!” ujar Hani Wardah seraya menghidupkan semula enjin kereta dan memulakan pemanduannya.
Beberapa ketika merentas jalan raya serta menghadap kesesakan lalu lintas mereka tiba di sebuah kawasan perindustrian kecil dan ringan berhampiran pusat bandar.
Hani Wardah memakir Toyota Yarris putih miliknya di petak parkir yang terdapat di ruangan tempat meletak kereta.
“ Hari ni, kita try cari kat area sini dulu. Kalau ikut pada iklan jawatan kosong yang ada dalam talian ni, kawasan dekat sini banyak yang tawarkan servis perkhidmatan.” beritahu Hani Wardah pada Ann Layli sambil merujuk ke arah telefon pintarnya.
Semalaman dia berusaha mencari di media sosial serta meng'google' iklan jawatan kosong. Dan hasil cariannya membawa mereka ke situ.
Ann Layli melihat beberapa premis bangunan kedai dua tingkat dihadapannya. Ada dua blok bangunan yang berderetan di kawasan itu.
“ Banyak pusat kecantikan kat sini ye kak!” Matanya melihat dan membaca tulisan yang terdapat pada sign board yang tergantung di hadapan premis perniagaan tersebut.
“ Aah. Pergilah try kut-kut ada rezeki. Kalau tak dapat kita try tempat lain. Banyak lagi tempat yang akak dah search ni.”
“ Baik kak. Doakan tau!”
“ Ye akak doa. Ann kena semangat. Ingat! tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Go!” Arah Hani Wardah setelah menitip beberapa pesanan tambahan lagi.
Tidak banyak bicara Ann Layli segera menapak menghampiri deretan kedai dua tingkat itu bersama Hani Wardah.
Dia mula melangkah masuk ke arah premis perniagaan yang pertama di deretan bangunan itu manakala Hani Wardah menantinya di luar sahaja.
Tertera sign board ‘ Hanan Medispa & Beauty ' di situ. Dengan lafaz bismillah Ann Layli meneruskan niat suci murninya itu.
Menolak daun pintu pusat kecantikan itu, matanya tersaji dek suasana yang segar dan santai. Bertemakan latar putih, hitam dan gold membuatkan pusat kecantikan itu kelihatan sangat ekslusif.
Dia menghala kaki ke arah kaunter utama yang terletak di bahagian depan premis. Mencari penyambut tetamu untuk bertanyakan kekosongan yang dicarinya sebelum itu.
Kelihatan seorang wanita muda sedang berdiri dan tersenyum penuh protokol kepadanya. Separuh badan wanita muda itu membongkok dan tangan kanannya dilekap ke dada kanan memberi signature hormat kepadanya.
Ann Layli membalas senyuman wanita itu juga.
“ Selamat pagi. Selamat datang ke Hanan Medispa & Beauty.” ucap wanita muda yang bernama Sara berdasarkan tag nama yang dipin pada dada kiri Di atas kot hitam yang tersarung ditubuhnya. Suara Sara tidak terlalu kuat namun tidak juga terlalu lantang. Cukup membuatkan pelanggan terasa senang diraikan apabila datang ke situ.
“ Selamat pagi. Cik boleh saya bertanya?”
“ Boleh. Silakan!”
“ Semalam saya ada layari laman sesawang Hanan Medispa & Beauty ni tentang kekosongan jawatan beauty consultant. Masih kosong ke? Boleh saya cuba?”
“ Oh! Sila tunggu sebentar. Saya cek dulu dengan bahagian HR ye cik.”
“ Baik.”
“ Cik boleh duduk di kerusi sana dulu. Kita akan layan cik sebentar saja lagi.” ujar Sara ikut protokol lalu mengangkat telefon dan berbicara sesuatu di sana.
Ann Layli menapak ke arah sofa kelabu yang terdapat di kanan meja penyambut tetamu itu dan duduk di situ. Matanya tunak terarah ke sekeliling ruang yang berkonsepkan modern itu. Hanya satu perkataan yang mendominasi ruang otaknya. Elegant! Dia begitu kagum dengan dekorasi premis pusat kecantikan itu.
“ Cik!” suara serak basah Sara mematikan lamunan Ann Layli yang sedang mengagumi dekorasi ruang premis itu. Segera Ann Layli bangun dan menghampiri Sara.
“ Maaf cik, kekosongan jawatan tu dah penuh.”
“ Tapi saya baru lihat iklan itu semalam.”
“ Kekosongan jawatan itu dah diisi dua hari yang lalu. Pihak syarikat kami terlepas pandang untuk memadam iklan jawatan kosong tersebut. Harap cik tidak mengambil serius dengan kecuaian pihak kami.”
“ Oh ye? Tak apalah kalau macam tu. Saya mintak diri dulu. Terima kasih.” ujar Ann Layli hampa namun riak senyumannya masih diceriakan.
Tak apalah belum rezeki!
“ Ya, terima kasih.” balas Sara akhirnya.
Ann Layli keluar dari pusat kecantikan itu. Matanya melilau mencari Hani Wardah. Sebaik kelihatan dia menghampiri wanita itu.
“ Macam mana dapat tak?” teruja Hani Wardah bertanya. Bahu Ann Layli diraih agar mendekat.
“ Dah penuh kak. Dua hari lepas jawatan beauty consultant tu dah diisi.”
Muka yang tadi teruja kini bertukar geram. “ La dah tahu penuh buat apa iklankan lagi? Padam la iklan tu. Hish! buat orang berharap je.” bebel Hani Wardah.
“ Tak apa kak, belum ada rezeki la tu.”
“ Ya belum rezeki. Baru premis pertama. Okay.. okay. Tak apa, depan sana banyak lagi premis. Jom kita cuba lagi.”
Hani Wardah memajukan dagunya kehadapan menunjukkan banyak lagi deretan bangunan yang belum mereka pergi kepada Ann Layli.
Memajukan langkah, mereka berdua terus meneruskan niat mencari kerja kosong yang di baca melalui portal jawatan kosong yang terdapat di carian Google dan beberapa variasi media sosial yang lain.
Ann Layli keluar dari premis yang keempat ketika jarum jam sudah menginjak ke angka dua belas setengah hari. Terik matahari membahang di atas kepala membuatkan Hani Wardah dan Ann Layli berasa sangat letih walaupun kepala dilindungi bumbung premis.
Dan, seperti tiga yang lain, keputusan dari hasil pencarian kerja kosong itu tetap sama.
~“ Maaf cik dah penuh.”
~“ Maaf cik, ini iklan lama.”
~“ Maaf cik, pihak kami tidak menerima kelulusan STPM untuk jawatan ini.”
~“ Maaf cik, kriteria kerja kami tak sesuai dengan lulusan cik. Kami hanya menawarkan khidmat cleaner saja.”
Itu antara beberapa variasi jawapan dari syarikat yang Ann Layli pergi.
“ Jomlah kita pergi makan dulu. Lepas lunch hour kita teruskan misi kita.” ajak Hani Wardah. Dia tidak boleh menunjukkan sikap berputus asa di hadapan Ann Layli. Dia sudah berjanji mahu memberikan aura yang positif saja agar Ann Layli tetap bersemangat walaupun dia sudah keletihan.
“ Tak apalah kak, kita balik jela. Muka akak nampak penat sangat dah tu.”
“ Eh, mana ada akak penat. Semangat akak masih berkobar-kobar lagi ni cuma akak lapar je..” sengihnHani Wardah sambil menggosok perutnya secara memusat.
Tergelak Ann Layli dengan tingkah Hani Wardah tu.
“ Okeylah, jom Ann belanja akak makan dulu. Upah sebab akak tolong bawa Ann cari kerja. Tapi kedai biasa jela. Next time dah dapat kerja dan first gaji Ann belanja akak kat Korean restoran.”
“ Semoga murah rezeki Ann dan urusan Ann dipermudahkan. Amiin.” ujar Hani Wardah lalu mengangkat tangannya seperti berdoa dan mengaminkannya.
“ Amiin. Dah jom.”
Mereka berdua menapak semula ke tempat kereta dan berlalu dari kawasan tersebut.
“ Ann penuh la semua gerai. Time lunch ni memang susah sikit nak dapat tempat.” timpal Hani Wardah dengan mata meliar memerhati kawasan keliling di sekitar medan selera tersebut. Sungguh ramai umat manusia di situ.
“ Itulah. Macam tak ada harapan je nak makan ni. Kak, apa kata kita drive thru aje dekat restoran fast food.” balas Ann Layli memberi cadangan memandangkan perut mereka sudah tidak boleh di bawa berbincang lagi. Berkeroncong teruk!
“ On.”
Selang dua biji kereta di hadapan kelihatan billboard ‘M’ sebesar alam yang berwarna merah dan kuning mendominasi pandangan Hani Wardah. Laju saja dia membelok ke simpang masuk restoran fast food tu apabila kebetulan lampu isyarat sudah bertukar hijau.
“ Kita drive thru mekdi jela Ann. Tak kuasa dah akak nak cari parking. Perut lapar sangat dah ni.”
“ Boleh kak. Janji makan.” Angguk Ann Layli bersetuju.
Kebetulan memang tidak banyak kereta yang berada di lorong drive thru tersebut.
“ Lambatnya kereta depan ni. Mesti banyak dia order ni..” getus Hani Wardah dengan kepala terhendap-hendap di celah cermin kereta sementelah jemarinya sudah mengetuk-ngetuk stereng menunggu sabar di kala perut kian berlagu lebih teruk.
Suara wanita itu kemudian mencantas lamunan Ann Layli yang sedang khusyuk melayari telefon pintarnya. Disimpan ke dalam tas tangan Ann Layli turut panggung kepala memandang hadapan.
Kelihatan Mazda-6 yang berwarna putih di depan kereta mereka. Hampir sepuluh minit lebih mereka terpaksa menunggu kereta tersebut membuat pesanan.
“ Dia order banyak kut kak. Tak pun yang dia order banyak dah habis. Tu lambat tu.”
“ Yelah, nak order pun ingat la orang belakang jugak. Lama sangat kut. Kang kita nak order pun habis jugak. Haa..acaner nak makan. Perut lapar gila ni.” Hani Wardah membebel.
Selang beberapa minit Mazda-6 tadi selesai membuat pesanan dan saatnya kereta mereka mengambil giliran pula.
“ Selamat Datang ke Mc Donald drive thru. Sila buat pesanan makanan anda.” ucap jurujual Mekdi yang berada di dalam bilik pesanan itu dengan senyuman ikut protokol.
“ Ya, saya nak order Double Mc Chicken satu set air nak tukar with Ice Lemon Tea. Lepastu Crispy Mc Chicken satu set air nak Tea Iced Latte.” laju Hani Wardah menutur.
“ Okay. Sila tunggu sebentar dan ambil pesanan dihadapan.” ucap jurujual lelaki itu lagi.
“ Berapa semua dik?” Tanya Hani Wardah apabila jurujual lelaki itu tidak menyuarakan amaun bayaran pesanan makanan mereka.
“ Tak apa kak, kereta depan akak tadi dah bayarkan..”
“ Erk...” Hani Wardah dan Ann Layli saling berpandangan sebelum menoleh semula ke arah jurujual lelaki tadi.
“ Biar betul dik?”
“ Betul kak. Abang tu cakap dia sedekah hari Jumaat.”
Menganga Hani Wardah dan Ann Layli namun tetap juga Hani Wardah mengangguk dengan senyuman bersama ucapan terima kasih.
Keretanya kemudian bergerak meninggalkan parkir pesanan dan bergerak ke parkir menerima pesanan pula.
“ Alhamdulillah rezeki.. Murah rezeki orang tu kan kak. Rajin sedekah kat kita.” ujar Ann Layli sebaik menyambut bungkusan makanan segera mereka.
“ Aah. Murah rezeki dia. Jom makan. Lapar dah ni.”
Terus kedua mereka menikmati makanan segera itu di dalam kereta juga selepas Hani Wardah memakirkan kereta di ruang parkir restoran itu juga. Sudah tak sempat mencari tempat yang sesuai memandangkan perut dah tak boleh bertolak ansur lagi.
****
“ Ah penatnya!” getusnya sambil mengetuk-ngetuk betis yang cramp akibat banyak berdiri dan berjalan lama. Kedua matanya hampir terpejam.
Masakan tidak, hampir satu hari Hani Wardah dan Ann Layli keluar ke bandar merayau mencari kerja. Habis sengal satu badannya saat itu.
Hani Wardah kemudian, melunjurkan kaki dengan lurus ke atas tilam empuknya di bilik tidur itu. Belakang badan di bawa sandar dengan selesa ke belakang kepala katil.
Zen Huzaini baru saja keluar dari bilik air setelah usai mandi. Mencapai tuala kecil untuk mengelap rambut yang separa basah itu dari rak penyangkut sebelum telinganya mendengar rungutan kecil meletus dari bibir Hani Wardah. Pelik melihat reaksi isterinya sebegitu. Jarang melihat Hani Wardah merungut seperti itu membuatkan dia tertanya dan roman wajahnya berkerut hairan.
“ Kenapa?”
“ Tak ada apa.”
“ Tadi abang dengar sayang merungut penat! Kenapa?”
“ Tak ada apa. Saja.”
Mengesan nada malas dan ayat yang sepatah-sepatah tu membuatkan Zen Huzaini sudah dapat menebak sikap sang isteri. Angin taufan isterinya tu masih belum surut nampaknya. Sudah tentu pasal krisis mereka yang sebelum ini.
Menarik keluh, dia menyimpan semula tuala kecil itu di rak penyangkut selepas digunakan.
Berjalan menghampiri katil di bawa duduknya selesa di birai katil bersebelahan Hani Wardah. Tuala mandi masih ditubuh dibiarkannya. Dia mahu cepat tamatkan krisis antara mereka. Kalau bertangguh, mahu makan masa nak memujuk kesayangannya itu.
Nampaknya dia perlu menyelesaikan masalah itu. Kalau tidak dia yang mulakan sampai ke bila pun tak akan selesai. Dia sudah arif dengan sikap manja dan sensitif Hani Wardah. Selagi dia tak memulakan operasi memujuk selagi itulah Hani Wardah akan tayang sikap egonya itu. Malas mahu melanjutkan krisis dia akur mahu memujuk kesayangannya itu. Tanpa disuruh tangannya dengan rajin mengelus pangkal betis Hani Wardah.
“ Meh, abang picit. Mesti sayang banyak jalan tadi ni. Pergi mana? Dapat tak cari kerja untuk Ann?”
“ Tak pe.” datar nadanya. Kedua matanya terpejam saat kakinya menerima elusan lembut dari tangan Zen Huzaini. Tidak membantah mahupun menolak. Akal jahatnya mula menari-nari di minda. Hani Wardah tersenyum menang dalam hati.
Zen Huzaini kelegaan apabila isterinya tidak menolak sentuhan kecil itu. Itu sudah cukup baginya. Setidaknya Hani Wardah boleh menerima kehadirannya saat itu dan menandakan amarah wanita itu masih boleh dipujuk.
“ Meh la abang picitkan. Sayang duduk rileks je.” tukas Zen Huzaini lagi. Dia mengejapkan elusan di bahagian kaki isterinya.
“ Ha situ..situ. Ha kuat sikit. Ah! nikmatnya.” desis Hani Wardah sambil mengarah Zen Huzaini agar memicit betisnya dengan lebih kuat.
Tersenyum Zen Huzaini dengan gelagat isterinya. Tadi acuh tak acuh saja lagaknya. Bila dia berkeras, senang pula wanita itu merelakan dan berlebihan mengarah. Kan dia kata isterinya tu macam kerak nasi. Keras diluar lembut di dalam.
“ Ann dah dapat kerja ke?” Sekali lagi dia bertanya.
Sebelah mata Hani Wardah terbuka melihat riak suaminya yang masih mengelus lembut di pangkal betisnya itu.
“ Concern betul abang dengan ex abang tu kan!”
Hampir tercekik liur Zen Huzaini mendengar ayat dari mulut Hani Wardah. Dia menelan air liur perlahan cuba membetulkan saluran nafas yang terasa menguncup seketika. Itu kalau tak pandai buat ayat silap haribulan boleh tersalah penilaian.
“ Berbaloi ke sayang tolong Ann cari kerja sampai sakit-sakit kaki macam ni? Abang tak nak sayang sakit. Ann yang nak kerja bukan sayang. And I'm sure mesti tak dapat kerja lagi kan!”
“ Kalau dah sure tak dapat kerja lagi buat apa tanya!”
Deng!
Zen Huzaini rasa nak hantuk saja kepalanya ke dinding. Tanya salah tak tanya nanti lagi salah. Nah! sekarang dua-dua pertanyaan dia mendapat reaksi yang sama walaupun soalan yang berbeza.
Jadi, kesimpulannya jangan pernah mencari pasal dengan wanita.
Huh! Sabar la duhai hati dengan makhluk paling istimewa dalam dunia ini. Merekalah yang paling unik sekali. Herot bibirnya kerana memendam rasa hati yang kewalahan.
Akhirnya Zen Huzaini mengalah. Terus diurungkan niat mahu bertanya lanjut. Dia tahu tidak boleh memprovok isterinya begitu lama. Kena pandai-pandai tackle hati dan jiwa halus wanita itu. Kalau dipaksa berlebihan nanti cerita lain pula yang di buat krisis. Dan kesudahannya dia juga yang merana.
Menarik kaki lalu bersila. Hani Wardah membuka matanya sambil meregangkan badan. Terus tangan Zen Huzaini terhenti dari meneruskan urutan lembut itu.
“ Dah okay ke? Ada lagi part yang nak abang urut?” soal Zen Huzaini. Dia bangun dan berdiri disamping isterinya lalu membetulkan letak duduk kain tualanya dipinggang.
Sekadar menggeleng, Hani Wardah membetulkan letak bantal di kepala katil dan merebahkan kepalanya di situ. Menandakan dia sudah mahu tidur.
Tidak menanti lebih lama Zen Huzaini beredar. Perut yang berbunyi kala itu membuatkan tubuhnya terus menghala ke pintu. Mahu mencari makan di dapur.
Menarik kenop pintu dia mahu menapak keluar pintu namun belum sempat tubuh melepasi terdengar teriakan Hani Wardah.
“ Abang!!”
Langsung terundur kakinya refleks dari jeritan itu dan membuatkan kepalanya terbentur ke jenang pintu. Bergetar seluruh neuron kepalanya. Terus tubuh berdiri tegak memandang Hani Wardah yang kejung atas katil dengan riak ketidakpuasan bersama mata mencerlung tajam.
Apalagi! Mahu saja di jeritnya ke arah Hani Wardah namun otaknya sempat meningkah. Dan jeritan itu hanya terburai di dalam batinnya saja.
“ Abang lupa ke atau buat-buat lupa?”
“ What?”
“ Abang nak Ann jerit lagi ke tengok abang? Semalam satu rumah bergegar. Kejap lagi satu taman pulak tsunami!” terjah Hani Wardah. Geram melihat tampang suaminya yang beriak tak berdosa itu.
Huh! Suami dia ni memang punya masalah ingatan kut!
“ Kenapa? Abang nak pergi dapur cari makanlah. Lapar kut. Bukan nak buat apa pun!” Dalam sebal Zen Huzaini menjawab. Sudahhlah perut lapar, kepala pulak terhantuk sekarang hati pulak mendidih disergah Hani Wardah.
“ Kut ya pun lapar pakai la pakaian dulu. Saja kan nak show off body tu. Nak goda Ann ke apa? Abang jangan nak perasan sangat eh!” bebel Hani Wardah. Memuncung bibirnya menghala ke arah tubuh si suami. Kecil besar saja figura tak bersalah yang Zen Huzaini tayang depan matanya.
Zen Huzaini pandang tubuh sendiri dan baru perasan dia belum memakai baju mahupun seluar. Tubuhnya masih terlanjang tak berbalut apa hanya tuala saja yang melilit pinggang. Dia tepuk dahi.
“ Lupa!” getusnya perlahan lalu berjalan ke arah almari pakaian.
Kan! Sudah di bilang yang suaminya Zen Huzaini itu ada masalah lupa ingatan.
Grrr..
Hani Wardah menjulingkan matanya ke atas lalu menyambung rehatnya semula. Beberapa saat selepas itu terdengar pintu bilik terbuka dan menandakan suaminya sudah keluar dari bilik. Tindakannya masih lagi memprotes apabila sengaja dia malas melayan suaminya makan.
Hai WL bersiaran lagi hari ini..selepas seminggu tamat PRU15..hehe Jangan stress-stress fikir masalah negara. Dah ada PM yg ke 10 kan.. Moh la baca sambungan FFM yg tak seberapa ni..Tq yg sudi support, vote,baca dan komen.. Love you infinity.. 221126
Share this novel