Melangkah laju ke arah bilik rawatan yang menempatkan wanita yang di selamatkannya bersama perasaan kucar kacir tadi mengakibatkan Benz Fahri tak perasaan sehingga dirinya melanggar seseorang.
“ Oh sorry! Sorry!” tukas Benz Fahri sebaik dia angkat wajah dari pandangan hujung kasutnya.
“ Watch your step bro!” Lelaki berjaket hitam tu merenung tajam Benz Fahri sebelum melangkah laju meninggalkan lelaki itu dengan mata yang terkebil-kebil. Terkejut di sergah dia mengurut dada.
“ Abang Benz!” tepuk Azlan Waqif dari arah belakang pula. Benz Fahri pusing wajah. Berkerut dahinya.
'Dah dari mana pulak datangnya budak ni!'
“ Lan buat apa kat sini?”
Budak lelaki berusia lebih kurang lapan belas tahun tu tersengih.
“ Lan datang ziarah babah. Babah check in semalam.”
“ Babah check in? Sakit apa? ” terkejut lelaki tu dengan perkhabaran si Azlan. Berubah wajahnya.
“ Mama kata babah tiba-tiba mengadu sakit dada. Berat dan sesak semasa nak bernafas. Mama panik terus ajak Han bawak babah datang sini. Doktor baru check tadi. Kemungkinan babah terkena mild heart attack.” laju Azlan memberitahu.
“ Allahuakbar. Babah dekat wad mana? Mama tak inform abang pun.” ulas Benz Fahri risau. Dahinya diurut dengan ibu jari dan jari telunjuk
“ Dekat wad cempaka depan sana. Mama lupa la tu. Kelam kabut semalam. Abang buat apa kat sini?” soal Azlan pulak. Baru teringat nak bertanya.
“ Oh. Tak apa kejap lagi abang lawat babah. Abang nak ziarah kawan sakit dulu. Lagipun abang dengan Kak Julia dan Abang Tiar ni. Diorang pergi restroom sekejap.” beritahu Benz Fahri.
Terangguk-angguk kepala si Azlan walaupun dia nampak blur sebab tak nampak Si Bakhtiar dan Julia seperti yang diceritakan oleh lelaki tadi.
“ Abang pergi jenguk kawan abang dulu lah. Siap nanti abang pergi ke bilik babah. Lan tunggu sana ye.” balas Benz Fahri semula lantas melangkah meninggalkan Azlan.
“ Okey!” Ujar Azlan.
**************
Ann Layli terkesip saat suara seorang lelaki menujah pendengarannya. Kepalanya masih terasa berat dan berpusing. Namun digagahkan juga berdiri kerana terasa tekak yang kehausan. Dia yang baru turun dari katil itu pantas berpaling.
“ Ehem.. Ehem..” tegur suara itu.
“ Ya encik? ..” soal Ann Layli kehairanan. Terkebil-kebil matanya menafsir figura tubuh tinggi lampai di hadapan. Keningnya hampir bercantum melihat seorang lelaki berbaju kemeja biru tua yang berdiri di hujung katil hospital itu.
“ Puan dah boleh discharge. Tadi nurse ada beritahu saya. Saya akan hantar puan balik.” terang Benz Fahri dengan tenang walaupun hatinya bergetar tika terpandangkan wajah Ann Layli. Seperti dejavu sedang berputar di mindanya. Seperti pernah mengalami situasi begitu.
Ann Layli terkejut. Entah dari mana pula datang lelaki ini yang tiba-tiba nak hantar dia balik. Pergi mana pula suaminya si Muqri? Dia pandang keliling dan baru tersedar yang dirinya berada di hospital. Semerta teringat akan kejadian pertengkaran kecil antara dia dan suaminya di kawasan rehat dan rawat beberapa jam tadi.
“ Err.. Suami saya mana. Encik ni kawan suami saya ke?” soal Ann Layli terpinga. Perut yang masih terasa kejang itu membuatkan dia tak betah berdiri. Laju saja dia duduk di birai katil sambil mengampu perutnya dengan wajah yang berkerut.
Ann Layli angkat semula wajah lalu pandang ke arah lelaki yang berkumis nipis di depannya itu. Masih kekal seperti tadi. Berdiri sambil bersandar pada dinding bilik itu dengan jarak dua meter dari katilnya. Wajah lelaki itu tetap sama juga seperti tadi. Serius namun tenang.
“ I don't have any idea mana suami puan pergi tapi masa puan jatuh pengsan tadi memang tak ada sesiapa kat tempat kejadian.” cerita Benz Fahri lanjut. Kedua tangan dimasukkan ke dalam saku seluar. Belakang badan tetap jua bersandar pada dinding bilik tersebut. Dia mahu menyelesakan irama yang sedang berpalu kuat di jantungnya tika itu. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu.
“ Tak ada!” Ann Layli bercakap seorang diri namun dapat di dengari oleh lelaki di hadapannya itu. Tangan yang tak gatal laju saja menggaru kepala.
“ Yes! There's no anyone there.” Angguk lelaki berbaju kemeja itu kembali.
Bertambah kerut kening di dahi wanita itu. Ayat dalam kepala kembali bertingkah lagi. Takkan Muqri tinggalkan aku sorang-sorang dekat situ?
“ By the way, I must tell you something! " lelaki itu hela nafas perlahan sambil pandang wajah keruh Ann Layli.
Ann Layli angguk seolah menyuruh lelaki itu agar meneruskan bicaranya.
“ I saw you fallen down there and I'm panicked. I had to touched you. Saya minta maaf. Tapi puan jangan salah faham. Darurat. Saya tak boleh nak fikir apa-apa melainkan selamatkan nyawa puan. Terus saya bawa puan ke sini atas nasihat doktor yang kebetulan ada dekat situ, " tambah Benz semula. Cepat saja dia menerangkan situasi yang terjadi. Dia risau jika wanita di depannya tersalah faham.
“ Tak apalah. Dah darurat. Apa yang boleh saya buat. Saya pun nak minta maaf pada encik sebab susahkan encik.”
Ann Layli termenung sekejap saat mendengar cerita lelaki di depannya. Keluhan kecil terbit dari bibir mungilnya.
**************
Wayar yang berselirat penuh di tubuh seorang pesakit lelaki di hujung bilik rawatan kecemasan itu membuatkan Mark dan John tidak dapat merapati pesakit. Mereka memerhati cuma dari jauh beberapa kakitangan hospital melakukan rawatan serta pemeriksaan rapi kepadanya.
“ Macam mana ni John?” soal Mark dengan mata menala pada arah katil Muqri berselang dengan wajah John di sebelah pula.
“ Apa yang macam mana?” John bagi semula soalan dengan nada sambil lewa. Tangan masih lincah menekan skrin telefon dengan mata menala pada alat komunikasi itu. Sejak setengah jam yang lalu John sudah pegang telefon itu untuk bermain game.
“ John! Kau tau tak kita dekat mana ni? Dari tadi asyik tekan menatang tu. Kita datang sini tengah buat kerja. Kalau tahu dek Kent masak kita bro. Cepat la tolong aku fikir macam mana nak bawak si mangkuk tu keluar dari sini.” balas Mark geram. Suaranya sengaja di tekan sedikit kuat ke pendengaran John namun masih perlahan. Kut-kut lah mamat sebelah dia tu kurang dengar. Tapi nak kata kuat dan lantang tu tak adalah sebabnya mereka dekat hospital. Karang dengar dek kakitangan baju putih tu naya jadi hal lain pulak. Mark geleng - geleng kepala. Stress.
John panggung kepala tengok kiri kanan apabila selesai dia menamatkan 'battle' dia sebentar tadi. Terakhir dia pandang muka Mark yang masih setia di sebelah. Muka kawan tu punya berkerut usah di cakap.
“ Relax la bro. Aku dah figure out macam mana kita nak pergi dekat mamat tu. Kau duduk je sini diam-diam.” jawab John tenang dengan senyum meleret. Dia pandang kawasan sekitar bilik rawatan ruang kecemasan tu. Chaos! Tunggu dah reda baru dia mulakan operasinya.
Sebentar tadi dia sudah memulakan langkah pertama iaitu memaklumkan beberapa arahan pada seseorang di balik talian. Kini dia mahu menunggu masa yang sesuai untuk memulakan langkah kedua pula.
Mark di sebelah menarik nafas lega apabila di beritahu John tentang rancangannya. Lelaki suruhan itu akhirnya duduk diam memerhati keadaan keliling saja sambil menunggu arahan lanjut dari John serta pihak atasan mereka.
***********
“ Macam mana? Boleh ke puan?” Soal Benz Fahri dari belakang. Tiba - tiba sahaja dia mencelah di sebelah Ann Layli yang terkial-kial menilik pagar rumahnya yang kelihatan bermangga besar.
Ann Layli terkejut lantas berpaling. Dia ingatkan lelaki yang menghantar dia tadi tu dah balik rupanya masih menunggu lagi. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.
“ Rumah saya berkunci. Kunci pun ada dengan suami saya. Ingatkan dia dah sampai ke rumah. Tak apalah encik. Saya boleh tunggu suami di rumah jiran saya. Mungkin sekejap lagi suami saya sampai.” Ujar Ann Layli sambil memandang ke arah mangga pada pagar rumahnya kembali. Hampa.
“ Tak apalah kalau puan dah cakap macam tu. Kalau ada hal apa-apa puan boleh hubungi saya.” Ujar Benz Fahri sambil menyerahkan kad namanya kepada Ann Layli lalu wanita itu mencapai kad tersebut dan terus memasukkan ke dalam tote begnya. Benz Fahri berlalu pergi setelah berpesan sepatah dua kata kepada wanita itu.
“ Budak tu pergi mana?” kalut saja Sharifah Julia bertanya dari tempat penumpang depan sebaik tubuh Benz Fahri masuk ke dalam kereta.
“ Let me take my breath sister!” ucap Benz Fahri. Dia menyelesakan letak tubuh pada seat Vellfire itu dan mengenakan tali pinggang keselamatan sebelum memulakan sesi soal jawab dengan si kakak yang penuh drama di depannya. Nafas ditarik dalam.
Megat Bakhtiar hanya mampu geleng kepala melihat sikap keanak-anakkan isterinya yang tidak sabar itu di tambah pula dengan sikap adiknya si Benz yang kelihatan sangat pelik dari kebiasaan. Sangat pelik kerana tiba-tiba menunjukkan sikap terlalu `caring' dan `overprotective ' nya terhadap seorang wanita. Dah lama sebenarnya sikap kontra itu tidak wujud dalam kamus hidup seorang Benz Fahri yang paling dia kenal dan faham luar dalam.
“ Tamam. Tamam.” balas Sharifah Julia tersengih lalu mengadap ke hadapan. Matanya masih tak lekang memandang susuk tubuh wanita yang baru saja mereka tumpangkan ke kawasan perumahan itu. Wanita itu seperti punyai daya penarik yang tinggi apabila dipandang. Membuatkan matanya seperti terpukau setiap kali memandang. Tanpa sedar Sharifah Julia mengeluh sendirian.
**************
“ Assalamualaikum Kak Hani oh Kak Hani!.. ” Laung Ann Layli dari luar pagar wanita itu. Terjengket-jengket kakinya meninjau ke arah pintu utama rumah Hani Wardah.
Seketika terjengul kepala Hani Wardah dari balik pintu rumahnya. Terkocoh kocoh wanita itu keluar sebaik nampak Ann Layli di depan pagar rumahnya.
“ Ann.. La ingatkan siapa tadi. Mana Ann pergi? Banyak hari Kak Hani cari.” pintu pagar di buka lantas Ann Layli masuk ke kawasan rumah wanita itu dan mereka bersalaman serta berpelukan.
“ Ann ikut suami balik kampung kak. Maaf sebab tak sempat nak beritahu pada akak. Ada hal kecemasan.” ujar Ann Layli. Riak wajahnya memudar.
“ Patutlah..” seru wanita itu lalu membawa Ann Layli duduk di kerusi sofa tiga.
“ Kak, Ann nak tumpang rumah akak sekejap boleh? Suami Ann tak balik lagi. Dia kena melawat site terus sebab ada hal kecemasan. Ann lupa nak ambil kunci dengan dia tadi. Tapi akak tanyalah dekat suami akak dulu. Minta keizinan dia. ”
“ Boleh tak ada masalah. Ann duduk je sini. Nanti akak bagitau dengan abang Ajai.”
“ Sekejap je kak. Abang Muqri balik nanti Ann balik rumah Ann. Kelam kabut tadi lupa nak ambil kunci. Kalau Ann call suruh dia patah semula pun susah jugak nanti. Minta maaf sangat sebab Ann susahkan Kak Hani dengan Abang Ajai. ”
“ Tak apa. Duduk je. Tak ada susahkan pun. Akak lagi suka. Ada kawan boleh borak-borak. Abang Ajai pun tak ada dua hari ni. Dia ada kerja luar. Lusa baru balik.”
Ann Layli lega. Dia senyum hambar. Perut yang masih terasa sakit itu di usap perlahan sehingga Hani Wardah terperasan akan tingkahnya.
“ Eh, sibuk borak lupa dah akak. Ann dah makan? Kalau belum jomlah kita makan. Akak baru siap masak. Tapi yang simple-simple ajela. Sebab duduk sorang.” ajak Hani Wardah dengan sengihan kerana keterlupaannya semakin menjadi-jadi kini.
“ Belum kak. Tula Ann pun rasa lapar jugak. Maaf la susahkan akak sekali lagi.” balas Ann Layli.
“ Ish! budak ni dari tadi dok cakap menyusahkan.. menyusahkan . Tak ada apa yang susah pun. Akak suka dengan Ann. Sebab ada jugak kawan borak. Dah jom makan. Karang dok borak sampai ke petang tak makan-makan. Dah jom..” pantas Hani Wardah menampar manja bahu wanita itu lalu menarik tangan Ann Layli ke dapur. Tersengih-sengih Ann Layli bila di marah manja begitu. Terasa separuh dari bebanan masalahnya menghilang.
P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.
Share this novel