Bab 19

Romance Series 77048

Flash back!

Seorang lelaki berpakaian hitam dan berkaca mata senada melintas meja kerja Puan Sri Amirah lalu memboloskan diri ke bilik peguam negara yang terkenal itu.

Datin Sri Amirah yang baru duduk di kerusinya setelah keluar dari bilik Tan Sri Zahid tadi sedikit tercengang. Dia tidak sempat menahan lelaki itu dari terus menceroboh bilik suaminya. Setahunya suaminya tidak memesan apa-apa hal mustahak kepadanya jikalau ada pertemuan dan perjumpaan dengan sesiapa pun. Terpinga-pinga melihat susuk itu dia bangun lalu turut mengekor tubuh tegap itu.

“ Tan Sri.. Saya tak sempat.. Ma..af!” ujarnya sebaik membuka pintu pejabat tersebut.

Lelaki yang bertubuh tegap itu sedang berjabat tangan dengan Tan Sri Zahid terkesip. Pandangannya tajam menikam pandangan seorang wanita di hadapan. Namun, Tan Sri Zahid tersenyum mengangguk seolah membenarkan pertemuan itu.

“ It's okay Amirah. His my client actually. You may in too!”

“ Oh, okay!” ucap Amirah penuh protokol selaku seorang setiausaha yang berkaliber yang sedang berkhidmat kepada majikannya walaupun dia adalah seorang isteri yang sah kepada lelaki korporat itu.

Amirah kemudiannya menutup pintu bilik itu semula dan berjalan menghampiri kerusi khas untuknya di dalam bilik itu. Manakala, Tan Sri Zahid mula mempersilakan lelaki yang di kenali dengan nama Amran itu duduk setelah mereka saling berjabat.

“ Maaf Encik Amran, ini setiausaha saya. Terlupa untuk inform dia akan kehadiran encik tadi. Silakan duduk!”

Amran sekadar mengangguk dengan ekspresi yang tegas. Sudah kelaziman menjadi seorang pegawai penyiasat persendirian yang berfigura kurang mesra itu membuatkan Amran tidak banyak berbicara. Dia kemudian duduk setentang dengan Tan Sri Zahid di sofa berdekatan meja kerja peguam itu.

Tidak melengahkan waktu Amran terus menghulurkan sampul coklat yang entah berisi butiran apa kepada Tan Sri Zahid. Amirah masih kekal berdiam diri di tempatnya dan memerhati tingkah serta bicara kedua mereka. Namun dari gaya dan caranya Amirah tahu itu isi sampul itu adalah penting dan sangat rahsia.

Zahid meneliti isi sampul tersebut sebelum dia tersandar lemah serta hampir rebah di depan Amirah dan pegawai penyiasat itu.

“ Abang! Ya Allah! Kenapa ni abang?” Cemas dan kalut Amirah saat itu. Dia lantas menerpa susuk suaminya yang memegang dada dengan sangat kuat. Suara Tan Sri Zahid juga hampir tidak keluar menahan sesak yang teramat di bahagian dada itu.

“ Puan bertenang. Kita bawa Tan Sri ke hospital dulu!” ujar Amran. Dia turut membantu Amirah menahan tubuh Tan Sri Zahid dari rebah. Lelaki separuh umur itu kelihatan tercungap-cungap untuk bernafas. Mereka perlu cepat dan segera menghantar lelaki itu untuk mendapatkan rawatan.

“ Kenapa dengan suami saya. Apa isi sampul tu?” soal Amirah kepada Amran ketika dalam perjalanan mereka membawa Tan Sri Zahid ke hospital.

Amran mula menceritakan kisah sebenarnya kepada Amirah. Dia yang dia telah di upah Zahid untuk mencari anak gadis suaminya yang lama terpisah.

Setelah menceritakan duduk perkara sebenarnya Amirah kelegaan. Emosinya mula membaik walau tidak sepenuhnya. Dia pernah tahu kisah itu dari suaminya namun tak pernah tahu yang suaminya mahu mencari anak gadis itu. Dia juga sudah jatuh kasih pada anak gadis itu sejak kali pertama melihat foto anak kecil yang pada ketika itu berumur lebih kurang 5 tahun yang ditunjukkan suaminya.

“ Mama!” panggil Azhan Wadif. Anak lelaki yang bersusuk tegap itu berjalan santai ke arah gazebo mendapatkan ibunya yang kelihatan termenung di hadapan kolam ikan rumah mereka.

Lamunan Amirah membuyar semasa mengingatkan cerita beberapa hari lepas. Serta merta pandangan wanita itu di alih ke arah panggilan suara yang memanggil. Dia tersenyum menutup kegusaran di hati.

“ Kenapa Han?” soalnya.

Azhan Wadif tersenyum lalu memaut bahu wanita itu. “ Tak ada apa Ma. Ma tu termenung je Han tengok. Mama fikir apa? Risau pasal babah lagi?”

Amirah membetulkan duduk. Pandangannya di bawa ke arah sekumpulan ikan koi merah kesayangan mereka sekeluarga yang tenang berenang di dalam kolam itu. Sekali sekala kelihatan ikan-ikan tersebut melompat riang ke permukaan air. Amirah berasa tenang melihatnya. Di situlah tempat dia mencari ketenangan jikalau hatinya galau merusuh dengan masalah.

“ Tak ada apa pun Han. Biasalah mama risaukan babah. Kesihatan dia akhir-akhir ni sering terganggu. Lagipun babah tu susah sikit nak makan ubat. Suka sangat bertangguh. Itu yang mama susah hati. Emosi dia juga nampak tak stabil. Termenung tu tak payah cakaplah. Selalu sangat.” cerita Amirah.

“ Ya, Han tahu. Han pun nampak babah suka termenung. Mama dan babah ada masalah?” soal Azhan Wadif ingin tahu.

“ Mana ada. Mama dan babah okay je. Tapi tulah babah tu asyik fikir tentang anak perempuan dia dengan arwah isteri dia dulu. Babah nak cari anak dia yang lama terpisah tu. Disebabkan babah tu banyak sangat berfikir itu yang buatkan kesihatan dia lambat nak pulih.” adu Amirah.

“ Serius ma, babah ada anak perempuan? Maknanya Han ada kakak lah ye?” Azhan Wadif teruja. Wajahnya kelihatan bersinar-sinar. Selama dia berusia lapan belas tahun inilah kali pertama dia dapat tahu yang dia ada seorang kakak.

“ Hei, apa perempuan-perempuan? Kau dah jumpa calon menantu mama ke?” suara seseorang mencelah antara perbualan anak dan mama itu membuatkan Azhan Wadif menjulingkan mata ke atas.

Keduanya beralih melihat figura yang berjalan santai ke arah mereka.

Azlan Waqif!

Dia merupakan kembar tak seiras kepada Azhan Wadif yang dilahirkan Amirah hasil perkongsian hidup bersama suaminya Tan Sri Zahid.

“ Sibuk je mamat ni! Kau apahal datang kacau daun ni!” Azhan Wadif menggetus. Cemberut mukanya melihat si adik kembarnya itu datang menebeng di sebelah mama mereka.

Azlan Waqif yang lebih kepada wajah Tan Sri Zahid itu mencebir bibir.

“ Eh, suka hati akulah nak kacau daun ke kacau bunga ke! Ni mama aku jugak. Kan ma kan!” ujar Azlan Waqif memandang wajah mamanya dengan sengihan seraya memaut bahu Amirah menonjolkan sifat penaklukannya itu. Sehari jika tidak berperang mulut antara keduanya memang tidak sah. Ada sahaja yang hendak ditelagah mereka.

Amirah geleng kepala melihat tingkah anak-anak remajanya yang suka terlebih bergurau senda. Kadang kala sehinga boleh menyebabkan pergaduhan kecil namun tidaklah sehingga bertumbuk.

“ Ma, jawablah ma! Betul ke Han ada kakak ni? Betul babah ada anak perempuan?” Masih belum mendapat jawapan kepada persoalannya di awal perbualan mereka tadi, Azhan Wadif masih menagih jawapan dari mamanya.

Amirah angguk kecil mengiakan. Dia mula menceritakan serba sedikit kisah yang dia tahu kepada anak-anaknya.

“ Betul. Kamu berdua ada kakak biologi yang sama. Dia adalah anak perempuan babah hasil perkahwinannya dengan isteri pertama dulu. Tapi isterinya umur tak panjang. Sebaik melahirkan anak mereka, isterinya meninggal. Lepastu keluarga mertua babah nakkan anak mereka tapi arwah isteri babah upah orang untuk larikan anak mereka dari ancaman keluarga mertua babah. Sehinggalah sekarang babah tak pernah berjumpa dengan anaknya. Sebab itu, babah nak sangat cari anak perempuannya yang terpisah tu.”

Azlan Waqif yang tidak tahu hujung pangkal cerita hanya diam saja. Ternganga dia mendengar kisah lama bapa mereka dari mamanya. Tidak pernah juga dia tahu tentang hal itu, namun seperti kembarnya tadi dia juga mula teruja apabila mengetahui yang dia mempunyai seorang kakak.

“ Eh, serius ma kita orang ada kakak? Wah bestlah macam tu. Kalau babah jumpa kakak tu suruhlah bawak kakak balik rumah kita. Mesti rumah kita tak sunyi dah kan!”

“ Berapa umur kakak tu ma? Nama dia siapa?” soal Azhan Wadif lagi.

Kelihatan Amirah mencongak sendiri di dalam kepalanya. Seingatnya anak perempuan itu mungkin sudah menjangkau usia dua puluhan. Ini kerana dia juga sudah bernikah dengan Zahid dua puluh tahun. Sebelum bernikah dengannya Zahid telah menduda hampir tiga tahun.

“ Kalau tak silap mama lebih kurang dua puluh tahun lebih. Muda sikit dari Abang Ben je. Kakak korang tu sepupu dengan Kak Lia isteri Abang Tiar. Tapi nama tu mama tak pastilah.. For sure nama dia ada juga Sharifah kut!” ulas Amirah lanjut.

Terangguk-angguk kepala Azlan Waqif dan Azhan Wadif mendengar cerita versi kakak mereka itu. Masing-masing sangat teruja untuk berjumpa dengan anak kandung babah mereka. Amirah juga sangat gembira menceritakan beberapa kisah lama antara dia dan suaminya dulu kepada si anak-anak.

“ Assalamualaikum. Seronoknya borak! Sembang pasal apa?” soal Benz Fahri sambil menolak kerusi roda Tan Sri Zahid ke arah mereka bertiga.

Amirah serta anak-anaknya tersenyum memandang tetamu mereka serta Tan Sri Zahid yang baru balik dari mendapatkan rawatan susulan di hospital.

“ Waalaikumsalam. Alah, sembang kosong je. Abang dah balik? Macam mana perkembangan abang hari ni? Doktor ada cakap apa-apa ke Ben?” soal Amirah seraya mencium tangan suaminya. Dia mengelus lembut bahu Tan Sri Zahid.
Menatap suaminya penuh kasih sebelum berpaling ke arah Benz Fahri semula.

Tan Sri Zahid tersenyum senang. Dia begitu sayangkan Amirah yang pandai mengambil hatinya dari sejak awal perkahwinan mereka lagi. Walaupun perkahwinannya bersama Amirah bukanlah atas dasar cinta namun kasih sayang itu bersemi dari ke hari kerana perwatakan lemah lembut dan sopan santun wanita itu yang berjaya menambat hatinya.

“ Abang okay hari ni. Semuanya baik. Progress untuk fisio abang pun dah keluar. Nanti kena jumpa pakar fisio pula. Insha Allah doktor kata abang akan cepat pulih.”

“ Alhamdulillah. I'm happy for you babah!” ucap Azlan Waqif lalu meraih tangan bapanya. Dia mengelus lembut tangan itu. Zahid tersenyum senang.

“ Alhamdulillah. Syukur. Irah doakan abang cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Kawan-kawan abang dan staff di ofis semuanya doakan abang tau.” ujar isterinya pula. Amirah begitu bersyukur kerana doanya untuk melihat suaminya sihat seperti sedia kala akan menjadi kenyataan.

“ Amiin. Alhamdulillah, berkat doa dan ucapan yang baik-baik dari semua juga.” Tan Sri Zahid mengaminkan kata-kata isterinya.

“ Oh! Lepas ni bertambah ceria lah rumah kita sebab babah dah sihat sepenuhnya. Babah bila babah nak kenalkan Han dan Lan pada kakak?” soal Azhan Wadif gembira.

“ Kakak?” soal Tan Sri Zahid pelik. Seingatnya dia belum menceritakan apa-apa pun pada keluarganya termasuk isterinya Amirah. Pandangannya di halakan pada Benz Fahri menanti jawapan kerana pada anak saudaranya itu sajalah yang baru dia ceritakan tentang hal anak perempuannya yang telah lama dia cari.

Benz Fahri menggaru pelipis yang tidak gatal. Sedikit perasaan bersalah mengganggu benaknya. Belum sempat dia bersuara Amirah terlebih dahulu memberitahu.

“ Abang dah lupa soal P.I Amran yang abang upah sebelum abang sakit tu?” sengaja Amirah bersoal kepada suaminya.

Benz Fahri serta Azlan dan Azhan sama-sama memandang atara satu sama lain. Apakah mereka tidak silap dengar tentang P.I (Private Investigate) yang diucapkan Amirah itu?

“ Allah, abang benar-benar tak ingat Irah. Ya, sebelum abang jatuh sakit P.I Amran ada berjumpa dengan abang. Astaghfirullahaladzim macam mana abang boleh lupa dengan hal tu!” Tan Sri Zahid menggeleng kesal. Hal sebesar itu pun cepat benar dia lupakannya. Dia mengeluh sendirian.

“ P. I Amran dah ceritakan semuanya pada Irah. Abang janganlah susah hati.. Insha Allah tak lama lagi kita akan jumpa dengan anak abang tu!” pujuk Amirah cuba mententeramkan hati suaminya. Dia tersenyum memandang Tan Sri Zahid seraya mengelus jemari suaminya itu.

“ Betul babah..Ben pun dah suruh someone carikan anak babah tu. Babah tak perlu susah hati fikirkan hal yang remeh temeh. Ben nak babah fokus pada rawatan kesihatan babah je lepas ni. Urusan lain biar Ben yang uruskan.” pesan Benz Fahri kepada Tan Sri Zahid. Dia tidak mahu bapa saudaranya itu diserang sakit lagi. Risau keadaan Zahid kian memburuk lebih dari sebelumnya. Doktor telah berpesan kepadanya agar sesiapa saja terutamanya di kalangan ahli keluarga harus menjaga perasaan Zahid sebaiknya. Jangan ada yang memberi stress dan depresi keterlaluan jikalau mahu melihat lelaki itu sihat seperti sedia kala.

Tan Sri Zahid mengangguk senang dengar pesanan Benz Fahri. Sedikit sebanyak dia juga berasa lega. Harapannya sangat tinggi agar dia dapat berjumpa dengan anak gadis yang sangat dia rindui itu. Hampir dua puluh lapan tahun dia tidak berjumpa anak tersebut. Kali terakhir adalah di mana hari pengebumian arwah Sharifah Aini Latifah sahaja. Itupun bayi itu masih kecil dan sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat lahir tidak cukup bulan. Dia telah mengarahkan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai pembantu rumahnya itu menjaga anaknya kerana dia terpaksa pulang ke London demi menghabiskan kerjanya di sana setelah selesai urusan pengebumian isterinya itu dan berjanji akan pulang setelah urusannya di sana selesai. Namun, tidak pernah dia menduga selepas sebulan kembali ke London demi menunaikan semua impiannya, Zahid mendapat tahu kemudiannya anaknya telah di bawa lari. Puas Zahid mencari jejak tetapi tidak pernah sekali pun nasib menyebelahi dia agar dapat bertemu dan bersua dengan buah hati cinta pertamanya itu. Malah sehingga ke hari ini, nasib tidak jua berpihak kepadanya.

“ Babah apa nama kakak kita orang?” Azhan Wadif masih tak jemu bertanyakan nama kakaknya setelah beberapa saat terdiam. Malah, masih teruja untuk mengetahui serba sedikit tentang asal usul kakaknya itu.

“ Kakak kau orang namanya ada puteri sebab ibunya berdarah bangsawan arab. Disebabkan babah rakyat biasa berkahwin dengan ibunya yang berdarah bangsawan anak kami perlu di beri gelaran puteri untuk menunjukkan susur galur mereka masih terwaris dengan darah bangsawan tersebut. Mamanya memilih nama Puteri Ann Layli untuk anak perempuan kami.” beritahu Tan Sri Zahid. Dia sendiri ingat-ingat lupa wajah anak perempuannya. Namun dia masih tidak lupa pada mata bundar dan hazel anak itu yang saling tidak tumpah seperti Sharifah Julia.

“ Wow! Sedap nama kakak. Mesti orangnya cantik kan?” Azlan Waqif turut terpegun mendengar nama yang barusan diucapkan Zahid. Kedua keningnya di jongket-jongketkan ke arah Azhan Wadif.

“ Kau kenapa Lan?” Azhan Wadif mempersoal. Kepala si adiknya di sekeh apabila Azlan Waqif masih tersengih-sengih ke arahnya.

“ Tak ada apa. Kau rasa kakak cantik ke tak? Dengar nama pun lain dari yang lain. Tentu orangnya cantik luar biasa!” Azlan aWaqif tayang wajah terujanya.

“ Ish kau ni! Dah anak babah mestilah cantik. Tengok lah adik dia siapa!” Azhan Wadif pula cuba berjenaka sambil membetulkan kolar bajunya agar kelihatan rapi. Cuba memberitahu yang dia juga 'handsome' apabila berkaitan dengan babah mereka.

Azlan Waqif membuat muka loya. Sisi kepala Azhan Wadif di tunjal perlahan sehingga membuatkan saudara kembarnya meringis sakit.

“ Cis! Kau ingat kau sorang je ke anak babah. Jangan lupa tu abang Ben pun anak babah. Lagi handsome dari kau kut!"

Benz Fahri tergelak mendengar celoteh dua beradik dihadapannya. Tidak semena dia juga turut dikaitkan dalam perbualan dua beradik itu. Malah, dia juga dapat rasakan sesuatu sebaik Tan Sri Zahid mengumumkan nama anak perempuannya itu. Terasa sesuatu hingga ke dalam sanubarinya. Namun cepat saja dia menepis perasaan itu.

“ Abang Ben, kalau kakak kita orang cantik Han wakil siap-siap tau pinangkan Abang Ben untuk kakak.” usik Azhan Wadif. Tak semena wajah Benz Fahri mengembang merah. Malu dia tiba-tiba bila di kaitkan di tengah-tengah orang tua itu.

“ Betul..betul..Lan setuju. First time aku setuju dengan pendapat kau Han! Kira kita orang ni match maker abang siap-siap dengan kakak kita orang ni. Abang tak payah dah runsing nak cari bakal isteri. Bukan senang tau wakil pihak perempuan nak pinang lelaki. Abang ni kira bertuah sangat dapat bakal adik-adik ipar yang sporting morting macam kita orang ni. Kan Han?” tambah Azlan Waqif sambil meraih bahu kembarnya agar menyokong pendapatnya itu.

“ Ada pulak perigi cari timba korang ni!” Amirah menyampuk di tengah perbualan. Matanya dipicing ke arah kembar dua saudara itu.

“ Eh, ada la ma. Tu zaman Rasulullah tu! Kan Saidatina Khadijah yang pinang Rasulullah untuk dijadikan suaminya.” tokok Azlan Waqif.

“ Itu Saidatina sendiri. Isteri nabi. Pahlawan sejati bumi Syam. Yang korang ni kakak sendiri pun belum kenal lagi dah sibuk nak match maker dengan Abang Ben! Abang Ben tu pun entah-entah dah ada pilihan hati. Pandai je korang ni!” Amirah geleng kepala menyangkal. Dia pandang wajah Benz Fahri yang merona merah digiat dua kembar yang tak punyai insurans mulutnya.

“ Betul. Kira jadilah ni abang. Confirm dah abang ni kita orang cop kat dahi tu jadi bakal abang ipar kita orang ek!” Azhan Wadif menokok lagi.

Puan Sri Amirah dan Tan Sri Zahid tertawa senang. Melihatkan Benz Fahri yang tercengang itu membuatkan kedua mereka bertambah geli hati dengan gelagat kedua kembar itu yang rajin mengusik Benz Fahri. Jejaka itu pula tenang saja melayan kerenah tidak cukup umur budak berdua itu.

“ Han dan Lan tak payah risau. Sebelum kamu berdua pinangkan si Ben ni memang dari zaman dalam perut lagi dah papa si Ben ni dah tunangkan dia dengan si puteri tu.” celah Zahid pula. Dia tersenyum memandang Benz Fahri yang dah merona merah wajah di sebelahnya.

“ Babah, please! Kita dah bincangkan hal ni.” Benz Fahri menolak lembut ucapan Tan Sri Zahid. Dia masih belum bersedia mahu membincangkan tentang hati dan perasaannya walaupun dia juga tahu tentang penjodohan itu.

“ Ah, tak kira abang nak ke tak kita orang tak peduli. Once you step your feet into this house you always become our future brother in law!” ujar Azlan Wadif seraya menumbuk lembut bahu Benz Fahri. Menampakkan sifat penaklukkannya pada jejaka itu.

“ Auch!” Tidak sempat mengelak, bahu Benz Fahri menerima tujahan nan manja Azlan Waqif. Menyeringis Benz Fahri menggosok lembut bahunya yang sedikit sengal ditumbuk manja anak remaja itu. Nasib tidak senget bahunya. Dia tergeleng kepala.

“ Lan, behave sikit. Abang kan tu!” tegur Amirah yang mula geram dengan sikap lepas laku Azlan Waqif terhadap Benz Fahri itu. Telinga Azlan Waqif dipulas manja.

“ Aduh.. Duhh.. ma..Sakit ma, Sorry!!” terpisat-pisat Azlan Waqif cuba menahan pulasan tangan Amirah di telinganya.

“ It's okay mama. Adik-adik Ben ni kan penyanyang orangnya. Ben biasa dah diorang suka melawak kasar ni.” Benz Fahri menarik Azlan Waqif ke dalam pelukan bahunya. Dia memandang adik-adik sepupunya itu semula. “ Korang kalau nak abang jadi abang ipar korang cepat tolong abang!” sengaja dia menukar topik. Segan sebenarnya dia dijadikan topik hangat dalam perbalahan mereka anak beranak. Sedangkan si tuan puteri itu pun mereka belum kenal lagi. Apatah lagi membicarakan tentang wanita itu.

“ No hal bro! Apa dia?” Azlan Waqif bertanya.

“ Nak kita orang tolong apa bang?” Azhan Wadif turut bersoal. Dia bercekak pinggang bertanya di depan Benz Fahri yang sudah tersengih menyeringai di depan anak muda itu.

“ Jom tolong abang bawak babah rehat dekat atas. Doktor pesan babah kena banyak rehat. Tak boleh fikir yang remeh temeh. Mulai sekarang korang kena jaga babah lebih dari biasa. Tak boleh buat babah susah hati atau sedih. Babah kena happy-happy je. Nanti abang akan bawa balik kakak cantik korang. Bawa balik untuk babah dan mama juga. Korang kena doa banyak-banyak agar urusan pencarian abang tu mudah dan senang. Dah jom!” Benz Fahri mengajak mereka. Sempat dia berpesan sepatah dua kata kepada dua beradik itu.

Azlan Waqif dan Azhan Wadif mengangguk setuju. Mereka berpelukan dengan jejaka itu seketika tanda mempersetujui cadangan abang sepupu mereka itu.

Mereka kemudian membantu Benz Fahri memapah Tan Sri Zahid masuk ke dalam rumah. Amirah hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak beranak itu. Sedikit sebanyak kerunsingannya juga hilang apabila melihat wajah bahagia suaminya.

Sudah hampir dua minggu Ann Layli berulang alik ke hospital. Tengah hari itu dia ke sana di temani kedua ibu bapanya. Mertuanya Pak Bakar dan Hajah Jamilah sudah pulang ke kampung dua hari yang sudah. Sementara waktu Pak Bakar menyuruh besannya agar duduk menemani Ann Layli di rumah anaknya itu.

Ann Layli membantu ibunya menolak Encik Zahid yang berada di atas kerusi roda. Mereka baru saja keluar dari perut lif hospital menuju ke bilik ICU yang menempatkan Muqri.

“ Boleh ke Manja?” soal Puan Hasnah apabila melihat Ann Layli begitu susah untuk menolak kerusi roda suaminya. Seperti berat untuk bergerak.

“ Boleh kut mak, sekejap Manja cuba!” Ann Layli tersengih sambil mencuba sekali lagi. Badan dilabuhkan ke bahagian bawah kerusi memerhati sama ada tuil kekunci roda itu sudah ditarik atau belum. Setelah membuka pad kekunci di kerusi roda tersebut Ann Layli menegakkan semula badannya. Bersedia mahu menolak kerusi roda.

“ Mak tengok macam tak boleh je.” Puan Hasnah bertanya ragu. Ketiga mereka sedang berhenti di tengah pintu lif itu. Orang ramai mula keluar masuk mahu menggunakan perkhidmatan lif tersebut membuatkan keaadaan di situ sedikit sesak.

“ Erk.. Roda kerusi ayah ni mak macam tersekat la. Sangkut kut mak!” ujar Ann Layli apabila dia sedaya upaya menolak kerusi ayahnya namun tidak juga bergerak. Rasanya sudah habis semua tenaga yang dikerahkan untuk menolak kerusi roda tersebut.

“ Tadi elok je. Kenapa tiba-tiba pula tak boleh gerak ni!” Puan Hasnah garu kepala. Wanita separuh umur itu mula tertinjau-tinjau ke arah roda di bawah kerusi suaminya. Tetapi semuanya nampak baik-baik saja.

Ann Layli jungkit bahu. “ Entahlah, mungkin dah sampai masanya kerusi ni nak tamat riwayat kut mak.” Ann Layli cuba berlucu dengan sengihan meniti di bibirnya. Hampir dia tergelak sendiri. Kepala yang tak gatal dia garu. Berfikir macam mana hendak bawa ayahnya masuk ke dalam menziarah Muqri dia kembali tunduk ke bawah kerusi.

“ Assalamualaikum.”

Puan Hasnah segera berpaling ke arah suara yang memberi salam lalu menjawabnya diikuti Encik Zahid “Waalaikumsalam.”

“ Maaf menganggu, ada masalah apa ya!?” tegur seorang lelaki ke arah Puan Hasnah yang kelihatan berdiri di sebelah kerusi roda suaminya sambil memerhatikan Ann Layli cuba menggerakkan kerusi roda Encik Zahid itu.

“ Kerusi roda suami mak cik ni jammed sikit. Tak boleh nak bergerak. Itu yang tersangkut depan ni. Boleh ke encik tolong tengokkan apa masalahnya?” ramah Puan Hasnah meminta pertolongan. Alang-alang ada yang datang bertanya apa salahnya dia meminta bantuan seketika.

Lelaki itu mengangguk seraya memerhatikan kerusi roda yang disebut Puan Hasnah. Anak gadis wanita berpangkat ibu itu masih berteleku di kaki kerusi membuatkan jejaka itu teragak-agak untuk melihat kerosakan yang dikatakan Puan Hasnah. Melihatkan itu, Puan Hasnah memanggil Ann Layli.

“ Err, Manja cuba ke tepi sikit. Mak nak suruh encik hensem ni tengokkan!” Puan Hasnah cuba memanggil Ann Layli yang masih lagi sibuk membetulkan pad kekunci kerusi roda tersebut.

Jejaka itu tersengih malu apabila di beri gelaran seperti itu kepadanya. Sempat dia memperkenalkan dirinya kepada Puan Hasnah kerana tidak mahu digelar 'encik hensem' oleh wanita separuh usia itu.

“ Panggil je saya Ben mak cik.” ujarnya segan. Dia kebetulan melintasi kawasan menunggu itu setelah bertemu janji dengan pakar fisioterapi Tan Sri Zahid tadi. Melihat kerepotan tiga beranak itu dia menghampiri cuba membantu jikalau mereka memerlukan pertolongan.

“ Oh, Ben ya!” Angguk Benz Fahri. Senyum segaris menghiasi pinggir bibirnya.

Ann Layli bangun setelah dipanggil Puan Hasnah ke tepi. Dia bergerak ke kanan Puan Hasnah dan memberikan ruang kepada lelaki itu untuk melihat kerosakan kerusi roda Encik Zahid.

Benz Fahri terperasan akan wajah wanita itu dan semerta ingatannya melayang kepada insiden di mana dia terlanggar seorang wanita di hadapan pintu lif pejabat Khazanah Berhad. Sama!

Ya! Itu wanita yang sama. Ketinggiannya. Bentuk tubuhnya juga sama malah bauan yang terbit dari minyak wangi yang di gunakan wanita itu masih terbau sama. Essence fruity! Bayangan yang seringkali menjadi igauan mimpinya di malam hari. Tetapi pakaiannya kali ini berbeza. Hanya mengenakan blouse putih dan jeans denim biru serta tudung berwarna nude sahaja. Simple tetapi mampu membuatkan jiwanya bergetar. Tak semena bibirnya menguntum senyum penuh bahagia.

Bagaikan masa yang terhenti berputar pandangannya terpasak ke arah wanita di sebelah ibunya itu. Tetap dan tidak berganjak. Namun seperti bisikan angin di telinga membuatkan dirinya tersedar

Seperti dejavu kali kedua figura itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Yang membuatkan hatinya mengembang tak cukup ruang. Perasaannya berdebar-debar tak semena. Tetapi mengingtkan di mana dia berada sekarang segera dia mengawal perasaan yang datang.

Dengan lafaz bismillah Benz Fahri duduk berlutut di sebelah kerusi roda Encik Zahid menggantikan tempat Ann Layli tadi.

“ Pak cik saya cuba tengokkan kerusi pak cik ya?” ujar Benz Fahri meminta keizinan.

Tidak banyak bersoal Encik Zahid mengangguk. Diperhatikan saja anak muda yang bernama Benz Fahri tu membetulkan kerusi rodanya. Namun dalam masa yang sama, sempat dia melirik ke arah anak muda yang berperwatakan gagah itu. Teringat Zahid pada seseorang di masa lalunya yang mempunyai wajah seiras anak muda itu.

Setelah mencuba beberapa kali dia bangun semula. Pandangannya di buang ke arah Puan Hasnah yang masih memerhati kelakuannya. Benz Fahri cuba menolak kerusi roda Encik Zahid namun masih tetap sama. Tetap tidak dapat bergerak juga.

“ Nampaknya macam rosak ni makcik pakcik!” tukas Benz Fahri. Dia rasa serba salah kerana tak dapat membantu.

Puan Hasnah mengeluh. Encik Zahid hanya diam tidak menanggapi apa. Sudahnya Puan Hasnah berpaling memandang Ann Layli dan memberi konklusi pada si anak.

“ Kau sorang jelah masuk Manja. Mak tunggu ayah dekat sini aje. Lagipun tadi doktor cakap nak jumpa kan! Mana tahu doktor dah tunggu lama kat dalam tu. Lambat-lambat nanti marah pula doktor. ” usul Puan Hasnah menyuruh Ann Layli meneruskan urusannya.

“ Boleh ke mak? Nanti penat pula ayah. Manja takut lama je dekat dalam tu.” Runsing juga Ann Layli di buatnya. Tengah-tengah genting macam inilah kerusi roda ayahnya nak buat hal!

“ Tak apa. Mak tunggu ayah kat sini aje. Harapnya tak lah lama. Kalau apa-apa nanti mak telefon kau aje. Lagipun sini ramai orang kalau mak nak minta tolong pun. Ni encik hansem ni pun ada ha!” ujar Puan Hasnah lagi sambil menebar pandangannya ke arah keliling yang di penuhi orang yang lalu lalang dan sibuk dengan urusan masing-masing dan terakhir berlabuh pandang ke arah Benz Fahri yang masih cuba membetulkan kerusi roda suaminya.

Tidak betah berlama, Ann Layli akur dengan keputusan Puan Hasnah. Dia mengorak langkah menuju ke bilik ICU yang terdapat di hujung koridor itu.

Sementara Benz Fahri masih cuba menggerakkan kerusi Encik Zahid. Dia membiarkan saja perbualan kedua beranak itu berlanjutan sehingga dia perasan Ann Layli menghilang ke hujung koridor berhampiran ruang menunggu itu.

“ Puan!” seru seorang doktor kesihatan yang sedang berdiri di sebelah katil Muqri apabila ternampak kelibat wanita itu yang baru saja masuk ke bilik pemerhatian tersebut.

“ Ya, saya. Ada apa doktor panggil saya ke mari?” soalnya dengan benak yang penuh tanda tanya.

Doktor Fazlin yang sedang mencatat sesuatu itu meletakkan kertas laporannya. Dia tersenyum lembut memandang Ann Layli. Dia berjalan merapati Ann Layli lalu menarik lembut lengan wanita itu ke arah kerusi yang di sediakan di sudut bilik. Ann Layli duduk dengan tertib di situ sambil menati bicara selanjutnya dari doktor manis itu.

Walaupun wajah tenang Doktor Fazlin dapat di lihat dengan jelas namun air muka doktor muda itu dapat Ann Layli baca. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak baik yang mahu dikhabarkan oleh pihak perawat itu.

“ Puan, sebelum saya memberitahu sesuatu saya berharap pihak puan dapat bertenang dan banyakkan bersabar ya!” membetulkan kaca mata dipangkal hidung Doktor Fazlin tunak pandang wajah Ann Layli.

“ Saya faham doktor. Macam mana dengan perkembangan kesihatan suami saya doktor.” Resah sudah membuatkan Ann Layli tak senang duduk. Hatinya berdebar.

“ Saya Doktor Fazlin. Saya cumalah doktor kesihatan pesakit saja. Tapi memandangkan kesihatan pesakit makin merosot semenjak dua tiga hari ni saya berharap pihak puan dapat membuat persediaan awal. Kami tidak menolak kemungkinan suami puan akan terus tak sedarkan diri sampai bila-bila. Malah dari rekod kesihatan dalamannya mendapati beberapa organ penting suami puan sudah tidak berfungsi dengan baik. Ada sesetengah organ utamanya yang mula membengkak. Dan ini akan menyebabkan pengaliran darah ke otak suami puan akan terganggu. Apabila terganggu otak akan mengalami mati otak atau dikenali sebagai 'Death Brain?. Tiada apa yang boleh kami lakukan selain menyaran keluarga pesakit agar bersedia. Kita berdoa dan beserah kepada Qada dan Qadar. Kami sebagai doktor dan perawat sudah mencuba yang terbaik. Apa-apa pun semuanya berbalik kepada perancangan Allah S.W.T. " beritahu Doktor Fazlin satu persatu. Malah jelas dan terang.

Ann Layli sedikit terkesan. Namun air matanya sudah tak lagi ingin mengalir. Semenjak mendapat berita suaminya Muqri terlantar di hospital lebih dua minggu yang lalu dia sudah redha.

Teringat pesan Puan Hasnah ketika kali pertama dia datang dari kampung mahu melihat menantunya yang dikhabarkan Ann Layli koma kerana kecelakaan itu Ann Layli sudah faham dan cuba menerima nasihat ibunya.

“ Manja, mak tahu Manja sembunyikan sesuatu pada mak dan ayah. Tapi mak tak akan sesekali ajar Manja untuk buka aib suami. Buruk baik Muqri dia tetap suami kamu. Padanya ada syurga yang Allah dah kirimkan. Tetapi mulai hari ini Manja kena belajar redha. Belajarlah untuk memaafkan semua salah dan silap dia. Tak ada salahnya untuk memaafkan setiap kesilapan manusia lain kerana kita juga manusia biasa yang kadang terlupa tentang salah dan silap kita. Anggaplah ini semua ujian yang Allah kirimkan untuk Manja.”

Terngiang-ngiang ayat itu di benaknya saat ini. Melihat wajah Muqri yang tak berdaya itu membuatkan hatinya tidak merasakan perasaan kasihan atau sedih. Yang dia rasa hanyalah kecewa. Entah kenapa hatinya terasa seperti itu walhal dia mencintai Muqri ketika kali pertama di nikahi lelaki itu. Lelaki itu pernah memberikan dirinya bahagia walau cuma seketika. Kecewanya bukan sedikit. Menggunung malah mungkin tidak terkira. Kalau di soal tentang perasaan cinta juga mungkin sudah tidak terungkap lagi. Yang ada hanyalah perasaan tanggungjawabnya sebagai isteri.

“ Puan, puan okay ke?” soal Doktor Fazlin seraya menyentuh lembut lengan Ann Layli. Faham benar dia tentang perasaan sedih wanita itu apabila selaku doktor dia telah menerangkan hal sebaiknya agar tidak mengguris hati dan perasaan pihak keluarga pesakit. Namun tiada apa yang boleh dia buat jikalau pihak keluarga tetap bersedih. Semuanya sudah menjadi tanggungjawab mereka sebagai doktor untuk menceritakan hal yang sebenarnya.

Wanita itu tersentak dari lamunan. Dia beralih sedikit dari pandangan Doktor Fazlin lalu menyeka bulir air jernih yang menitik di pipi. Usai, dia tersenyum memandang Doktor Fazlin di sebelah kanannya.

“ Saya okay doktor. Saya faham tugas doktor. Terima kasih banyak kerana merawat suami saya. Allah saja yang dapat balas jasa baik doktor semua.” ucapnya lirih.

“ Puan duduk lah dulu. Buat masa ini kita masih menunggu keajaiban dari Allah SWT untuk melihat suami puan sembuh. Apa-apa pun terpulang pada pesakit sendiri. Puan boleh duduk dan bacakan yassin untuk suami puan. Saya minta diri dulu. Apa-apa boleh inform pada jururawat yang bertugas.” pesan Doktor Fazlin.

Segera Doktor Fazlin beredar dari bilik itu setelah berpesan kepada Ann Layli. Ann Layli sekadar angguk faham. Tak berlama dia juga mengeluarkan telefon lalu membuka aplikasi smart quran dari smart phonenya. Dia mula membaca ayatul kursi dan yassin untuk suaminya.

“ Lama lagi ke Manja kat dalam tu Has? Agaknya apa yang doktor nak bincangkan dengan dia tu?” soal Pak Zahid apabila dia mula rasa tidak selesa berlama di atas kerusi roda tersebut.

Pinggangnya mula terasa lenguh. Puan Hasnah juga sama. Sudah dua kali dia berulang alik ke tandas kerana mengalami sakit perut. Wanita separuh umur itu juga sudah tidak selesa apatah lagi suaminya yang uzur itu.

“ Entahlah bang. Sekejap saya telefon dia dulu.” Puan Hasnah mengambil telefon bimbitnya dari dalam beg tangan di sebelahnya lalu mendail nombor Ann Layli. Beberapa saat menanti panggilannya berjawab.

“ Ann ada masalah ke dekat dalam? Ayah dah letih menunggu..Kalau tak ada aral boleh tak Manja hantar mak dan ayah balik dulu?” suara Puan Hasnah sebaik talian bersambut.

“ Yelah mak tunggu di luar ni.” balas Puan Hasnah semula setelah bercakap seketika dengan Ann Layli .

“ Has, abang nak ke tandas ni?” Zahid mengutarakan hajat.

Puan Hasnah garu kepala. Allah! Tengah begini pula suaminya mahu ke tandas. Siapa yang mahu membantu? Kalau tadi kerusi rodanya masih berfungsi tidak apa-apa kalau Puan Hasnah menolaknya hingga ke tandas. Nah! Sekarang kerusinya sudah tentu rosak mahu macam mana dia membawa Zahid ke tandas melunaskan hajat alami itu.

Puan Hasnah berpaling ke arah anak muda yang bernama Benz Fahri itu yang masih berada berdekatan mereka.

“ Encik.. Err apa nama tadi?”

Benz Fahri menoleh saat Puan Hasnah menyapa. “ Ben mak cik!”

“ Ha, Ben. Boleh mak cik minta tolong sekali lagi? Kalau tak keberatan!” Serba salah Puan Hasnah bertanya.

“ Apa dia mak cik? Mak cik atau pak cik mahu ke mana-mana ke?” Sepertinya memahami Benz Fahri bersoal.

“ Anu.. Ni ha.. Ermm.. pakcik mahu ke tandas tapi mak cik tak tahu nak bawa dia macam mana? Boleh Ben tolong carikan kerusi roda yang lain. Sebab mak cik nak tolak dia bawa ke tandas.” Masih serba salah Puan Hasnah memberitahu.

“ Oh! Mahu ke tandas? Kalau macam tu biar saya je yang bawa pak cik. Mak cik tunggulah anak makcik hingga urusannya selesai. Lagipun kalau mak cik tolak pak cik guna kerusi roda lain pun macam mana mak cik mahu masuk ke tandas lelaki pula?” Memberi cadangan Benz Fahri tersenyum ke arah Puan Hasnah.

Iya tak iya juga. Ada benarnya kata Benz Fahri tu. Kalau dia yang membawa suaminya bagaimana dia mahu menguruskan suaminya di tandas lelaki pula? Sudahnya Puan Hasnah menerima cadangan Benz Fahri membawa suaminya.

“ Baiklah macam tu.” Puan Hasnah mengangguk. Dia pusing badan pandang suaminya pula.

“ Bang.. Abang pergi dengan si budak Ben ni ye. Kalau Has yang bawa abang macam mana Has nak uruskan abang di tandas lelaki. Ni hospital bukannya rumah boleh Has uruskan abang. Tempat awam ni. Karang tak pasal viral pulak jadinya!” Puan Hasnah menerangkan. Bimbang suaminya berkecil hati dia lekas-lekas memberitahu. Tak bercakap banyak Pak Zahid angguk saja butir dari isterinya itu lalu berselang pandang dengan Benz Fahri.

“ Mari pak cik. Saya bawakan.” Menunduk separas pinggang Benz Fahri mencempung Zahid dari duduknya di kerusi roda. Zahid pula terpaksa akur kerana tidak boleh bertahan lebih lama mahu melepas hajat. Bimbang terkucil dia merelakan lantas memaut bahu Benz Fahri kukuh.

Puan Hasnah tertegun memandang. Sangkanya anak muda itu mahu membawa Zahid suaminya menggunakan kerusi roda yang lain tetapi rupanya mencempung Zahid ke dalam gendongannya. Terlopong Puan Hasnah dengan mata terkelip-kelip melihat susuk anak muda itu berjalan mengendong Zahid menuju tandas yang entah di mana.

“ Allah! Baik sungguhla budak si Ben ni.” gumam Puan Hasnah masih dengan reaksi sukar percaya.

Nasiblah dia tiada anak perempuan lagi. Kalau ada mahunya dia jodohkan dengan pemuda berhati suci ini. Membantu insan di kala kesusahan memang berhati mulia tetapi mengendong orang tua yang uzur lebih dari mulia dia rasakan. Entah siapa la orang tuanya yang berjaya mendidik anak itu menjadi insan berhati mulia seperti Benz Fahri. Dia tersengih-sengih sambil memuji dalam hati.

Ann Layli terkocoh-kocoh keluar dari bilik rawatan yang menempatkan suaminya itu. Dia hampir terlupa akan kedua mak dan ayahnya yang menunggu lama di luar. Gara-gara dia sibuk membaca ayatul kursi dan yassin untuk Muqri tadi sehingga dia terlupa semuanya. Nasib Puan Hasnah menelefon dan mengingatkannya tadi.

“ Mak!” seru Ann Layli sedikit kuat.

“ Oh, mak kau! Puan Hasnah terkejut lalu berpusing ke belakang. Wajah Ann Layli terpacul di sana. Hish! Bertuah punya anak. Mengejutkan kita kerjanya.” bebel Puan Hasnah. Tangan kanannya ternaik tak semena melibas lengan Ann Layli membuatkan Ann Layli terkekeh kecil.

“ Mak pandang apa tersengih-sengih macam tu. Ayah mana mak?” soal Ann Layli melingas kiri kanan mencari susuk ayahnya.

“ Tak ada apa. Ayah kau nak terkucil Manja. Dia minta mak bawak dia ke tandas. Macam mana nak bawa dengan tak ada kerusi rodanya. Nak pula kena masuk ke tandas lelaki. Tak akan la mak nak bawa ayah macam tu! Jadi, mak suruh je si budak Ben tu bawak ayah kamu.” ujar Puan Hasnah.

Ann Layli terangguk-anguk. Dia berasa lega kerana ada orang yang sudi menolong keluarganya saat itu.

“ Maaf mak, terpaksa tunggu lama. Jom Manja hantar balik! Nanti Manja kena datang semula.” ujar Ann Layli.

“ Kenapa nak datang balik? Apa yang doktor bincangkan tadi? Muqri macam mana? Dah sedar?” soal Puan Hasnah bertalu.

Ann Layli tarik nafas dalam lalu melepas perlahan. Wajah mengharap mak dipandang lama. Rasanya dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan keaadaan Muqri kepada orang tuanya.

“ Sampai rumah nanti Manja beritahu. Sekarang ni tunggu ayah lepas tu kita balik dulu.” Cadangnya.

“ Eh, nak balik macam mana Manja? Kan roda kerusi ayah ni tak boleh bergerak!” Puan Hasnah mengingatkan Ann Layli. Mulutnya terjuih ke arah kerusi roda yang tersadai di sebelah tempat menunggu mereka.

Terus wanita itu tepuk dahi. “ Aah Manja lupa la mak. Tak apalah sekejap lagi Manja cari kerusi roda hospital dulu. Dapat pinjam sampai ke bawah pun jadilah.” tukasnya.

“ Yelah.” balas Puan Hasnah. Mereka berbual kosong sambil menunggu suaminya Zahid dan Benz Fahri datang.

“ Assalamualaikum Ann!” tegur seorang jejaka.

Puan Hasnah dan Ann Layli berpaling serentak. Memandang figura yang berbaju jersi hitam dan bertopi warna senada itu dari atas ke bawah. Puan Hasnah tidak mengenali anak muda tersebut namun seakannya anak muda itu mengenali Ann Layli pada pendapatnya.

“ Waalaikumsalam. Anak ni siapa?” soal Puan Hasnah setelah agak lama terdiam. Manakala Ann Layli pula telan air liur.

“ Saya Zen Huzaini. Kawan Ann dulu. Mak cik tak ingat saya. Yang masuk polis tu!” terang Zen Huzaini cuba mengembalikan ingatan Puan Hasnah. Dia pernah beberapa kali berjumpa dengan wanita separuh usia itu ketika berkawan rapat dengan Ann Layli dahulu.

Puan Hasnah cuba menggali kotak memorinya yang sedikit karat itu. Selang beberapa saat dia tersenyum.

“ Ya! Ya, mak cik ingat. Ajai kan!”

“ Betul lah tu saya. Ann, macam mana suami awak?” soal Zen Huzaini.

Ann Layli tersenyum kelat. “ Tak ada perubahan. Masih tak sedarkan diri.”

Zen Huzaini bersimpati. “ Sabarlah. Semoga suami awak kembali pulih dan baik-baik saja.” Malas menjawab Ann Layli sekadar angguk.

“ Kak Hani tak datang ke?” Serba tak kena Ann Layli bertanya. Segan serta rimas apabila dia perasan yang Zen Huzaini tak sudah melirik ke arahnya. Bimbang di ketahui emak, dia cuba memecahkan suasana canggung di situ.

“ Oh.. Aa.. Dia belum balik lagi.” jawab Zen Huzaini serba tak kena. Padahal Hani Wardah tidak di beritahu tentang kedatangannya ke hospital ini. Dia mahu berada di sisi Ann Layli untuk memberi semangat pada wanita itu di saat-saat Ann Layli melalaui masa sukarnya ini.

Dia yang baru habis bertugas petang itu membuat keputusan untuk datang melawat suami Ann Layli. Kedatangannya hanya sebagai seorang sahabat yang turut bersimpati kepada nasib wanita yang pernah dia sayangi itu.

Suasana kembali sepi. Mereka saling berdiam menghayati suasana hening ruang menunggu hospital itu. Tak berlama muncul susuk Benz Fahri yang sedang mengendong Encik Zahid gagah.

Ann Layli terpaku. Sekilas memandang jejaka yang sedang berjalan ke arah mereka bertiga membuatkannya sebak tak terkata. Bibirnya bergetar. Perasaanya meluruh. Hanya sepatah perkataan melintasi benaknya. Baik! Ya, sungguh baik.

Kenapa yang bukan ada pertalian dengannya membuat baik sedangkan yang ada pertalian sering melayan acuh tak acuh? Hatinya menghangat melihat kesungguhan lelaki itu.

Meletakkan tubuh Encik Zahid dengan cermat dan penuh hati-hati ke atas kerusi rodanya semula Benz Fahri mengangkat wajah dengan senyuman.

“ Terima kasih Ben tolong pak cik. Kalau tak ada Ben entah macam mana la pak cik nak ke tandas tadi.” Ujar Encik Zahid berterima kasih kepada anak muda itu.

“ Sama-sama. Tak apa pak cik. Saya membantu apa yang termampu saja.”

“ Eh ini siapa?” soal Zahid setelah perasaan ada seorang lagi di situ. Matanya dipicing memandang susuk itu dengan kerutan berlapis di dahi cuba mengenali. Namun memorinya sudah sangat kuras untuk mengingat

“ Ini kawan Manja si budak polis dulu tu. Abang ingat tak? Si Ajai kawan Manja dulu.” Puan Hasnah memperkenalkan Zen Huzaini. Lelaki itu berganjak ke depan lalu bersalaman dengan Zahid dan seterusnya Benz Fahri.

“ Zen Huzaini.” ujarnya. Encik Zahid mengangguk.

Membalas salam Benz Fahri turut memperkenalkan diri. “Benz Fahri.”

“ Bang Manja cakap kita kena balik dah ni. Dia nak hantar kita dulu sebab dia kena datang semula ke sini.” cerita Puan Hasnah kepada suaminya.

“ Yelah.”

“ Kami balik dulu ye anak-anak. Insha Allah jumpa lagi nanti.” Puan Hasnah meminta diri. Perut yang berkeroncong minta di isi juga penyebab sebenar dia mahu cepat sampai ke rumah.

Seperti tadi Ann Layli cuma berdiam diri. Tidak ada yang mahu dibicarakannya di saat hatinya sedang rapuh dan galau.

“ Balik macam mana? Kerusi roda pak cik kan rosak?” soal Benz Fahri peka.

Sekali lagi Puan Hasnah tersengih sumbang. Dia menarik lengan Ann Layli lalu bersoal perlahan dengan si anak. Tak sempat berkata apa Benz Fahri mencelah semula.

“ Jom saya kendong pak cik sampai ke kereta. Kalau nak cari kerusi roda hospital takut lambat pula. Hari dah menginjak waktu.” Mengerling sekilas ke arah Swiss Army di tangan dia memberi usul. Benz Fahri mengangguk sopan ke arah Encik Zahid meminta jawapan.

“ Susahkan kamu je Ben!” sela Puan Hasnah. Ah! Baik sangat budak ni.

Benz Fahri sekadar tersenyum tidak berkata apa. Langkah kakinya melewati Encik Zahid lantas mengendong lelaki separuh umur bondanya itu ke dalam pelukan.

Zen Huzaini tidak mahu terkalah dengan bantuan yang di beri lelaki itu. Terasa dirinya tercabar di hadapan Ann Layli dan Puan Hasnah dia turut menawarkan bantuan juga.

“ Kerusi roda yang rosak ni, biar saya bawakan. Takkan mahu di biarkan tersadai di sini.” Zen Huzaini mula melipat kerusi roda itu sesuai asalnya tanpa mendapat persetujuan pun. Bak kata orang, dia cuba memandai sendiri.

“ Ya Allah, baik sungguh la anak-anak ni. Terima kasih banyak-banyak ya. Semoga Allah memudahkan urusan kalian.” Puan Hasnah mendoakan.

“ Amiin.” balas Zen Huzaini.

Bergerak seiring kawasan menunggu itu mereka tinggalkan. Puan Hasnah dan Ann Layli mengekor dari belakang di dahului Benz Fahri yang mengendong Encik Zahid manakala diikuti Zen Huzaini yang mengangkat kerusi roda yang telah rosak.

Cik Hasnah tertawan dengan Abang Hensem ke tuuu? Hadoiii la.. Gaiss,, Sorry lambat bersiaran. Banyak yang melewati dari garis asal! Thanks yang tunggu. Yang support. Yang rate. Alhamdulillah. Enjoy reading! Salam penuh ingatan, WL :3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience