NASI goreng kampung dihidangkan di atas meja. Aiman yang sudah duduk di meja makan itu terus menceduk nasi goreng itu lalu meletakkannya ke dalam pinggan.
"Ya Allah, tak sabar-sabar. Bukannya nasi goreng tu lari pun." tegur Jamilah.
"Tak boleh, ma! Tak tahan!" ujar Aiman dengan mulut penuh berisi nasi goreng.
Jamilah menggeleng-geleng kepala.
"Ada aje jawapan kamu, ya? Dah... Makan cepat nanti kita pergi rumah Mak Piah."
"Baik bos!"
Seusai makan, mereka berdua bertolak ke rumah Safiah yang tidak jauh dari rumah mereka.
"Assalamualaikum!" Jamilah memberi salam sebaik berdiri di hadapan rumah Safiah.
"Waalaikummussalam, Milah!"
Safiah menyambut kedatangan Jamilah dan Aiman dengan penuh keterujaan. Mereka berdua itu memang berkawan baik dari zaman sekolah lagi tetapi berpisah kerana masing-masing sudah berkeluarga.
"Ya, Allah, kau ke ni, Milah?!"
"Yelah!"
Mereka berpelukan erat melepaskan rindu. Safiah memandang ke arah Aiman.
"Hah, ni mesti Aiman kan?" Aiman mengangguk sambil tersenyum segaris. Dia memberi tunduk hormat.
"Apa khabar, Mak Piah?"
"Alhamdulillah, sihat! Eh, lupa nak ajak masuk. Mari kita masuk dalam."
Mereka bertiga menghenyakkan punggung di atas sofa di ruang tamu.
"Cantiknya rumah kau, Piah! Sama macam dulu." puji Jamilah, ikhlas.
"Ala kau ni... Biasa-biasa ajelah!"
Tiba-tiba Safiah baru tersedar bahawa dia tidak menghidangkan apa-apa pun pada Jamilah dan Aiman.
"Ya Allah! Aku lupa nak hidang air. Kau orang pun diam aje! Kejap aku pergi dapur."
"Eh! Tak yahlah... Kami baru je makan tadi."
"Ish... Tak bolehlah macam tu. Kejap je."
Safiah terus melangkah menuju ke dapur. Sementara itu, Aiman meminta diri untuk keluar sebentar. Dia mahu menghirup udara segar.
Sejenak, Safiah muncul bersama dulang berisi air dan kuih-muih. Dia menghidangkan di atas meja.
"Jemput makan, Milah. Mana Aiman?"
"Ada tu hah kat luar. Nak ambil angin katanya."
"Ooo... Kau bila balik sini?"
Jamilah menjamah sedikit kuih di atas meja itu sebelum menjawab soalan Safiah.
"Baru aje semalam. Aku teringatkan kau sebab tu aku datang sini. Yelah... Dah lama kita tak jumpa."
"Betul tu! Tapi kan Milah... Aku ada dengar yang Aiman baru sembuh ya?"
"Aah... Alhamdulillah."
"Jadi, kau tinggal sini teruslah ya?" Jamilah mengangguk.
Mereka rancak berborak sehingga tidak sedar Aiman sudah kembali.
"Amboi, berborak pasal apa ni? Macam best je." seloroh Aiman.
"Biasalah Man... Bila dah lama tak jumpa semuanya nak cerita. Ya dak, Piah?" Mereka ketawa.
"Okeylah... Mama sambunglah berborak. Mak Piah, nak tanya tandas kat mana?"
"Tandas kat belakang rumah. Terus je." Aiman mengangguk lalu terus menuju ke tandas.
Selesai sahaja, dia mahu kembali ke ruang tamu tetapi dia terhenti apabila melihat sebuah gambar yang tergantung di dinding.
Dia melihat gambar itu dengan lebih dekat.
"I-Isya?"
ISYA baru keluar dari bilik mandi terkejut melihat Aiden teraba-raba di atas katil. Isya terlihat handphone Aiden di hujung katil.
"Cari phone lah tu." gumam Isya.
Sejak Aiden pulang ke rumah, dia hanya buat hal sendiri. Langsung tidak bercakap dengan sesiapa terutamanya Isya.
Isya mengatur langkah mendekati katil. Dia mengambil handphone Aiden lalu diletakkan berdekatan Aiden.
"Phone awak." ujar Isya. Aiden hanya diam. Isya menjeling sebelum pergi ke arah meja solek.
"Lain kali tak yah nak sibuk tolong aku. Aku boleh buat sendiri."
Isya berpaling ke belakang. Dia bercekak pinggang.
'Ish, mamat ni! Tak padan buta pun nak berlagak lagi. Dia ingat aku heran sangat nak tolong dia.'
"Kau dengar tak?" tanya Aiden apabila Isya diam saja.
"Tak apalah... Saya kan isteri awak. Memang tanggungjawab saya."
"Tak yah nak pura-pura depan aku, Isya. Kau jangan ingat aku tak nampak apa-apa... Aku tak boleh tahu yang kau menipu?"
"Apa awak merepek ni? Saya ikhlas tau jaga awak."
Aiden tersenyum sinis, "Pergi mampus dengan ikhlas kau! Aku takkan sesekali percayakan perempuan macam kau!"
Isya sudah mula panas hati tetapi dia perlu terus bersabar. Dia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang akan menggagalkan rancangannya.
"Saya nak turun bawah kejap. Awak nak minum apa-apa ke?"
Aiden tidak menjawab malah terus menarik selimut.
"Okeylah... Saya turun dulu."
Keluar saja dari bilik, Isya melepaskan geramnya.
"Kurang ajar punya mamat! Dia ingat dia tu siapa? Dasar tak sedar diri! Eee... Geramnya aku!"
Tan Sri Ahmad tidak sengaja lalu di sana, pelik melihat Isya.
"Apa yang menantu aku bebelkan tu? Macam marah aje."
Tan Sri Ahmad berjalan mendekati Isya. Bahu Isya disentuh. Isya terus berpaling ke belakang.
"Pa?! Terkejut Isya." Isya tersenyum gugup.
"Kenapa Isya tak masuk bilik? Lepastu papa nampak Isya macam marah. Isya marah siapa?"
"Hah? Eh... Tak adalah! Tadi Isya nampak ada lipas lalu. Suka-suka hati aje masuk rumah orang."
Tan Sri Ahmad memandang pelik ke arah Isya.
"Papa tak tidur lagi ke? Dah lewat dah ni." Isya sengaja menukar topik.
"Papa nak masuk biliklah nampak Isya marah-marah... Tak jadi terus."
"Oh, tak ada apalah pa. Isya okey je. Isya turun dululah. Nak minum air... Haus!"
Isya terus turun ke bawah. Tan Sri Ahmad terpinga-pinga melihat kelakuan Isya.
SEJAK dia dimasukkan ke dalam penjara, tiada seorang pun yang datang melawatnya.
Fakri yang melihat Rayyan termenung itu, menegur.
"Hoi! Kau tak yahlah nak renung masa depan sangat. Hidup kita dah berakhir."
Lambat-lambat Rayyan menoleh ke arah Fakri.
"Kau tak kacau aku dalam sehari tak boleh ek? Menyemaklah!" tempelak Rayyan.
"Bro, kau je dalam sel ni. Aku nak kacau siapa lagi kalau bukan kau."
Rayyan terus bangun dan berjalan ke arah Fakri. Dia menggenggam kolar baju Fakri.
"Aku tak kacau kau jadi kau jangan kacau aku!"
Fakri menolak Rayyan sehingga Rayyan terundur ke belakang.
"Relaks lah bro! Kalau kau tak nak kawan dengan aku sekarang it's okay. Tapi boleh cakap baik-baik en?"
"Kau... Sebelum aku hilang sabar baik kau tutup mulut kau tu."
Fakri mengangkat kedua-dua tangannya. Dia mengaku kalah.
"Semak!" Rayyan duduk semula sambil bersandar ke dinding. Dia meletakkan kepalanya di gerigi besi.
'Aiden... Kau rampas semuanya dari aku. Apa yang jadi kat aku selama ni semuanya berpunca dari kau! Cuma kau!'
Walaupun di dalam penjara, dia masih tidak boleh melupakan dendamnya terhadap Aiden. Dia masih berharap untuk membuat Aiden menderita.
SAMBIL menghirup secawan kopi, fikirannya terganggu dengan perbualan antara dia, Jamilah dan Safiah.
AIMAN membawa gambar itu ke ruang tamu.
"Ma? Tengok ni." Aiman menunjukkan gambar itu kepada Jamilah. Jamilah turut terkejut melihat gerangan yang berada di dalam gambar itu.
"Itu kan Isya?" Aiman mengangguk laju.
"Kenal ke?" soal Safiah pula.
"Apa hubungan Mak Piah dengan Isya?"
"Isya tu cucu Mak Piah."
Aiman dan Jamilah terus berpandangan.
KELUHAN berat dilepaskan.
"Kenapa aku tak pernah tahu yang Isya tu ada nenek selain daripada Tok Ma? Ke Isya tak pernah tahu?"
Persoalan demi persoalan yang bermain di benaknya tetapi hanya Isya saja yang boleh menjawabnya.
Share this novel