SAC 11

Romance Completed 94725

KAK LINA mengetuk pintu bilik Aiden. Dia melangkah masuk lalu berdiri di hadapan meja Aiden.

"Aiden, ada orang nak jumpa." Aiden berkerut dahinya.

"Siapa? Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki. Tak silap kak Lina, nama dia Ai... Aiman!"

'Aiman, bekas tunang Isya? Dia buat apa kat sini?'

"Aiden? Boleh ke akak benarkan dia masuk?" Aiden mengangguk.

Tidak lama kemudian, Aiman muncul.

"Duduklah." Aiman mengangguk lalu duduk berhadapan dengan Aiden.

"Ada apa awak nak jumpa saya?"

"Erm... Encik Aiden. Saya nak bincang tentang Isya."

Aiman menarik nafas dahulu sebelum memulakan bicara.

"Sebenarnya, saya yang upah orang untuk tangkap gambar saya dengan Isya. Saya jugak yang bawa Isya masuk dalam bilik hotel." Aiden benar-benar terkejut.

"Tapi kenapa? Bukan awak cintakan Isya ke?"

"Ya! Tapi saya buat semua ni sebab saya cintakan Isya. Saya tak sanggup tengok dia kahwin dengan orang lain." Aiden mengeluh.

"Kenapa awak langsung tak fikir akibatnya? Awak tahu kan ini melibatkan maruah Isya. Sampai hati awak pertaruhkan maruah Isya demi kepentingan diri awak sendiri."

"Encik Aiden, saya tahu saya salah. Tapi saya takut kehilangan Isya. Saya akan bagitahu kebenarannya bila kami dah kahwin."

"Awak ingat masa tu Isya akan terima semua ni? Isya takkan benci awak?" Aiman hanya diam. Dia tertunduk malu.

"Awak tahu Isya kena halau?" Aiman terus mengangkat wajah.

"Imran, abang Isya bagitahu saya."

AIDEN mahu menuju ke kereta namun Langkahnya terhenti apabila namanya diseru dari jauh. Dia mengedarkan pandangan ke sekeliling mencari gerangan yang memanggilnya itu.

Imran terus berlari mendekati Aiden. Dia menyapa Aiden sebaik berdiri di hadapan Aiden.

"Encik Aiden?"

"Ya, saya? Awak siapa?"

"Saya Imran. Abang Isya."

"Oh ya! Maaflah selalu dengar nama aje... Orangnya tak pernah jumpa." Imran ketawa kecil.

"Saya nak minta tolong dengan encik Aiden. Tentang Isya."

"Okey, apa kata kita bincang kat restoran depan tu?" Imran mengangguk laju.

"Elok sangatlah! Saya pun tengah lapar ni." Mereka ketawa kecil.

Di dalam restoran, sambil mereka menjamu selera, mereka berbincang.

"Erm! Abang Im kata nak minta tolong. Nak saya tolong apa ya?" Imran sedang enak makan nasi goreng, menghentikan kunyahannya lalu meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan.

"Encik Aiden tahu kan tentang gambar Isya dengan Aiman?" Aiden mengangguk.

"Encik Aiden..."

"Abang Im jangan risau, saya tak percaya." Imran menghela nafas lega.

"Baguslah kalau macam tu. Tapi itu bukan perkara yang saya nak bagitahu encik Aiden. Saya nak bagitahu yang Isya kena halau."

"Kena halau? Kenapa sampai macam tu sekali?"

"Encik Aiden tak kenal keluarga saya. Kalau saya pun dia orang boleh halau, inikan pulak Isya yang naif tu."

"Saya boleh terima bila dia orang halau saya tapi bukan Isya. Saya tak sanggup tengok dia dibuang keluarga. Jadi, encik Aiden aje yang boleh pujuk keluarga saya untuk terima dia semula dalam keluarga tu." jelas Imran, panjang lebar.

"Apa yang boleh saya buat?"

"Saya nak encik Aiden percepatkan niat encik Aiden nak berkahwin dengan Isya, boleh?"

"Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik."

"SAYA minta maaf sebab cuba batalkan perkahwinan encik Aiden dengan Isya. Saya janji yang saya takkan ganggu lagi hubungan kau orang berdua."

"Tak apa... Semua orang buat silap. Saya maafkan awak tapi orang yang sepatutnya awak minta maaf adalah Isya."

"Saya janji yang saya akan minta maaf dengan Isya. Saya jugak akan jelaskan semuanya dekat keluarga Isya."

Aiden tersenyum nipis. Akhirnya semua persoalan sudah terjawab. Tiada lagi keraguan di antara mereka.

"HEY, encik Aiden nak jumpa kau." beritahu Rita dengan nada yang agar kasar. Isya hanya membuat muka toya aje. Malas mahu melayan orang gila talak macam Rita itu.

Isya mengetuk pintu bilik Aiden beberapa kali.

"Masuk!" arah Aiden. Isya segera masuk ke dalam dan mendapati Aiden sudah memandang tepat ke arahnya.

'Uish! Tajam betul mata dia ni. Macam nak terkeluar biji mata.'

"Yang awak tercegat kat situ dah kenapa? Sinilah!" arah Aiden dengan tegas. Isya terus mendekati meja Aiden.

Dia berdiri tegak sambil menundukkan kepalanya.

"Kenapa awak tak datang office dua hari ni?"

'Aik? Bukan abang Im jumpa dengan dia ke bagitahu yang aku ni demam. Asal dia tanya aku lagi?'

"Isya?" Isya terus mengangkat wajah sambil tersengih.

"Saya demam, encik Aiden."

"Mana MC awak?"

"Oh... Ada! Alamak..."

"Saya tertinggal kat rumah." Aiden menggeleng.

"Muda-muda dah nyanyuk." Aiden selamba mengutuk Isya. Walhal, dia tahu Isya mendengar kata-katanya.

'Eh, suka hati aje kutuk aku. Dia ingat aku tunggul ke kat sini?'

"Lunch nanti ikut saya. Saya ada meeting dengan klien." Isya terus berkerut dahinya.

"Ada ek? Saya tak dapat info apa-apa pun."

"Takkanlah semuanya nak bagitahu kat awak. Klien baru aje call saya." Isya terangguk-angguk.

"Lagi satu! Awak boleh balik awal hari ini. Sebab malam ni awak ikut saya pergi dinner."

"Pergi dinner? Oh... Klien ajak dinner ek?"

"Bukanlah. Dinner dengan keluarga saya."

"Hah?! Kenapa pulak nak kena dinner dengan keluarga encik Aiden?"

"Awak tu kan bakal menantu dia orang. Mestilah dia orang nak kenal dengan awak. Apalah awak ni."

"Hehe... Tapi saya kena pakai dress ke blaus?"

"Dress. Simple but elegant. Awak ada dress warna hitam?" Isya mengangguk.

"Bagus, awak pakai dress warna hitam. Sebab saya pun pakai warna yang sama. Biar nampak romantik sikit." Ketika perkataan romantik, Aiden memperlahankan suaranya.

"Biar nampak apa?"

"Tak ada apalah. Awak pastikan pakai dress warna hitam. Jangan warna lain pulak."

"Ala... Encik Aiden tak yah risaulah. Saya ni memang suka warna hitam. Kebanyakan baju saya semuanya warna hitam."

"Okey, awak boleh keluar." Isya mengangguk sebelum keluar dari bilik Aiden.

Sepeninggalan Isya, Aiden bersorak gembira. Dia tidak sabar untuk berjumpa Isya pada malam ini.

SETIBANYA di restoran, Rayyan mencari-cari kelibat Rita. Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis memakai dress berwarna hitam. Sudah semestinya itu Rita.

"Sorry, Ray ada meeting last minute tadi." ujar Rayyan sebaik mendekati meja yang diduduki oleh Rita.

Dia melabuhkan duduk di arah bertentangan.

"It's okay. Ray nak order dulu ke?"

"No. Ray nak straight to the point." Rayyan membetulkan kedudukannya.

Dia menyambung semula. "Ray nak Rita pikat Aiden balik. Sampai Aiden lupakan perempuan tu."

Rita ketawa kecil. "Wait. Bukan Ray berpihak pada Aiden ke?" Rayyan menggeleng.

"Ray tak percayakan perempuan tu. Ray rasa yang dia ada niat lain kat Aiden."

"Kenapa Ray cakap macam tu?"

"Pasal gambar tulah. Aiden tu percaya sangat dengan dia. Kata yang dia bukan perempuan macam... Rita faham-faham ajelah."

"Ray... Rita dah lama syak dekat perempuan tu tapi Aiden tu nak sangat kahwin dengan dia. Entah apa yang perempuan tu dah mandram Adien tu."

"Ray pun rasa benda yang sama. Takkanlah Aiden mudah sangat berubah hati kan?"

"Kan? So, kita nak buat apa sekarang?"

"Ray ada satu idea. Tapi hanya Rita aje yang boleh laksanakan plan ni."

"Apa dia?" Mereka mengukir senyuman penuh makna.

ISYA melihat almari bajunya yang hanya ada beberapa helai baju di dalamnya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aku nak pakai dress apa ni? Bukan setakat dress warna hitam, warna lain pun tak ada." keluh Isya.

Semua koleksi bajunya ada di rumah sana. Bagaimana dia mahu mengambilnya. Dia kan sudah dihalau dari situ.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu ditutup. Dia segera menuju ke ruang tamu.

"Abang Im! Abang kena tolong Isya!" Imran yang masih terkejut terus mengurut dadanya.

"Isya ni, janganlah terkejutkan abang macam tu. Buatnya abang ni ada sakit jantung. Dah lama mati kejung kat sini." Isya menepuk lengan Imran.

"Ish! Ke situ pulak dia. Isya tengah runsing ni! Jangan nak naikkan darah Isya ek?" Isya menunding jari ke wajah Imran.

"Okey-okey. Apa masalah Isya?"

"Isya tak ada baju nak pakai."

"Tu yang Isya pakai bukan baju?" Isya terus memandang tajam.

"Abang ni kan? Tak nak cakap dengan abang dah." Isya memuncungkan bibirnya.

"Abang gurau ajelah. Itu pun nak sensitif. Isya nak suruh abang belikan baju untuk Isya kan?"

"Bukan baju tapi dress. Warna hitam."

"Asal pulak? Isya nak pakai dress kat rumah?"

"Abang! Isya waras lagilah! Isya ada dinner dengan keluarga Aiden. Dia suruh pakai dress warna hitam."

"La... itu aje? No hal lah! Dalam masa sejam, abang sampai dengan dress warna hitam." Imran terus keluar semula.

Isya menunggu Imran hampir sejam. Tidak lama kemudian, Imran tiba di rumah membawa sehelai dress berwarna hitam.

"Ta da! Dress hitam kegemaran Isya!" Isya mengambil dress tersebut. Dia fokus menilik perincian dress itu.

"Ini dress Isya. Macam mana abang boleh ambil baju ni?" soal Isya, musykil.

DING, DONG!

Kamelia membuka pintu, dia terkejut melihat Imran yang bertandang ke rumahnya.

"Im? Im buat apa kat sini? Kalau Tok Ma nampak, habis Imran." Imran hanya tersenyum manis. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

Dia menonong sahaja naik ke atas. Kamelia bergegas mengekori Imran.

Ketika Imran sedang mencari dress Isya, Kamelia masuk ke dalam bilik Isya. Dia menutup rapat pintu bilik itu.

"Imran! Imran buat apa ni? Imran tak boleh masuk. Nanti Tok Ma marah."

Imran tidak peduli, dia masih meneruskan pencariannya.

"Imran tak dengar ke apa yang bonda cakap ni? Jangan biadap ek?" Semerta perbuatannya terhenti. Dia berpaling ke belakang.

"Im jadi macam ni because of you." Imran mencari semula. Akhirnya dia menjumpainya.

"Eh, Im nak bawak dress tu pergi mana?"

"None of your business." Imran terus keluar dari bilik itu. Tanpa menunggu sesaat lagi, Imran keluar dari rumah itu.

"ABANG main masuk aje? Mesti bonda bengang gila kan?" Mereka ketawa besar.

"Tengoklah ini siapa. Imran, Imran Khan!"

"Imran Khan lah sangat! Pirah!" Sedang leka ketawa, Isya baru perasan bahawa dia sudah lambat. Tinggal beberapa jam saja lagi untuk dia bersiap.

"Isya dah lambat! Isya siap dulu. Btw, I love you." Isya membuat flying kiss kepada Imran.

Imran menggeleng kepala dengan telatah Isya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience