SAC 40

Romance Completed 94725

AIDEN mahu menuju ke dapur untuk mengambil air. Ketika dia hendak menuruni tangga, dia terdengar bunyi sesuatu di dalam bilik Tan Sri Ahmad.

"Bunyi apa tu?" gumam Aiden.

Dia tidak jadi turun ke bawah, dia terus mengatur langkah menuju ke bilik Tan Sri Ahmad. Dia mengetuk pintu beberapa kali namun tiada jawapan.

"Papa dah tidur ke? Patut ke aku masuk je?" fikir Aiden.

Akhirnya, Aiden memulas tombol pintu bilik Tan Sri Ahmad lalu masuk ke dalam.

"Pa? Papa dah tidur ke?" soal Aiden. Masih tiada jawapan.

Tiba-tiba Aiden terdengar bunyi kaca pecah dari arah kirnya. Dia segera menoleh.

"Pa? Kenapa tu? Papa okey ke?"

Aiden sudah mula gelisah. Dia berjalan ke arah bunyi itu dengan berhati-hati.

Dia cuba meraba-raba di sekitar kawasan itu.

"Aiden?"

Aiden terus berpaling ke belakang.

"Papa ke tu?"

"Aiden buat apa kat bilik papa ni?"

"Tadi..."

Tan Sri Ahmad melihat ada serpihan kaca di atas lantai. Dia segera menarik Aiden menjauhi kaca itu.

"Macam mana boleh pecah ni?"

Tan Sri Ahmad mahu mengutip kaca itu tetapi Aiden menghalangnya. Dia memegang lengan Tan Sri Ahmad.

"Papa pergi mana tadi?"

"Papa kat dapur, minum air. Papa dengar bunyi kaca tu yang papa cepat-cepat datang sini."

"Tapi pa... Aiden ada dengar bunyi something dalam bilik papa."

"Bunyi apa?"

"Bunyi macam ada orang dalam bilik. Aiden ingat papa tak tidur lagi."

"Tak ada apa kot. Dahlah... Kamu pergi masuk tidur. Kaca ni biar papa bersihkan."

Lambat-lambat, Aiden melangkah keluar dari bilik itu. Di dalam bilik, Aiden tidak berhenti memikirkan tentang kejadian tadi.

"Aku kena siasat. Aku yakin ada benda yang tak kena."

SUDAH dua hari Safiah terlantar di hospital. Mereka berdua setia menunggu sehingga Safiah sedar. Petang ini giliran Isya untuk menjaga Safiah di wad. Aiman pulang ke rumah setelah puas dipujuk oleh Isya.

Mata memandang wajah lesu Safiah namun fikirannya melayang entah ke mana.

KRING, KRING!

Isya segera meraih handphonenya di atas meja solek. Dia melihat nama pemanggil, Aiden.

"Hmm... Tak pernah-pernah call aku, asal tiba-tiba?" gumam Isya.

Isya menjawab panggilan itu. Aiden terlebih dahulu bersuara.

"Kau buang ke phone kau? Tak reti-reti nak call bagitahu dah sampai ke belum?" sindir Aiden.

Isya mengeluh panjang.

'Mula dah mamat ni.'

"Tak, awak. Saya tak buang phone saya... Kalau tak takkan saya dapat jawab call awak, kan?"

"Menjawab! Kau jangan lupa yang kau tu is..."

"Is?"

"Ah! Aku call ni bukan sebab heran sangat pasal kau tapi aku nak cakap sikit pasal kita."

"Pasal apa?"

"Aku nak kau buat keputusan."

'Hah? Keputusan apa pula dia nak aku buat ni? Jangan-jangan dia nak ceraikan aku, tak?'

"Hoi! Kau dengar tak apa aku cakap?"

"Hah...! Awak cakap apa tadi?"

Aiden merengus, "Aku tanya kau nak pindah rumah ke tak nak?"

"Pindah?! Kenapa tiba-tiba nak pindah? Papa macam mana?"

"Aku dah bincang dengan papa. Dia okey je asalkan kau okey."

"Kita nak pindah mana?"

"Aku ada beli rumah atas nama kau kat Cameron. So, kalau kau okey... Kita pindah lusa."

"Lusa?! Tak cepat sangat ke?"

"Kau boleh tak jangan nak banyak tanya. Jawab soalan aku dulu. Nak pindah ke tak nak?"

"Kalau awak bagi saya masa untuk fikir dulu, boleh?"

"Tak boleh! I want your answer now."

'Eee, mamat ni! Paksa-paksa orang pula.'

"Hello!"

"Saya bagi jawapan bila saya balik KL nanti. Bye!"

KELUHAN berat dilepaskan.

"Uish! Berat sangat bunyinya."

Isya mengangkat wajah.

"Aiman? Bukan awak dah balik ke?"

Aiman tersenyum manis lalu berdiri di sebelah Isya.

"Saya bosan duduk rumah. Saya nak teman awak."

"La... Nanti apa pula mama awak kata."

"Mama saya tak kisah."

"Oh! Nah... Nasi goreng pattaya. Untuk awak." Aiman menghulurkan sebungkus makanan kepada Isya.

"Awak ni susah-susah aje. Thanks." ujar Isya lalu mengambilnya.

"No worries."

SELESAI makan malam, Huda bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pulut durian menjadi pemanis mulut.

Sedang enak menjamu selera, Huda diganggu dengan bunyi deringan handphonenya.

Huda merengus lalu meletakkan mangkuk di atas meja. Dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello! Nak apa?!" soal Huda, kasar.

"Amboi, ma! Apahal nak marah-marah orang ni? Baru lepas makan harimau ek?"

"Diamlah! Nasib baik kau tak ada kat sini. Kalau tak dah lama aku luku kepala kau tu."

"Ala, mama ni... Relakslah!"

"Banyaklah kau punya relaks! Cepatlah, bagitahu!"

"Okey-okey. Ni... Kamy nak bagitahu satu berita penting kat mama."

Huda mengerutkan dahinya seribu.

"Berita apa?"

"Safiah masih hidup."

"Apa dia?!"

Jantung Huda bagai mahu tercabut saat mendengar berita itu.

'Macam mana dia boleh hidup? Teruk dah aku kerjakan dia.'

"Ma!"

"Hah...! Aku dengarlah!"

"So..."

"Esok, kau jumpa aku. Kat restoran dekat dengan pejabat tu."

Huda terus mematikan talian. Dia menggigit bibir.

"Tak! Aku tak boleh biarkan rahsia aku terbongkar. Aku kena buat sesuatu."

Huda terus menutup televisyen dan berlalu pergi.

Daud yang mencuri dengar perbualan antara Huda dan Kamelia itu segera menyorok di tepi tangga.

DENGAN hanya beralaskan tilam buruk, dia merehatkan tubuhnya yang penat itu. Sesekali dia mengeluh dengan nasib yang menimpa dirinya.

Dia melihat sekeliling ruang rumah itu, usang. Tidak tahu sudah berapa lama rumah ini ditinggalkan. Namun begitu, cukup baginya untuk tinggal buat sementara waktu.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk bertalu-talu. Dia bangun lalu membuka pintu.

"Hah! Baru sampai... Penat tau aku tunggu."

"Maaf, papa lambat datang. Papa kena pastikan tak ada siapa yang tahu papa datang sini."

"Hmm... Mana? Aku lapar!"

"Ada... Nah!"

Tan Sri Ahmad menghulurkan sebungkus plastik kepada Rayyan. Rayyan merampas plastik itu dari tangannya.

"Dah, pergi balik!"

Tan Sri Ahmad mahu pergi tetapi Rayyan menghalang.

"Kejap! Sebelum kau pergi, aku nak ingatkan kau."

Rayyan menarik lengan Tan Sri Ahmad. Dia menggenggam kuat.

"Kau jangan berani-berani nak bagitahu sesiapa pasal aku. Especially Aiden, faham?"

Rayyan memberi amaran keras.

"Ya, papa janji."

Rayyan melepaskan genggaman itu dan terus menutup pintu. Tan Sri Ahmad pergi dari situ bersama hati yang kecewa.

Di dalam kereta, Tan Sri Ahmad menangis pilu. Dia sedih dengan sikap biadap anaknya itu. Sudah hilang rasa hormat terhadap dirinya.

"Maafkan papa, Aiden. Papa terpaksa..."

To readers, Hanan sorry sangat sbb tk dpt update time to time. Hanan sendiri tak tahu bila lagi boleh update sbb busy study. So, hrp you guys ttp setia bce karya Hanan, ok! And Hanan nk say thanks kpd semua yg sudi bce karya Hanan yg tk seberapa ni. Love you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience