SAC 47

Romance Completed 94725

AIMAN mahu bersarapan di warung berdekatan pejabatnya. Makanan di situ memang sedap dan terkenal dengan nasi lemak.

Tiba di warung itu, Aiman mengambil tempat duduk di hujung sekali, dibawah sebuah pokok rendang. Seorang pelayan muncul untuk mengambil pesanan.

"Bang, nak makan apa?" tanya pelayan itu.

"Erm... Apa yang best kat sini?"

"Oh, kat sini nasi lemak paru paling laris. Abang nak try?" jawab pelayan itu dengan bersungguh-sungguh.

"Okey, nasi lemak paru satu. Kopi o panas sekali."

"Okey, bang. Abang duduk dulu ya?"

Tiba-tiba Aiman terdengar suara yang amat dia kenali. Dia mencari gerangan suara itu.

"Zati? Nak tegur ke tak nak eh?" gumam Aiman.

"Abang Man!" panggil Izzati. Dia berjalan mendekati meja Aiman.

Aiman terus mengangkat wajah. Dia tersenyum kepada Izzati.

"Zati? Makan juga ke?"

Zati mengangguk lalu duduk berhadapan dengan Aiman.

"Yelah, bang. Inikan warung ayah Zati. Yang budak muda tu... Adik Zatilah."

Aiman terkejut, "Wa... Warung ayah Zati? Abang Man tak pernah tahu pun."

"Ish, abang Man ni! Banyak kali dah Zati ajak abang makan kat sini. Dan tiap kali tulah Zati bagitahu yang warung ni warung ayah Zati."

"Oh ek? Hehe... Sorry." Aiman tersengih.

"Tak apa, Zati maafkan abang Man. Lagipun mana boleh marah lama-lama dengan abang Man."

"Kenapa?"

"Yelah... Zati kan suka kat abang."

"Hah?!"

Izzati ketawa melihat riak wajah cuak Aiman itu. Padahal dia sekadar bergurau saja.

"Zati gurau ajelah! Abang ni..."

Aiman menghela nafas lega.

"Zati ni buat abang sakit jantung. Terkejut abang bila Zati cakap macam tu."

Rancak berborak, makanan yang dipesan pun tiba. Makanan diletakkan di atas meja.

"Akak kenal ke dengan abang ni?" soal Izzat apabila melihat kakaknya duduk bersama Aiman.

"Kenal lah... Boss akak."

"Oh, boss akak..."

"Eh, jemput makan, bang."

Aiman mengangguk sambil tersenyum manis.

"Zati nanti nak pergi office macam mana?"

"Tu... Zati naik basikal."

Aiman melihat ke arah basikal yang ditunjukkan oleh Izzati itu.

"Zati tumpang abanglah. Abang nak pergi office juga."

"Eh, tak payahlah! Zati dah biasa naik basikal tu."

"Tak apa, Zati naik abang aje. Please..."

Izzati berfikir sejenak sebelum memberi kata setuju.

AIDEN duduk termenung memikirkan tentang hubungannya dengan Isya. Dia sedari bahawa dia telah perlakukan Isya dengan teruk tetapi dia benar-benar sudah menyesal. Dia tidak mahu berpisah dengannya.

"ABANG takkan lepaskan Isya. Isya milik abang." ujar Aiden dengan tegas.

Isya tersenyum sinis, "Isya dah agak yang abang akan bagi reaksi macam ni. Tapi Isya tetap dengan keputusan Isya."

"Abang pun tetap dengan keputusan abang untuk tak lepaskan Isya."

"Kalau macam tu, Isya akan tuntut fasakh."

Aiden terkejut lalu dia cuba untuk bangkit.

"Isya... Ah!" jerit kecil Aiden.

Dia memegang luka di perutnya sambil menahan sakit. Namun Isya langsung tidak pandang ke arah Aiden.

"Isya bagi abang pilihan sama ada lepaskan Isya sekarang atau jumpa Isya kat makhamah."

Isya mahu pergi tetapi lengannya dipegang oleh Tan Sri Ahmad.

"Pa, Isya..."

"Papa bukan nak menyibuk hal rumah tangga kamu berdua tapi papa rasa kamu berdua perlu bincang hal ni kemudian." potong Tan Sri Ahmad.

"Tak, pa... Isya minta maaf."

Isya berpaling ke belakang. Dia memandang wajah Aiden.

"Isya tunggu keputusan abang."

KELUHAN berat dilepaskan. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Apa yang pasti dia tidak mahu perpisahan ini.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Muncul Tan Sri Ahmad dan Daud. Mereka sudah tersenyum kepada Aiden.

"Pa, Walid?" sapa Aiden.

Mereka mendekati katil Aiden. Aiden menyalami mereka berdua.

"Aiden macam mana? Getting better?" soal Daud.

"Alhamdulillah, better. Walid pula, apa khabar?" soal Aiden pula.

"Walid sihat aje."

Aiden memandang sekeliling. Isya tidak kelihatan di mana-mana.

"Isya balik kampung. Katanya nak jumpa dengan Nek Piah." jawab Daud tanpa disoal.

Aiden menoleh ke arah Daud.

"Bila Isya bertolak dari KL? Dia naik siapa?" soal Aiden bertubi-tubi.

"Dia drive sendiri. Baru aje pagi tadi." jawab Tan Sri Ahmad pula.

"Drive sendiri? Tapi Isya kan..."

"Isya tu tahu aje memandu tetapi cuma tak ada kereta aje." sela Daud.

"Oh..." Aiden tertunduk hampa.

"Aiden sabar ya, nak? Isya tu memang tegas sikit. Nanti eloklah dia tu." pujuk Daud.

"Betul tu, Aiden. Kamu jangan fikir sangat."

Aiden tersenyum nipis kepada Daud dan Tan Sri Ahmad. Jauh di sudut hatinya, dia tidak dapat menahan rasa kecewa ini.

"ISYA... Maafkan bonda. Bonda minta maaf." rayu Kamelia.

Dalam perjalanan pulang ke kampung, Isya mendapat call daripada penjara. Kamelia ingin menyatakan sesuatu kepadanya.

Pada mulanya dia menolak tetapi apabila disebut tentang kes pembunuhan arwah ibunya, dia setuju untuk berjumpa dengan Kamelia.

"Stop with your drama! Get straight to the point."

Kamelia tahu bahawa Isya tidak dapat maafkannya. Jadi, dia menurut saja permintaan Isya.

"Baiklah. Sebenarnya, sebelum kemalangan tu berlaku... Bonda dan Tok Ma upah orang untuk rosakkan brek kereta Ina."

Kamelia menangis kerana penyesalan di atas perbuatannya itu.

"Isya... Malam tu bonda ingat yang Ina dah mati. Rupanya Ina terselamat dan dia nak larikan diri dari situ."

"Masa tu juga kebetulan kereta Aiden lalu. Dalam keadaan yang gelap macam tu, memang orang takkan nampak kalau ada sesiapa yang melintas."

Isya memandang wajah Kamelia untuk kepastian.

"Ya, Isya... Aiden tak salah. Aiden tak sengaja langgar Ina."

Isya menggeleng-geleng.

"Tipu! Kau orang bertiga bunuh ibu aku!"

"Tak Isya... Bonda tak tipu! Aiden tak salah!"

"Kalau betul dia tak salah, kenapa dia tinggalkan ibu lepas dia langgar? Kalau betul dia tak salah, dia akan bawa ibu pergi hospital."

"Itu bonda tak tahu tapi bonda yakin Aiden tak salah. Isya dengar dulu penjelasan dia ya?"

Isya terus menepuk meja dengan kuat.

"Kau tak layak nak nasihatkan aku. Kau bukan ibu aku atau ada hubungan apa-apa pun dengan aku."

Isya terus pergi dari situ. Kamelia menangis tanpa henti.

SAFIAH adalah orang yang paling gembira dengan kedatangan Isya. Mana tidaknya, sudah berpuluh-puluh tahun dia terpisah dengan cucunya.

Setelah betangis-tangis, peluk dan cium, mereka duduk berbual di ruang tamu rumah Safiah. Hidangan sampingan juga dihidangkan.

"Daud tak ikut sekali ke?" soal Safiah.

"Oh, walid? Tak... Walid ada hal. Tapi lain kali dia ikut."

Safiah mengangguk faham.

Isya mencuri pandang mencari kelibat Aiman. Jamilah yang perasan itu terus menegurnya.

"Isya cari Aiman ke?"

Isya tersentak dengan soalan itu, tersengih.

"Aiman tak balik lagi. Lunch nanti baru dia balik."

"Oh... Isya ada beli barang dapur sikit tadi. Isya nak tolong masak boleh?"

"Ish, kamu tu tetamu. Biar Nek Piah yang masak."

"Ala, nek... Isya nak sangat Nek Piah rasa masakan Isya. Please..." rayu Isya.

Akhirnya, Safiah terpujuk jua.

"Hah, yelah! Masak sedap-sedap tau."

"Baik, bos!" tabik Isya. Mereka ketawa kecil.

"Assalamualaikum!"

Isya berpaling ke belakang.

"Waalaikummussalam, hi Man!" sapa Isya.

Aiman terkaku di depan pintu. Dia terus mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Hi... Saya... Man ada emergency. Man pergi dulu."

Aiman terus berlalu pergi. Mereka bertiga terpinga-pinga melihat kelakuan Aiman. Lebih-lebih lagi, Isya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience