SAC 6

Romance Completed 94725

SEHARIAN Rita terperuk di dalam bilik. Makan tidak, mandi pun tidak. Biliknya begitu bersepah dengan helaian baju, alat solek dan beberapa foto berselerak di atas lantai.

Rita sedang memeluk tubuh di sudut katil. Matanya sembab akibat menangis semalaman. Di tangannya pula, dia menggenggam erat salah satu fotonya bersama Aiden.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.

"Ya Allah, Rita! Apa semua ni?" soal Farah iaitu ibu kepada Rita. Farah segera mendekati anaknya yang seperti orang tidak siuman itu.

"Rita, kenapa sampai jadi macam ni?" Farah memeluk tubuh anaknya. Kemudian, dia membelai ubun-ubun Rita.

"Sayang... ibu faham yang Rita tengah sedih tentang Aiden. Tapi Rita kena kuat... Rita tak boleh macam ni." Farah memujuk Rita.

"Kenapa bu? Kenapa Rita kena lalui semua ni? Salah ke Rita nak bahagia dengan orang yang Rita cinta?" Farah mula sebak mendengar luahan Rita.

Farah melekapkan kedua-dua tangannya ke pipi Rita.

"Tak ada siapa yang hidupnya sempurna, Rita. Setiap manusia akan diuji. Ada yang lebih teruk diuji daripada kita." Rita menggeleng-geleng. Dia bangkit.

"Tak! Ibu tipu! Rita tak pernah rasa bahagia dan bila Rita baru nak bahagia, cinta Rita dirampas." Farah tidak dapat menahan sebak lagi. Dia terus menerpa Rita lalu memeluknya erat.

"Ibu sayang Rita. Ibu tak nak tengok anak ibu terus murung hanya disebabkan seorang lelaki."

"Rita cintakan Aiden, bu! Hanya Aiden dalam hati Rita!" Farah terus memeluk erat tubuh anaknya dengan tangisan yang masih tersisa.

"Rita... ibu nak tengok anak ibu bahagia. Aiden tak boleh bahagiakan Rita." Semerta Rita memandang tajam wajah Farah. Api kemarahan jelas terpancar di matanya.

"Kalau ibu betul-betul sayangkan Rita, ibu takkan cakap macam ni. Ibu memang tak suka dengan Aiden tu kan? Sebab dia berketurunan cina. Kan?" Farah menggeleng-geleng kepalanya.

"Tak Rita... ibu buat semua ni untuk kebaikan Rita."

"Ibu keluar. Rita nak sendirian..." ujar Rita. Farah tergamam apabila Rita menghalau dirinya keluar dari biliknya. Tergamak Rita mengutamakan lelaki lain daripada ibunya sendiri.

"Rita tapi ibu..."

"Keluar! Right now." potong Rita.

Bersama hati yang kecewa, Farah meninggalkan Rita keseorangan di dalam bilik.

SILAUAN cahaya kenderaan menyukarkan Aiden untuk melihat objek di depan mata. Dia berjalan tergapai-gapai dengan berkaki ayam. Dia sendiri tidak tahu hala tujunya.

Tiba-tiba dia terdengar seseorang berbisik di telinganya.

"Kau yang bersalah..."

Itulah bisikan yang dia dengari beberapa kali. Namun, pemilik suara itu tidak kelihatan.

"Siapa kau? Apa kau nak dari aku?" soal Aiden sambil melangkah setapak demi setapak ke hadapan.

Sekali lagi, dia mendengar bisikan itu.

"Hey! Kalau kau berani, muncul depan aku!" Kali ini, bisikan itu hilang. Bunyi jeritan pula kedengaran.

Aiden mencari-cari di mana datangnya bunyi itu. Sehingga dia terlanggar sesuatu yang besar. Dia terjatuh tersembam di atas jalan tar.

Dia bangkit lalu menoleh ke arah sesuatu itu. Ianya satu susuk tubuh yang pernah dia langgar suatu ketika dahulu.

"Tak... Tak mungkin!" jerit Aiden.

PUAN Sri Aminah terkejut melihat Aiden seperti sesak nafas sambil seluruh tubuhnya menggigil.

"Aiden? Aiden kenapa ni? Aiden...!" Puan Sri Aminah menggoyang-goyangkan tubuh Aiden sekuat hati.

"Doktor!" panggil Puan Sri Aminah sambil memicit butang kecemasan di bahagian kepala katil. Menitis air matanya melihat keadaan anaknya itu.

Seketika kemudian, Dr. Azri dan beberapa jururawat berlari masuk ke dalam bilik wad Aiden.

"Puan, sila tunggu di luar." arah seorang jururawat di situ.

"Tapi..."

"Tolong puan, beri kerjasama. Kami akan sedaya upaya selamatkan anak Puan." Lambat-lambat Puan Sri Aminah melangkah longlai keluar dari bilik wad itu.

DI dapur, Isya membuka peti ais dan mencari sesuatu untuk dimakan. Mana tidaknya, makan malam tadi langsung tidak dijamah walaupun sedikit.

"Haih... peti ais punyalah besar tapi secubit makanan pun tak ada." bebel Isya.

"Ehem!" Isya serta merta berpaling ke belakang. Ketika itu juga dahinya terhantuk di pintu peti ais.

"Ya Allah, Isya!" Huda segera membawa Isya duduk di atas kerusi. Dia mengambil peti kecemasan di kabinet.

"Kenapa tak hati-hati? Tengok dahi tu dah lebam." marah Huda tapi masih dikawal.

"Kenapa Tok Ma peduli? Tok Ma kan tak sayangkan kita orang." Perbuatan Huda semerta terhenti.

"Ya! Memang Tok Ma yang rancang semua tu. Tok Ma jugak penyebab Imran masuk hospital. Tapi, Isya tak tahu seluruh kebenarannya." Isya ketawa sinis.

"Tok Ma tak payah nak tipu Isya. Orang lain boleh lah but not me." Isya terus meninggalkan Huda keseorangan.

"Isya takkan faham kenapa Tok Ma buat semua tu. Satu hari nanti, Isya akan tahu semuanya."

HUDA menghulurkan sejumlah wang di dalam sampul kepada dua orang lelaki lingkungan 20-an. Salah seorang daripada mereka iaitu Joe menyambutnya dengan senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Aku nak kau buat kerja betul-betul. Buat macam apa yang aku suruh. Pastikan berjaya." Huda memberi amaran keras.

"Boss jangan risaulah. Kita orang ni tak pernah gagal. Always tip top!" ujar seorang lagi lelaki bernama Borhan.

"Aku nak tengok hasilnya. Jangan cakap mulut aje." Mereka berdua mengangguk tanda faham.

SEHINGGA kini, dia masih rasa bersalah kerana dialah punca cucunya menjadi 'rosak'. Kerana satu kesilapannya, dia hilang kepercayaan anak, menantu dan cucunya.

SEMENTARA itu, Aiden tersedar dari koma. Dia melihat sekeliling sebelum bangkit dari pembaringan.

Dia memegang kepalanya yang berbalut itu. Kepalanya terasa pening dan berdenyut-denyut.

"Aku kat hospital? Apa dah jadi?" Aiden cuba mengingati apakah yang berlaku kepada dirinya namun kepalanya terlalu sakit.

Dia menoleh ke sisi untuk mencari telefon bimbitnya tapi tiada di atas meja mahupun di dalam laci. Dia turun dari katil lalu melangkah ke arah pintu.

Di luar bilik wadnya, tiada sesiapa di sekeliling. Jadi, dia mengatur langkah dengan perlahan-lahan untuk mencari ahli keluarganya.

Tiba di depan sebuah pintu, kepalanya berdenyut dan menyebabkan dia mengaduh sakit. Mujur ada kerusi yang berdekatan. Dia pun duduk di kerusi itu.

Tiba-tiba ada satu suara yang menyapanya.

"Encik Aiden?" Aiden mengangkat wajahnya.

"I-Isya? Awak buat apa kat sini?" soal Aiden sambil menahan sakit.

"Saya datang sini sebab nak lawat encik Aiden tapi tiba-tiba saya nampak encik Aiden kat sini. Kepala encik Aiden sakit ke?" Aiden mengangguk lemah.

"Jomlah kita masuk bilik balik. Encik Aiden tak sihat lagi ni..." ujar Isya sambil memapah Aiden menuju ke bilik wad Aiden semula.

Saat mereka ingin masuk ke dalam bilik wad, Puan Sri Aminah muncul.

"Aiden? Kenapa Aiden keluar?" soal Puan Sri Aminah. Dia turut membantu Isya memapah Aiden.

Mereka membaringkan Aiden di atas katil. Isya mahu keluar semula untuk memanggil doktor namun dihalang oleh Aiden.

"Isya... Kita kahwin?"

"Hah?!"

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-04-26 15:15:33 

ish rita nk letak mana


NovelPlus Premium

The best ads free experience