SAC 63

Romance Completed 94725

SEPERTI yang dirancang, Isya pergi ke rumah Rihanna untuk makan malam bersama. Sepatutnya Isya datang bersama Tan Sri Ahmad tetapi dia perlu menghadiri mesyuarat pada saat akhir.

Sepanjang makan malam itu, Isya memaksa dirinya memaniskan wajah di hadapan mereka sekeluarga. Kalau diikutkan hatinya, dia malas mahu makan bersama Dato Amin.

Dato Amin melihat Isya hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Lauk juga tidak diusik.

"Isya, kenapa tak makan? Kamu tak sihat ke?" soal Dato Amin. Isya menoleh ke arahnya.

"Oh... Isya tak ada selera sangatlah. Rasa tak sedap badan pun ada." bohong Isya.

"La... Isya nak uncle hantar pergi klinik ke?"

"Eh, tak apa! Isya cuma nak minta balik, boleh?"

"Boleh-boleh! Hanna... Pergi hantar Isya ke kereta."

"Okey, pa. Jom, Isya." Isya mengangguk. Mereka meminta diri.

Tiba di kereta, Rihanna menanyakan soalan kepada Isya.

"Isya, kejap! Saya nak tanya sikit, boleh?"

"Hmm? Nak tanya apa tu?" soal Isya, pelik.

"Awak betul-betul tak sihat or tak selesa makan semeja dengan papa saya?" Isya terkejut dengan pertanyaan Rihanna itu.

'Aku obvious sangat ke? Janganlah Hanna fikir bukan-bukan pasal aku!'

"Ke-Kenapa awak tanya macam tu?"

"Isya... Awak jujur dengan saya. Apa sebenarnya yang berlaku antara awak dengan papa?"

'Aduh! Matilah aku!'

"Isya, please..." rayu Rihanna.

"Erm... Awak dah salah faham ni. Tak ada apa-apa jadi pun antara saya dengan papa awak."

"Awak jangan tipu saya. Saya tahu!"

"Hanna, awak trust saya kan?"

Rihanna memandang wajah Isya lama sehinggakan Isya menjadi tidak selesa. Namun, akhirnya dia bersuara jua.

"Okey, saya trust awak. Tapi... Kalau saya tahu awak tipu saya, saya TAKKAN maafkan awak." Isya menelan air liur. Tekak berasa pahit.

"Tak, saya takkan tipu awak."

"Okey, dah awak boleh balik. Drive safe." Isya mengangguk laju. Dia terus masuk ke dalam perut kereta dan memandu pulang.

TAN SRI AHMAD baru keluar dari bangunan pejabat. Dia ingin menuju ke kereta. Tiba-tiba dia bertembung dengan Naim. Dari jauh mereka sudah tersenyum.

"Assalamualaikum, uncle!" sapa Naim. Dia menyalami Tan Sri Ahmad.

"Waalaikummussalam, Naim! Buat apa kat sini?" soal Tan Sri Ahmad, hairan.

"Sebenarnya, saya nak jumpa dengan uncle petang tadi tapi saya dapat call dari jabatan. Ada kes kat area sini. Ini baru balik daripada balai."

"Oh... Ada apa kamu nak jumpa dengan uncle?"

"Saya nak beritahu sesuatu tentang kes Puan Sri."

"Bukan kes tu dah selesai ke?"

"Memang dah selesai tapi ada perkara yang Tan Sri perlu tahu."

"Okeylah, kita bincang kat restoran depan tu." Naim mengangguk. Mereka pergi ke restoran itu secara berasingan.

PAGI-PAGI lagi Isya sudah bersiap untuk ke hospital. Setelah itu, dia akan ke pejabat seperti biasa. Dia turun ke bawah dan terus menuju ke dapur. Dia mahu bersarapan dahulu sebelum keluar.

"Morning, Santi!" sapa Isya.

"Selamat pagi, Puan!" Sarapannya sudah siap." balas Santi.

Isya duduk di meja makan. Dia baru perasan bahawa Tan Sri Ahmad tiada di situ.

"Santi, mana papa? Dia dah pergi kerja ke?"

"Oh ya, Puan. Tan Sri sudah pergi awal subuh tadi. Katanya ada urusan penting." Isya mengerutkan dahinya.

'Kenapa papa keluar tak bagitahu aku? Tak pernah pula papa buat perangai.'

"Tak apalah! Kalau papa dah balik, bagitahu dia saya tunggu kat pejabat."

"Baik, Puan."

PERBUALAN antara dia dan Naim telah menganggu fikirannya. Justeru itu, dia mahu bertenang. Dia melawat kubur arwah Puan Sri Aminah. Tempat paling tenang baginya.

"Assalamualaikum, sayang. Abang minta maaf sebab lama tak lawat sayang. Abang banyak sangat kerja." ujar Tan Sri Ahmad bersendirian.

"Abang datang sini sebab abang rindu sangat kat sayang. Fikiran abang juga bercelaru. Abang dah tak sanggup lagi nak hadap semua ni." luah Tan Sri Ahmad. Air mata sudah menitis.

SEBUAH fail dihulurkan kepada Tan Sri Ahmad. Dia mengambilnya.

"Fail apa ni?"

"Ini fail kes pembunuhan Puan Sri."

"Kes pembunuhan?! Kejap... Bukan hari itu kamu kata kematian semula jadi?" Naim mengeluh hampa.

"Saya terpaksa bohong pada uncle. Aiden larang saya bagitahu perkara sebenar tapi waktu dia nazak... Dia suruh saya bagitahu uncle."

"Ja-Jadi... Aiden dah tahu siapa pembunuhnya?" Naim mengangguk.

Tan Sri Ahmad melihat fail itu seperti mahu tembus. Dia sedaya upaya menenangkan dirinya. Rasa amarah mula membara di dalam hati.

'Siapa pun dia, abang takkan lepaskan dia. Abang akan hukum dia.'

Fail itu dibuka. Tan Sri Ahmad terus membaca inti pati fail itu. Mahu gugur jantungnya apabila dua nama yang amat dia kenali tertulis di situ.

"Naim... Ini..." Tan Sri Ahmad mengangkat wajah. Naim mengangguk lemah.

"Kurang ajar!" Tan Sri Ahmad mencampakkan fail itu ke atas lantai. Dia benar-benar dalam keadaan marah.

"Naim... Uncle nak kamu hukum pembunuh isteri uncle walau apa pun caranya."

"Tapi uncle, Rayyan..."

"Uncle tak peduli! DIA mesti dihukum!" sela Tan Sri Ahmad dengan tegas.

"MAAFKAN abang, sayang. Tapi abang tak boleh maafkan dia lagi. Dah terlalu banyak dia lakukan pada keluarga kita. Abang tak boleh berdiam diri lagi."

KNOCK, KNOCK!

Isya mengetuk pintu bilik pejabat Tan Sri Ahmad. Dia menjenguk ke dalam. Tan Sri Ahmad sedang duduk termenung. Isya masuk ke dalam dan duduk berhadapan dengannya.

Isya mengetuk meja. Tan Sri Ahmad masih termenung. Dia berdehem pula. Tan Sri Ahmad tersedar dari lamunan.

"Eh, Isya! Bila masa Isya masuk? Papa tak sedar pun." Isya menggeleng-geleng kepala. Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

"Papa termenung apa ni? Lepastu, pagi-pagi buta dah hilang."

"Isya... Aiden ada bagitahu apa-apa tak kat Isya pasal kes arwah mama?" Isya terkejut dengan soalan Tan Sri Ahmad itu.

'Papa tahu ke yang Aiden curi-curi jumpa dengan kawan dia tu?'

"Isya?"

"Hah..! Tak adalah pulak. Kenapa papa tiba-tiba tanya?" Isya sedaya upaya mengawal riak wajah.

Tan Sri Ahmad mengambil handphonenya di sebelah. Dia membuka galeri. Gambar Naim bersama Aiden sewaktu kolej dahulu, ditunjukkan kepada Isya.

"Isya kenal dengan lelaki sebelah Aiden tu?" Isya teragak-agak untuk mengangguk.

"Isya kenal kan? Please jujur dengan papa."

"Okey, Isya kenal dengan dia. Tapi Isya tak tahu nama dia siapa. Isya betul-betul tak kenal dengan dia. Tapi Isya cuma tahu yang Aiden ada jumpa dengan dia sebab nak bincang pasal kes arwah mama."

"Jadi, Isya tak tahu menahu tentang kes pembunuhan mama?"

"Hah?! Siapa bunuh mama?"

"Rita dan Rayyan." Isya membuntang biji matanya.

"Isya... Isya..."

"Papa nak hukum pembunuh mama." Isya sekali lagi terkejut.

"Hah?! Rayyan kan kat hospital sakit jiwa. Takkanlah papa nak penjara Rayyan juga."

"Papa tak kira! Papa dah cukup bersabar dengan Rayyan. Papa takkan tutup lagi salah dia. Dia kena tanggung semua salah dia."

Isya cuba memujuk Tan Sri Ahmad tetapi dia tetap berkeras dengan keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience