IKUTKAN hati Isya tidak mahu pulang ke KL hari ini tetapi dia tidak tahan dengan desakan Aiden. Boleh dikatakan lebih sepuluh kali Aiden menghubunginya. Naik rimas dia jadinya.
Bagasi diberikan kepada Aiman. Awalnya dia tidak mahu menyusahkan Aiman tetapi Aiman bersungguh-sungguh memujuknya.
"Ada barang lagi? Takut nanti tertinggal, susah nak patah balik." pesan Aiman.
"Dah, semua dah ada."
"Sure...?" Aiman menjongketkan sebelah keningnya.
"100% sure!" jawab Isya dengan yakin.
"Alright, kita jumpa mama dulu."
Isya mengangguk lalu mengintil Aiman masuk ke dalam rumah semula.
"Mama kita orang pergi dulu. Insya-Allah esok pagi Aiman balik sini."
"Tak apalah... Nak tinggal dua, tiga hari lagi kat KL pun mama tak kisah."
Isya tersenyum manis. Dia menghulurkan tangan untuk menyalami Jamilah.
"Isya jaga diri baik-baik, ya? Aunty doakan supaya Isya bahagia dengan Aiden."
"Aamiin, terima kasih aunty."
"Okey, jom gerak. Lambat nanti."
Sebelum kenderaan meninggalkan perkarangan rumah, mereka melambai ke arah Jamilah dari dalam kereta.
"KAU dah cari apa yang aku suruh?" soal Huda sebaik Kamelia dan Syukri duduk.
"Mama ni bagilah Kamy dengan Syukri ni duduk dulu. Order minum ke?"
Kamelia mencebikkan bibirnya.
"Mulut kau ni kalau aku cili baru tahu."
"Fine!"
Kamelia menyuruh Syukri untuk menghantar alamat kepada Huda melalui WhatsApp.
"Dah, send!" ujar Syukri yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Hmm... Bagus! Kau, Kamy ikut aku pergi hospital. Syukri, kau pergi perhatikan Isya dengan Daud. Aku tak nak dia orang tahu rancangan aku."
"Mama jangan risau. Ini Syukri lah!"
"Kau tak payah nak berlagak sangat! Buat kerja kau elok-elok. Kalau kau gagal, siap kau!"
Syukri terus menelan air liur. Gerun dengan amaran Huda.
"Mama..." panggil Kamelia, ragu-ragu.
"Hmm!"
"Kamy... Laparlah! Nak order."
"Ish, kau ni! Aku lepuk baru tahu!"
Kamelia tersengih.
'Safiah... Kau mungkin selamat sekarang tapi tak lama lagi kau pun akan terima nasib yang sama macam anak dan suami kau.'
SETIBANYA di rumah, Isya disergah oleh Aiden. Aiman hanya menghantar Isya ke rumah kerana dia tidak mahu Aiden berasa tidak senang hati dengan kedatangannya.
"Kau balik dengan jantan tu, kan?!" jerkah Aiden.
Isya tidak menjawab malah mengatur langkah mendekati Aiden yang sedang berdiri di tengah rumah itu.
"Assalamualaikum, awak." Isya meraih tangan Aiden dan ingin menyalaminya namun Aiden segera menepisnya.
"Kau tak yah nak tunjuk macam isteri yang baik sangatlah! Duduk berduaan dengan jantan, kau tak fikir pula yang kau ni isteri orang!"
Isya melepaskan keluhan berat. Dia sudahlah baru pulang, penat pun tak hilang lagi. Aiden sudah buat perangai.
"Hey! Kau jangan nak buat diam! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat belakang aku, hah?!"
"Saya naik atas dulu."
Isya sudah berpusing ke belakang. Aiden menarik lengan Isya dengan kuat sehingga Isya berpusing semula.
"Ah, sakitlah awak!" Isya sedaya upaya melepaskan genggaman Aiden.
"Sakit? Habistu hati aku yang sakit ni macam mana pulak?!"
"Saya cuma tumpang Aiman je! Bukannya buat apa pun!"
"Menjawab! Kau ingat aku bodoh sangat ke?! Entah betul ke tidak kau balik kampung jumpa nenek kau."
"Ya Allah! Aiden... Buat apa saya nak tipu awak? Saya betul-betul jumpa nenek saya. Dia kat hospital sekarang ni."
"Ah, tipu! Kau saja bagi alasan sebab nak tutup aib kau kan?"
"Aib apa?"
"Yelah, aib kau buat maksiat dengan dia kan?!"
Pap! Isya menampar kuat pipi Aiden.
"Saya sanggup kena hina dengan awak tiap-tiap hari. Saya setia dengan awak walaupun awak jijik dengan saya. Benci kat saya."
Isya menarik nafas dulu sebelum sambung semula.
"Tapi bila awak tuduh saya dengan perkara terkutuk tu... Saya takkan terima. Saya takkan maafkan awak!"
Aiden ketawa sinis, "Kau ingat aku heran dengan maaf kau?! Puih!"
Aiden meludah tepat ke wajah Isya. Begitu hinanya Isya di mata Aiden.
Isya sudah hilang sabar. Turun naik nafasnya menahan amarah yang membara di dalam dada.
"Kenapa awak layan saya macam ni? Benci macam mana pun awak kat saya tapi saya tetap isteri awak!"
"Selagi kau masih isteri aku, aku akan pastikan hidup kau seperti neraka!"
Isya terus menolak tubuh Aiden dengan sekuat hati. Aiden terundur jua beberapa langkah ke belakang.
"Saya benci awak! Benci!"
Isya terus berlari naik ke atas. Air matanya tidak henti-henti mengalir.
Kejadian ini takkan pernah hilang dari ingatannya. Setiap kata hinaan yang dilemparkan kepadanya akan dia ingat sampai mati!
AIMAN mendaftar masuk di sebuah hotel. Selesai menyegarkan badan, Aiman bersiap-siap untuk tidur. Badannya terasa begitu penat sekali. Mana tidaknya, 5 jam dia memandu.
Dia sudah baring di atas tilam yang empuk itu tetapi bunyi deringan handphonenya membuatkan dia terpaksa bangun semula.
"Eee! Siapa pula call aku malam-malam ni? Aku nak tidurlah!" rengek Aiman persis budak kecil.
Tanpa rela, dia meraih handphone di atas meja. Dia melihat skrin handphone, tertera nama Aiden.
"Aiden? Apahal dia call aku? Ada apa-apa jadi kat Isya ke?" fikir Aiman.
Dia terus menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, Aiden. Ada apa call saya ni?" soal Aiman dengan lembut.
"Kau buat apa dengan isteri aku?! Kau tahu kan dia isteri aku?"
"Okey, sabar Aiden. Saya tak faham apa yang awak cakapkan ni."
"Tak faham ke buat-buat tak faham?!"
"Aiden..."
"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak nak kau ada kaitan apa-apa lagi dengan isteri aku."
"Tapi Aiden, Isya kena jumpa nenek dia."
"Aku boleh bawa dia pergi sana. Kau tak perlu nak jadi driver dia."
"Saya faham tapi..."
"Kau ni tak faham bahasa ke?! Aku cakap tak payah... Tak payah lah!"
Aiman mengeluh panjang, "Okey, saya minta maaf kalau saya buat awak terasa hati. Tapi saya betul-betul tak ada niat apa-apa kat Isya."
"Kau cakap apa pun tapi aku takkan percayakan kau. Ingat, jangan dekat lagi dengan isteri aku."
Aiden terus mematikan talian.
Aiman terus merebahkan badan ke atas katil. Dia masih memikirkan kata-kata Aiden itu.
'Aku harap Aiden tak buat apa-apa kat Isya. Isya... Awak jaga diri baik-baik. Saya akan sentiasa ada dengan awak.'
Share this novel