SAC 9

Romance Completed 94725

HARI ini Aiden masuk semula ke pejabat. Masih banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aiden melangkah masuk ke dalam pejabat dan hampir semua kakitangan di sana mengucapkan selamat kembali kepadanya.

Saat Aiden mahu mengatur langkah menuju ke bilik pejabatnya, laluannya dihalang oleh Rita.

"Hish! You nak apa lagi ni?" soal Aiden bercampur amarah. Rita hanya membuat muka toya sahaja.

"You ni... Tak baik marah-marah tau pagi-pagi ni. Nanti cepat tua." ujar Rita sambil membetulkan tali leher Aiden.

Aiden segera menepis tangan Rita. Dia rimas apabila Rita berbuat demikian.

Rita tersenyum sinis. "Kenapa? You rimas I nak manja-manja dengan you? Oh ya... You kan dah ada yang punya."

"Dah tahu kenapa buat. You jangan tunjuk yang you ni murah sangatlah. Jaga maruah you tu sikit." Rita terus memandang Aiden dengan tajam.

"You nak cakap I ni perempuan murah? Macam tu ke?!" jerkah Rita. Semua kakitangan sudah mula memandang ke arah mereka berdua.

"You jangan malukan diri you sendiri, Rita. I dah move on. So, you pun kena move on."

"I takkan lepaskan you dekat perempuan kampung tu. Never!" Rita memberi amaran sebelum pergi meninggalkan Aiden sendirian.

Aiden terus masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia melepaskan rasa sedihnya dengan menangis.

"Ya Allah, engkau kuatkanlah aku. Jagalah Rita untuk aku, Ya Allah. Aku sayang dia." Aiden berdoa sambil menangis tanpa henti.

TAN SRI AHMAD sengaja mahu bertemu dengan Isya ketika Aiden tiada. Dapat dia berbual panjang dengan Isya. Dia perlu tahu dan mengenali Isya dengan lebih dalam.

"Kamu tahu kenapa Aiden nak kahwin dengan kamu?" Isya sedari tadi hanya tertunduk malu, menggeleng sedikit.

"Dah tu, kenapa setuju nak kahwin dengan Aiden? Ke sebab Aiden tu kaya?" Isya terus mengangkat wajah.

"Tan Sri... Saya ni memang dari keluarga yang tak setaraf dengan Tan Sri. Tapi... Saya bukan perempuan materialistik." jawab Isya dengan berani. Dia pantang kalau ada sesiapa yang cuba menghina keperibadiannya.

"Baguslah kalau macam tu. Aiden bukan seperti lelaki yang lain. Dia jenis lelaki yang takkan buat satu keputusan tanpa berfikir panjang. Jadi, saya yakin dengan pilihan dia." jelas Tan Sri Ahmad.

"Saya faham, Tan Sri. Cuma saya perlukan masa untuk kenal hati budi encik Aiden. Kalau Tan Sri tak keberatan, boleh kami bertunang dulu?"

Tan Sri Ahmad tidak menjawab malah hanya memandang wajah Isya tidak berkelip. Isya mula berasa tidak selesa.

"Erm... Kalau Tan Sri tak nak, saya tak paksa."

"Saya setuju. Lagipun ini soal masa depan kamu berdua. Kamu dan Aiden akan bertunang selama 3 bulan. Cukup?"

"Cukup Tan Sri. Terima kasih, Tan Sri." ucap Isya.

"Call me papa."

"Okey, Papa." tutur Isya, terpaksa. Entah mengapa, dia berasa janggal untuk memanggil Tan Sri Ahmad dengan panggilan 'papa'.

Rayyan yang mengintai di sebalik dinding, segera pergi dari situ.

KRING, KRING!

Isya sedang bersiap untuk ke pejabat, terkejut dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Dia melihat nama pemanggil.

'Encik Aiden? Apahal dia call aku? Oh... Aku kan tak masuk office lagi mesti dia call aku nak tanya. Aduh, kau ni, Isya.'

Dia terus menjawab panggilan itu.

"Hello, Isya. Kenapa awak tak masuk office lagi? Dah nak lunch hour dah ni." soal Aiden dengan nada biasa.

'Kan dah cakap.'

"Maaflah encik Aiden. Saya lupa nak bagitahu encik Aiden yang saya masuk lepas waktu lunch. Saya ada emergency pagi ni. Tapi saya dah minta izin dengan Tan Sri." jelas Isya, panjang lebar.

"Oh... Lain kali awak bagitahu kat saya. Risau saya dibuatnya." Kedengaran tawanya di hujung bicara.

"Okeylah, encik Aiden. Saya nak siap-siap pergi office. Bye, assalamualaikum." Isya terus memutuskan talian tanpa menunggu respon daripada Aiden.

"Macam manalah bila aku jadi isteri dia nanti? Boleh ke aku bukak hati aku yang keras ni untuk dia? Sedangkan untuk Aiman pun susah." bebel Isya sendirian di depan cermin.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Isya bergegas membuka pintu.

Buka sahaja, Kamelia menerpa ke arah Isya. Dia memukul Isya dengan tapak tangannya dengan sekuat hati.

"Aduh! Kenapa ni, bonda?" soal Isya sambil menahan sakit.

"Kau ni nak kalau kata bodoh, tak juga. Belajar tinggi-tinggi, dapat kerja besar tapi tetap tak boleh bezakan halal, haram kan?"

"Bonda... Isya betul-betul tak faham."

"Ni... Kau tengok siapa tu?" Kamelia memberi telefon bimbitnya kepada Isya. Isya mengambilnya lalu melihat foto di skrin.

Mata Isya terus terbeliak. Isya menggeleng-geleng kepala.

AIMAN menghempaskan badannya ke atas katil. Nafasnya turun naik akibat menahan amarah. Hatinya sakit bila memikirkan itu semua.

KERETA Persona milik Aiman memasuki perkarangan rumahnya. Dia keluar dari perut kereta.

Baru sahaja kaki melangkah masuk, Jamilah menampar pipi Aiman. Aiman tergamam seketika.

"Mama tak ajar Aiman untuk jadi macam ni. Kenapa Aiman buat jugak?!" tempelak Jamilah.

"Apa yang Aiman buat? Aiman tak faham." Jamilah menarik lengan Aiman dan dibawa ke biliknya.

Di dalam bilik, Jamilah membuka laci soleknya. Dia mengeluarkan beberapa keping foto lalu mencampakkan ke muka Aiman.

"Tengok apa yang Aiman dah buat! Mama malu dapat anak macam ni!" Jamilah menangis teresak-esak.

Aiman mengambil foto yang berterabur di atas lantai itu. Dia terkejut melihat foto itu.

Dalam foto itu, ada gambar dia dan Isya sedang berpelukan di dalam sebuah bilik hotel. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi fotonya dan Isya berdua duaan.

"Mama, Aiman boleh explain."

"Sekarang ni, mama nak tanya. Betul ke Aiman buat macam dalam gambar tu?" Aiman teragak-agak untuk menjawabnya kerana apa yang dilihat di dalam foto itu benar belaka.

"Kenapa diam? Jawab Aiman." Lambat-lambat, Aiman mengangguk jua.

"Astagfirullahaladzim!" Jamilah terundur setapak ke belakang.

"Mama!" Aiman segera mendapatkan Jamilah. Namun Jamilah menolak bantuan Aiman.

"Aku tak perlukan bantuan dari anak yang tak kenang budi. Aku kecewa dapat anak macam kau." ujar Jamilah.

"Ma... Tolong percayakan Man. Memang itu Man tapi time tu..."

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Kau keluar dari bilik aku sekarang." Jamilah menghalau Aiman keluar.

"Tak ma... Bagilah Man explain dulu. Man takkan sesekali malukan mama. Percayalah." Aiman tetap berusaha memujuk Jamilah.

"Keluar. Kalau kau masih hormat aku sebagai mak kau." Aiman mengangguk lemah.

"Aiman akan keluar tapi Man takkan berhenti buktikan yang Man tak salah."

"SIAPA yang curi-curi ambil gambar kita orang? Kalau aku tahulah siapa, memang aku takkan lepaskan."

Demi membersihkan namanya, Jamilah, dan Isya, dia sanggup melakukan apa sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience