SAC 17

Romance Completed 94725

ISYA sedang duduk di atas katil. Perbualan antara dia dengan Aiden pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

Ketika itu dia baru pulang dari membeli belah bersama rakan sekerjanya, Amri. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, dia diterjah oleh pertanyaan Aiden.

"Siapa jantan tu?" soal Aiden sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

Isya mengurut dadanya sebelum menghampiri Aiden.

"Jantan mana pulak yang awak maksudkan ni? Saya tak fahamlah..." rungut Isya. Apa jua yang dia lakukan, ada saja salah di mata Aiden.

"Aku tahulah kau keluar dengan jantan! Kau saja je kan supaya orang lain cakap aku ni dayus. Kan?!"

"Ya Allah! Awak cakap apa ni? Sampai hati awak tuduh saya macam tu. Awak ingat saya ni tak tahu halal haram ke?"

"Hey, perempuan! Kau dengar sini baik-baik. Aku tak peduli everything pasal kau tapi aku peduli bila wife aku layan jantan lain!"

Isya menggeleng kepala. Begitu bencinya Aiden pada dia.

"Satu lagi... Kau jangan berani nak bawa mana-mana jantan masuk dalam rumah ni, faham?!"

Tiba-tiba pintu bilik dikuak. Seperti biasa, Aiden masuk ke dalam bilik dengan wajah yang bengis.

Tanpa kata, Aiden naik ke atas katil lalu melelapkan matanya. Isya hanya melihat melalui ekor mata sahaja.

'Tunjuk protes lah tu. Ingat aku kesah dia nak cakap dengan aku ke tak. Tak cakap lagi bagus.'

Isya turut mahu tidur tetapi suara Aiden membantutkan perbuatannya itu.

"Kau tidur kat sofa. Tak selera aku nak tidur sebelah kau." arah Aiden.

'Kurang ajar punya laki! Dah tahu tak selera dengan aku, kahwin juga dengan aku kenapa? Psycho!'

Isya meraih bantal dan selimut lalu dibawa ke sofa. Dia menghempaskan badannya. Malam itu dia tidur dalam keadaan marah.

Aiden membuka sedikit matanya. Dia tersenyum puas melihat Isya berbaring di sofa.

DALAM masa yang sama,

Sambil memeluk tubuh di atas katil, dia merenung gambar Isya. Sesekali dia tersenyum, sesekali dia menangis.

Sejak Isya menjadi milik Aiden, dia tidak dapat menerimanya. Dia kesal kerana tidak bertindak dengan lebih awal.

"Kau ni memang pengecut!" ujar satu suara.

Aiman terus mengangkat wajah. Dia melihat sekeliling namun tidak kelihatan empunya suara itu.

"Siapa? Siapa kau?! Keluarlah!"

"Kau memang pengecut, Aiman! Pengecut!" Sekali lagi suara itu kedengaran.

"Diam! Aku bukan pengecut!" jerit Aiman sambil menutup kedua-dua belah telinganya dengan tapak tangan.

Namun suara itu masih kedengaran. Dan memaksanya untuk bertindak ganas.

Habis semua benda di dalam bilik itu, dia campak. Sehingga berselerak di atas lantai.

"Aiman! Buka pintu ni!" arah Jamilah dari luar bilik. Dia begitu risau apabila mendengar Aiman mengamuk.

"Aku bukan pengecut!" Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya.

Jamilah tidak boleh menunggu lagi. Dia terus mengambil kunci pendua lalu membuka pintu bilik Aiman.

"Aiman!"

"MAMA, apa nak buat sekarang ni? Dah hampir semua cawangan kita dah tutup." Kamelia meluahkan kerisauannya.

"Kamu diamlah! Ini semua salah kamu. Kalau kamu tak buat jahat pada Isya, semua ni takkan jadi."

"Apa dia, ma? Kamy dah buat apa saja untuk budak tu tau. Dia nak kahwin, Kamy dah izinkan. Apa lagi ma?"

Huda memusingkan badannya lalu menghampiri Kamelia yang sedang duduk di sofa itu.

"Memanglah kau dah izinkan dia kahwin tapi sebelum ni kau juga yang buat dia kena halau kan?"

"Ah, sekarang ni aku nak kau pergi jumpa Isya. Berbaik dengan dia. Lepastu kau kikis harta si Aiden tu."

"Tapi ma..."

"Kau nak kita hidup susah? Nak?!" Kamelia menggeleng.

"Dah, pergi! Tapi ingat... Rahsia ini hanya kita berdua aje tahu."

'Aku takkan ulang lagi silap aku 3 tahun yang lalu. Kali ini aku akan singkirkan dia orang berdua.'

RESTORAN DEWAKAN menjadi pilihan Rita untuk bersarapan. Dia memesan Bambangan Sorbet, salah satu menu kegemarannya.

Sedang menjamu selera, dia terlihat Rayyan masuk ke dalam restoran tersebut bersama seorang perempuan. Mereka kelihatan sangat mesra.

"Rayyan!" Rita bangun lalu mendekati mereka berdua.

"Rita?" Rayyan benar-benar cuak.

"So... Ini lah outstation you. Rupanya you kat sini dengan perempuan lain pula tu! You berani curang dengan I?" marah Rita tanpa menghiraukan pelanggan-pelanggan di situ.

"Bie... I tunggu dalam kereta lah. You settle kan dengan wife you ni, okey?" Perempuan itu mahu pergi tapi Rita terlebih dahulu bertindak.

Dia menarik rambut perempuan itu.

"Kau nak lari mana?! Kau dah menggatal dengan laki orang... Senang-senang aje kau nak lari!"

"Rita sudah! Stop!" Rayyan cuba menghalang Rita namun Rita tidak mempedulikannya.

"Dasar perempuan gatal!" Rita mahu menyerang lagi tetapi Rayyan cepat-cepat menolak Rita.

Tidak tahu bagaimana, dahi Rita terhantuk pada bucu meja di restoran tersebut. Rita tidak sedarkan diri. Kelihatan darah mengalir halus di dahinya.

"Rita!" Rayyan terus menerpa ke arah Rita yang terbaring itu.

"Tolong! You... Call ambulans. Now!" arah Rayyan. Perempuan itu pun kelam kambut mengeluarkan handphone daripada handbag dan menghubungi ambulans.

'Apa aku buat ni? Macam mana kalau dia... No! Kau kena selamat Rita.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience