SAC 22

Romance Completed 94725

SEBAIK saja Dr. Haris merawat Isya, mereka bertiga mendekatinya.

"Macam mana Ris? Okay ke dia? Tak mati kan?" soal Rayyan bertubi-tubi.

"Itu yang aku risau ni Ray."

"Risau? Kenapa Ris? Bagitahu aku..."

"Aku dah rawat luka di kepala dia tapi pendarahan masih belum berhenti. Jadi, macam mana pun kau kena bawa dia pergi hospital." terang Dr. Haris kepada Rayyan.

Mereka bertiga terus cuak. Rancangan mereka akan gagal.

"Okey, aku bawa dia pergi hospital tapi hospital kat sini. Sebab nak cepat kan?" kelentong Rayyan.

"Bagus juga... Lagi cepat kau bawa lagi bagus." Rayyan mengangguk.

"Kau nak aku tolong hantarkan ke?"

"Boleh juga. Lagipun kereta aku rosak."

"Okey... Jom tolong aku bawa dia masuk kereta." Rayyan mengangguk seraya memberi isyarat kepada Haura dan Ika agar melaksanakan langkah seterusnya.

Sepeninggalan Rayyan dan Dr. Haris, Haura dan Ika membersihkan bilik di mana Isya dirawat. Tilam, bantal dan beberapa barang yang terkena darah Isya dibakar. Bukti harus dihapuskan.

"Semua barang dah bakar?" tanya Ika.

"Dah! Jom, kita balik. Aku tak nak tinggal sesaat pun lagi kat rumah ni." ujar Ika.

"Eh, mana boleh! Rayyan kan suruh tunggu kat sini. Dia nak bagitahu apa rancangan seterusnya."

"Ah! Aku tak kira! Aku nak balik juga sebab aku dah tak nak terlibat dengan semua ni!"

"Ika! Ika!" Haura berusaha untuk menghalang tetapi usahanya sia-sia. Ika tetap dengan keputusannya untuk pergi tanpa menghiraukan akibatnya.

"AKU nak Aiden! Mana dia?!" amuk Rita setelah menyedari Aiden tiada bersamanya.

"Rita, sayang... Jangan macam ni. Ray kan dah janji nak bawa Aiden datang sini." pujuk Farah.

"Tipu! Kalau ya mana Aiden? Mana?!"

Habis semua barang di dalam bilik wad itu dicampaknya. Dia melepaskan segala rasa amarahnya.

"Rita, sudahlah! Stop!" tegah Farah.

Tidak lama kemudian, Dr. Shahid dan dua orang jururawat datang.

"Nurse, bawa dia ke katil." arah Dr. Shahid.

"Aku tak nak! Lepaslah!" Rita meronta-ronta minta dilepaskan.

Setelah disuntik ubat penenang, suasana menjadi tenang semula. Rita sudah ditidurkan untuk beberapa jam.

"Doktor, kenapa anak saya boleh jadi macam tu?"

"Ini mungkin kesan hentakan di kepala Rita. Mental dia masih belum stabil lagi. Jadi, saya harap Puan Farah bawa Aiden datang ke mari. Rita perlukan dia." jelas Dr. Shahid.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Farah mengangguk lemah.

Tidak kira apa pun caranya, dia perlu membawa Aiden untuk berjumpa dengan Rita.

HAMPIR dua jam, Aiden mencari Isya tetapi masih tidak dijumpai. Dia sudah pergi ke tempat-tempat di mana kemungkinan Isya ada di situ. Namun, hampa Isya tiada.

"Mana aku nak cari kau ni, Isya? Mana kau pergi?" Dia mengeluh kuat.

Kring, Kring!

Aiden menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello!" sapa Aiden dengan suara yang agak kasar.

"Eh, apahal marah-marah ni? Papa tak buat salah pun."

Aiden baru sedar bahawa dia tidak tahu siapa yang menelefonnya. Dia segera melihat nama pemanggil.

"Sorry, pa. Ada apa?"

"Dah jumpa Isya? Daud call papa tanya tentang Isya. Dia kata dia call Aiden, Aiden tak jawab."

"Mungkin Aiden tak perasan kot. Aiden dah cari kat tempat dia selalu pergi tapi dia tak ada. Aiden tak sedap hatilah pa."

"Tak apa... Aiden cari Isya perlahan-lahan. Jumpalah tu nanti. Kalau tak jumpa, kita report polis."

"Okeylah pa, Aiden nak cari tempat lain pulak. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, hati-hati ya?" Talian diputuskan.

Aiden menyandarkan kepalanya di kepala kerusi lalu memejamkan matanya seketika. Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk dari luar. Mata terus terbuka luas.

Kelihatan seorang perempuan. Dia menyuruh Aiden keluar dari kereta. Aiden menurutinya.

"Nah! Pergi kat hospital ni... Isteri kau ada kat situ." Perempuan itu menghulurkan sehelai kertas kecil kepada Aiden.

"Cik ni siapa? Macam mana boleh kenal dengan isteri saya?"

"Ambil jelah! Aku tak boleh lama. Selamatkan isteri kau sebelum terlambat." Perempuan itu meraih tangan Aiden lalu meletakkan kertas itu di tangannya.

"Siapa perempuan ni? Tak apa nanti aku siasat. Sekarang ni aku kena selamatkan Isya."

Aiden segera masuk ke dalam kereta. Dia memandu semula menuju ke alamat hospital yang diberi oleh perempuan itu tadi.

'Saya harap saya sempat jumpa awak. Saya takkan biarkan apa-apa jadi kat awak, Isya.'

SETELAH menyelesaikan urusan kemasukan Isya di hospital, Rayyan menghubungi seseorang.

"Hello, Rayyan. How's our plan? Everything is done?" Rayyan terus menelan air liur.

"Dee... I sebenarnya..."

"Shut up! Useless! Benda senang pun tak boleh nak buat! I don't care, you need to do what I said!"

"Okey, Dee. I.... I janji."

"You have to remember. Your secret dalam genggaman I!"

"Dee, Jangan bu..." Tidak sempat Rayyan ingin membalas, talian sudah dimatikan.

"Ah! Tak guna!" tempelak Rayyan.

"Aiden... Isya... Kau orang berdua patut mati! Mati!"

Api dendam mula membara sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan darah daging sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience