PELBAGAI juadah yang dihidangkan di atas meja makan. Ada nasi lemak, nasi goreng dan kuih muih. Isya sengaja masak lebih sedikit kerana Daud ingin datang sarapan bersama.
Ding, Dong!
"Mesti papa dah sampai." teka Isya.
Isya terus berjalan ke pintu utama untuk membuka pintu. Daud tersenyum saat melihat kelibat Isya.
"Assalamualaikum, Isya." ucap Daud.
"Waalaikummussalam, walid." balas Isya. Dia menyalami tangan Daud.
"Rindunya kat walid."
"Walid pun... Tak nak ajak walid masuk ke?"
Isya menepuk dahi.
"Sorry... Jom!"
Mereka beriringan menuju ke dapur. Di meja makan, Tan Sri Ahmad sudah bersedia untuk makan.
"Assalamualaikum, Ahmad!" sapa Daud dengan mesra.
"Eh, waalaikummussalam!"
Mereka berpelukan mesra. Tan Sri Ahmad menjemput Daud duduk di sebelahnya.
"Daud sihat?" soal Tan Sri Ahmad, prihatin.
"Alhamdulillah, sihat! Kalau tak... Tak adalah sampai ke sini." seloroh Daud. Meletus tawa mereka bertiga.
Tan Sri Ahmad baru perasan bahawa Aiden tiada di sini. Dia menoleh ke arah Isya.
"Isya... Aiden mana?"
"Oh, a'ah lah! Kejap... Isya panggil."
Isya terus naik ke atas untuk memanggil Aiden. Tiba di depan pintu bilik, dia terdengar Aiden sedang bercakap di telefon.
"Dia bisik apa tu?" Isya meletakkan telinganya ke pintu bilik. Dia fokus mendengar kata-kata Aiden itu.
"Bukan kes tu dah tutup ke? Siapa yang buka kes tu balik?" soal Aiden dalam keadaan berbisik.
'Hmm? Kes apa pulak?'
"Papa yang buka kes ni balik? So, sekarang ni ada progress apa-apa ke?"
Tiba-tiba, suara nyaring Tan Sri Ahmad kedengaran menyebabkan Aiden terus berhenti bicara.
"Isya! Dah panggil Aiden ke belum?!"
"Nak panggil lah ni! Kejap lagi kita orang turun!"
"Hah, yelah! Sejuk makanan nanti!"
Isya segera masuk ke dalam bilik.
"Awak, papa ajak makan." ujar Isya. Mata terarah ke handphone Aiden.
Aiden mengangguk lalu menyembunyikan handphonenya di belakang badannya.
"Cepat sikit, nanti papa bising." pesan Isya sebelum keluar dari bilik itu semula.
"Okey..."
Sepeninggalan Isya, Aiden sambung bercakap di telefon.
"Selagi aku tak call... Jangan call aku, faham?" Aiden mematikan talian.
Isya sedang mencuri dengar di luar bilik terus berlari turun ke bawah. Dia tidak mahu Aiden tahu bahawa dia mendengar perbualannya.
IZZATI sedang mengayuh basikal di jalan, dihalang oleh Johan. Nasib baik dia sempat brek. Kalau tidak mahu terlompat dia dari basikal.
"Apa masalah kau ni?! Nak bunuh orang ke apa?!" jerkah Izzati.
"Haih, garang betul! Seingat akulah waktu wedding kau... Kau tunduk aje. Tak berani nak pandang aku." perli Johan.
"Kau tak perlu nak perli aku bagai! Aku tak takut dengan kau tau." balas Izzati dengan berani.
Johan menggenggam pemegang basikal itu dan menariknya ke hadapan. Semerta Izzati terikut sama. Wajah mereka hanya beberapa inci sahaja.
"Kau jangan jual mahal dengan aku, Zati. Kau kena ingat yang kau ni hanya milik aku."
Izzati tersenyum sinis, "Milik kau? Puih!"
Izzati meludah ke wajah Johan. Johan berang dengan tindakan Izzati itu. Dia memandang tajam wajah Izzati.
"Apahal? Nak pukul aku? Pukul lah! Biar satu kampung ni tahu yang kau ni kaki pukul!"
Johan terus menggenggam tudung Izzati.
"Kau jangan ingat yang kau boleh selamat Izzati. Sekali aku dapat kau... Aku ratah kau cukup-cukup."
Izzati terus menolak kuat tubuh Johan. Johan terundur selangkah ke belakang.
"Kalau berani, buatlah! Aku akan report polis!"
Izzati terus mengayuh laju pergi dari situ. Johan melihat kepergian Izzati dengan pandangan maut.
"Kau jangan cabar aku, Zati."
SELEPAS sarapan pagi, Aiden tergesa-gesa untuk keluar. Katanya ada hal penting. Isya masih ragu-ragu dengan Aiden. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengekori Aiden.
Selang beberapa saat kereta Aiden keluar dari perkarangan rumah, Isya mengekori dari belakang.
"Manalah dia ni nak pergi?" soal Isya.
Kereta Aiden laju memasuki sebuah bangunan kondominium. Isya tidak ikut sekali kerana hanya penghuni dan tetamu yang diundang saja dibenarkan masuk.
"Dia buat apa kat sini? Ke dia ada perempuan lain?"
"Tapi kalau dia ada perempuan lain pun, apa kau kesah? Kata tak sayang... Buat apa nak cemburu kan?" soal Isya sendirian.
Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu sama ada benar atau tidak bahawa dia tiada hati lagi terhadap Aiden.
"Okey, Isya... Kau kena cari jalan macam mana nak masuk dalam kondo ni."
Tiba-tiba, cermin keretanya diketuk dari luar. Dia terus menoleh ke sisi. Dia mengurut-urut dadanya. Dia keluar dari perut kereta.
"Kak Lina? Terkejut Isya..."
Kak Lina ketawa terkekek-kekek kerana seronok dapat mengenakan Isya.
"Maaflah, Isya... Akak tengok kereta Isya kat sini. Tu yang akak datang tegur tapi tak tahu pula Isya boleh terkejut benar macam nampak hantu."
Semakin besar ketawa Kak Lina. Isya menggeleng-geleng kepala.
"Haish, kak Lina ni! Suka sangat sakat orang."
"Nak buat macam mana Isya... Hidup ni kadang-kadang kena usik orang!" Dia ketawa lagi.
"Kak Lina...!"
Kak Lina mengambil nafas semula sebelum bersuara lagi.
"Okey, akak surrender!" Dia mengangkat kedua-dua tapak tangannya.
"Hah, ni Isya buat apa kat sini? Kenapa tak masuk?"
"Oh... Isya nak jumpa kawan tapi kawan Isya tu tak balik kondo lagi. Dia suruh naik dulu tapi..."
"Oh! Guard tak bagi?" potong Kak Lina. Isya mengangguk.
"Meh, ikut akak. Akak duduk sini... Baru aje pindah bulan lepas."
"Oh ye ke? Tapi boleh ke kak?" soal Isya, ragu-ragu.
Kak Lina menepuk bahu Isya. Dia menunjukkan ke arah dirinya.
"Ini Kak Lina lah! Gurau... Tak apa asalkan penghuni kondo ni ada. Boleh masuk."
"Okeylah kalau macam tu. Isya follow belakang ek?"
"Eh, tak usahlah! Naik sekali dengan akak. Kereta ni tinggal je kat sini."
'Aduh, mana boleh tinggal kereta kat sini? Kalau buatnya si Aiden tu nampak... Kantoi lah aku!'
"Erm, akak! Isya bukan tak nak naik sekali dengan akak tapi Isya rasa nanti senang nak balik awal ke lambat ke selamat parking kat dalam." jelas Isya, panjang lebar.
Kak Lina seperti berfikir sebelum bersetuju dengan kata-kata Isya itu.
"Betul juga cakap Isya tu. Okeylah... Isya follow akak dari belakang."
"Okey, thanks akak."
Sepeninggalan Kak Lina, Isya terus masuk ke dalam perut kereta semula. Seperti yang dirancang, Isya mengekori kereta Kak Lina dari belakang, masuk ke dalam bangunan itu.
DING, DONG!
Pintu dibuka, muncul seorang lelaki lingkungan 20-an. Dia menjemput Aiden masuk ke dalam. Isya mengintai mereka berdua di sebalik dinding.
"Siapa tu? Setahu aku Aiden tak pernah cerita pasal lelaki ni kat aku. Kalau betul lelaki tu kawan dialah."
Namun, semua persoalan itu tidak akan terjawab meskipun dia mahu.
Dalam masa yang sama, Aiden dan lelaki itu mula membincangkan tentang kes tersebut.
"Jadi, memang kau yang incharge kes ni?" soal Aiden.
"Yup! Patutnya orang lain tapi aku offer diri nak incharge kes ni. Sebab senang nak inform apa-apa kat kau." jawab Naim.
"Thanks, Naim. Kalau kau tak ada... Mungkin sampai aku mati kot aku tak tahu punca kematian mama aku."
"Ish, tak ada hal lah! Kau pun bukannya siapa-siapa pun... Kawan aku juga."
"Tapi memang betul ni kes pembunuhan?"
"Ya... 100% sure!"
"So... Kau dah ready ke?"
Aiden menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangguk. Naim mencapai sebuah fail di atas meja. Fail itu dihulurkan kepada Aiden.
"Dalam fail ni ada semua butiran dan bukti tentang kes pembunuhan tu."
Lambat-lambat, Aiden mengambil fail itu di tangan Naim. Dia menilik fail itu satu per satu. Tiada satu pun yang tercicir.
"Rita? Bro... Confirm Rita yang bunuh mama aku?"
"Ya, Aiden. Semua bukti aku dah sertakan dalam fail tu. Cuma disebabkan Rayyan bersubahat dengan Rita, sembunyikan bukti... Rita terlepas and kes tutup." jelas Naim, panjang lebar.
Aiden menggeleng kepala. Dia tidak sangka bahawa Rayyan dan Rita sanggup melakukan perkara terkutuk ini. Lebih-lebih lagi, darah daging dia sendiri.
"Papa? Papa tahu pasal benda ni?" Naim menggeleng.
"Naim... Kau tolong aku."
"Tolong apa?"
"Tolong rahsiakan perkara ni daripada papa."
Share this novel