ISYA bersandar di kepala katil. Benaknya asyik memikirkan tentang kejadian pagi tadi. Dia benar-benar ingin tahu apa yang dibincangkan oleh Aiden dengan lelaki itu.
Isya merengus, "Kenapa dia nak jumpa dengan lelaki tu senyap-senyap? Cakap dalam phone pun bisik-bisik macam simpan rahsia besar aje." bebel Isya.
Aiden masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum ke arah Isya.
"Sayang tak tidur lagi?"
"Tak... Tak ngantuk!"
Aiden berjalan ke arah meja solek. Dia menyikat rambutnya di hadapan cermin.
"Abang nak keluar kejap. Ada hal penting."
Isya terkejut dan terus bertanya kepada Aiden.
"Nak pergi mana? Malam dah kan?"
Aiden meraih jam tangan lalu memakainya. Dia berpusing ke belakang.
"Kawan abang ada masalah sikit. Dia minta tolong abang. Ala... Kejap aje." Isya mencebikkan bibirnya.
Aiden mengeluh, dia berjalan mendekati Isya. Dia duduk di birai katil.
"Sayang janganlah macam ni. Abang pergi kejap aje. Nanti abang belikan goreng pisang untuk sayang, nak?"
Isya berdecit, "Awak tak yah nak umpan sayalah! Awak nak pergi sangat kan? Pergilah! Tinggalkan isteri sorang-sorang kat rumah."
Aiden ingin meraih tangan Isya tetapi Isya mengelak.
"Okey... Abang tak pergi. Abang duduk rumah dengan sayang."
"Tak payah! Pergi jelah! Kesian kawan awak tu nanti." Isya memalingkan wajahnya. Aiden mengeluh panjang.
"Abang nak tukar baju. Sayang kalau nak tidur dulu... Tidurlah."
Aiden sudah bangkit tetapi Isya menghalangnya. Dia memegang tangan Aiden.
"Saya nak minta maaf. Saya... Saya tak patut cakap macam tu kat awak." Isya tertunduk malu.
Aiden duduk semula. Kali ini dia duduk lebih dekat dengan Isya. Dia mengelus-elus lembut pipi Isya.
"Sayang tak salah apa pun. Betul apa kata Isya... Abang patut lebihkan isteri abang daripada kawan abang tu." Isya menggeleng-geleng kepala.
"Awak pun jangan salahkan diri awak. Kita kosong-kosong?" Aiden mengangguk sambil tersenyum manis.
Aiden menguap, "Nngantuklah pula... Jom tidur sayang."
"Hah! Saya tahu apa yang awak fikir. Saya masih belum terima awak sepenuhnya tau."
"Okey... Abang tukar baju jap. Jangan rindu abang."
Isya menjelir lidah. Dia terus baring membelakangi Aiden. Dia tersenyum malu.
AIMAN baru pulang dari surau. Dia merebahkan tubuhnya di sofa di ruang tamu. Dia merenung siling dengan pandangan kosong.
Tiba-tiba, dia teringat insiden ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.
AIMAN berselisih dengan Izzati namun Aiman hanya membuat tidak peduli saja. Dia menonong saja keluar dari perkarangan surau.
Ketika itu juga dia terlanggar bahu seseorang. Dia melihat gerangan yang dilanggarnya itu. Johan.
"Eh, bro! Tak sangka jumpa kat tempat mulia ni." ujar Johan.
"Kenapa? Orang macam aku tak boleh datang surau?" perli Aiman.
"Bukan macam tu maksud aku, bro! Yelah... Ex wife kau kan anak orang penting surau ni. Mesti selalu ada kat surau."
"Aku tak peduli sama ada dia ada ke tak. Aku datang sini untuk solat, dengar ceramah bukan nak tengok perempuan tu."
Johan ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Aiman. Aiman menepisnya.
"Bagus betul lah kau ni, Man! Sebab tu orang kampung ni semua suka kat kau. Tapi tulah... Kahwin dengan perempuan macam tu. Baru sehari kahwin, dah cerai!"
Aiman terus menggenggam kolar baju Johan. Dia memandang tajam mata Johan.
"Aku tak kacau kau jadi jangan kacau aku, faham?"
Johan mengangkat kedua-dua belah tangannya. Aiman melepaskan kolar baju Johan.
"Relaks bro... Ini baru aku je yang cakap. Kalau orang kampung?"
"Kau sendiri tahu kan yang mulut orang kampung ni... kejap aje tersebar sampai kampung sebelah. Kau tak malu?"
AIMAN memusingkan badannya ke sisi. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada.
"Kalau orang kampung dah start bercerita... Aku sendiri tak boleh nak halang. Rosak reputasi aku nanti."
Aiman mula terpedaya dengan kata-kata Johan itu. Dia juga tidak mengerti apa yang harus dia lakukan jika perkara itu benar-benar berlaku.
DARI jauh, Aiden sudah melambai-lambai ke arah Naim. Dia berjalan menuju ke arah Naim. Dia duduk di berhadapan dengan Naim.
"Sorry, bro... Semalam wife aku tak bagi keluar. Aku takut dia syak apa-apa je." ujar Aiden sebaik duduk.
Naim menghirup secawan kopi panas sebelum membalas kata-kata Aiden.
"Aku faham bro. Hidup berumah tangga memang macam tu. Sebab tu aku tak kahwin sampai sekarang."
Aiden ketawa kecil. Daripada zaman kolej lagi, Naim memang tiada teman wanita kerana takut jatuh cinta. Dia langsung tidak percaya pada perempuan. Entah apa sebabnya pun dia tak tahu.
"Itu kau, Naim! Aku happy ada isteri. Makan, pakai aku... Semua dijaga." ujar Aden dengan bangga.
Naim mencebikkan bibirnya, "Eleh! Belum jadi lagi, bolehlah sembang."
"Eh, dahlah! Malas aku nak layan kau. Kau nak bincang apa semalam?"
"Oh! Papa kau ada call aku semalam. Dia tanya pasal kes tu."
"Habistu, kau jawab apa?"
"Aku jawab kes tu belum ada apa-apa progress lagi. Dan aku juga minta papa kau jangan berharap sangat."
Aiden menghela nafas lega. Dia mengurut-urut dadanya.
"Tapi, papa kau tetap berdegil nak tunggu sampai kes ni selesai."
"Hah?! Aduh..." Aiden mengeluh panjang. Dia begitu takut sekiranya Tan Sri Ahmad mengetahui tentang hal ini.
"Tapi kau jangan risau. Aku pandailah nak goreng papa kau. Tak lama lagi, dia putus asa lah tu."
"Tapi, bro.."
Naim menyentuh bahu Aiden.
"Trust me... Aku janji."
Lambat-lambat, Aiden menangguk jua.
"Thanks bro." Naim menepuk-nepuk bahu Aiden.
"Dah, tak yah nak berdrama. Aku lapar ni, jom makan."
Aiden ketawa kecil, "Naim..."
"Hmm?"
"Aku betul-betul nak terima kasih kat kau. Kalau kau tak ada..."
"Ish, dahlah! Jom makan."
Aiden memandang Naim dengan penuh kesyukuran. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti Naim.
KAKI melangkah masuk ke dalam bangunan Tihani Mega Enterprise. Isya berjalan bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.
Tiba di pejabat pula, semua kakitangan di situ menyapa mesra Isya. Dia terus mengatur langkah ke bilik pejabat Aiden.
Pintu dikuak, terlihat Aiden sedang fokus membuat kerja sehingga tidak sedar kedatangannya. Isya berdehem tetapi Aiden masih tidak sedar.
'Oh... Tak perasan aku ek? Tak apa... Sabar jap. Aku kenakan dia.'
Isya berjalan terjengket-jengket masuk ke dalam. Dia mendekati meja Aiden lalu berdiri di belakang kerusinya.
Dia mencuit leher Aiden. Aiden berpaling ke belakang dan Isya terus duduk mencangkung di belakang kerusi Aiden.
"Aik? Tak ada orang..."
Aiden sambung kerja semula. Isya mencuit leher Aiden sekali lagi. Aiden berpaling ke belakang.
"Haih, seram pula aku. Selama ni tak ada pula kena kacau. Perasan aku je kot."
Dia sambung semula tetapi tidak fokus lagi. Isya mahu mencuit lagi tetapi tangannya ditarik oleh Aiden.
"Ah!" jerit kecil Isya. Dia terjatuh ke atas riba Aiden.
"I knew it!" Meletus ketawa mereka.
"Ala... Baru nak kenakan awak."
"Nakal betul isteri abang ni. Sayang buat apa kat sini?"
"Nak ajak lunch. Jom!"
Aiden membuat muka pelik. Isya menjongketkan sebelah keningnya.
"Jarang sayang nak ajak abang makan. Ada apa-apa ke ni?" Aiden serkap jarang.
"Mana ada! Kalau tak nak... Tak apalah!"
Isya bangkit lalu berdiri membelakangi Aiden. Dia memuncungkan bibirnya. Aiden memeluk Isya dari belakang.
"Awak!" Isya cuba melepaskan pelukan Aiden tetapi makin kejap Aiden memeluknya.
"Abang peluk isteri abang sendiri bukannya orang lain. Lagipun, dah lama tak bermanja dengan sayang."
"Gatal!" Isya memijak kaki Aiden. Aiden terus meleraikan pelukan. Dia mengaduh sakit.
"Sayang... Sakit tau! Sampai hati sayang."
"Padan muka!" Isya menjelir lidah.
"Oh, jelir lidah ek? Meh sini!"
Aiden ingin mendapatkan Isya tetapi Isya segera berlari.
"Awak, janganlah! Saya datang sini nak ajak makan bukan nak ajak main."
"Sayanglah, kenakan abang."
"Okey, sorry... Jom kita makan."
Isya mendekati Aiden perlahan-lahan. Aiden terus memicit hidung Isya.
"Eee! Kesian hidung saya. Dahlah, saya tunggu kat luar. Jangan lambat!"
Isya terus mencapai beg tangannya di atas meja. Sebelum keluar, dia sempat mengenyit mata ke arah Aiden. Aiden terus menggigit bibir. Geram!
Share this novel