SAC 57

Romance Completed 94725

DI sebuah Kafe, Aiden duduk termenung sambil memandang ke luar tingkap. Secawan kopi di atas meja langsung tidak disentuh.

Benaknya masih memikirkan tentang kejadian tadi. Sesekali dia mengeluh saat melihat gambar perkahwinan mereka.

Tiba-tiba, handphonenya berdering. Dia melihat nama pemanggil. Tertera perkataan 'Papa' di skrin.

"Hello, pa?" sapa Aiden dengan nada lemah.

"Haih... Lemah aje suaranya. Besar sangat ke masalah kamu tu?"

"Tak ada apalah, pa. Aiden penat aje. Kenapa papa call?"

"Oh, papa nak bagitahu yang malam ni ada kawan papa nak datang. Jadi, kamu dengan Isya balik awal, ya?"

"Kawan papa? Siapa?"

"Adalah, kawan business. Lagi satu... Papa try call Isya tapi tak dapat. Isya ada dengan kamu ke?"

'Isya mesti marah lagi tu. Sebab tu tak nak angkat call.'

"Tak ada, pa. Bateri phone dia mati kot. Papa jangan risau, nanti Aiden try call dia pulak."

"Hah, yelah! Balik awal tau."

"Okey, pa. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Aiden mematikan talian. Dia meraup wajahnya.

"Mana pulak aku nak cari Isya ni?"

"I boleh tolong. If you don't mind." ujar satu suara. Aiden terus mengangkat wajah.

"Rihanna? You buat apa kat sini?"

Rihanna tidak menjawab malah terus mengambil tempat duduk di sebelah Aiden.

"I macam you lah, datang sini nak minum."

"Oh..."

Rihanna menyentuh paha Aiden.

"I tolong you cari Isya, okey?"

"Thanks, Han..."

Bicara Aiden terhenti saat melihat Isya di luar Kafe. Isya memandang tajam ke arah mereka berdua.

"Isya?"

Aiden terus bangkit dan berlari keluar dari Kafe. Namun, Isya sudah pergi dari situ. Dia segera mengekori Isya.

"ARGH!" jerit Isya sekuat hati. Air matanya turut mengalir tanpa henti.

Isya tidak mahu pulang ke rumah walaupun hari sudah lewat. Dia memutuskan untuk pergi ke sebuah taman di mana dia sering datang untuk berjoging. Dia ingin melepaskan segala apa yang terbuku di hatinya.

"Kenapa kau tipu aku, Aiden? Kenapa kau perlu seksa aku sampai macam ni?" soal Isya.

Isya terduduk di atas rumput sambil menangkup muka dengan kedua belah tangan. Sungguh, dia tidak sanggup lagi disakiti.

"Isya?" panggil satu suara. Isya menoleh ke belakang.

"Aiman?" soal Isya, hairan.

Isya terus bangun, dia mengesat air mata di pipinya. Dia berjalan mendekati Aiman.

"Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh tahu saya kat sini?" soal Isya bertubi-tubi.

"Sampai bila, Isya? Saya tak sanggup tengok awak menangis, terluka sebab jantan tu."

Isya kembali menangis dan menunduk. Aiman menyuruh Isya untuk duduk di bangku yang berdekatan.

"Menangislah, Isya. Sebab lepas ni awak takkan menangis lagi untuk dia."

"Aiman, saya tak berhak untuk bahagia ke? Saya dah serahkan jiwa dan raga saya untuk dia tapi apa yang saya dapat? Nothing!" luah Isya.

Hati Aiman menjadi sakit apabila mendengar luahan hati Isya itu. Dia sanggup lepaskan Isya kepada Aiden demi kebahagiaan Isya. Namun pengorbanannya hanya sia-sia.

"Habistu, kenapa awak bertahan lagi? Jom, ikut saya... Awak buat tuntutan fasakh."

Aiman sudah menarik lengan Isya untuk mengekorinya namun Isya segera merentapnya.

"Awak tak ada hak untuk paksa saya. Ya, saya mengaku yang hubungan saya dengan Aiden tak baik tapi biar saya yang putuskan."

Aiman bercekak pinggang. Dia bermundar-mandir di hadapan Isya.

"Saya tak faham kenapa awak masih lagi nak bela dia. Saya yang ada depan mata awak ni, awak langsung tak nampak."

Isya bangkit dan berdiri di hadapan Aiman.

"Kalau awak rasa saya akan tinggalkan Aiden dan bersama dengan awak... Awak silap. Saya tetap isteri Aiden yang sah."

Isya mahu pergi tapi Aiman segera menarik lengan Isya. Aiman memegang lengan Isya.

"Saya takkan lepaskan peluang ni. Awak kena tinggalkan Aiden." ujar Aiman dengan pandangan tajam tepat ke dalam mata Isya.

"Aiman, awak buat apa ni? Lepaskan saya!"

Isya berusaha untuk melepaskan diri namun kudratnya tidak sekuat Aiman.

KERETA memasuki perkarangan rumah. Dia memarkir kereta di hadapan rumah tapi dia tidak turun dari kereta. Dia menyandarkan kepalanya di kepala kerusi sambil memejamkan matanya. Fikirannya tidak berhenti berfikir tentang di mana keberadaan Isya kini.

Aiden sudah pergi ke tempat yang berkemungkinan Isya berada di sana namun hampa. Isya tiada di mana-mana. Dia juga sudah buntu.

Tiba-tiba, cermin keretanya diketuk. Dia membuka matanya dan menoleh ke sisi. Kelihatan Tan Sri Ahmad sedang memandang ke arahnya.

"Papa..." ujar Aiden sebaik saja keluar dari perut kereta. Dia memaniskan wajahnya.

"Lambat balik? Nasib baik kawan papa tak jadi datang."

"Oh ya ke? Baguslah kalau macam tu."

Tan Sri Ahmad melihat ke dalam kereta namun bayangan Isya langsung tidak kelihatan.

"Mana Isya? Dia tak ikut balik sekali ke?"

"Isya... Dia... Dia keluar makan dengan Kak Lina." jawab Aiden, teragak-agak.

"Betul ke keluar makan ni? Aiden ada sorok sesuatu ke kat papa?"

"Betul pa... Aiden tak tipu." Aiden tersenyum gugup.

"Okey, kalau tipu papa siaplah kamu. Papa dah warning awal-awal."

Tan Sri Ahmad memberi amaran sebelum masuk ke dalam rumah. Aiden sudah menelan air liur. Terasa pahit di tekak.

"Isya, sayang kat mana? Baliklah, sayang..." ujar Aiden sendirian. Dia berasa resah.

Tan Sri Ahmad melihat Aiden masih berdiri kaku di tepi kereta. Dia terus memanggil Aiden.

"Aiden, masuk dalam! Kejap lagi Isya balik lah tu!" laung Tan Sri Ahmad dari dalam rumah.

"Hah, Aiden masuk sekarang!" Aiden segera masuk ke dalam.

"AIMAN, berhenti! Saya tak nak ikut awak, awak faham tak?!"

Aiman tidak peduli, dia hanya fokus memandu. Kata-kata Isya tidak diendahkan. Isya bertambah geram.

"Awak berhenti sekarang sebelum saya terjun dari kereta ni." ugut Isya. Aiman tersenyum sinis.

"Isya, awak ingat saya ni bodoh? Kalau awak terjun... Awak matilah." Isya mengangguk-angguk.

"Oh, awak tak percaya? Saya terjun sekarang."

Isya ingin membuka pintu kereta tetapi Aiman segera menguncinya.

"Kenapa awak kunci? Bukalah, biar saya terjun. Biar saya mati!"

"Diam!" Aiman menekan brek kecemasan. Mereka hampir dilanggar oleh kereta di belakang. Kedengaran bunyi hon bertalu-talu.

"Kalau awak nak sangat mati, biar kita mati sama-sama. Awak nak, hah?!"

Isya terkedu di tempat duduk penumpang. Pandangan maut daripada Aiman membuatkan dia tidak berani untuk melawan.

Aiman menarik nafas dalam-dalam sebelum menghelanya.

"Look, Isya. Kalau awak behave, ikut cakap saya... Saya takkan berkasar dengan awak. Boleh?"

Isya hanya menunduk ketakutan. Aiman tersenyum lalu memegang ubun-ubun Isya.

"Good girl. Duduk diam-diam ya sayang?"

Aiman memandu semula manakala Isya tidak henti-henti berdoa di dalam hati.

'Ya Allah, selamatkan aku daripada lelaki ini. Hadirkanlah sesiapa yang boleh menyelamatkan aku. Kalau boleh, hantarkanlah suamiku, Aiden untuk selamatkan aku, Ya Allah. Aamiin.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience