SAC 4

Romance Completed 94725

TEPAT pukul 12 tengah malam, bilik wad Aiden dimasuki seseorang. Dia melangkah setapak demi setapak, mendekati katil Aiden.

"Aiden..." panggilnya, berbisik di telinga Aiden. Senyuman sinis menghiasi wajahnya.

Kemudian, dia duduk di sebelah Aiden. Dia meletakkan kepalanya di dada Aiden. Dia mengelus lembut wajah Aiden.

"Kenapa you tinggalkan I? Apa salah I?" soalnya, sendirian.

Dia bangkit dari pembaringan seketika kemudian. Dia mengamati pula tubuh Aiden dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Tiba-tiba, seorang jururawat muncul. Semerta dia menyembunyikan dirinya. Dia menyorok di dalam bilik air.

"Mungkin kali ini you terlepas, but next time..." Dia tersenyum sinis lagi.

ISYA baru sahaja selesai mandi, jeritan bondanya kedengaran. Namun Isya tidak peduli, dia menyambung semula perbuatannya yang terbantut itu.

Tidak sampai sesaat, jeritan itu kedengaran lagi. Kali ini lebih nyaring dari sebelumnya.

Isya berdecit. "Apalah yang bonda tak puas hati lagi dengan aku? Penatlah macam ni..." bebel Isya.

Mahu tak mahu, Isya harus melihat apakah yang berlaku? Apakah isunya?

Di saat dia menuruni tangga, Kamelia menerpa dirinya. Kamelia menarik lengannya dan dibawa ke ruang tamu.

"Mama, Isya dah ada depan mata. Cakaplah." arah Kamelia kepada Huda. Isya terpinga-pinga memandang mereka, silih berganti.

"Kenapa diam? Takut? Mama kan sayang sangat dengan Isya ni... bagitahu ajelah!" Kamelia mula memprovokasi Huda.

"Tok Ma... Kenapa ni?" Huda mula gelisah.

"Kalau kau nak tahu..."

"Kamy!" potong Huda. Huda mengeluh keras.

"Biar mama yang bagitahu sendiri pada dia. Kamu jangan nak masuk campur."

"Okey, dipersilakan."

Huda menapak mendekati Isya.

"Isya... Sebenarnya kejadian malam tu... Tok Ma yang rancang." Isya terus hilang kata-kata.

"Isya... Maafkan Tok Ma." Kamelia menepuk tangan. Akhirnya, rahsia besar keluarga ini terbongkar.

"M-Ma... Maksud Tok Ma, abang Im masuk hospital sebab Tok Ma?" Isya menguatkan dirinya untuk bertanya. Huda mengangguk lemah.

"Sampai hati Tok Ma buat kita orang macam ni! Apa salah Isya dengan abang Im?! Apa Tok Ma?!" tempelak Isya sambil menangis teresak-esak.

Huda hanya diam membisu. Hanya tangisan yang kedengaran.

"Oh... sebab tu Tok Ma halau abang pastu beria-ria nak kahwinkan Isya. Sebab ni kan?!" Huda menggeleng laju.

"Tipu! Isya tak sangka yang Tok Ma sekejam ni! Dasar penipu! Isya benci Tok Ma!" Isya terus berlari naik ke atas.

"Isya..." rintih Huda. Kamelia yang menjadi pemerhati tersenyum senang.

Dia sudah tidak tahan lagi apabila Huda sering menghina dan mencaci Imran. Lebih-lebih lagi apabila Huda menghalau Imran.

Sudah tiba masanya untuk dia membalas dendam.

PUAN Sri Aminah duduk di pinggir katil sambil menatap foto anaknya, Aiden. Dia menitiskan air mata saat mengenangkan nasib anaknya itu.

Perbualannya dengan Dr. Azri masih terngiang-ngiang di telinganya.

"APA yang penting sangat, doktor?" soal Puan Sri Aminah kepada Dr. Azri. Dia benar-benar terkejut apabila mendapat panggilan daripada Dr. Azri. Katanya ingin berbincang soal Aiden.

"Puan Sri... Saya nak Puan Sri banyakkan bersabar." Puan Sri Aminah semakin gelisah.

"Doktor boleh tak terus terang aje? Saya nak tahu kenapa." Dr. Azri menarik nafas dahulu sebelum memulakan bicaranya.

"Keadaan Aiden semakin kritikal. Kami baru buat pemeriksaan pada Aiden dan kami mendapati ada bengkak pada tisu otak Aiden." terang Dr. Azri.

"Astagfirullahaladzim, Aiden!" Puan Sri Aminah menangis pilu.

"Dan kemungkinan Aiden akan buta." Semakin deras air matanya mengalir.

"MAMA sayangkan Aiden. Mama tak nak tengok Aiden menderita. Mama tak sanggup..." Puan Sri Aminah memeluk erat foto Aiden. Dia mencium lama foto itu.

SEMINGGU kemudian,

Projek di Ampang telah berjaya diperolehi. Berkat usaha Isya, mereka mendapat tender itu. Klien juga suka dengan sikap profesional Isya terhadap mereka.

"Isya!" Dari jauh, Kak Lina berlari-lari anak mendapatkan Isya. Dia memeluk erat tubuh Isya.

"Akak happy sangat sebab Isya dapat projek tu. Kalau boss ada ni... mesti hari ni jugak dia naikkan pangkat Isya." seloroh Kak Lina. Isya turut gembira dengan kejayaannya.

"Terima kasih kak... Isya hargai sangat dengan pertolongan akak sepanjang Isya nak siapkan projek ni." Kak Lina menepuk lembut bahu Isya.

"Ish... Tak usah ler nak berterima kasih bagai. Akak ikhlas."

"Okey, disebabkan Isya dah dapat projek BESAR. Isya nak belanja semua orang." Semua staf yang berada di sekeliling bersorak gembira.

"Ya Allah, Isya. Baiknya kau... Untung Kak Lina." Mereka ketawa gembira.

"Alhamdulillah... Akak. Isya ingat nak lawat boss sekali. Nak bagitahu dia pasal benda ni." cadang Isya.

"Elok sangatlah tu. Kak Lina teman."

"Cantik!" Isya memberi persetujuan. Tiba sahaja waktu makan tengah hari, mereka bergerak ke restoran di sebelah pejabat dengan penuh keterujaan.

AIMAN masih tidak boleh lupa akan kata-kata yang diujarkan oleh Isya tempoh hari.

"SAYA nak awak putus tunang dengan saya." Semerta Aiman tersedak apabila mendengar kata-kata Isya itu. Isya terus menghulurkan tisu kepada Aiman yang terbatuk-batuk itu.

Setelah reda, Aiman bersuara.

"Kenapa awak nak saya putuskan pertunangan kita? Kan selama ni hubungan kita okey je." Isya mengeluh perlahan.

Jauh dari sudut hatinya, dia sudah mula jatuh hati pada Aiman. Tetapi disebabkan perbuatan Huda, memaksa dia untuk membuat keputusan ini.

"Ya, saya mengaku yang hubungan kita tak ada masalah. Tapi saya ada sebab tersendiri kenapa saya nak awak buat macam tu."

"Apa sebabnya? Awak bagitahu saya... Saya okey." Isya semakin rasa bersalah terhadap Aiman. Aiman memang lelaki yang baik, melayani dirinya dengan sangat baik.

"Saya tak boleh bagitahu sebabnya. Maafkan saya..." Isya terus bangkit dan berlalu dari situ.

AIMAN menyandarkan kepalanya di kepala kerusi. Dia meraup wajahnya.

"Kenapa Isya tiba-tiba nak putus dengan aku. Dan... Kenapa perlu aku yang putuskan dulu. Apa yang Isya sembunyikan dari aku?" Persoalan demi persoalan berlegar-legar di fikirannya. Namun tiada satu pun yang terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience