SAC 30

Romance Completed 94725

HARI ini, Aiden tiba-tiba sahaja mengajak Isya untuk pulang ke KL. Rancangan sebenar ingin duduk di sini untuk beberapa hari lagi.

"Betul ke kamu berdua nak balik hari ni juga?" soal Mastura, inginkan kepastian.

"Betul umi. Aiden ada hal kat KL tu. Tapi lain kali, Aiden datang jumpa umi lagi okey?"

"Hah, yelah. Hati-hati bawa kereta. Jangan bawa laju-laju."

"Baik bos!" Mereka ketawa kecil.

"Umi, Isya balik dulu." pinta Isya sambil menyalami Mastura.

"Isya jaga diri ya, nak. Dengar cakap suami." Isya mengangguk.

Di dalam kereta, Isya mengambil kesempatan untuk menuntut janji daripada Aiden.

"Abang?"

"Hmm? Ada apa sayang?"

"Hari itu abang dah janji kan nak cerita pasal abang. So, Isya nak dengar sekarang."

"Oh, pasal tu. Boleh sayang..."

"Okey, umi tu bekas orang gaji kat rumah abang. Umi ada seorang anak perempuan nama dia Anis. Anis yang abang cerita tu." Isya mengangguk-angguk kan kepalanya.

"Anis membesar dalam keluarga abang. Tapi lepas arwah mama lahirkan abang, arwah mama disahkan menghidap kanser rahim. Arwah mama terpaksa ulang-alik ke hospital buat rawatan."

"Jadi, umilah yang tolong jagakan abang sepanjang arwah mama sakit?"

"Yup! Sebab tulah abang dibesarkan oleh umi."

"Ooo..."

Tiba-tiba Isya baru perasan yang Aiden tidak menuju ke rumah tetapi ke sebuah resort.

"Eh! Bukan kita nak balik rumah ke? Kenapa abang bawa Isya pergi sini?"

Aiden hanya tersenyum. Dia memakirkan kereta di depan resort. Datang seorang bellboy untuk mengangkat bagasi mereka.

Aiden menuju ke kaunter pertanyaan diikuti oleh Isya.

"Abang? Kita buat apa kat sini?" soal Isya lagi. Aiden menyuruh Isya tunggu sebentar.

"Alright, it's done. Jom!" Aiden menarik lengan Isya untuk mengikutinya namun Isya melepaskannya.

"Sayang? Kenapa?"

"Baik abang cakap betul-betul dengan Isya, Kita buat apa kat sini?"

Aiden meraih kedua-dua tangan Isya.

"Sebenarnya, abang dah rancang semua ni sebelum sayang keluar hospital lagi."

"Hah?"

"Ya sayang. Kita kan tak pergi honeymoon lagi. So, abang nak honeymoon dengan sayang lepas bawa sayang jumpa umi."

"Abang! Suka tau buat orang melting." Aiden ketawa.

"Comel!" Aiden mencuit hidung Isya.

"Come, let's go!"

Mereka beriringan menuju ke bilik.

AIR di dalam gelas diminum lalu ditambah lagi dan lagi. Entah keberapa gelas dia sudah minum.

Peristiwa semalam terimbau kembali.

RAYYAN balik ke hotel membawa dua bungkus makanan. Ketika dia masuk ke dalam bilik, Rita tiada. Dia sudah mula tidak sedap hati.

"Mana pula minah ni? Mandi kot."

Rayyan menuju ke bilik air. Dia mengetuk pintu beberapa kali sambil memanggil Rita.

"Aik? Senyap aje. Nak buka ke tak nak?" fikir Rayyan.

"Ah, buka jelah!" Rayyan membuka pintu bilik air itu tetapi Rita tiada.

Rayyan terus membuka pintu almari. Seperti yang disangka, semua baju Rita tiada.

Tiba-tiba dia teringat tentang wang yang dia simpan di dalam beg bajunya. Dia mengambil beg baju itu dan mengeluarkan semua baju-baju di dalamnya.

Tetapi hanya tinggal sampul sahaja.

"Rita!"

GELAS di tangan dicampak ke dinding. Habis berkecai kaca di atas lantai.

"Kau dah buat silap Rita. Kau tak patut cabar aku."

Dia bangun dan meraih telefon bimbit di atas meja. Dia mendail nombor seseorang.

"Hello, Dee?"

MALAM itu, Isya sedang bersiap untuk keluar makan malam dengan Aiden. Dia memakai baju kurung kebaya moden yang diberi oleh Aiden.

Baju kurung kebaya itu kelihatan dek corak bunga yang menghiasi baju kurung kebaya itu.

"Sayang! Dah siap belum?" laung Aiden dari luar bilik.

"Dah!" Isya terus mencapai beg tangan di atas katil."

"Abang, jom!"

Aiden bangun dan menoleh ke arah Isya. Dia terpegun seketika melihat kecantikan Isya.

'Masya-Allah, cantiknya isteri aku.'

Isya memetik jari, "Abang!"

"Hah...?"

Isya tersenyum melihat gelagat Aiden.

"Sorry, abang terpukau sangat dengan sayang. Sayang lawa sangat." puji Aiden, ikhlas.

"Eleh, yelah tu."

"Betul lah... Abang ikhlas tau. Kenapa tak percaya?" Aiden berjalan setapak demi setapak ke arah Isya. Dia tersenyum menggoda.

Isya hanya berdiri kaku di situ sambil memejamkan mata.

"I... Love... You." Aiden berbisik ke telinga Isya. Isya menelan air liur kerana gugup.

Aiden ketawa besar. Terhibur melihat pipi Isya sudah mula kemerah-merahan.

Isya membuka mata, "Hish, abang ni!"

Isya memukul lembut dada Aiden. Aiden memegang lengan Isya supaya berhenti.

"Okey-okey, sorry."

Isya melepaskan lengan dari pegangan Aiden. Dia berpusing lalu memuncungkan bibirnya.

"Alalala... Merajuk pula isteri abang ni." Aiden memaksa Isya berpusing ke arahnya.

"Okey... Abang belanja sayang makan, nak?"

"Nak!" jawab Isya dengan pantas.

Aiden ketawa kecil, "Okey, jom!"

Isya memaut lengan Aiden dan mereka sama-sama keluar menuju ke restoran di resort itu.

RITA baru keluar dari shopping mall. Penuh tangannya dengan beg-beg kertas yang berisi baju dan juga kasut. Semuanya barangan berjenama.

"Haih! Senangnya hati dapat ber'shopping'. Dah lama aku tak jejak sini." Rita begitu gembira sehingga tidak sedar bahawa ada mata yang memerhati setiap gerak-gerinya.

Dia berjalan ke kereta dengan hati yang gembira. Ketika dia mahu masuk ke dalam perut kereta, mulutnya diserkup dari arah belakang.

"Erm!" Rita cuba menjerit dan mahu melepaskan diri tetapi gagal.

Rita dibawa ke dalam sebuah van yang agak buruk. Kemudian, tangan dan kakinya diikat.

"Done?" soal Dee.

"Done as always." jawab orang suruhannya, Liam.

Dee menoleh ke sisi, dia tersenyum.

"Now, it's your turn."

Rayyan ketawa, "Of course."

Dee memandu van itu pergi dari situ. Mereka perlu menyelesaikan sesuatu yang amat penting.

DALAM masa yang sama, di balai polis, Haura dan Ika memberikan bukti video pengakuan Rayyan.

"Video ni jelas yang dia mengaku semua jenayah dia dengan rakan kongsi dia, Rita dan Dee." jelas Haura.

Lama juga pegawai polis itu melihat video itu.

"Baiklah cik, kami sedaya upaya untuk tangkap mereka bertiga. Tapi kami nasihatkan cik berdua supaya sembunyikan diri sehingga mereka ditangkap. Kami takut kalau terjadi sesuatu yang tak diingini."

"Baik tuan. Terima kasih, tuan. Saya harap sangat pihak polis dapat tangkap dia orang secepat yang mungkin."

"Lagi satu tuan..."

"Ya?"

Ika memandang ke arah Haura. Haura memberi isyarat, membenarkan Ika meneruskan niatnya.

"Kami nak mengaku jenayah yang kami pernah buat semasa kami bersubahat dengan Rayyan."

Pegawai polis itu kelihatan agak terkejut.

"Baik, teruskan."

Haura dan Ika menceritakan setiap satu rancangan mereka dan apa yang mereka lakukan terhadap Isya.

"Tuan... Kami sanggup terima apa saja hukuman." Mereka menggenggam tangan antara satu sama lain.

Lebih baik mereka menyerah diri daripada terus dihantui rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience