SAC 8

Romance Completed 94725

DING DONG!

Kamelia bergegas menuju ke ruang tamu untuk membuka pintu. Aiman berdiri di muka pintu sambil tersenyum manis.

"Eh, Aiman! Ingatkan siapa tadi. Jemputlah masuk." pelawa Kamelia.

"Terima kasih aunty." Aiman melangkah masuk lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Kamelia meminta diri ke dapur untuk membuat air.

Sementara menunggu Isya, Aiman membuka Fac untuk mengetahui isu semasa. Tiba-tiba dia disergah oleh ketukan pintu yang kuat. Mahu tercabut pintu itu kalau dibiarkan.

Aiman segera membuka pintu.

"Mana perempuan tak malu tu?! Suruh dia keluar!" jerkah seorang perempuan. Aiman terpinga-pinga memandang perempuan itu.

"Erm... Maaf. Cik ni siapa? Datang rumah orang tak bagi salam apa tidak. Tak ada adab ek?" Aiman selamba menegur perempuan itu.

"What?! Sekarang ni aku nak jumpa Isya, bukan kau! Tepilah!" Perempuan itu ingin masuk ke dalam tapi Aiman cepat-cepat menghalangnya.

"Cik! Cik tak boleh masuk rumah orang sesuka hati. Jagalah adab kita sebagai orang Melayu."

"Hey! Kau jangan nak berceramah pagi-pagi buta ni! Aku tak kira, aku nak jumpa jugak dengan Isya!"

"Awak tetamu tak diundang. Jadi, awak tak boleh masuk selagi tuan rumah tak izinkan." Kali ini, perempuan itu tidak boleh bersabar lagi. Dia menolak Aiman dengan sekuat hati sehingga Aiman terjatuh ke atas lantai.

"Padan muka kau!" Aiman sedaya upaya bangkit namun kakinya terseliuh saat dia terjatuh tadi.

Kamelia berlari-lari anak dari arah dapur, terus mendekati Aiman yang terduduk di atas lantai itu.

"Aiman okey ke tak ni? Apa jadi ni? Aunty dengar bunyi bising-bising tadi."

"Entah, ada perempuan datang nak jumpa Isya. Tapi dia marah-marah. Aunty tolong tengokkan Isya... Saya risaulah."

"Tapi kamu..."

"Tak apa aunty. Isya lagi penting." Kamelia mengangguk laju. Lantas, dia kelam kambut mencari Isya.

AIDEN masuk ke dalam perut kereta. Dia terus memecut laju menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Dalam perjalanan, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?" soal Aiden.

"Hello, saya Aiman. Ini encik Aiden kan? Boss Isya?"

"Ya, saya? Macam mana awak boleh dapat nombor phone saya?" soal Aiden lagi, musykil.

"Sekarang ni tak penting semua tu. Tunang encik Aiden serang tunang saya."

"Hah? Siapa pulak tunang awak?"

"Ish, dia ni tanya pulak. Isya lah tunang saya."

Aiden terdiam seribu bahasa.

"Ah! Sekarang ni saya send location... Encik Aiden datang sekarang. Sekarang jugak tau." arah Aiman apabila Aiden membisu.

"A-Aah. Saya datang sekarang." Aiden memutuskan talian lalu memandu semula ke lokasi yang dikongsi oleh Aiman itu.

KEJADIAN pagi tadi masih segar di ingatan Isya.

"APA masalah Cik Rita ni? Mana saya tahu kenapa encik Aiden nak kahwin dengan saya." ujar Isya, tidak puas hati.

"Hei, perempuan! Kau ni memang dasar perampas kan? Tapi tak nak mengaku!" bidas Rita pula.

"Ya Allah! Cik Rita... Saya tak kesah pun kalau encik Aiden tu tak jadi kahwin dengan saya. Saya pun tak tahu yang encik Aiden ada tunang."

"Penipu! Kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyilah!" Isya menggeleng.

"Sekarang ni... Aku tak kira. Kau kena batalkan niat kau nak kahwin dengan Aiden. Kalau tak..."

"Kalau tak apa? Nak tumbuk saya? Ke nak bunuh saya?" Isya meluahkan segala rasa geramnya.

"Memang! Kalau ikutkan hati aku ni... Dah lama aku bunuh kau!"

Tiba-tiba mereka diganggu oleh kehadiran Aiden. Wajah Aiden tampak begitu bengis. Rita sudah menelan air liur.

Aiden tidak berkata apa-apa malah dia menarik lengan Rita. Dia membawa Rita keluar dari rumah Isya.

"Aiden, lepaskan I!" Aiden segera melepaskan lengan Rita dan menyebabkan Rita tersungkur ke atas lantai.

"Aiden! Sakitlah!" Rita mengaduh sakit.

"You yang cakap suruh I lepaskan you. So, I lepaskanlah." ujar Aiden dengan penuh sinis.

"Kenapa dengan you ni? Sampai hati you buat tunang you macam ni." marah Rita.

"No, no. BEKAS tunang." Aiden sengaja menekankan perkataan 'bekas' itu.

Isya yang menjadi pemerhati, bersuara.

"Encik Aiden, tolong jangan buat kecoh kat depan rumah saya. Encik Aiden baliklah... bawa sekali cik Rita tu." pinta Isya dengan baik.

"Kau tak yah nak tunjuk baiklah depan tunang aku! Dasar perampas!" Rita sempat lagi menghina Isya.

"Rita! Stop it! You balik sekarang or I akan heret you!" Aiden memberi amaran.

"Berani ke you nak heret I? You tak sanggup nak heret I sebab you cintakan I!"

Aiden ketawa sinis.

"As you wish." Aiden terus memaksa Rita bangkit lalu mengheret Rita keluar dari perkarangan rumah Isya.

"Aiden! Lepaskan I!" Namun rayuan Rita tidak diendahkan. Aiden tetap melakukannya.

ISYA mengeluh kuat. Pening kepalanya bila memikirkan semua ini.

"Aku nak kau kahwin dengan Aiden." ujar Kamelia. Entah bila masa dia datang pun Isya tidak perasan.

"Eh, bonda! Terkejut Isya..."

"Tak yah nak terkejut sangat. Kau dengar ke tidak apa yang aku cakap tadi?"

"Bonda..."

"Kau kahwin dengan Aiden atau kau ikut abang kau berambus dari rumah ni." Isya terus memandang tepat wajah Kamelia.

"Tapi ingat... Pakaian yang kau pakai selama ni, duit aku. Kalau kau keluar, kau keluar sehelai sepinggang. Nak ke?" Kamelia mengugut Isya.

"Isya tak kesah pun keluar dari rumah ni sehelai sepinggang janji Isya tak hancurkan kebahagiaan orang lain." Isya mahu pergi dari situ.

"Sekali kau keluar, kau bukan lagi anak aku." Isya terus terhenti langkahnya. Isya berpaling ke belakang.

"Isya tak sangka bonda sekejam ni." ujar Isya sambil menitiskan air mata. Isya terus berlari naik ke atas.

'Aku sanggup buat apa saja asalkan aku dapat apa yang aku nak. Walaupun anak menjadi taruhannya.' Gumam Kamelia.

JAMILAH mengetuk pintu bilik Aiman sebelum masuk ke dalam. Jamilah menghenyakkan punggung di birai katil.

"Nah... Sapu krim ni kat kaki. Biar cepat surut bengkak tu." arah Jamilah sambil menghulurkan krim yang diberikan oleh doktor itu.

"Thanks, ma." Aiman mengambilnya lalu menyapu krim tersebut di kaki kirinya yang masih bengkak itu.

"Man... Mama nak cakap sikit, boleh?" Aiman mengangguk.

"Sebelum mama datang sini aunty Kamy call. Dia cakap yang..." Jamilah tidak dapat meneruskan kata. Dia yakin Aiman pasti kecewa dan sedih apabila mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikannya.

"Ma... Aunty Kamy cakap apa? Ada masalah apa-apa ke?" soal Aiman, musykil.

Jamilah tetap membisu.

"Ma, it's okay. Mama bagitahu aje... Man dengar."

"Aunty Kamy... Dia bagitahu mama yang... Isya akan kahwin dengan Aiden. Boss Isya." Aiman terus berubah riak wajah.

"Maksud mama... Isya... Putuskan pertunangan kami?" Jamilah mengangguk bersama deraian air mata.

Semerta air mata mengalir di pipi Aiman. Dia tersandar di kepala katil.

'Ya Allah, kenapa kau pisahkan aku dengan orang yang aku cinta? Kenapa, Ya Allah.' Soal Aiman di dalam hati. Hanya dia dan Allah yang tahu betapa peritnya perpisahan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience