KERETA yang dipandu Kamelia dihalang secara tiba-tiba oleh sebuah kereta. Secara automatik, Kamelia terpaksa memberhentikan kereta.
"Apahal kereta ni?! Kurang ajar betul! Tunggu kejap aku kerjakan." ujar Kamelia.
Kamelia hendak keluar dari perut kereta tetapi Huda menghalangnya. Kamelia menjadi pelik melihat riak wajah Huda yang tampak gelisah itu.
"Ma? Asal muka mama pucat semacam aje? Mama kenal ke pemandu kereta tu?" soal Kamelia bertubi-tubi.
"Hey! Kau tengok betul-betul kereta tu kereta siapa."
Kamelia terus mengalihkan pandangan ke arah kereta itu. Lama juga dia perhatikan sebelum menyedari bahawa kereta itu adalah milik Daud.
"D-Daud? D-Di-Dia buat apa kat sini?"
"Manalah aku tahu!"
Daud keluar dari perut kereta lalu berjalan laju ke arah kereta mereka. Dia mengetuk cermin kereta bertalu-talu.
"Mama... Kita nak buat ni? Habis kita, ma!"
"Kau turunkan cermin."
"Hah?! Mama gila ke apa? Tak nak lah Kamy!"
"Turunkan ajelah! Biar aku yang uruskan."
Kamelia menggeleng laju.
Huda merengus kuat sebelum keluar dari perut kereta. Dia menghampiri Daud.
"Kau nak apa?! Nak halang aku?" soal Huda dengan penuh sinis.
"Daud memang akan halang mama. Cukup-cukuplah dengan rancangan jahat mama tu! Bertaubatlah ma!"
Huda ketawa besar sambil menepuk-nepuk kedua-dua tapak tangannya.
"Kau suruh aku... Bertaubat? Aku? Kelakar lah kau ni..."
"Mama, masih ada masa lagi. Please..."
"Hey, Daud! Kau takkan boleh halang aku macam mana papa kau halang aku dulu. Takkan ada siapa yang boleh halang aku, faham?!"
"Fine! Daud report polis."
"Report polis? Kau kena ada bukti dulu sebelum reportlah bodoh!"
"Siapa yang bodoh? Mama ke Daud?"
Daud memutarkan semula rakaman suara perbualan antara mereka bertiga di restoran.
"Mana kau dapat rakaman ni?"
Daud ketawa sinis, "Mama macam tak tahu yang Syukri tu mata duitan. Bayar lebih sikit, settle!"
'Kurang ajar kau, Syukri! Aku percayakan kau tapi kau khianat aku.'
"So, keputusan di tangan mama. Patah balik or meringkuk dalam penjara."
Huda tersenyum penuh makna.
"Tak semudah tu Daud."
Huda terus mengacukan pistol ke arah Daud.
"Your game is over!"
ISYA sedang menghidangkan lauk-lauk yang dimasak di atas meja. Ada ayam masak merah, sambal udang petai, dan banyak lagi. Sungguh menyelerakan!
"Wah, sedapnya bau!" ujar Tan Sri Ahmad sambil mendekati meja makan.
"Bau aje sedap tapi rasa tak tahu lagi, kan?"
"Kalau dah bau sedap, rasa mesti lagi sedap. Lagipun kan ni masakan menantu papa."
Mereka ketawa kecil.
Tiba-tiba Isya melihat Aiden sedang menuruni tangga. Isya cepat-cepat masuk ke dapur semula.
"Isya nak basuh pinggan jap." pinta Isya.
Tan Sri Ahmad berpaling ke belakang.
'Haih... Apalah masalah anak menantu aku ni? Macam bukan suami isteri.'
"Pagi, pa." ucap Aiden.
"Pagi, meh duduk makan. Banyak Isya masak ni."
Tan Sri Ahmad membantu Aiden untuk duduk. Tongkat lipatnya diletakkan di atas meja.
Sejenak, Isya muncul untuk menyertai mereka.
"Erm... Pa... Aiden nak cakap sikit boleh?"
"Apa dia?"
"Esok kita orang nak pindah."
Isya terus tersedak. Dia mengurut-urut dadanya. Tan Sri Ahmad menghulurkan air kepada Isya.
"Aiden... Saya kan tak bagi jawapan lagi."
"Aku yang buat keputusan. Kau sebagai isteri aku kena dengar cakap aku."
"Tapi, Aiden..."
"Pa... Aiden dah kahwin. Aiden perlukan privasi." jelas Aiden, bersungguh-sungguh.
Isya mahu membantah tetapi rasa hormat pada Tan Sri Ahmad membuatkan dia tidak jadi untuk bersuara.
Tan Sri Ahmad melepaskan keluhan berat.
"Papa faham tapi persetujuan Isya pun penting. Kalau dia belum beri jawapan, kamu tak boleh paksa."
"Aiden yakin yang Isya faham. Kan, sayang?"
Isya hanya diam saja. Seleranya pun sudah tiada.
"Kalau macam tu, papa harap kamu berdua akan lebih bahagia dan dapat eratkan hubungan kamu berdua bila dah pindah nanti."
"Insya-Allah, pa." ujar Aiden.
Isya memandang Aiden dengan penuh benci.
"APA kau dah buat ni?!" jerkah Kamelia apabila melihat beberapa buah kenderaan polis muncul. Dia terus keluar dari perut kereta.
Huda terkedu sambil tangan menggeletar. Daud mengambil kesempatan untuk merampas pistol di tangan Huda.
"Daud terpaksa ma." ujar Daud, menahan sebak.
Huda dan Kamelia diberkas polis ketika itu juga. Namun begitu, Huda tidak mahu mengalah. Dia menggigit tangan seorang pegawai polis itu.
"Hey, jangan lari!" jerit pegawai polis itu.
Semerta semua pegawai polis bertindak dengan segera. Mereka terpaksa menembak kaki Huda. Huda jatuh tersungkur ke atas tanah.
"Mama!"
Kedua-duanya, Daud dan Kamelia berlari mendekati Huda. Mereka menangis teresak-esak.
"Mama..."
"Maafkan mama, Daud. Maafkan mama..."
Perlahan-lahan, Huda menutup mata dan tidak sedarkan diri di sisi kedua-dua anaknya.
AIMAN membuat keputusan untuk tinggal beberapa hari lagi di KL. Dia ingin menenangkan fikirannya. Hari ini dia pergi ke Tasik Titiwangsa. Dia melakukan pelbagai aktiviti di sana.
Sudah penat beriadah, Aiman mahu mencuba makanan di sana pula. Terdapat sebuah food truck yang menjual burger. Melihat menunya saja sudah terliur.
"Bang, nak burger kambing special satu." pesan Aiman.
"Alright, boleh duduk dulu ya?" ujar peniaga burger itu.
Aiman mengangguk lalu duduk di sebuah meja berhadapan dengan food truck itu.
Sedang menunggu makanan sampai, telefonnya berdering minta diangkat. Dia melihat nama Isya tertera di skrin handphone.
"Hello, Isya?" sapa Aiman dengan mesra.
"Aiman... Tolong saya. Saya tak tahu nak minta tolong siapa lagi."
"Minta tolong apa? Awak bagitahu aje."
"Hantar saya pergi hospital. Saya nak jumpa Tok Ma."
"Kenapa ni? Apa jadi kat Tok Ma?"
"Saya baru dapat call. Tok Ma... Dah tak ada."
Makin teresak-esak Isya menangis.
"Allahu Akbar! Saya datang sekarang. Awak kat mana?"
"Saya kat rumah tapi..."
"Tapi apa? Awak takut Aiden marah?"
Isya diam tanpa bicara.
"Pedulikanlah Aiden tu. Saya datang ambil awak ya?"
Aiman terus mematikan talian. Dia berlalu dari situ tanpa sempat membatalkan pesanannnya tadi.
TAN SRI AHMAD hanya diam membisu. Rayyan pula hanya memandangnya tajam wajahnya. Seolah-olah sedang di soal jawab dengan guru besar.
"Ra..."
"Aku nak kau tolong aku." ujar Rayyan dengan nada serius.
Tan Sri Ahmad mengangkat wajah. Dia berkerut seribu. Entah apa lagi rancangan Rayyan.
"Nak minta tolong apa?"
"Kau tahu kan walaupun kau tolak, kau terpaksa tolong aku juga."
Tan Sri Ahmad mengangguk lemah.
"Aku nak kau bawa aku masuk dalam rumah tu lepas dia orang berdua pindah. Semua harta pusaka yang kau bagi kat Aiden, kau tukarkan kepada nama aku."
"Apa dia?! Ray... Papa keluarkan Ray daripada penjara sebab papa nak tahu siapa pembunuh arwah mama. Bukan untuk jadi kuli Ray!"
"Diam!"
Rayyan bangun sambil menggosok-gosok belakang lehernya.
"Aku tak peduli. Kau... Kena buat apa yang aku suruh. That's it!"
Tan Sri Ahmad juga bangun dan menunding jari kepada Rayyan.
"Aku sanggup mati daripada hidup sebagai pendosa!"
Rayyan ketawa terbahak-bahak.
"So, kau yang pilih nak cara kasar. Fine..."
Tiada siapa yang mampu menghalang pendendam daripada membalas dendam. Meskipun harus mengkhianati darah daging sendiri.
Share this novel