SAC 46

Romance Completed 94725

SUDAH dua hari Aiden dimasukkan ke dalam wad. Namun Aiden belum sedarkan diri. Isya setia menunggu dan menjaganya.

Isya tidur beralaskan lengan di sisi Aiden. Tiba-tiba dia berasa ada pergerakan. Dia perlahan-lahan membuka matanya. Dia menggosok-gosok matanya yang masih ada kesan mengantuk itu.

Dia melihat ke arah Aiden. Aiden sudah sedar.

"Aiden?" panggil Isya sambil memegang lengan Aiden.

Apabila Isya pasti bahawa Aiden benar-benar sudah sedar, dia segera menekan butang panik. Doktor dan beberapa jururawat muncul tidak lama selepas itu.

"Puan... Sila tunggu kat luar." arah seorang jururawat di situ.

Lambat-lambat, Isya keluar dari bilik wad itu. Dia duduk di kerusi di luar bilik wad. Dia menggenggam jari jemarinya.

Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari bilik wad. Isya segera mendekati doktor itu.

"Doktor, suami saya tak ada apa-apa kan?"

"Alhamdulillah, Aiden dah sedar. Dia pun dah stabil."

Kedua-dua belah tangannya terus ditangkupkan ke muka. Menzahirkan rasa syukur kepada Ilahi.

"Doktor... Saya boleh masuk ke?"

"Boleh tapi buat sementara waktu ni hanya dua orang sahaja boleh lawat dalam satu masa." jelas doktor itu.

"Baik, doktor. Terima kasih." Doktor itu mengangguk sedikit sebelum berlalu pergi.

Isya masuk ke dalam bilik wad semula. Dia berjalan mendekati katil wad Aiden.

Tanpa berkata apa-apa, Isya berdiri di tepi katil. Dia menitiskan air mata.

"Isya? Awak ke tu?" soal Aiden, lemah.

"Ya, saya ni."

Isya melihat Aiden cuba untuk meraih tangannya. Dia terus menyambut tangan Aiden.

"Abang minta maaf, Isya."

Isya tersentak apabila Aiden bahasakan dirinya sebagai 'abang'.

"A-Abang?"

"Isya, abang tahu... Abang dah buat salah. Abang layan Isya dengan teruk. Abang... Abang..." Aiden terus mengalirkan air mata.

Isya segera menyeka air mata Aiden.

"Abang rehat dulu ya?"

Isya mahu melepaskan tangan Aiden tetapi makin kejap Aiden memegangnya.

"Jangan tinggalkan abang, Isya."

"Okey, saya janji."

Aiden melelapkan matanya. Dia masih perlu berehat.
Isya duduk sambil memegang tangan Aiden di tepi katil.

HARI ini Tan Sri Ahmad melawat Rayyan di hospital.
Dia hanya melawat Rayyan melalui dinding lutsinar dari luar bilik wad. Rayyan sedang duduk memeluk tubuh di satu sudut ruang bilik itu.

"Ray... Mungkin betul apa yang Ray katakan. Papa pilih kasih. Papa minta maaf. Ini semua salah papa."

"APA maksud doktor?" soal Tan Sri Ahmad.

"Saya tahu susah untuk Tan Sri terima semua ni tapi..."

"Tapi apa? Anak saya tak normal? Doktor nak cakap anak saya gila?" sela Tan Sri Ahmad

Doktor itu mengeluh hampa, "Saya minta maaf tapi memang Rayyan tak boleh jadi normal semula."

"Doktor! Saya yakin anak saya boleh sembuh. Walaupun satu dunia cakap dia gila tapi saya tetap takkan tinggalkan dia. Saya akan jaga dia sampai dia sembuh."

"Tapi Tan Sri..."

Tan Sri Ahmad terus keluar dari bilik itu.

TAN Sri Ahmad menangis pilu. Nasib yang menimpa Rayyan itu benar-benar dikesali.

Ketika itu juga, deringan handphonenya berbunyi. Dia menyeka air matanya sebelum melihat nama pemanggil.

"Isya?"

Tan Sri Ahmad terus menjawab panggilan itu.

"Hello, Isya? Ada apa-apa jadi ke?" soal Tan Sri Ahmad, risau.

"Memang ada, pa."

"Hah?! Apa yang dah jadi? Papa..."

"Papa, relaks! Dengar dulu apa yang Isya nak cakap." sela Isya.

"Sorry, apa dia?"

"Alhamdulillah, Aiden dah sedar."

Tan Sri Ahmad terdiam seribu bahasa. Tidak percaya.

"Pa? Pa!"

"Hah...! Isya... Isya jangan main-main."

"Ya Allah, betul pa. Aiden dah sedar... Baru aje tadi."

"Allahu Akbar! Terima kasih, Ya Allah."

"Papa datang cepat tau."

"Okey, papa datang sekarang."

Tan Sri Ahmad terus mematikan talian. Rayyan di dalam bilik wad itu sempat dipandang sebelum beredar dari situ.

AIMAN sedari tadi tidak fokus terhadap kerjanya. Kata-kata Jamilah semalam masih terngiang-ngiang di telinganya.

"AIMAN masih ada perasaan pada Isya?" soal Jamilah, mahukan kepastian.

"Ma, bukan Aiman tak cuba tapi cinta tu tetap ada. Man rasa macam tak sia-sia Man tunggu Isya." jawab Aiman bersungguh-sungguh.

Jamilah mengeluh panjang.

"Man... Isya tu isteri orang. Man tak boleh berharap pada isteri orang. Tak baik."

"Tapi ma..."

"Aiman, dengar sini! Perasaan cinta memang susah untuk kita hapuskan tapi kalau kita cuba buka hati untuk yang lain, Insya-Allah... Lama kelamaan cinta tu akan hilang dan digantikan dengan cinta yang baru."

"Maksud mama, kahwin?"

"Boleh juga tapi bukan saja cinta manusia tapi cinta Allah. Bila kita kejar cinta Allah, hati kita akan lebih tenang. Semuanya akan menjadi lancar. Insya-Allah."

AIMAN meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya.

"Aiman... Kau kena cuba lupakan Isya. Kalau betul dia jodoh kau, mesti kau akan disatukan juga."

Aiman cuba memujuk hati agar tidak berharap pada manusia lebih daripada berharap pada Allah.

Knock, Knock!

"Masuk!" arah Aiman.

Izzati masuk ke dalam. Dia berjalan ke arah meja kerja Aiman. Fail dihulurkan kepada Aiman.

"Ini fail kewangan rumah anak yatim yang baru buka tu."

Aiman mengambil lalu meneliti fail tersebut.

"Hmm... Tak cukup ni. Kena dapatkan lebih ramai sponsor."

"Zati dah cuba iklankan kat Fac tapi macam sendu sikitlah."

Aiman menutup fail itu. Dia mengangkat wajah memandang wajah Izzati.

"Kalau..."

Entah mengapa dia seolah-olah terpaku dengan kecantikan dan keayuan Izzati itu.

"Abang Man!" panggil Izzati dengan menepuk-nepuk tangan.

Aiman terus berpaling ke arah lain.

"Erm... Sorry. Pasal sponsor tu... Abang Man uruskan. Dah boleh keluarlah."

Izzati memandang Aiman dengan pelik.

'Dia halau aku? Tapi tak pernah-pernah pula dia macam ni.'

"Ehem!"

"Oh, okey. Zati keluar dulu."

Sepeninggalan Izzati, Aiman memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.

"Haih... Apahal ni? Tak pernah-pernah aku berdebar bila dengan Zati. Apasal hari ni lain macam pula?"

Apakah ini pentujuk dari-Nya atau sekadar kebetulan?

DI dalam bilik wad, Tan Sri Ahmad sibuk berbincang dengan doktor tentang keadaan Aiden. Berita paling gembira buatnya apabila doktor memberitahu bahawa sudah ada penderma mata untuk Aiden.

"Jadi, bila pembedahan boleh buat? Saya tak sabar nak tengok Aiden dapat lihat semula." ujar Tan Sri Ahmad dengan nada teruja.

Doktor itu tersenyum manis.

"Saya faham perasaan Tan Sri. Saya sebagai doktor yang merawat Aiden pun tumpang gembira."

"Soal pembedahan tu... Aiden kena buat beberapa pemeriksaan sebelum pembedahan dijalankan. Saya kira dalam 2 minggu lagi." ulas doktor itu lagi.

"Alhamdulillah! Terima kasih sangat-sangat doktor."

"Sama-sama Tan Sri. Saya cuma jalankan tugas saya aje. Baik, saya minta diri dulu."

Tan Sri Ahmad mengangguk. Kemudian, dia mendekati katil wad Aiden.

"Aiden..." panggil Tan Sri Ahmad. Tangan Aiden dipegang.

"Papa bersyukur sangat Aiden sebab Allah dah selamatkan Aiden. Sekarang keluarga kita akan bersatu semula."

Menitis air mata Tan Sri Ahmad. Aiden menyeka air mata Tan Sri Ahmad.

"Pa... Aiden minta maaf kalau selama ni Aiden tak jadi anak yang baik untuk papa dan suami yang baik untuk Isya."

Tan Sri Ahmad menoleh ke arah Isya. Isya hanya tersenyum nipis.

"Isya..."

Isya mendekati Aiden. Aiden menghulurkan tangan dan Isya menyambutnya.

"Abang janji dengan Isya yang abang akan jadi suami yang baik untuk Isya. Kita buka buku baru?"

Isya terus melepaskan tangan dari pegangan Aiden.

"Isya minta maaf, bang. Isya nak abang lepaskan Isya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience