AWAN mendung menandakan bila-bila masa sahaja hujan akan turun. Isya duduk sambil memeluk tubuh, menahan dinginnya malam.
"ISYA Imani!" panggil Daud sebaik sahaja pulang dari tempat kerja. Isya bergegas turun ke bawah apabila mendengar namanya diseru.
"Ya, kenapa Walid?" Daud mendekati Isya lalu menampar kuat pipinya. Sehingga Isya terjatuh ke atas lantai.
"Aku menyesal bela kau selama ni! Aku besarkan kau, bagi pendidikan tapi ini yang kau balas! Dasar anak tak kenang budi!" jerkah Daud.
"Walid, sampai hati walid cakap macam tu kat Isya. Isya tak salah!" Isya membela dirinya.
"Tak salah kau cakap! Dah terang-terang muka kau terpapang kat dalam gambar tu. Apa lagi yang kau nak nafikan! Hah?!" Isya menggeleng laju.
"Isya nak terjatuh pastu Aiman yang sambut! Tu aje! Percayalah!" Bersungguh-sungguh Isya membela diri.
Namun usahanya sia-sia. Daud langsung tidak mempercayainya.
"Nak terjatuh konon! Abistu... Kau buat apa kat dalam bilik hotel tu kalau bukan buat maksiat!"
"Walid!"
"Aku tak nak simpan lagi anak tak ada maruah macam kau ni! Kau berambus keluar dari rumah ni! Ikut abang kau yang tak guna jugak tu! Pergi!" Isya terus memeluk kaki Daud.
"Walid, please...! Jangan halau Isya. Isya sanggup buat apa saja asalkan walid tak halau Isya." rayu Isya sambil menangis.
"Dah terlambat! Kau keluar dari sini!" Daud cuba melepaskan pegangan Isya namun makin kejap Isya memeluknya.
"Kamy, awak bawa keluar anak perempuan awak ni. Saya tak nak tengok muka dia lagi." Kali ini, Daud menendang Isya ke tepi. Lalu, dia naik ke atas.
Kamelia terus menarik Isya keluar dari rumah itu.
"Padan muka kau! Kau ingat selama-lamanya kau boleh duduk dalam rumah ni? Hari tu kau cakap yang kau tak kesah kan keluar dari rumah ni sehelai sepinggang. Sekarang ni kau hadaplah!"
Kamelia ketawa besar sebelum menutup pintu dan membiarkan Isya sendirian di luar sana.
"APA aku nak buat ni? Aku tak boleh call abang Im sebab telefon aku dalam bilik. Beg baju semua tak ada." keluh Isya sendirian.
Dia benar-benar buntu mahu pergi ke mana. Sekarang ni dia tak ada sesiapa selain Imran. Hanya Imran yang boleh menolongnya.
PINTU bilik pejabatnya dihempas kuat. Dia menghenyakkan kasar punggungnya di atas sofa. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya agar lebih selesa.
"I tahu you yang ambil gambar tu then bagi kat mak Isya kan?" soal Aiden sebaik sahaja berdiri di meja Rita.
Rita bangun dari duduk lalu memandang sekeliling. Semua kakitangan sudah mula berbisik-bisik sesama sendiri.
"Aiden, kalau ya pun you nak tuduh I janganlah depan staf. Kita bincang dalam bilik you." Rita mahu menarik lengan Aiden tapi Aiden cepat-cepat menepisnya.
"Tak perlu nak pegang-pegang! I boleh jalan sendiri!" marah Aiden tapi masih dikawal nadanya.
Masuk sahaja di dalam bilik, Aiden melampiaskan semula kemarahannya kepada Rita.
"I tak faham kenapa you benci sangat dengan Isya sampai sanggup fitnah dia!"
"Woo! Relaks Aiden, you ni memang setiap kali berkaitan dengan Isya mesti you salahkan I kan? I ni jahat sangat ke?!"
"Yes! You memang sanggup buat apa saja asalkan I jadi milik you! You ingat I bodoh sangat ke, Rita? Come on lah!" Rita ketawa sinis.
"Dulu perempuan yang you hina ni... Orang yang you paling sayang. I pernah bertakhta dalam hati you. But now? You bela perempuan lain daripada I?" Aiden memandang Rita dengan wajah menyampah.
"You ingat bila you ingatkan I siapa you dalam hati I DULU... I akan lupakan hal Isya? No, Rita. I tetap nakkan jawapan dari you."
"Nak jawapan apa lagi? I memang tak buat! I seharian kat office semalam. Kalau you tak percaya, you check CCTV."
"Okey! Kalau you yang buat... I takkan lepaskan you." Rita tersenyum lalu mengatur langkah setapak ke hadapan.
"Walaupun I sanggup buat apa saja untuk dapatkan you, but... I takkan jatuhkan maruah perempuan lain. Sebab I dah rasa macam mana sakitnya dimalukan."
AIDEN meramas-ramas rambutnya. Kemudian, dia bangkit lalu berdiri di tingkap. Dia menyilangkan tangan ke dada.
"Kalau bukan Rita yang buat, siapa? Siapa yang fitnah Isya? Dan apa motifnya?" Berbagai-bagai soalan yang bermain di fikirannya.
Dia harus mencari jawapan bagi setiap soalan itu. Tak kira bagaimana dan apa jua risikonya.
IMRAN membawa secawan milo panas ke ruang tamu lalu diberikan kepada Isya.
"Nah, minum. Biar panas sikit badan tu." Isya mengambilnya. Dia menghirupnya dengan penuh nikmat.
Imran menyentuh lembut dahi Isya.
"Esok kita pergi klinik. Isya nak demam ni. Nasib baik abang nampak Isya kat bus stop tau. Kalau tidak, Isya bermalam dalam hujanlah jawabnya."
IMRAN berlari masuk ke dalam perut kereta. Hujan semakin lebat saat dia keluar dari kedai.
"Haih! Menyesal pulak aku tak bawak payung. Habis kuyup baju aku ni." rungut Imran.
Imran cepat-cepat memandu pulang ke rumah. Ketika dia melepasi perhentian bas, dia seperti terlihat seseorang yang amat dia kenali.
Dia mengundurkan kereta dan berhenti di hadapan perhentian bas tersebut.
"Isya? Ya Allah!" Imran bergegas keluar dari perut kereta. Dia menghampiri Isya yang sedang kesejukan itu.
"Isya, kenapa duduk hujan-hujan macam ni? Jom, abang hantar Isya balik." Imran mahu pergi. Isya cepat-cepat memegang lengannya.
"Isya nak ikut abang."
"Please abang..." Imran teragak-agak namun dia bersetuju jua. Melihat keadaan adiknya yang basah kuyup, lebih baik dia membawa Isya pulang ke rumahnya dulu.
"ISYA nak minta maaf sebab susahkan abang." Imran terleka seketika terus memandang ke arah Isya.
"Isya buat apa sebenarnya kat bus stop tadi. Kenapa tak call abang ke sesiapa ke suruh ambik Isya kat sana?" Isya tidak menjawab malah menangis.
"Eh, Isya. Abang minta maaf..." Imran terus memeluk Isya agar dia kembali tenang.
"Isya kena halau! Isya tak tahu nak pergi mana!" Imran terus terbeliak biji matanya.
"Astagfirullahaladzim! Apa masalah dia orang ni? Mula-mula abang, sekarang Isya pulak."
"Isya tak salah, bang. Ada orang fitnah Isya." Imran mengangguk sedikit.
"Ya, abang percaya. Tak apa... Isya rehat dulu malam ni. Bila Isya dah sihat, Isya boleh cerita semuanya kat abang." Isya mengangguk lemah.
'Dah tiba masa untuk aku bertindak. Dia orang boleh buat aku tapi bukan Isya.' Getus hati Imran.
SELESAI makan malam, Aiden bersantai di halaman rumah sambil menghirup udara segar.
Rayyan yang terlihat Aiden di sana, turut menyertai.
"Aiden, abang nak cakap sikit." Aiden menoleh lalu mengangguk.
"Kau sure ke Isya tu tak salah? Manalah tahu dia bukan macam perempuan yang kita sangka." Aiden terus memandang wajah Rayyan.
"Aku mengaku yang aku baru sangat kenal dengan Isya tapi sepanjang aku kenal dengan dia... She's different. I'm very sure."
"Okey... Tapi kalau betul, kau masih nak kahwin dengan dia?"
"Isya bukan perempuan macam tu." Aiden menafikannya sungguh-sungguh.
"Aku tak pernah tengok kau percayakan seseorang sampai macam ni. Dengan Rita pun tak. Asal ek?" Soalan Rayyan membuatkan Aiden tersenyum.
"Kau takkan faham, bang. Isya lain, Rita tu lain."
Rayyan mengeluh panjang.
"Kalau ditakdirkan kau buta, kau rasa dia boleh terima kau?" Kali ini, soalan Rayyan memberi satu tamparan kepadanya.
Rayyan senyum sinis. "Doktor kata bila-bila masa aje kau boleh buta. Kau dikira nasib baik sebab kau tak buta lepas kau sedar dari koma."
"Apa tujuan kau cakap macam ni? Nak takut-takutkan aku?"
"Tak semua orang boleh terima kekurangan kita. Jadi, kau sure yang dia akan terima kau kalau kau buta?" Aiden terdiam.
Dia sendiri tiada jawapan itu. Dia mula meragui kepercayaannya terhadapa Isya.
Share this novel