SAC 16

Romance Completed 94725

BAGAIKAN dejavu, dia sekali lagi bakal menjadi isteri kepada Aiden. Namun rasa gemuruh tidak lagi menguasai dirinya. Kini, dia sudah redha dengan apa jua ketentuan-Nya.

"Aku terima nikahnya Isya Imani binti Daud dengan mas kahwinnya RM3000 tunai."

Dengan sekali lafaz, dia bergelar seorang isteri kepada Muhammad Aiden.

Seperti biasa, Aiden menyarungkan sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian di jari manis Isya.

Setelah itu, Isya menyalami dan mencium tangan Aiden. Lalu, Aiden mengucup lembut dahi Isya. Kedua-dua mempelai amat secocok bersama di atas pelamin.

Saat semua sibuk melayan tetamu, Aiden mengambil kesempatan untuk berbual berdua dengan Isya.

"Lepas habis Majlis ni, aku nak kau terus naik atas. Bilik aku kat hujung sekali." arah Aiden. Isya menjeling tajam.

"Tak nak! Kalau awak buat apa-apa kat saya, macam mana? Awak lupa yang saya dengan awak cuma kahwin untuk 3 bulan aje?"

"Hey, perempuan! Aku tak heran lah dengan kau. Tengok muka kau pun aku dah meluat. Jangan nak perasan sangat."

"Dah meluat, kahwin juga."

"Selagi kau masih isteri aku, kau kena dengar arahan aku. Faham?" Isya tidak mengangguk atau menggeleng. Dia hanya memandang ke hadapan dengan wajah yang masam.

'Dasar lelaki psycho! Suka-suka hati aje nak arah-arah aku. Dia ingat aku ni binatang ke nak kena arah-arah. Benci betul!'

Tiba-tiba Imran datang menghampiri mereka berdua. Imran mengucap tahniah kepada Aiden. Kemudian, fokusnya terarah pada Isya.

"Isya..." Sayu sahaja panggilan Imran. Mengalir halus air matanya di pipi.

"Abang... Janganlah nangis. Isya masih adik abang yang sama." ujar Isya sambil menyapu air mata di pipi Imran.

"Isya jaga diri, jaga suami elok-elok. Dengar cakap suami, ya?"

"Abang pun sama. Jaga diri, jangan kuat kerja sangat tau. Isya sayang abang."

Imran mengangguk lalu memeluk erat tubuh Isya. Melepaskan rasa rindu yang terpendam di dalam hati.

"Abang Im jangan risaulah. Pandailah Aiden jaga Isya ni."

"Thanks bro."

'Depan abang aku kemain. Tapi kalau aku berdua aje dengan dia... Habis semua kejantanan dia keluar.'

Aiden melirik ke arah Isya yang terkumat kamit itu. Perasaan benci semakin membara di dalam hati. Semangat untuk dia membalas dendam semakin berkobar-kobar.

'Isya Imani, game starts now!'

SEBAIK saja tetamu pulang, Isya terus naik ke atas. Dia mencari bilik Aiden lalu memasukinya.

Dia melihat sekeliling. Setiap sudut bilik itu dipenuhi oleh lukisan yang begitu indah. Saat itu juga, dia terlihat sebuah lukisan.

"Gambar aku? Tapi kenapa Aiden lukis gambar aku?" Isya menilik setiap perincian gambar itu. Memang benar itu lukisan wajahnya.

"Mesti kau pelik kan kenapa aku lukis gambar kau?" Persoalan Aiden membuatkan dia terkejut. Terpusing terus badannya.

'Hish! Tak habis-habis nak kenakan aku.'

"Aku dah lama masuk tapi kau yang khusyuk menegok lukisan kau yang tak seberapa tu."

'Tak seberapa dia cakap? Kurang ajar betul!'

"Kenapa awak suruh saya masuk bilik awak? Supaya awak boleh hina saya sesuka hati?"

'Hah! Ambik kau!'

Aiden ketawa sinis.

"Kau memang layak dihina pun. Dasar penipu!"

"Hey! Awak ni kenapa? Benci sangat ke awak kat saya? Cuba awak bagitahu saya apa salah saya kat awak!"

Aiden terus menerpa ke arah Isya. Dia menggenggam bahu Isya dengan kedua-dua tangannya.

"Kau punca mama aku mati. Kalau kau tak lari hari itu, mesti mama aku masih hidup." ujar Aiden sambil mengetap gigi.

Isya terus terdiam kaku.

"Ya, Isya Imani! Kau punca mama aku mati. Kau Isya, kau!"

Isya menggeleng-geleng kepalanya. Dia sungguh tidak percaya dengan apa yang dia dengari.

"Kenapa? Terkejut? Memang inilah tujuan aku kahwin dengan kau. Aku nak seksa kau sampai kau sendiri merayu kat aku supaya bunuh kau."

Isya terus mengangkat wajah.

"Sumpah! Demi Allah! Saya bukan pembunuh!"

"Kau tak payah nak tunjuk alimlah depan aku. Enough!"

Aiden mengatur langkah menuju ke meja kerjanya. Dia mengambil sebuah fail coklat di dalam laci.

"Kau tengok fail itu!" Aiden mencampakkan ke arah Isya.

Dalam ketakutan, dia mengambil fail itu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat isi di dalam fail tersebut.

"Yes! Bertarikhkan 23hb, jam 3:00 pagi. Tepat dua hari lepas kau lari, mama aku pergi buat selama-lamanya."

Isya terus terduduk di atas lantai. Berjejeran air matanya mengalir di pipi.

'Ya Allah! Besarnya dugaan yang Kau berikan kepadaku. Kuatkanlah aku, Ya Allah!'

"So, now! Kau jangan pernah berharap langsung yang aku akan sayang, belai kau bagaikan permaisuri kat dalam rumah ni. Sebab kau tu pembunuh!" jerkah Aiden.

Setelah itu, Aiden pergi meninggalkan bilik itu. Membiarkan Isya menangis keseorangan.

SEDANG bersarapan, Rita terkejut dengan bunyi ketukan pintu yang.bertalu-talu. Dia bergegas membuka pintu.

"Eee! Lembap betul!" herdik Rayyan.

"Kalau balik nak marah aje kerja, baik tak yah balik terus!" bidas Rita dengan selamba.

Rayyan terus berpaling ke belakang dan memandang tajam ke arah Rita.

"You cakap apa? Ini rumah I! Bila-bila masa aje I boleh halau you!"

"Halaulah! I don't care! Tapi sebelum tu you ceraikan I!"

Rita tidak mampu menahan rasa lagi. Cukup dengan kepuraan ini. Rumah tangga mereka sudah tiada makna lagi.

"Bukan mudah untuk I lepaskan you. Rahsia you masih dalam genggamam I."

"Rahsia apa?"

"Rita, you jangan pura-pura tak tahu. I masih ingat rancangan you untuk batalkan perkahwinan Aiden dengan Isya."

Imbas kembali...

"INI duit pendahuluan. Lepas kau settle, aku bayar bakinya." Rita menghulurkan kepada Haura.

Haura mengambil sampul berisi wang itu bersama senyuman.

"Haih... Bertuah aku dapat kerja dengan kau. Kau jangan risau, anggap aje dah settle."

"Aku percayakan kau. Tapi... Make sure perempuan tu tak jadi kahwin dengan Aiden. Faham?"

"No hal lah! Aku sanggup buat apa saja asalkan duit masuk."

"DAN disebabkan you tak nak rahsia you terbongkar, you bunuh Puan Sri Aminah iaitu mama I."

"I tak sengaja! I memang tak ada niat nak bunuh mama you. Sumpah!"

"Penipu! I nampak dengan mata kepala I sendiri yang you bunuh mama I malam tu!"

"No!"

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH" Aiden memberi salam lalu dia menadah tangan berdoa kepada Ilahi.

Setelah mengaminkan doa, dia menoleh ke arah Isya yang sedang lena tidur di atas katil. Entah mengapa mimpi semalam benar-benar menganggu fikirannya.

DI sebuah bilik yang gelap, dia melihat Puan Sri Aminah berdiri di koridor. Dia menghampiri Puan Sri Aminah.

"Mama?" panggil Aiden bersama deraian air mata.

"Ya sayang. Ini mama." jawab Puan Sri Aminah. Aiden terus meraih tubuh itu lalu memeluknya.

"Rindunya Aiden pada mama."

"Aiden... Mama datang berjumpa dengan Aiden bukan untuk kembali tapi mama datang untuk meminta tolong."

"Mama nak Aiden tolong apa ma? Mama cakap aje."

"Cari pembunuh mama. Dia salah satu kenalan keluarga kita. Cari dia, Aiden."

"AWAK?!" Aiden tersedar dari lamunan panjangnya.

"Awak okey ke ni?" soal Isya, hairan.

"Okey jer, kenapa kau tanya? Buang tabiat ek?"

'Aku pulak buang tabiat. Dia yang pekak lepastu nak salahkan aku.'

"Hoi!" sergah Aiden apabila Isya tidak menjawab.

"Tak ada apa. Awak dah solat ke?"

"Dah." jawab Aiden, sepatah.

Aiden bangkit lalu mencapai tuala di ampaian yang berada di dalam bilik. Sebelum itu, dia sempat berpesan kepada Isya.

"Hah! Kau turun nanti jangan nak dingin dengan aku. Buat macam biasa. Faham?"

'Eleh! Takutlah tu kena marah dengan papa.'

"Faham ke tak?!"

"Iya, faham. Tahulah saya."

Sepeninggalan Aiden, Isya mencapai handphonenya. Dia melihat skrin, notifikasi daripada Haura dibaca.

- Kita jumpa, nak? Rindulah kat kau.-

- Aku kena tanya Aiden dulu. Nanti pape aku bagitahu kau. -

"Haih! Sejak dah jadi isteri orang ni... Semua benda terbatas. Kalau dapat suami penyayang tak apa juga. Ini dapat suami macam singa. Garang aje memanjang." bebel Isya sebelum pergi untuk solat Subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience