FARAH membuka pintu bilik Rita. Dia masuk ke dalam lalu duduk di birai katil. Dia melihat sekeliling bilik itu. Tak semena-mena air matanya mengalir halus di pipinya.
"Kalau lah ibu bawa Aiden jumpa Rita, pasti semua ni tak jadi. Maafkan ibu, Rita sayang." ujar Farah tersedu-sedan.
Sambil menahan sebak, Farah berjalan ke arah almari pula. Dia membuka pintu almari itu. Dia mengamati setiap helaian baju Rita.
Tiba-tiba, dia terlihat satu kotak besar di dalam almari itu. Farah mengesa air matanya sebelum mengeluarkan kotak tersebut.
Dia membawa kotak itu ke atas katil.
"Aku tak pernah nampak pun kotak ni. Rita pula tak pernah sebut pasal kotak ni."
Dia membuka penutup kotak itu. Dalam kotak itu penuh dengan sampul surat dan.beberapa barang lain. Dia mengeluarkan semuanya.
"Banyaknya surat... Siapa yang bagi?"
Farah membuka satu sampul lalu membaca isi kandungan surat itu.
'Rita, kakak rindu sangat dengan Rita. Kakak minta maaf sebab tak dapat nak jumpa dengan Rita masa kat Malaysia. Kakak tak nak ibu tahu. Tapi kakak dah kirim hadiah untuk Rita. Rita mesti suka. Rita jaga diri elok-elok. Kakak sayang Rita.
Your sister,
Dee.'
"Dee?!" Seluruh tubuh badan Farah mula menggigil.
"Tak! Aku tak boleh biarkan Rita ikut jejak Dee. Tak boleh! Rita satu-satunya anak aku. Aku takkan kehilangan dia."
Farah segera menyimpan semula barang-barang tadi ke dalam kotak. Sedang itu, sekeping foto terjatuh ke atas lantai. Dia mengambilnya.
"Gambar Dee..." Farah menatap foto Dee dengan penuh kerinduan.
"Cantik anak ibu. Muka Dee sama dengan arwah ayah. Rindunya ibu pada Dee." Farah mencium foto itu sambil menitiskan air mata.
Dee merupakan anak sulung Farah aka kakak kandung kepada Rita. Tetapi segalanya berubah dalam satu malam.
Beberapa tahun lalu...
"DEE tetap nak kahwin dengan dia! Sama ada ibu suka atau tak, Dee tetap akan kahwin dengan dia!" ujar Dee dengan tegas.
Farah terus menampar pipi Dee.
"Dee jangan biadap dengan ibu! Selepas arwah ayah meninggal, ibu yang jaga makan, pakai Dee! Bukannya jantan tu!"
"Kak, dah lah tu. Dengar jelah cakap ibu." pujuk Rita.
"Rita jangan masuk campur! Ini antara kakak dengan ibu! Kakak takkan berhenti selagi dapat apa yang kakak nak."
"Dee nak sangat kan kahwin dengan dia?"
"Yes!" jawab Dee dengan berani.
"Baik... Dee boleh kahwin dengan dia tapi lepas ni jangan jejak lagi kat rumah ni."
"Ibu! Ibu cakap apa ni? Ibu jangan halau kakak please... Kak Dee anak ibu kan?"
"Anak ibu takkan sesekali lawan cakap ibu."
"Kalau itu yang ibu nak, Dee akan ikut. Dee akan keluar dari rumah ni for good."
Dee lantas pergi dari situ.
"DEE, kenapa Dee pilih dia daripada ibu? Apa kurangnya kasih sayang ibu?"
Sambil memeluk foto Dee, Farah baring di atas katil bersama tangisan.
SEJAK dari dia sedar sehinggalah sekarang, Aiden tidak jemu ataupun merungut ketika menjaganya. Aiden benar-benar ikhlas menjaganya.
Seperti semalam, Aiden sanggup menadah kedua-dua tapak tangannya bagi menampung muntahnya.
ISYA tidur dengan lena setelah makan ubat. Ubat itu memang membuatkan Isya tidur. Tetapi tiba-tiba tekak Isya berasa loya. Dia mahu bangun tapi tidak larat.
Dalam masa yang sama, Aiden baru selesai solat Isyak. Dia melihat Isya cuba untuk bangun. Dia terus berlari ke arah Isya.
"Sayang? Kenapa ni?" soal Aiden, cemas.
Isya tidak dapat berkata apa-apa, dia hanya menunjukkan ke arah mulutnya. Dia memberi isyarat bahawa dia mahu muntah.
Aiden mengerti isyarat Isya terus menadahkan kedua-dua tapak tangannya. Isya pun muntah di atas tapak tangannya.
"Tak apa sayang, sayang muntah aje. Abang okey."
KEJADIAN itu benar-benar membuatkan dia tersenyum lebar. Rasa cinta semakin mekar di dalam hati.
Tetapi senyuman Isya terus hilang apabila Aiden masuk ke dalam bilik wad.
"Hey! Good morning, sayang. How's your feel?"
"Morning, better daripada semalam."
Aiden tersenyum manis. Dia membuka bungkusan makanan lalu dimasukkan ke dalam pinggan.
"Alright! Sayang makan ek? Abang ada belikan nasi goreng Pattaya. Your favourite." Aiden mahu menyuapkan nasi goreng itu kepada Isya tetapi Isya menolak.
"Kenapa? Sayang tak suka ke?"
"Bukan... Isya cuma nak tanya something dulu boleh?"
"Boleh sayang? Apa dia?"
Isya menarik nafas dalam sebelum bertanya.
"Kenapa awak tiba-tiba berubah?"
"Berubah? Maksud sayang?"
"Yelah... Awak panggil saya sayang. Pastu layanan awak terhadap saya... Lain."
Aiden memandang Isya lama. Tidak lekang senyuman di bibirnya.
"Awak?"
'Kenapa dia pandang aku macam tu? Aku pula yang seram.'
"Sayang nak tahu kenapa abang berubah?" soal Aiden setelah lama membisu. Isya mengangguk.
"Sebab sayang."
Mata Isya terus membulat.
"Yes... Because of you, sayang. Bila sayang tak sedarkan diri, abang rasa macam kosong. Abang rindu gelak tawa sayang, suara sayang... Everything."
Mata Aiden sudah mula berkaca.
"Masa tu baru abang sedar yang hati abang kosong bila sayang tak ada kat sisi abang. Abang mula sedar yang abang dah jatuh cinta dengan sayang. Yes, I love you Isya."
Pengakuan Aiden membuatkan Isya terpaku. Apakah benar apa yang dia dengari? Aiden mencintainya?
"Aw... Awak cintakan saya?" Aiden mengangguk.
"Tapi kan awak..."
"I know. Sebenarnya, arwah Imran ada datang jumpa abang. Dia sedarkan abang bahawa abang silap. Abang silap menilai Isya."
"Arwah abang Im jumpa awak?"
"Yes... Dia cakap reason sayang lari dari wedding kita. Isya nak abang bahagia. Sebab Isya tahu bila Isya kahwin dengan abang, Isya takkan dapat bahagiakan abang."
Isya menitiskan air mata. Air matanya mengalir deras di pipinya.
"Sayang... Abang nak sayang tahu bahawa cinta abang tulus. Abang akan cintakan sayang sehingga nafas terakhir abang."
"Isya pun cintakan abang."
Tidak tahu bagaimana, perkataan cinta itu keluar dari mulutnya. Tetapi yang dia tahu, dia juga sudah jatuh hati dengan Aiden.
'Aku cintakan Muhammad Aiden bin Tan Sri Ahmad.'
RITA sedang sibuk mengemas baju-baju untuk disusun ke dalam almari. Tetapi ruang di dalam almari itu tidak dapat memuatkan bajunya yang banyak itu. Hanya separuh sahaja boleh dimasukkan. Selebihnya dia hanya membiarkan di dalam bagasi.
Knock, Knock!
"Dah siap kemas?" soal Rayyan sebaik melangkah masuk ke dalam bilik Rita.
"Dah. You nak apa-apa ke?" Tangannya lincah menyusun barang-barangnya di atas meja solek.
"I nak bincang something dengan you. Pasal rancangan kita nak bunuh Isya."
Rita terus berpaling ke belakang.
"You ada plan ke?"
Rayyan tidak menjawab malah duduk di birai katil.
Rita turut menyertai Rayyan.
"Kita boleh bunuh Isya kalau Aiden tak ada."
"La... Itu I tahulah." Rita mengeluh kehampaan.
"Eh, sabarlah... I tak habis cakap lagi."
"Oh... Sorry-sorry. Teruskan..."
Rayyan membetulkan kedudukannya menghadap Rita.
"Look, Aiden kan pernah accident. Dan risiko bila dia bangun dari koma adalah dia mungkin akan buta."
"Okey... So?"
"I tahu cara nak buat dia buta."
"What?!"
MAKANAN di depan mata hanya dipandang kosong. Dia tiada selera untuk makan. Lebih-lebih lagi apabila dia dikurung dan diikat seperti ini.
Pintu dibuka, muncul Haura dengan wajah yang bengis. Dia menghampiri Ika lalu membuka ikatan ditangan dan kakinya.
"Kau lari dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi." arah Haura tanpa memandang ke arah Ika.
Ika berkerut.
"Tapi kenapa tiba-tiba kau suruh aku lari? Dah hampir seminggu kau kurung aku."
"Hey! Kau nak belah ke tak nak?! Lari jelah! Banyak pula soalan kau! Berambus!" jerkah Haura.
Ika ketawa sinis.
"Kau nak bunuh aku kan? Sebab tu kau suruh aku lari."
"Kau cakap apa ni? Aku memang nak kau lari sebab aku nak selamatkan kau daripada..."
"Rayyan?"
Haura diam membisu. Cuba untuk mengelakkan dari memandang mata Ika.
"Kenapa tiba-tiba? Bukan Rayyan tu cinta mati kau?"
"Fine! Aku baru sedar yang aku ni bodoh! Aku tak patut jadi hamba abdi Rayyan! Aku bodoh, Ika! Aku bodoh!" Haura terduduk sambil menangis tersedu-sedan.
Ika terus memeluk Haura. Dia turut mengalirkan air mata.
"Nangis je Haura. Bahu aku sentiasa ada untuk kau bersandar." pujuk Ika.
"Aku minta maaf, Ika. Aku... Aku kena tipu hidup-hidup Ika! Dia jantan tak guna!"
Haura meleraikan pelukan.
"Ika... Aku dah dengar semuanya. Aku dah tahu yang dia cuma nak gunakan aku aje."
HAURA baru saja memberi makan kepada Ika. Tetapi ketika itu juga dia terdengar perbualan Rayyan di telefon.
"Ya, kau jangan risaulah. Aku tahulah macam mana nak kelentong. Dia tu bagi ayat-ayat manis... cairlah dia." ujar Rayyan di hujung talian.
Haura berkerut memikirkan siapa gerangan yang disebut oleh Rayyan itu. Adakah dia?
"Tahu pun! Haura tu memang bodoh! Sanggup khianat dua orang kawan baik dia semata-mata sebab I."
Kata-kata Rayyan benar-benar membuatkan Haura terkedu. Lelaki yang dia cintai rupanya bukan seperti yang dia sangkakan.
"AKU rasa menyesal sangat sebab khianat kau dengan Isya. Kau orang berdua kawan baik aku tapi aku..." Haura kembali menangis.
"Haura... Kau pun mangsa keadaan. Kau dibutakan dengan cinta Rayyan. Ini bukan salah kau."
"Tak! Ini semua salah aku! Aku yang bodoh!"
"Haura... Pandang aku."
Lambat-lambat, Haura memandang Ika.
"Kalau kau nak tebus salah kau, kau boleh tolong kita orang untuk perangkap Rayyan. Buat dia mengaku semua jenayah yang dia buat."
"Tapi aku takut, Ika. Aku takut aku tak mampu."
"Kau boleh, Haura! Aku percayakan kau. Kalau kau sayang aku, sayang Isya... Kau kena kuat. Okey?"
Haura mengangguk-angguk.
"Aku janji Ika. Aku akan pastikan Rayyan takkan terlepas. Aku akan tebus semua salah aku kat kau orang." Ika mengangguk.
'Kali ini kau takkan terlepas Rayyan. Kau akan jatuh tersungkur. Masa kau dah tiba Rayyan.'
Share this novel