MAKAN malam hanya berlaukkan nasi putih dan telur masak kicap. Namun dia tetap bersyukur kerana masih dapat mengisi perutnya daripada kelaparan.
Kamelia menuruni tangga, terhenti saat melihat Imran sedang menjamu selera di meja makan. Dia membuat muka meluat.
Dia mengatur langkah menuju ke dapur tanpa menghiraukan kewujudan Imran di situ.
"Bonda? Bonda dah makan?" tanya Imran apabila terlihat Kamelia.
Kamelia terus sahaja menuju ke dapur.
"Hmph! Asyik nak bermasam muka aje bonda aku ni." bisik Imran.
"Apa kau cakap?" Persoalan Kamelia amat mengejutkan Imran sehingga tersedak.
"Itulah dia! Suka sangat buat dosa dengan orang tua! Memang padanlah muka kau!" kutuk Kamelia lalu naik ke atas semula.
"Sampai bila bonda nak berdendam dengan Im. Bonda sedarkan sekarang ni Allah dah tarik kesenangan kita sikit demi sikit."
Semerta Kamelia terhenti langkahnya. Dia berpusing lalu turun ke bawah semula. Dia menghampiri Imran.
"Kau nak cakap apa sebenarnya? Nak cakap yang keluarga ni dah kena karma? Macam tu?!"
"Bukan itu maksud Im. Im cuma nak bonda sedar yang perbuatan bonda selama ni salah. Berdosa besar."
"Apa dia? Berdosa? Kau ingat kau tu alim sangat?! Hah?!" tempelak Kamelia.
Imran mengeluh berat.
"Bonda... Im tak pernah anggap diri Im ni baik. Tapi sebagai anak, Im kena tegur bonda kalau bonda salah." Kamelia senyum sinis.
"Kau dah lupa ke yang dulu kau ni bekas banduan. Lokap tu dah macam rumah kedua kau aje. Siapa yang ikat jamin kau? Aku kan... Jadi kau tak payah nak nasihat aku bagai."
Imran menggeleng hampa. Angkuh benar bondanya.
"Ya, Im mengaku yang bonda banyak tolong Im. Dan Im tak boleh balas pun jasa bonda tu."
"Im tak peduli bonda hina Im atau buat apa-apa kat Im tapi Im peduli bila Isya kena tempiasnya."
"Eh! Yang kau nak bela budak tak guna tu dah kenapa? Kau lupa yang dia tu dah conteng arang kat muka aku ni?! Lupa?!"
Imran mahu berkata lagi, namun Kamelia memotong kata-kata Imran.
"Sudah! Aku tak nak dengar lagi kau cakap pasal budak tu. Kau ingat ek? Kalau kau masih nak hidup sebagai anak aku, kau ikut cakap aku. Jangan kau bawa budak tu balik sini. Faham?!" Kamelia terus melangkah pergi.
Imran memicit kepalanya yang sakit itu. Dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan dengan perangai Kamelia.
Walau bagaimana pun, dia tetap mahu mencari Isya sehingga ke lubang cacing. Dia yakin ada sebab mengapa Isya lari dari hari pernikahannya.
SEJAK setengah jam yang lalu, mereka hanya berpandangan sesama sendiri. Tiada seorang pun yang bersuara. Sehingga deringan telefon bimbit Isya memecahkan keheningan di antara mereka.
Isya mahu menjawab panggilan itu tetapi Aiden terlebih dahulu mengambilnya. Dia mematikan talian.
"Awak bawa saya kat sini untuk apa?" soal Isya, mahukan jawapan.
Aiden ketawa kecil.
"Kenapa awak gelak? Ingat kelakar ke?" Isya mula panas hati. Dia mahukan jawapan bukannya gelak tawa.
"Rayyan?" panggil Aiden sambil menghulurkan tangannya.
Rayyan mengangguk lalu memberikan satu fail kepada Aiden.
"If you like it or not, you have to sign." arah Aiden lalu mencampakkan fail itu ke atas meja.
Isya terus mengambil fail itu. Dia meneliti fail itu satu persatu.
"Saya tak setuju. Awak ingat kahwin ni main-main ke?" marah Isya.
"Like I said earlier. I don't care if you agree or disagree. But you still have to sign that contract."
"Saya tak nak terlibat dalam kerja bodoh awak ni! Saya nak balik!" Isya sudah bangun dan ingin melangkah pergi.
Cepat-cepat Aiden memegang lengan Isya. Isya cuba melepaskan pegangan Aiden tapi kudratnya tidak sekuat Aiden.
"You sign sendiri or I paksa you sign."
Tanpa berfikir panjang, Isya menampar pipi Aiden. Kemudian, dia menggigit tangan Aiden. Tetapi Aiden masih kuat memegang lengannya.
"Eee! Lepaslah! Aku tak nak sign!"
"Fine! You yang paksa I." Aiden meletakkan pen di tangan Isya lalu menggenggamnya kuat. Akhirnya, kontrak itu ditandatangani oleh Isya.
"Well done, Isya Imani!" Isya sedang menahan marah terus mengatur langkah keluar dari situ.
"Aku takkan lepaskan kau kali ini, Isya Imani. You have to be my wife."
MAKANAN di atas pinggan ditenung dengan pandangan kosong. Haura menjadi risau melihat keadaan Isya seperti itu.
Dia mengeluh panjang.
"Kenapa ni? Dari semalam aku tanya tapi kau diam aje. Please..." Setelah lama berdiam diri, Isya mengangkat wajah memandang sayu wajah Haura.
"Hey..." Haura mendekati Isya. Dia mengelus lembut bahu Isya.
"Di... Dia datang balik."
"Siapa?" Isya mula menitiskan air mata.
"Aiden." Haura terus terbeliak matanya saat mendengar nama Aiden.
"Bila?! Asal kau tak bagitahu aku?"
"Aku... Aku buntu Haura. Aku tak tahu apa yang patut aku buat."
"Isya, aku tak faham. Cuba kau bagitahu aku."
Isya menceritakan segala-galanya kepada Haura.
"Apa hak dia nak paksa-paksa kau kahwin dengan dia? Habistu kiranya kau setujulah nak kahwin dengan dia?" Isya mengangguk lemah.
Haura terus bangun dan ingin berlalu pergi.
"Haura? Kau nak pergi mana?" soal Isya, kehairanan.
"Aku nak selesaikan dengan mamat tu. Dia ingat dia boleh buat apa saja kat kau."
"Kau nak buat apa?"
Haura tidak menjawab malah terus pergi dari situ. Isya tidak menghalang kerana dia tahu Haura tidak akan mendengar kata-katanya.
DARI jauh, Aiman memerhatikan Isya. Dia amat merindui wajah itu. Setiap kenangan mereka bersama, tidak pernah dilupakan.
Dia mengekori kereta Isya sehingga ke pejabat yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumahnya.
Isya keluar dari perut kereta. Dia membetulkan tudungnya sebelum menuju ke pejabatnya. Ketika itu juga, ada sebuah kereta berhenti di belakang kenderaan Isya.
Isya cuba melihat gerangan di dalam kereta itu melalui cermin hadapan namun tidak kelihatan.
"Siapa pula yang sesuka hati parkir belakang kereta aku. Dahlah bawa laju." bebel Isya.
Isya mahu mendekati kereta itu tapi tidak sempat. Kereta itu sudah memandu pergi.
"Hish! Pelik betul lah aku dengan orang zaman sekarang ni. Mula-mula berhenti pastu belah macam tu aje." Isya menggeleng sebelum pergi dari situ.
Dalam masa yang sama, Aiman menumbuk stereng sehingga berdarah buku limanya.
"Kenapa?! Kenapa kau lemah sangat?! Kau patutnya keluar jumpa dia bukannya kau pergi! Bodoh!" tempelak Aiman pada diri sendiri.
Sudah beberapa kali dia cuba memunculkan diri di hadapan Isya namun dia tidak mampu. Ketakutan menguasai dirinya.
"Tak! Aku takkan mengalah. Aku takkan lepaskan dia lagi macam mana aku buat dulu. Aku tahu dia masih cintakan aku."
"Isya... Awak tunggu saya ya? Saya janji saya akan nikahi awak dan kita akan hidup bahagia sampai bila-bila."
Dia tersenyum lebar lalu ketawa sendirian. Lagaknya persis orang tidak siuman.
Share this novel