HARI yang dinanti sudah tiba. Hari di mana dia akan disatukan dengan seorang lelaki bergelar suami. Namun hatinya berasa gundah gulana.
Knock, Knock!
"Masuk!" arah Isya yang masih belum bersiap.
"Isya! Kenapa tak siap lagi? Pengantin lelaki dah nak sampai." bebel Haura. Isya tidak membalas malah hanya menenung cermin di hadapan.
Haura menepuk meja solek itu. Semerta Isya tersedar dari lamunan.
"Eh? Dah pukul berapa ni?" Isya terus bangkit dan bergegas ke arah almari. Dia mengeluarkan baju pengantin yang ditempah oleh ibu mertuanya itu.
Dia mahu ke bilik air tapi dihalang oleh Haura.
"Kau cintakan Aiden?"
"Mestilah! Aku kan nak kahwin dengan dia."
"Isya, please. Jujur dengan aku." Isya menggeleng.
"Aku jujur dengan kau. Dahlah... Aku nak bersiap."
Sekali lagi Haura menghalang laluan Isya.
"Aku dah lama kenal kau. Aku tahu apa yang kau sembunyikan dari aku." Isya hanya membisu seribu bahasa.
Haura terus memeluk Isya. Isya menangis di dalam pelukannya.
"Aku sayangkan abang aku... Aku sanggup korbankan apa saja demi dia. Tapi aku takut nak cintakan dia, Haura."
"It's okay. Aku ada dengan kau." Isya melepaskan pelukan. Dia meraih tangan Haura.
"Bawa aku lari dari sini."
KERETA milik Aiden tiba-tiba saja tidak boleh berfungsi dengan baik. Aiden mula gelisah. Dia takut sekiranya dia lewat tiba di majlis itu.
Rayyan baru keluar dari rumah, kehairanan melihat Aiden bercekak pinggang di hadapan kereta.
"Eh, Aiden? Asal ni? Resah aje aku tengok."
"Kereta tak boleh start. Entah apa masalahnya. Semalam okey aje."
"La, ya ke? Majlis dah nak mula ni."
"Tulah pasal. Haih..." Aiden mengeluh keras.
"Okey macam ni. Kau guna kereta aku ajelah. Kereta ni biar aku yang settle kan." ujar Rayyan kepada Aiden.
Aiden melepaskan nafas lega.
"Thanks bro. Kita jumpa kat sana." Rayyan mengangguk.
Sepeninggalan Aiden, Rayyan mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Dia mendail nombor seseorang.
"Hello, I dah buat kerja I. Now, it's your turn." ujar Rayyan lalu mengukir senyum sinis.
HAURA mengintai di sebalik dinding ke arah ruang tamu. Apabila semua orang sedang sibuk, mereka menghendap keluar dari rumah. Namun ketika di hadapan pintu, mereka terlanggar seseorang.
"Aduh!" Mereka mengaduh sakit.
"Maaf cik. Saya tak perasan." Lelaki itu memohon maaf. Dia membantu Isya bangun.
Tiba-tiba mereka baru perasan bahawa lelaki tersebut tak lain dan tak bukan adalah Imran.
Isya terus berpusing membelakangi Imran.
"Terima kasih ya encik. Saya pergi dulu." ucap Isya dengan suara yang diubah agar tidak dikenali oleh Imran.
Imran mengangguk sambil terpinga-pinga melihat perempuan itu. Pelik sungguh kelakuanya.
Haura dan Isya berjaya keluar dari perkarangan rumah dengan selamat. Mereka segera menuju ke kereta Haura.
Di dalam kereta, Isya cepat-cepat mengeluarkan kad sim dari handphonenya.
"Eh, asal kau keluarkan SIM card kau?" soal Haura, terkejut.
"Kau ni, Haura. Kita kan nak lari... So mestilah kena hapuskan jejak kita."
"Amboi, kau ingat ni filem. Nak hapuskan jejak konon. Merepeklah kau ni." Haura ketawa kecil.
Isya menjeling lalu memukul bahu Haura. Haura mengaduh sakit.
"Abang Im ada app tau yang boleh jejak location aku melalui nombor phone aku. That's why aku kena keluarkan SIM card ni. Faham ke tidak?"
"Ooo... Baru faham." Haura tersengih.
"Dahlah! Cepat jalan, nanti kantoi." arah Isya.
Tanpa menunggu lagi, Haura menghidupkan enjin kereta dan terus memecut laju meninggalkan kawasan rumah Isya.
TOK kadi sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya namun pengantin perempuan yang ditunggu tidak muncul-muncul.
Tiba-tiba Kamelia berlari menuruni tangga. Dia menghampiri Daud.
"Abang! Anak kita dah lari." bisik Kamelia di telinga Daud.
"Apa dia?!"
Semua tetamu di sana termasuk Aiden memandang ke arah Daud. Imran segera mendekati walid dan bondanya.
"Bonda, kenapa ni? Mana Isya?" Kamelia memandang tajam wajah Imran. Lalu, dia menampar pipi Imran.
Imran terkedu seketika.
"Adik kau yang sorang tu pun kau tak reti nak jaga ke?! Abang jenis apa kau ni?!" jerkah Kamelia.
"Apa maksud bonda? Im tak faham."
"Adik kau dah lari, kau tahu tak?!" Imran terus terbeliak biji matanya.
Semua tetamu sudah berbisik-bisik sesama mereka. Aiden yang turut mendengar itu, bangun dan keluar dari rumah itu.
"Eh, Aiden! Nak pergi mana tu?!" Laung Puan Sri Aminah.
Namun Aiden tidak mempedulikannya. Dia terus sahaja masuk ke dalam perut kereta. Dia memandu, pergi meninggalkan majlis itu.
Rayyan sedari tadi memerhati dari luar perkarangan rumah Isya, tersenyum lebar saat melihat kereta Aiden pergi.
Share this novel