SELEPAS sarapan, Isya tidak pulang ke rumah Aiden. Dia mahu meluangkan masa sebentar bersama Daud. Aiden sudah pulang ke rumah. Tan Sri Ahmad yang menjemputnya.
Sedang menonton televisyen, Isya mengambil peluang untuk bertanya soal Safiah.
"Walid... Kan hari tu Isya ada tanya pasal nek Piah."
"Oh! Nasib baik Isya ingatkan walid. Isya nak tahu pasal apa?"
Isya duduk bersila menghadap Daud.
"Betul ke nek Piah tu, nenek Isya?"
"Ya, betul. Walid panggil dia Mak Piah. Dia tu ibu tiri walid, isteri pertama Tok Pa."
"Tok Pa kahwin dua? Jadi... Tok Ma tu isteri kedua Tok Pa lah, kan?" Daud mengangguk.
"Tapi... Kenapa selama ni tak ada siapa pun sebut pasal nek Piah?"
"Sebab Mak Piah tahu semua rahsia Tok Ma."
Isya terkejut dan berkata, "Rahsia? Sebab rahsia ni ke Tok Ma nak bunuh Nek Piah?"
Daud menundukkan kepalanya. Berat hatinya untuk menjawab persoalan Isya itu.
"Isya... Perkahwinan Tok Pa dengan Tok Ma dirancang oleh Tok Ma sendiri. Tok Ma perangkap Tok Pa."
"Perangkap? Eee... Tok Ma ni memang tak habis-habis nak perangkap orang."
"Tok Ma dulu PA Tok Pa. Tok Ma memang ada perasaan pada Tok Pa sejak dari mula dia bekerja kat syarikat Tok Pa."
"Satu hari tu... Tok Ma dapat tahu yang Tok Pa dah kahwin. Isya pun tahu kan yang Tok Ma tu bukan nudah putus asa. Jadi, dia rancang untuk rampas Tok Pa dari Mak Piah."
"Jap... Mana walid tahu semua ni?" soal Isya, ingin tahu.
"Walid upah PI untuk siasat pasal Tok Ma lepas walid dapat tahu yang Tok Ma nak bunuh Mak Piah."
Isya mengangguk-angguk tanda faham. Daud sambung semula.
"Masa tu Tok Pa pergi outstation. Tok Ma mesti kena ikut. Masa kat hotel, malam tu juga Tok Ma jalankan rancangan dia."
"Untuk perangkap Tok Pa?" Daud mengangguk laju.
"Tok Ma sengaja bagi dadah dalam minuman Tok Pa. Dalam keadaan separuh sedar, dia orang berdua kena tangkap basah."
Daud tertunduk malu. Menitis air matanya. Isya menyeka air mata di pipi Daud.
"Walid... Semua tu dah lepas. Tok Ma pun dah tak ada. Kita doakan yang baik-baik aje, okey?" pujuk Isya.
Walid menarik nafas dalam-dalam.
"Satu lagi Isya... Tok Pa meninggal disebabkan Tok Ma."
Isya terus terkejut. Apa dia salah dengar?
"Wa-Walid cakap apa?"
"Ya, Isya... Tok Pa dapat tahu tentang kejadian malam tu. Dia orang bergaduh besar. Waktu tu juga Mak Piah terdengar pertengkaran dia orang. Dan juga nampak pembunuhan tu berlaku."
Isya terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Daud itu.
"Tok Ma ugut Mak Piah kalau dia report polis... Anak dia akan mati."
"Anak? Habistu... Mana anak Nek Piah sekarang?"
"Dia dah meninggal dalam kemalangan tak lama lepas kejadian tu berlaku."
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Apa punca kemalangan tu?"
"Polis kata kereta arwah hilang kawalan sebab ada pertumpahan minyak kat atas jalan."
"Walid rasa ini kerja Tok Ma?" Daud menggeleng.
"Mungkin tapi yang pasti untuk kekalkan rahsia dia... Tok Ma suruh Mak Piah untuk tinggalkan KL ni buat selama-lamanya. Sebab tu Isya tak pernah tahu tentang Mak Piah."
Isya seperti tidak percaya dengan semua ini.
"Sampai hati Tok Ma buat Nek Piah, Tok Pa macam tu." marah Isya.
"Isya..." Daud menggenggam tangan Isya.
"Bawa walid jumpa Mak Piah."
Isya turut menggenggam tangan Daud. Isya mengangguk.
SEBELUM pulang ke rumah, Aiden singgah di pejabat. Yelah, sejak dia keluar hospital, semua urusan kerja diuruskan oleh Tan Sri Ahmad.
Walaupun dia tidak boleh melihat, dia tetap ingin membantu syarikatnya itu.
Di bilik mesyuarat, Aiden mendengar satu per satu masalah yang dihadapi oleh syarikat daripada pegawai-pegawai atasan.
"Sale kita semakin merosot. Bukan tu aje, projek-projek kita pun banyak yang tergendala." jelas Haris, Ketua Pegawai Pemasaran.
"Betul tu, encik Aiden. Kita kena panggil puan Isya semula bekerja dalam syarikat kita." sokong Jefri pula, Pengurus Pengeluaran.
Aiden berasa panas hati apabila Isya dilibatkan sama dalam perbincangan ini. Seolah-olah Isya itu amat penting dalam syarikat ini.
"Selagi saya jadi CEO dalam syarikat ni... Saya yang akan usaha untuk atasi masalah ni. Syarikat ni tak perlukan orang luar." balas Aiden, padu.
"Tapi puan Isya bekas pekerja kat sini. Kerja dia pun tip top." ujar Haris.
Aiden menepuk meja dengan kuat.
"Keputusan saya muktamad! Jangan ada siapa-siapa yang berani panggil dia kerja semula dekat company ni, faham?!"
Semua orang di dalam bilik mesyuarat itu saling berpandangan. Hairan dengan reaksi yang diberikan oleh Aiden itu.
"Ada apa-apa lagi?" soal Aiden. Dia mahu segera keluar dari situ.
"Ta-Tak ada, encik Aiden." jawab Jefri.
"Okey but... Ingat! Saya tak nak dia balik semula kat company ni." pesan Aiden sebelum keluar dari bilik mesyuarat itu diiringi Tan Sri Ahmad.
RAYYAN bersenang-lenang di ruang tamu sambil menikmati burger ayam yang dipesan melalui aplikasi Food Panda beberapa minit yang lalu.
"Untung betul kau, Rayyan. Dapat balik semula kat rumah kau... dapat harta lagi. Nampaknya kau dah jadi jutawanlah!" bicara Rayyan sendirian.
Dia ketawa besar. Dia berasa senang kerana dapat apa yang dia impikan selama ini. Hanya tinggal satu saja lagi yang belum dicapai.
Bunyi tombol pintu utama dipulas dari luar. Rayyan cepat-cepat menyorok di sebalik tangga.
"Assalamualaikum! Pa? Aiden?" sapa Isya.
Rayyan tersenyum lebar.
"Aik? Senyap aje. Santi pun tak ada ke?" gumam Isya.
Isya baru beberapa langkah untuk naik ke atas. Tangannya dipegang. Dia segera menoleh.
"Hai, adik ipar kesayanganku." sapa Rayyan.
Isya terus menjadi kaku. Lidahnya kelu. Jantung berdegup kencang.
Rayyan memetik jari membuatkan Isya tersedar semula. Dia segera menarik tangannya daripada pegangan Rayyan.
"Kau buat apa kat sini?!" jerkah Isya.
Rayyan ketawa, "Isya... Abang Ray rindu sangat kat Isya. Maksud abang... Kat semua orang. Sebab tu abang datang sini."
"Apa kau nak, hah?!"
"Nothing... Just your husband."
Isya berkerut dahi. Dia cuba memahami maksud Rayyan itu.
"Tak faham? Meh sini abang jelaskan."
Rayyan memegang bahu Isya. Isya segera berundur ke belakang.
"Apa pegang-pegang ni?! Aku ni isteri adik kaulah!"
"Diam!"
Terhincut sedikit bahu Isya dengan jeritan Rayyan.
"Aku tak ada apa-apa problem dengan kau. Aku cuma nak laki kau. Itu aje."
"Tak! Aku tak izinkan!"
Rayyan menarik Isya mendekatinya. Dia memegang kedua-dua lengan Isya.
"Lepaslah!"
"Kau boleh tak mind your own business? Biar aku buat kerja aku... Kau duduk diam-diam. Hmm?"
"Aku tak nak! Aku takkan biarkan kau apa-apa kan Aiden!"
Rayyan melepaskan pegangannya.
"Okey... Cubalah. Aku nak tengok selama mana kau boleh halang aku."
"Aku akan halang kau hingga akhir nafas aku."
Isya memandang tajam mata Rayyan. Dia tidak akan berundur walaupun selangkah.
KEADAAN Safiah menunjukkan perubahan positif daripada semalam. Safiah masih perlu tinggal di hospital untuk beberapa minggu lagi. Doktor perlu memantau keadaannya dari semasa ke semasa.
Hari ini, Jamilah memasak lauk kegemaran Safiah. Berselera Safiah makan.
"Terima kasih, Milah. Kau memang kawan sejati."
Jamilah menepuk lembut lengan Safiah.
"Kau ni ada-ada je. Kau tu best friend aku... Takkanlah aku nak biarkan kau tanggung semua ni sendiri."
"Yelah, Milah. Aiman tak balik lagi ke?"
"Belum... Petang ni baru nak gerak."
"Milah..."
"Aku nak jumpa cucu aku. Kau boleh bawa dia datang sini?" soal Safiah dengan penuh pengharapan.
"Boleh, Piah. Tapi kau kenalah cepat-cepat sembuh. Nanti boleh jumpa dengan cucu kau."
Safiah mengangguk. Air mata sudah bergenang di tubur mata.
"Piah... Aku nak bagitahu sesuatu ni."
"Apa dia?"
"Huda dah meninggal."
Sebaik saja mendengar nama Huda disebut, dia terus menggigil seluruh tubuh.
"K-Kau cakap apa tadi?"
"Ya, Piah."
"Kau tak tipu aku, kan?" Jamilah menggeleng laju.
Air mata yang ditahan, akhirnya mengalir jua.
Benarlah Allah itu adil. Dia tak akan membiarkan hamba-Nya dizalimi.
'Terima kasih, Ya Allah. Aku bersyukur dengan segala-galanya. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah lagi hina.'
Share this novel