MALAM itu, Tan Sri Ahmad dan Aiden duduk berbual di ruang tamu. Isya pula sibuk membasuh pinggan di dapur walaupun sudah ditegah oleh Tan Sri Ahmad.
Aiden menghirup kopi yang dibancuh oleh Isya itu. Rasanya sama seperti dulu, memang kaw!
"Amboi, sedap sangat ke kopi tu?" usik Tan Sri Ahmad.
Aiden tersenyum manis lalu meletakkan cawan itu di atas meja.
"Mestilah sedap, pa. Yelah... Isteri yang buatkan. Penuh kasih sayang." jawab Aiden.
Tan Sri Ahmad mencebikkan bibirnya.
"Untunglah ada orang tolong buatkan."
Aiden ketawa, "Papa ni... Ada-ada aje."
"Aiden, sebenarnya papa happy yang kamu dah berbaik semula dengan Isya."
"Alhamdulillah, pa. Itu pun jenuh juga nak pujuk dia."
Tan Sri Ahmad ketawa.
"Biasalah orang perempuan! Itulah sebabnya jangan cari pasal atau sakitkan hati perempuan."
"Yes, sampai sekarang Aiden menyesal pa. Aiden tak patut buat Isya macam tu." ujar Aiden dengan nada kesal.
Tan Sri Ahmad memegang bahu Aiden.
"Benda lepas biarkan lepas. Sekarang ni Aiden jangan ulangi lagi kesilapan Aiden. Jangan sia-siakan peluang yang ada."
"Insya-Allah, pa. Thanks, pa." Tan Sri Ahmad tersenyum manis.
"Erm... Aiden?"
Aiden mengangguk tetapi mata tertancap pada skrin televisyen.
"Papa nak Isya kerja semula dalam syarikat kita."
Aiden semerta menoleh ke arah Tan Sri Ahmad. Dia memandang Tan Sri Ahmad dengan wajah suspen.
"Papa bukan apa tapi..."
"Nanti Aiden bincang dengan Isya. Aiden okey aje kalau Isya okey."
Tan Sri Ahmad seperti tidak percaya.
"Betul ke ni, Aiden? Aiden betul-betul tak kisah?" soal Tan Sri Ahmad lagi.
"Iya, pa! Lagipun Isya tu bukan siapa-siapa... Isteri Aiden juga."
Tan Sri Ahmad terus tersenyum lebar.
"Terima kasih, Aiden. Tapi Aiden kena bincang cepat-cepat dengan Isya sebab dah tak ada masa dah ni."
"Bincang apa?" sela Isya.
Mereka berdua terus berpaling ke belakang. Isya memandang mereka dengan penuh persoalan.
"Isya... Tak ada apa pun. Papa..."
"Isya kerja semula dalam syarikat papa, boleh?" potong Aiden.
"Kerja semula? Kat syarikat papa?" soal Isya.
Aiden mengangguk laju.
CERMIN pintu kereta diketuk bertalu-talu dari luar sehingga membuatkan Aiman terjaga dari tidur. Dia menggosok-gosok matanya yang masih ada kesan mengantuk itu.
Dia menoleh ke kanan. Jamilah sedang melihat ke arahnya dengan pandangan tajam. Aiman segera keluar dari perut kereta.
"Ma... Selamat pagi." ucap Aiman.
"Kenapa tidur kat luar? Kamu tu dah kahwin. Kesian Zati tunggu kamu kat dalam bilik tu." marah Jamilah.
Aiman terus hilang mood apabila nama Izzati disebut. Pengakuan Izzati malam semalam masih tidak boleh diterima.
"Ma, Zati ada kat rumah ke?"
"Yelah! Habistu kamu ingat dia nak tinggal mana lagi kalau bukan rumah suami dia?"
Aiman terus naik berang. Izzati tidak mendengar kata-katanya untuk pergi dari rumah itu.
"Dia memang tak layak tinggal dalam rumah ni. Aiman takkan biarkan walau sesaat pun dia tinggal dalam rumah ni." ujar Aiman dengan penuh benci.
Aiman mahu pergi tetapi Jamilah menghalangnya.
"Apa Man cakap ni? Zati tu isteri kamu... Kenapa nak halau dia?"
"Ma... Dia tu bukan perempuan yang baik. Dia tu langsung tak layak nak jadi isteri Man atau mana-mana lelaki sekalipun."
"Astaghfirullah Al Azim! Man cakap apa ni?! Walau macam mana pun, dia tetap isteri Man yang sah! Aiman kena terima dia seadanya!"
"No, ma! Aiman akan ceraikan dia."
"Mama tak pernah ajar Man jadi macam ni! Aiman sedar tak yang kita ni bukannya malaikat sampai nak menilai orang macam tu sekali?!"
"Mama mungkin boleh terima dia tapi Man tak boleh. Man jijik dengan perempuan pelacur tu!"
Jamilah terus menampar Aiman.
"Aiman! Apa yang dah rasuk kamu ni?! Dah... Kamu naik atas, pergi mandi. Tenangkan hati kamu yang panas tu."
Aiman terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Dia terus menuju ke bilik.
"Nurul Izzati binti Kamal! Aku ceraikan kau dengan talak 1!" lafaz Aiman sebaik sahaja melihat kelibat Izzati.
Suara nyaring Aiman itu dapat didengari dengan jelas. Jamilah terkejut dengan apa yang dia dengari. Izzati pula terkaku di situ.
ISYA sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Dia berhias ala kadar sahaja. Mahu kelihatan semula jadi. Aiden memerhati dari jauh, dia tersenyum lebar.
"Sudah-sudahlah tengok saya macam tu. Saya tak termakan pun." ujar isya sambil berhias.
Aiden berjalan mendekati Isya. Dia berdiri di belakang Isya.
"Sayang... Abang ikhlas tau. Sayang memang cantik sebab tu abang tak dapat kawal perasaan abang ni."
"Oh, kalau saya tak cantik... Awak mesti dah tinggalkan saya kan?" perli Isya.
"Ish, tak baik cakap abang macam tu. Abang cintakan Isya bukan sebab Isya cantik saja tapi pandai masak, penyabar..."
"Dah, Dah! Lebih-lebih pula!"
"Tengok tu! Abang ikhlas pun... Cakap abang lebih-lebih pula."
"Can you stop?"
"Stop? Do what?" soal Aiden. Dia berpura-pura tidak faham.
Isya bangun lalu berpusing ke belakang. Badannya disandarkan ke meja. Kedua-dua tangannya pula disilangkan ke dada.
"Aiden, awak jangan buat-buat tak faham. Biar saya ingatkan awak... Kita dah janji yang hanya sebulan aje awak boleh buat saya jatuh cinta."
"Yes, of course!"
Isya mendekatkan wajahnya ke wajah Aiden.
"Tapi saya tak termakan dengan kata pujian, okey?"
Aiden tersenyum, "Abang yakin lama kelamaan Isya akan jatuh cinta dengan abang semula. I'm very sure."
Isya tersenyum sinis. Dia menjarakkan semula wajahnya. Dia meraih beg tangan di atas meja solek.
"We'll see."
Isya terus keluar dari bilik. Aiden mengeluh panjang.
"Isya, abang akan buktikan yang abang layak untuk dicintai dan mencintai Isya."
"AIMAN!" jerit Jamilah.
Dia berjalan laju mendekati Aiman. Dia menarik lengan Aiman supaya berpaling ke arahnya.
"Apa Aiman buat ni?! Man dah gila ke?!"
Jamilah sudah tidak tahu mahu lakukan apa lagi supaya Aiman sedar bahawa perbuatannya ini adalah salah.
"Mama cakaplah apa pun. Man dah ceraikan perempuan tu. Man tak nak tengok muka dia lagi."
Izzati masih dalam keadaan terkejut. Namun, dia memberanikan diri mendekati Aiman.
"Abang Man..." panggil Izzati.
Aiman terus berpusing ke belakang. Dia menunding jari ke muka Izzati.
"Kau jangan panggil aku dengan perkataan abang. Aku jijik!"
Izzati cuba sedaya upaya untuk bertahan. Dia mengabaikan jerkahan Aiman dan meneruskan kata.
"Zati nak minta maaf. Zati tahu Zati berdosa tapi percayalah... Zati dah berubah."
"Berubah? Perempuan pelacur macam kau ni... Memang takkan berubah!"
Jamilah mahu menyampuk tetapi Aiman segera melarang.
"Ma, please... It's between us."
Jamilah tidak dapat menanggung rasa. Dia terus pergi dari situ meninggalkan mereka berdua.
"Zati tahu abang takkan boleh terima Zati. Tapi Zati cuma nak abang tahu yang cinta Zati pada abang benar."
"Cinta konon! Boleh mampuslah dengan cinta kau tu!"
"Kalau aku tahu kau ni pelacur, aku takkan kahwin dengan kaulah!"
Air mata yang ditahan, mengalir jua.
"Zati minta maaf sekali lagi. Zati pergi dulu. Assalamualaikum."
Izzati terus berlari keluar dari bilik itu. Di muka pintu, dia menangis teresak-esak.
Jamilah melihat Izzati menangis. Dia terus mendekati Izzati. Pelukan seorang ibu diberikan.
"Maafkan mama, Zati."
Izzati hanya menangis di dalam pelukan Jamilah. Tiada apa yang boleh dilakukannya sekiranya orang dah tak sudi.
Share this novel