IZZATI berlari masuk ke dalam rumah. Dia mencari-cari di mana ayahnya, Kamal. Kamal kelihatan sedang bersantai di ruang tamu sambil membaca surat khabar. Izzati segera mendekati Kamal.
"Ayah!" panggil Izzati lalu duduk di sebelah Kamal. Kamal terkejut, dia menutup surat khabar itu dan diletakkan di tepinya.
"Kamu ni kenapa, Zati? Terkejut ayah dibuatnya."
"Sorry..." Izzati tersengih. Kamal menggeleng kepala.
"Zati bukan apa, yah... Excited sangat!"
"Excited pasal apa pulak ni? Jangan buat ayah suspen lah."
"Ayah, tanah yang kita nak jual tu... Dah ada pembeli!" ujar Izzati dengan penuh keterujaan.
Kamal terkedu, dia memandang wajah Izzati dengan riak wajah tidak percaya.
"Ya Allah, betul yah! Izzati baru aje dapat tahu dari Pak Samad."
"Ya Allah, Alhamdulillah!" Kamal melekapkan kedua-dua tapak tangannya ke muka.
"Lepas ni boleh lah kita buka kedai BESAR untuk ayah. Nanti satu kampung datang kedai ayah."
"Alhamdulillah, ayah bersyukur sangat. Terima kasih, Zati. Kamu memang anak yang baik." Kamal menguncup dahi Izzati.
"Tapi siapa yang nak beli tanah tu?"
"Entah, katanya orang KL. Tapi tak kesahlah... Asalkan impian kita tercapai. Alhamdulillah!"
"Betul tu. Eh, mana adik kamu?"
"Hmm... Adik tu mana lagi? Pergi melepak dengan kawan-kawan dia lah kat sungai tu."
"Haih, perangai tak pernah nak berubah. Ini mesti suka ikut-ikut orang."
"Memang dia tu, yah. Lagi-lagi dia dah mula bergaul dengan si Johan tu. Dia tu suka bagi pengaruh buruk kat budak-budak kampung ni."
"Kita doakan yang baik-baik jelah."
"Okeylah, Zati nak mandi dulu."
Izzati berjalan menuju ke bilik dengan girang. Kamal tumpang gembira.
AIDEN berjalan ke arah pentas. Dia naik ke atas pentas dan berdiri di sebelah Isya. Dia berbisik kepadanya.
"Isya, abang percayakan Isya. Abang yakin Isya mampu jadi seorang pemimpin yang baik. Abang amanahkan tugas ini pada Isya."
"Tapi abang..." Aiden meletakkan jari telunjuknya ke bibir Isya.
"Ini impian kita berdua. Jangan biar sesiapa pun mempersoalkannya."
"Ya, Isya janji. Abang temankan Isya. Jangan tinggalkan Isya lagi." Aiden mengusap-usap lembut pipi Isya.
"Abang minta maaf tapi abang tak boleh tinggal dengan Isya lagi. Dunia kita berbeza."
"Tak! Abang kena stay jugak. Abang tak boleh tinggalkan Isya." Isya memegang tangan Aiden. Dia tidak membenarkan Aiden pergi lagi dari hidupnya.
"Isya Imani, abang sentiasa ada dalam hati Isya. Bahagialah sayang walau tanpa abang di sisi."
"Tak! Tak!"
"Isya? Isya?" Badannya digoyang-goyangkan beberapa kali oleh Kak Lina.
Isya tersedar dari kayalan. Dia memandang ke arah tetamu di dalam dewan itu. Mereka semua memandang pelik ke arahnya.
"Isya okey?" soal Kak Lina, risau.
"Isya... Isya nampak Aiden tadi. Dia ada kat sini. Dia pegang pipi Isya. Isya rasa semua tu, kak!" ujar Isya sambil mengalir air mata.
"Isya... Itu semua kayalan Isya aje. Aiden dah tak ada. Dah setahun lebih dia tinggalkan kita." Isya menggeleng-geleng kepala.
"Akak tipu! Aiden ada kat sini. Isya nampak!"
Kak Lina tidak dapat menahan sebak. Dia terus memeluk erat Isya. Isya menangis di dalam pelukannya.
'Ya Allah, Kau kurniakanlah kekuatan kepada Isya. Aku tak sanggup melihat dia seperti ini, Ya Allah.'
TAN SRI AHMAD baru saja menjenguk Isya yang sudah lena di dalam bilik. Kemudian, dia pergi menuju ke ruang tamu. Daud, Rihanna, Dato Amin dan Datin Ramlah turut berada di situ.
"Uncle, Isya macam mana?" soal Rihanna, risau.
Tan Sri Ahmad mengeluh panjang, "Isya dah tidur lepas makan ubat tapi uncle tahu dia masih tak dapat terima hakikat tu lagi."
"Aku bukan nak menyibuk tentang keluarga kau tapi kau tak rasa ke yang Isya tu kena buat rawatan?" soal Dato Amin.
Semua memandang ke arah Dato Amin. Mereka seperti tidak setuju dengan cadangan itu.
"Pa... Rasanya papa dengan mama boleh balik dulu kot. Biar Hanna stay sini malam ni."
"Tapi Hanna..."
"Pa, please..." potong Rihanna.
Dato Amin mengalah jua. Dia dan isterinya meminta diri untuk pulang. Rihanna menghantar mereka ke kereta.
"Tan Sri... Malam ni biar saya dan Rihanna tidur di sini. Tan Sri jangan risau ya? Insya-Allah, Isya akan pulih semula." Tan Sri Ahmad mengangguk lemah.
Malam itu Tan Sri Ahmad tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik memikirkan keadaan Isya yang tidak menentu itu.
Sejak kematian Aiden, Isya menjadi murung. Namun begitu, dia tetap menjalankan tugasnya sebagai CEO syarikat dengan baik. Mungkin kerana amanah Aiden kepadanya untuk melihat syarikat itu setanding dengan syarikat maju yang lain.
Hakikatnya, Isya hanya memikirkan soal kerja. Emosinya juga tidak menentu. Seperti apa yang terjadi ketika di majlis tadi.
Tan Sri Ahmad bangkit dari pembaringan. Dia membuka laci kecil di tepi katil. Dia mengeluarkan sekeping gambar Aiden.
"Aiden, papa rindukan kamu. Papa masih tak percaya yang Aiden dah tinggalkan papa." Tan Sri Ahmad menangis kepiluan. Gambar itu dicium lama.
Knock, Knock!
Pintu dibuka, terpacul wajah Isya di muka pintu. Dia memandang sayu wajah Tan Sri Ahmad.
"Boleh Isya masuk?" Tan Sri Ahmad mengangguk. Isya terus berlari ke arah Tan Sri Ahmad. Dia memeluk erat tubuhnya.
"Isya minta maaf, pa. Isya tak patut malukan papa kat majlis tadi. I'm really sorry." ujar Isya sambil menangis.
Tan Sri Ahmad mengelus-elus rambut Isya.
"Isya tak salah apa pun. Papa faham perasaan orang yang ditinggalkan. Papa pun pernah alaminya."
Isya melepaskan pelukan. Dia memegang erat tangan Tan Sri Ahmad.
"Isya nak buat rawatan. Isya nak sembuh dari luka ni. Isya tahu yang Isya kena kuat demi papa, walid dan orang-orang yang sayangkan Isya. Isya tak nak Aiden tak tenang kat sana."
"Terima kasih, Isya. Walaupun Aiden dah tak ada, kamu tetap menantu dan anak papa." Isya memeluk Tan Sri Ahmad sekali lagi.
SEBELUM pergi ke hospital untuk membuat temu janji, Isya melawat kubur Aiden. Setelah membaca yassin dan doa untuk Aiden, dia duduk sebentar.
"Abang, Isya minta maaf sebab dah lama tak lawat abang. Isya tak cukup kuat masa tu. Tapi sekarang Isya akan cuba untuk terima hakikat yang... Abang dah tak ada." Menitis air matanya saat mengenangkan memorinya bersama Aiden.
"Abang, Isya janji dengan abang yang Isya akan majukan syarikat kita. Abang jangan risau, okey?"
Isya memegang batu nisan yang terpacak pada kubur Aiden itu dan berkata, "Isya balik dulu ya, abang. Nanti Isya lawat abang lagi. Assalamualaikum."
Saat Isya tiba di kereta, dia mendapat panggilan telefon daripada Kak Lina.
"Assalamualaikum kak, ada apa call Isya?"
"Waalaikummussalam Isya, akak lupa nak bagitahu Isya yang esok kita kena pergi kampung. Nak tengok tanah dengan tandatangan kontrak."
"Oh ye ke? Tak apalah... Esok Isya suruh papa gantikan."
"Eh, tak boleh! Isya kena ikut sebab Isya kan CEO syarikat ni."
"Okeylah, Isya pergi."
"Cantik! Nanti apa-apa Kak Lina rojer."
"Okey, thanks kak. Bye!" Talian dimatikan.
Isya sempat memandang ke arah kubur Aiden sebelum masuk ke dalam perut kereta. Dia memandu pergi dari situ.
Share this novel