SAC 36

Romance Completed 94725

ISYA membuka laci meja kecil di sebelah katil. Dia mengambil fail coklat yang diberikan oleh Farah tempoh hari.

Dia membaca semula setiap apa yang tertulis di dalamnya. Setiap kali itulah, hatinya sakit. Sakit kerana dikhianati oleh suami sendiri.

"Kenapa? Kenapa bila aku dah serahkan jiwa dan raga aku kat kau, semua ni terbongkar?"

Dia meraih handphonenya. Dia membuka galeri. Setiap gambar bersama Aiden ditatap penuh benci.

"Kau bunuh ibu aku, Aiden. Walaupun cinta aku pada kau masih ada, aku tetap akan balas dendam. Aku akan pastikan kau masuk dalam penjara."

Pintu diketuk dari luar. Isya segera menyimpan fail itu semula.

"Masuk!"

Tan Sri Ahmad masuk ke dalam bilik lalu duduk di sebelah Isya.

"Jom makan. Santi dah masak lauk kegemaran Isya. Sambal udang petai."

Isya hanya tersenyum nipis. Tiada langsung riak teruja.

"Kenapa ni, Isya? Papa tengok sejak Aiden masuk hospital, Isya jadi pendiam. Tak macam dulu."

"Macam mana Isya nak ceria macam dulu, pa? Suami Isya tengah terlantar kat hospital. Lepastu dengan apa yang jadi."

Tan Sri Ahmad menyentuh bahu Isya.

"Papa faham keadaan Isya. Lepas satu-satu masalah menimpa Isya. Tapi papa sentiasa ada untuk Isya, ya?"

Isya mengangguk sedikit. Isya menoleh ke arah Tan Sri Ahmad.

"Pa... Isya dah dengar pasal Rayyan."

Tan Sri Ahmad terus memalingkan wajahnya.

"Papa malu dengan Isya. Papa gagal didik anak papa sampai Rayyan boleh jadi macam tu."

Isya terus memegang tangan Tan Sri Ahmad.

"Papa jangan salahkan diri papa. Semua ni berlaku bukan kehendak papa atau sesiapa."

"Isya, boleh janji sesuatu dengan papa?"

"Apa dia?"

"Tolong jangan tinggalkan Aiden"

Isya hanya diam membisu. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia boleh mengotakan janji itu atau tidak.

"Isya lapar. Jom makan." Tan Sri Ahmad mengangguk.

Tan Sri Ahmad agak kecewa tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Dia tahu sukar bagi Isya untuk membuat keputusan.

KAMELIA sedari tadi hanya bermundar-mandir di hadapan Huda sehingga dia menjadi rimas. Dia bangun lalu mendekati Kamelia.

"Kau boleh tak bertenang? Rimas aku tengok kau asyik ke hulur ke hilir." bebel Huda kepada Kamelia.

Kamelia terhenti. Dia memegang lengan Huda.

"Mama kena buat sesuatu. Kita tak boleh biarkan Isya report polis. Kalau tak habis kita, ma..."

Huda merentap lengannya daripada pegangan Kamelia. Dia menghenyakkan punggung di atas sofa.

"Kau punya pasal lah sampai boleh jadi macam ni."

Kamelia duduk bersimpuh di hadapan Huda. Dia memegang kedua-dua kaki Huda.

"Kamy tahu Kamy cuai. Patutnya malam tu Kamy pastikan dulu yang Ina tu dah mati ke belum."

Semerta kejadian malam itu, terimbau kembali.

KETIKA dalam perjalanan, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Ina hilang kawalan.

"Eh, kenapa pula dengan kereta ni?"

Ina sedaya upaya untuk mengawalnya tetapi jalan menjadi licin akibat hujan lebat. Akhirnya, kereta Ina melanggar sebuah pokok. Ina tercampak ke luar kereta.

Kamelia bersama dua orang lagi memerhati kejadian itu di dalam kereta dari arah jauh.

"Puan nak kami check?" soal seorang lelaki.

"Tak perlu! Aku yakin yang dia dah mampus."

Setelah mereka yakin bahawa Ina tidak selamat, mereka pergi dari situ.

"INA betul-betul tak sangka yang Ina masih hidup lagi masa tu."

Huda mencerlung memandang Kamelia.

"Setiap perbuatan salah akan dihukum. Jadi, kalau kau tak nak dihukum... Kau kena buat sesuatu."

Kamelia mengangguk laju.

"Aku tahu Aiden yang langgar lari Ina dulu. Aku juga tahu Isya sekarang tengah plan untuk balas dendam pada Aiden."

"Maksud mama..."

"Yes! Aku nak kau buat sampai semua bukti kemalangan Ina menunjukkan Aiden satu-satunya punca kemalangan tu berlaku."

"Mama nak Kamy bersubahat dengan Isya untuk jatuhkan Aiden?"

"Bersubahat tu ya tapi secara diam-diam."

"Bukan bersubahat tu memang kena diam-diam ke?"

Huda terus meluku kepala Kamelia. Kamelia menggosok-gosok kepalanya itu.

"Kau ni betul ke anak buah aku? Simpan sikit lah bodoh kau tu."

"Kau dengar baik-baik apa aku nak cakap ni. Aku maksudkan yang kau kena hasut si Isya tu sampai dia percaya yang kita tak ada kena mengena dengan kes kemalangan tu." jelas Huda, panjang lebar.

"Oh, baru faham."

"Dah! Pergi deal dengan adik kau tu. Biar cepat sikit rancangan kita ni berjaya." Kamelia mengangguk.

Dia terus mencapai beg tangan lalu keluar dari bilik pejabat Huda.

DINDING lut sinar menjadi penghalang antara Dee dan Farah. Masing-masing hanya memandang antara satu sama lain.

Setelah beberapa minit, Dee mencapai gagang telefon di sebelah kirinya. Dia memberi isyarat kepada Farah untuk berbuat demikian.

Lambat-lambat, Farah mencapai gagang telefon itu.

"Assalamualaikum, ibu. Ibu sihat?" sapa Dee dengan suara bergetar akibat menahan sebak.

"Kau nak apa jumpa aku?"

"Ibu, Dee rindukan ibu. Dee tahu Dee salah."

"Dah terlambat. Hati aku dah cukup terluka dengan apa yang kau dah buat."

Dee menggeleng-geleng kepalanya.

"Tak... Dee dah menyesal bu. Dee janji Dee akan jadi anak yang taat." pujuk Dee, beria-ria.

"Kalau kau menyesal 2 tahun yang lepas, aku mungkin boleh maafkan kau. Tapi sekarang maaf kau tak diterima."

"Lagipun aku datang sini sebab aku nak bagitahu kau yang lepas ni aku tak nak ambil tahu lagi pasal hidup kau."

Dee tersentak.

"Ibu! Ibu jangan cakap macam tu. Dee tak boleh hidup tanpa ibu."

Farah ketawa sinis.

"Masa kau lari dengan jantan tu, boleh je kau hidup tanpa aku. Kenapa sekarang tak boleh?"

"Masa tu Dee bodoh, bu. Dee tak fikir semua tu. Dee... Dee terperangkap dalam jerat dia."

"Sudahlah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau. Mulai hari ni... Kau bukan lagi anak aku."

Farah terus meletakkan gagang telefon dan pergi dari situ.

"Ibu! Jangan tinggalkan Dee, bu!" Dee menangis teresak-esak.

Penyesalan sudah tidak beerti lagi. Kalau hati sudah terluka, pasti sukar untuk diubati. Lebih-lebih lagi hati seorang yang bergelar ibu.

DOKTOR mengesahkan Aiden hilang penglihatan akibat hentakan di kepala. Aiden bernasib baik kerana dia tidak hilang penglihatan dalam kemalangan yang lalu.

Sejak dari itu, Aiden menjadi pendiam. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab.

Makanan di depan mata hanya ditenung sepi. Tan Sri Ahmad menjadi risau melihat keadaan Aiden yang semakin merosot.

Tan Sri Ahmad melepaskan keluhan berat.

"Sampai bila Aiden nak jadi macam ni? Aiden kena kuat. Papa yakin Aiden kuat harungi semua ni."

"Papa salah. Aiden tak kuat... Aiden dah tak sempurna. Aiden dah buta, pa!"

"Astaghfirullah Al Azim! Aiden... Ini semua ujian dari Allah. Dia takkan bagi satu ujian tu di luar kemampuan hamba-Nya."

"Tapi Aiden tetap buta, pa. Aiden dah tak ada apa nak dibanggakan lagi. I'm useless!"

Tiba-tiba Isya muncul. Semerta suasana menjadi sunyi sepi.

"Assalamualaikum, pa, Aiden." sapa Isya. Dia menyalami Tan Sri Ahmad.

"Isya ada masak sup ayam untuk Aiden."

Isya memandang ke arah makanan yang langsung tidak dijamah oleh Aiden.

"Isya letak jelah dulu sup tu kat atas meja. Petang nanti kalau Aiden lapar, papa panaskan."

"Baik, pa."

Isya meletakkannya di atas meja. Dia mendekati katil Aiden. Dia mahu memegang tangan Aiden tetapi terbantut dek suara Aiden.

"Kau nak apa?! Seronok tengok aku macam ni?"

Isya tidak melenting, dia beriak tenang saja.

"Saya datang sini sebab saya nak jaga awak. Awak kan suami saya."

Aiden ketawa, "Suami?"

Aiden menarik lengan Isya lalu menggenggamnya kuat.

"Kau tak layak jadi isteri aku atau mana-mana lelaki sekali pun!"

"Aiden! Lepaskan tangan Isya!" arah Tan Sri Ahmad dengan tegas. Aiden melepaskan genggaman itu.

"Papa tak faham dengan kamu ni. Kenapa kamu nak salahkan Isya atas apa yang terjadi? Bukannya Isya yang tolak kamu sampai jatuh."

"Memang! Tapi ini mesti rancangan dia dengan bonda dan Tok Ma dia, kan? Jawablah!"

Isya yang cuba menahan sedih tidak dapat menahannya lagi.

"Isya... Isya minta diri dulu. Assalamualaikum." Isya terus keluar dari situ.

"Papa kecewa dengan kamu, Aiden."

Tan Sri Ahmad turut keluar dari situ.

"Ah!"

Aiden menolak makanan di atas meja. Habis bertaburan di atas lantai.

Di luar bilik wad, Isya tersenyum senang apabila melihat Aiden dalam keadaan begitu.

"Ini baru permulaan, Aiden. Tunggu apa yang aku akan buat nanti. Time tu kau sendiri akan serah diri." bicara Isya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience