SAC 48

Romance Completed 94725

BULAN berganti bulan, Isya masih di kampung. Menanti jawapan yang tidak pasti. Sepanjang dia berada di kampung, Aiden sering menanyakan khabar. Namun begitu, ia tidak dapat memujuk hatinya untuk menerima Aiden semula.

Di bawah pokok rendang, Isya duduk di pangkin. Dia menikmati pemandangan sambil menghirup udara segar.

"Isya! Buat apa kat situ?! Mari masuk!" laung Safiah dari dalam rumah.

Isya lantas bangun dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.

"Wow! Nek Piah nak buat apa dengan barang-barang ni?" tanya Isya, hairan.

Penuh ruang tamu itu dengan barang-barang seperti bunga telur, dulang tepak sirih junjung, handbag dan sebentuk cincin.

"Jap... Ini bukan barang-barang hantaran ke? Siapa nak kahwin?"

Safiah tidak menjawab malah duduk bersimpuh di atas lantai. Dia mengambil sekuntum bunga telur.

"Nah, ambil bunga telur ni. Tolong nenek susunkan." arah Safiah.

Isya mengambil bunga-bunga telur itu dan diletakkan ke atas sofa. Dia turut bersimpuh di atas lantai.

"Nek... Nenek saja je kan tak nak jawab soalan Isya. Bagitahulah siapa yang nak kahwin?" rengek Isya.

"Betul nak tahu?"

Isya mengangguk laju.

"Okey... Semua barang ni untuk Aiman dan Izzati."

"Hah?!"

'Izzati? Staf kat office Aiman tu ke? Bila masa pula dia orang couple?'

"Nek Piah dah agak mesti Isya terkejut beruk. Memanglah dia orang baru kenal tapi kalau dah suka buat apa nak lama-lama kan?"

Isya termenung jauh. Entah mengapa hatinya lega mendengar khabar berita itu.

Safiah melirik ke arah Isya. Dia menyentuh lembut paha Isya.

"Isya..."

"Hmm?"

"Isya ada hati lagi ke dengan Aiman?"

Isya tersentak dengan soalan Safiah itu. Isya segera menggeleng.

"Isya dah lama lupakan Aiman. Lagipun Isya dah tak harap untuk bersama dengan siapa-siapa lagi."

"Isya... Isya kan masih ada Aiden. Dia suami kamu."

Isya menundukkan kepalanya.

"Isya, perpisahan tu sakit, cu. Menyesal kita nanti kalau tersilap buat keputusan."

Isya mengangkat wajahnya. Dia terus memeluk erat tubuh Safiah.

"Nek... Isya keliru. Isya... Isya tak tahu sama ada... Keputusan Isya ni betul ke tak." luah Isya.

"Nek Piah faham. Nenek mengaku perbuatan Aiden tu memang salah tapi setiap manusia berhak dapat peluang kedua, kan?"

Isya hanya diam membisu. Lena di dalam pelukan itu.

SETIAP kali Aiden mengingati setiap perbuatan yang dia lakukan kepada Isya, dia tidak dapat maafkan dirinya. Tergamaknya dia perlakukan Isya sebegitu.

Makanan di depan mata hanya dipandang sepi. Sejak ketiadaan Isya, dia menjadi muram. Tidak lalu makan. Hanya mengharapkan kepulangan Isya.

Tan Sri Ahmad mengeluh, "Sudahlah tu, Aiden. Bukannya balik pun Isya tu kalau kamu tenung aje makanan tu." perli Tan Sri Ahmad.

Aiden terus bangun dari kerusi.

"Aiden naik atas dulu." ujar Aiden.

Baru beberapa langkah, namanya diseru.

"Muhammad Aiden!"

Aiden berpaling ke belakang.

"What, pa?"

"Dah sebulan lebih Isya tak balik rumah. Takkan kamu tak faham lagi maksud dia tu?"

"Maksud apa? Nak berpisah?"

"Yelah! Sudah-sudahlah simpan orang yang tak cintakan kita. Nanti kita juga yang merana."

Aiden tidak melenting malah boleh tersenyum manis.

"Papa percaya pada jodoh?"

"Tak sekarang ni..."

"Yes or no?" sela Aiden.

"Yes..." jawab Tan Sri Ahmad, teragak-agak.

"Same. Aiden pun percaya yang Isya tu jodoh Aiden. Aiden yakin sejauh mana pun Isya lari... Dia tetap akan pulang ke pangkuan Aiden semula." ujar Aiden dengan tegas.

Tan Sri Ahmad mengalah jua. Dia menyentuh bahu Aiden.

"Baiklah, papa percayakan kamu. Tapi kamu tak boleh berdiam diri. Kamu kena buat sesuatu."

"Maksud papa?"

"Papa nak kamu pergi balik kampung. Bawa Isya balik sini. Selagi kamu berdua belum bercerai, kamu ada hak ke atas dia."

Kata-kata Tan Sri Ahmad telah menyedarkannya. Ya, dia tidak boleh berdiam diri. Kalau benar dia tidak mahu kehilangan Isya.

AIMAN memanjat ke atas katil. Dia duduk bersandar di kepala katil. Handphonenya melekap di telinganya. Rancak perbualan mereka pada malam itu.

"Ya, abang Man ingat. Zati jangan risaulah."

Izzati ketawa kecil, "Bukan risau cuma abang Man kan pelupa. Kalau tak diingatkan, semuanya lupa." kutuk Izzati, selamba.

"Amboi... Dah pandai kutuk abang ek? Cubit kang." usik Aiman.

"Mana boleh cubit, haram!"

Ketawa mereka berdua meletus jua.

"Okeylah, Zati nak tidur. Esok nak bangun pagi."

"Hah, yelah. Goodnight sayang." ucap Aiman.

"Goodnight too, bye!"

Talian dimatikan.

Aiman tidak dapat berhenti tersenyum. Jiwa yang kosong kini sudah diisi semula. Dia memang sedang dilamun cinta.

Tiba-tiba, pintu dibuka dari luar. Tercengul wajah Jamilah di muka pintu.

"Hmm, senyum-senyum ni mesti baru lepas bersembang dengan buah hati, kan?" Aiman hanya tersenyum malu.

"Mama nak apa-apa ke?" Aiman menukar topik.

"Tak ada pun... Cuma nak cakap sikit."

"Pasal Isya?" tanya Aiman, serkap jarang.

Jamilah menundukkan kepalanya. Serba salah pula dia jadinya.

"Kenapa ni, ma? Bagitahulah..." pujuk Aiman.

Jamilah mengangkat wajah. Dia meraih tangan Aiman lalu digenggam erat.

"Mama bukan apa tapi..."

"Man faham, ma. Mama takut kan kalau Man balik semula pada isya?"

Melihat kerisauan di wajah Jamilah, Aiman segera memujuknya.

"Man janji dengan mama yang Man takkan khianat Zati. Man cintakan Zati. You trust me, right?"

Lambat-lambat Jamilah mengangguk. Pipi Aiman dielus lembut.

'Ya Allah, jika benar Zati ditakdirkan bersama dengan anak aku, kau permudahkanlah urusan mereka.'

"KENAPA abang datang sini?" soal Isya sambil kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada.

Isya terkejut apabila mendapat tahu Aiden datang ke mari. Sudahlah tidak diberitahu awal-awal. Apa pula kata Safiah nanti.

"Abang minta maaf sebab datang tak bagitahu. Abang rindu sangat dengan sayang." ujar Aiden dengan nada manja.

Isya menjeling tajam.

"Tak payah nak berdrama. Terus terang ajelah hajat abang datang sini."

"Okey..."

Aiden berjalan mendekati Isya. Dia berdiri di hadapan Isya. Isya segera berpaling.

"Abang nak bawa balik Isya."

Isya terus berpaling ke belakang.

"Apa dia? Bawa balik? No!" bantah Isya dengan keras.

"Yes!"

"Eh, I said no!"

Aiden merapatkan wajahnya ke wajah Isya. Isya hanya berdiri kaku.

"You're my wife. So... Isteri kena dengar cakap suami."

Isya terus mengalihkan pandangan.

"Kita kan nak bercerai."

"Belum bercerai lagi. That's mean you're still my wife."

Isya menunjukkan buku lima ke wajah Aiden.

"No means no!"

Isya mahu pergi tetapi Aiden pantas menarik lengan Isya. Isya hilang keseimbangan lalu jatuh ke dalam pelukan Aiden.

"You more beautiful when you angry." bisik Aiden di telinga Isya.

Isya terkedu di dalam pelukan Aiden. Mulutnya seolah-olah terkunci.

Aiden ketawa kecil lalu meleraikan pelukan itu.

"I. Love. You."

Aiden sempat mencium pipi Isya sebelum berlalu dari situ. Pipi Isya terus bertukar kemerah-merahan kerana menahan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience