PULANG sahaja ke rumah, Ika mengemas baju-bajunya ke dalam bagasi. Dia perlu segera pergi dari sini.
Setelah siap mengemas, dia terus keluar dari rumah. Saat dia mahu meletakkan bagasi di dalam bonet kereta, dia disergah oleh Rayyan.
"Ika!" panggil Rayyan dengan nada keras. Dia berjalan laju menuju ke arah Ika.
Semerta Ika mahu melarikan diri namun Rayyan lebih pantas menghalangnya. Dia menampar pipi Ika dengan kuat. Ika pengsan akibat tamparan itu.
"Padan muka kau, Ika." ujar Haura sambil tersenyum sinis.
Mereka membawa Ika masuk ke dalam kereta.
"Nah, you buang sim card dia then campak handphone dia kat mana-mana." arah Rayyan.
Tanpa banyak bicara, Haura menuruti arahan Rayyan. Setelah itu, kereta mereka memecut laju meninggalkan tempat itu.
SEJAK malam semalam, Aiden tidak berganjak langsung dari situ. Dia setia menunggu sehingga Isya sedar. Dia juga tidak makan kerana risau akan keadaan Isya.
Kring, Kring!
Bunyi ringtone dari handphone Aiden berbunyi. Dia pantas menjawabnya.
"Hello, pa?"
"Hello, Aiden! Aiden pergi mana? Kenapa tak balik malam tadi?" soal Tan Sri Ahmad bertubi-tubi.
"Pa... I'm alright. Aiden kat hospital ni."
"Hah?! Hospital? Aiden..."
"Pa... Relax pa. Biar Aiden jelaskan dulu." potong Aiden.
"Aiden kat hospital bukan sebab Aiden sakit tapi Isya. Isya cedera." jelas Aiden lagi.
"Ya Allah, Isya! Macam mana Isya sekarang?"
"Alhamdulillah, Isya stabil tapi masih tak sedarkan diri lagi. Doktor pun tak kata apa-apa."
"Alhamdulillah Isya tak ada apa-apa. Aiden nak papa datang sana ke?"
"Eh, tak apa pa. Aiden boleh jaga Isya. Cuma Aiden nak minta tolong papa sikit, boleh?"
"Apa dia?"
"Papa jangan bagitahu keluarga Isya lagi sebab tak nak dia orang risau."
"Tapi nanti dia orang tahu jugak."
"Ya, tapi please... Aiden janji bila Isya dah sedar, Aiden inform keluarga dia okey?"
Tan Sri Ahmad diam seketika.
"Baiklah, Aiden jaga diri ya? Jangan lupa makan." pesan Tan Sri Ahmad.
"Baik pa, Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Talian dimatikan.
Tiba-tiba, pintu bilik wad dikuak dari luar. Seorang jururawat muncul di muka pintu.
"Encik Aiden, doktor nak jumpa." beritahu jururawat tadi.
Aiden mengangguk sedikit, "Nanti saya pergi. Thank you." Jururawat itu mengangguk lalu memint diri.
Aiden menatap wajah mulus Isya itu untuk beberapa detik sebelum dia keluar untuk berjumpa dengan doktor.
Dari jauh, Rayyan memerhati Aiden keluar dari bilik wad di sebalik dinding.
'Tak kira apa pun, aku takkan biarkan kau bersatu dengan Isya. Aku akan pisahkan kau orang berdua buat selama-lamanya.'
"MAMA! Sampai bila nak duduk macam orang bodoh kat dalam wad ni?" rungut Kamelia.
"Hish, kau ni! Kau boleh sabar tak?"
"Tak boleh! Kamy nak balik!" Kamelia mahu keluar dari wad tapi cepat-cepat Huda menarik lengan Kamelia.
"Eee! Kau boleh tak jangan nak tunjuk degil kau kat sini? Daud tu lubuk emas kita, faham tak?" marah Huda tapi suara masih dapat dikawal.
"Kau lupa ke tujuan kau kahwin dengan Daud?"
"Mestilah tak! Kamy kahwin dengan dia sebab harta arwah Ina."
"Hah, tahu pun! Aku ni sayangkan kau lebih dari Ina sebab tu aku tak kesah hapuskan dia. Jadi, kau jangan buat perkara bodoh!"
"Tapi Kamy tak tahanlah!"
"Kau fikir tak tahan kau aje! Nanti siapa senang, kau juga kan?"
Kamelia menarik muka.
"Hah, asal aku tegur aje tarik muka! Dah, aku tak kira... Kau suka ke tak suka ke kau kena tunggu sini sampai Daud sedar."
"Yelah-yelah! Menyampah!" rengus Kamelia.
Mahu tak mahu, Kamelia terpaksa menuruti kata-kata Huda. Dia perlu bersabar. Kalau tidak, sia-sia saja usahanya selama beberapa tahun ini.
SAAT Rita sedang bersiap-siap untuk tidur, handphonenya berdering. Dia segera menjawab sebelum sesiapa mengetahuinya.
"Hello!" sapa Rita dengan kasar. Dia tahu benar siapa yang menghubunginya kalau bukan Rayyan.
"Amboi! Kasarnya bercakap. Tak reti nak cakap lembut-lembut ke dengan suami?" perli Rayyan.
"You tak payah nak merepeklah! Cepatlah cakap! Nak apa?!" soal Rita.
"Okay, I don't care how tapi you kena bagi Aiden rapat semula dengan you."
"Hey! You ingat benda ni senang ke? Aiden tu nak tengok muka I pun dia tak nak tau."
"That's why lah I nak you buat cara apa pun asalkan Aiden rapat dengan you semula."
"Nak buat cara apa lagi? Semua yang kita rancang semua tak jadi. Termasuklah idea you suruh I pura-pura hilang ingatan."
"I know sebab tu you kena tolong I."
"You ada plan ke?"
"Ada but plan ni bahaya sikit. You sanggup?"
"I sanggup buat apa saja asalkan I dapat capai impian I untuk jadi CEO syarikat Tihani Mega Enterprise." ujar Rita bersama senyuman sinis terukir di bibirnya.
IKA baru tersedar dari pengsan. Dia melihat sekeliling, dia di rumah Haura. Dia cuba berdiri namun kepalanya terlalu berat.
Seketika kemudian, muncul Haura membawa sedulang makanan dan minuman.
"Haura... Please lepaskan aku." rayu Ika.
Haura tidak peduli, dia terus meletakkan dulang itu di hadapan Ika.
"Makan!" arah Haura.
"Haura, kau kawan baik aku. Jangan biarkan dia kuasai diri kau. Aku tak nak kau terlibat dengan kerja-kerja kotor macam ni."
Haura ketawa kecil. Dia mencangkuk di hadapan Ika.
"Ika... Ika... Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai nak tinggalkan si Rayyan tu? Dia tu kekasih aku. Kami saling mencintai."
"Tak, Haura! Ini bukan cinta, ini obsesi! Obsesi!"
Haura terus menampar pipi Ika. Lalu, dia menarik rambut Ika.
"Sekali lagi kau cakap buruk pasal Rayyan, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. Faham?!" Haura memberi amaran sebelum pergi dari situ.
Ika menangis pilu. Dia sedih dan kecewa apabila kawan baiknya menjadi seperti itu. Dia menyesal kenalkan Rayyan pada Haura.
5 TAHUN LEPAS,
Semua pelajar sedang berkumpul di dalam dewan. Semua orang kelihatan cantik dan bergaya. Termasuklah Ika dan Haura.
Ika menggayakan baju kurung kebaya kesayangannya manakala Haura memakai gaun labuh.
Sedang mereka berbual rancak, Rayyan datang mendekati mereka.
"Hello girls!" sapa Rayyan dengan mesra.
"Hello, handsome!" sapa Ika pula. Haura sekadar tersenyum malu.
"Ehem! Who's this beautiful girl, huh?"
Ika menarik lengan Haura agar mendekatinya.
"Kenalkan this is Haura. My only best friend." Haura mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Haura... Such a beautiful name. Btw, I'm Rayyan." Rayyan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Haura merapatkan kedua tapak tangannya sebagai tanda dia tidak boleh menyambut huluran Rayyan.
"Oh, I'm sorry. My bad."
"Ray... Haura ni limited edition. So, you jangan berani nak main-mainkan dia." Ika memberi amaran.
Rayyan ketawa kecil.
"Ika, relaks. I takkan sia-siakan perempuan sebaik dan selembut Haura."
Haura dan Rayyan memandang mata masing-masing dengan satu perasaan yang dinamakan cinta.
SEJAk hari itu, Haura dan Rayyan mula rapat. Dan setelah 2 tahun berkenalan, mereka menjadi pasangan kekasih.
'Kalau aku tahu dia akan rosakkan kau, aku takkan biarkan dia dekat dengan kau pun. Aku minta maaf, Haura. I'm really sorry.'
Share this novel