SAC 14

Romance Completed 94725

SEBULAN kemudian,

"Selamat pagi, cik Isya." ucap salah seorang pekerja di situ. Isya mengangguk sambil tersenyum manis.

Dia meletakkan handbagnya di kaki meja. Kemudian, dia mengambil secawan kopi yang sudah tersedia di atas meja. Dia menghirupnya.

"Lepas ni kurangkan gula, ya?" arah Isya kepada Tania, pembantu peribadinya yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya itu.

"Baik cik Isya. Ada apa-apa lagi ke?" Isya menggeleng.

"Baiklah, saya keluar dulu ya cik Isya." pamit Tania. Dia terus keluar dari bilik pejabat Isya.

Isya bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke rak buku di sudut bilik pejabatnya.

Dia meraih sebuah buku yang agak tebal. Dia menyelak muka surat buku itu sehelai demi sehelai.

Knock! Knock!

"Masuk!" arah Isya. Dia meletakkan semula buku itu ke rak.

Terpacul wajah Haura di muka pintu.

"Kau rupanya! Masuklah!" Haura terus masuk dan melabuhkan duduk di sofa. Isya turut berbuat demikian.

"Ada apa kau datang sini?"

"Haih... Aku pun kena buat temu janji dulu ke sebelum nak jumpa kau?" Isya ketawa kecil.

"Tak adalah. Aku cuma curious aje sebab kau tak pernah datang awal pagi macam ni."

"Whatever lah. Btw... Aku nak ajak kau keluar breakfast."

"Breakfast? Aku baru aje breakfast tadi."

"Ala... Temanlah aku. Aku tak makan semata-mata nak ajak kau tau." Haura mencebikkan bibirnya.

"Yelah! Tapi sebelum waktu lunch aku kena masuk office balik. Ada faham?"

"Faham, bos!" Haura menabik. Mereka ketawa kecil.

Isya mengambil handbagnya dan mereka beriringan keluar dari pejabat menuju ke destinasi pilihan mereka.

"TAKKAN kerja senang pun tak boleh nak buat?! Habistu, apa fungsinya aku hire kau?!" tempelak Aiden kepada stafnya, Izudin.

"Saya minta maaf, encik Aiden. Saya tak sangka pula sampai jadi macam ni." ujar Izudin sambil menunduk, memandang lantai..

Aiden mencampakkan fail ke arah Izudin.

"Kau ada akal kan? Orang gila pun boleh fikirlah! Kalau kau masih nak kerja dalam syarikat ni, kau pergi jumpa Dato Jamal selesaikan hal ni. Faham?!" Izudin mengangguk laju.

"Dah, keluar!" Izudin segera mengambil fail di atas lantai lalu keluar dari situ.

Aiden menghempaskan punggungnya ke atas kerusi. Dia memejamkan matanya sambil kepala disandarkan ke kepala kerusi.

Rayyan menjenguk ke dalam bilik pejabat Aiden. Melihat kekusutan di wajah adiknya itu, dia melangkah masuk.

"Kau masih fikirkan perempuan tu kan?" soal Rayyan sebaik duduk di hadapan meja kerja Aiden.

"Buat apa aku nak fikir pasal perempuan tak guna tu. Buang masa aku aje." jawab Aiden tapi matanya masih tertutup rapat.

Rayyan ketawa sinis, "Kau bukan cinta mati ke dekat dia? Asal sekarang dah berubah?"

Aiden terus membuka matanya. Dia memandang tepat wajah Rayyan.

"Kau kalau datang sini cuma nak sakitkan hati aku, baik kau balik ajelah."

"Ala, rileks lah bro. Chill!"

"Kau nak apa ni? Aku banyak kerja nak kena settlekan daripada melayan kau."

Rayyan mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia menghulurkan kepada Aiden.

"Untuk kau." Aiden mengambilnya.

"Gelang? Gelang siapa ni?"

"Gelang arwah mama. Dia nak sangat bagi kat perempuan tu tapi tak kesampaian."

Aiden terus membahang. Tragedi itu masih segar di ingatannya.

"Kau simpanlah. Okeylah... Aku gerak dulu." Rayyan bangkit dan ingin pergi. Namun Aiden menghalangnya.

"Aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat. I don't care how but make sure dia ada depan mata aku." arah Aiden. Api kemarahan jelas kelihatan di dalam matanya.

RITA sedang bersolek di meja soleknya dipandang dengan perasaan menyampah. Dia menonong saja menuju ke bilik mandi.

"Hah, balik pun. Ingatkan tak ingat jalan dah." kutuk Rita dengan selamba.

Mendengar sahaja kutukan Rita, langkahnya terhenti serta merta. Dia menoleh lalu mencampakkan tuala ke arah Rita.

"Hey! Rosaklah rambut I!" rungut Rita sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

"Lain kali jangan nak masuk campur urusan I. Kan dah kena. Padanlah muka you."

"Excuse me? You lupa ke disebabkan you kita kena kahwin kan? So, jangan nak salahkan I."

"Eh, cukup baik tau I ni sudi kahwin dengan you. Kalau I ni tak jadi suami you, mesti you dah kat dalam tau." Rita menjeling tajam.

"Suka hati youlah! I malas nak layan you!" Rita terus mencapai handbang di atas katil. Dia melangkah keluar dari bilik itu.

"Rita, Rita... Perangai tak pernah berubah." bicaranya sendirian.

ISYA baru keluar dari cafe terkejut apabila dihalang oleh dua orang lelaki.

"En... Encik berdua ni siapa? Saya nak lalu." Isya hendak pergi namun kali ini kedua-dua tangannya dipegang oleh dua orang lelaki tadi.

"Eh! Apa pegang-pegang ni? Lepaslah!" Isya meronta minta dilepas.

"Hey, diam! Ikut kita orang dengan senyap atau kita orang senyapkan kau." arah salah seorang daripada mereka.

Mahu tidak mahu, dia harus mengekori dua orang lelaki itu. Isya dibawa sehingga ke sebuah kereta mewah berwarna silver yang diparkir tidak jauh dari cafe.

"Masuk!" Lelaki itu memaksa Isya masuk ke dalam perut kereta.

Di dalam kereta, Isya perasan bahawa ada seorang lelaki berkaca mata hitam duduk di sebelahnya di tempat duduk belakang.

"Welcome back, Isya Imani."

Isya menggigil seluruh tubuh saat lelaki itu membuka cermin mata hitamnya. Itu wajah yang pernah dulu dia khianati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience