SEWAKTU Aiden masuk ke dalam wad, dia amat terkejut apabila melihat Isya sudah sedar. Dia terus berlari ke arah Isya.
"Isya, saya happy sangat awak dah sedar." ujar Aiden dengan teruja. Isya memandang Aiden lama.
"Isya, kenapa awak pandang saya macam tu?" soal Aiden, ragu.
"Macam mana saya boleh ada kat sini?" soal Isya.
"Awak cedera. Kepala awak terhantuk. Tapi doktor kata luka awak tak melibatkan kecederaan dalaman. Jadi, awak tak perlu risau, okey?"
"Aiden..." panggil Isya, lemah.
"Ya, sayang?" Aiden mendekatkan telinganya ke mulut Isya.
Isya seperti terpaku. Layanan Aiden amat berbeza. Kali ini dia benar-benar rasa keikhlasan hati Aiden.
"Boleh saya jumpa parents saya?"
"Boleh, sayang. Nanti saya bawa dia orang datang sini." ujar Aiden.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Tan Sri Ahmad muncul bersama Rayyan.
Tan Sri Ahmad juga terkejut melihat Isya sudah sedar. Dia segera mendekati Isya.
"Isya? Isya okey?"
"Isya okey pa... Thank you sebab lawat Isya."
"Mestilah papa lawat Isya. Isya kan menantu papa."
Isya tersenyum nipis. Dia melihat ke arah Rayyan pula. Rayyan kelihatan tidak gembira.
"Ray, buat apa kat situ? Marilah tengok Isya." ajak Tan Sri Ahmad.
"Pa... Rayyan ada hal." Rayyan terus pergi begitu sahaja.
Tan Sri Ahmad menggeleng kepala.
"Perangai tak pernah berubah. Papa minta maaf ya pasal Rayyan."
"It's okay pa. Isya faham."
"Isya... Saya pergi panggil doktor. Nanti saya datang balik." Isya mengangguk lemah.
Sepeninggalan Aiden, Rayyan di luar bilik wad terus menggenggam tangannya.
"Kenapa kau tak mati je Isya? Panjang betul umur kau. Tapi tak apa... Aku tetap akan hapuskan kau orang berdua. Selagi kau orang tak mati, hidup aku takkan tenang."
UBAT yang diberi oleh jururawat itu ditepis kasar. Habis bertaburan pil-pil di atas lantai.
"Aiman... Kenapa buat macam tu?"
Jamilah cuba menenangkan Aiman tapi Aiman bersikap agresif. Dia menolak Jamilah sehingga terjatuh di atas lantai.
"Aduh!" Jamilah mengaduh sakit.
"Kau jahat! Isya lari sebab kau! Kau jahat!"
Tidak semena-mena, Aiman menendang muka Jamilah hingga berdarah.
"Allahu Akbar!"
Aiman mahu menerkam Jamilah tetapi jururawat sempat memegang Aiman daripada berbuat demikian.
"Hoi, lepaslah! Aku nak bunuh perempuan ni!" amuk Aiman.
Doktor segera menyuntik Aiman dan menyebabkan Aiman lemah. Aiman terus terlelap.
"Kenapa anak aku kena lalui ini semua, Ya Allah!" Jamilah menangis kepiluan.
Semakin lama, semakin dia tidak boleh terima nasib anaknya menjadi seperti ini.
"Puan, mari ikut saya. Biar saya rawat luka puan." ujar seorang jururawat yang berada di situ.
"Luka aku ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan hati aku yang terluka akibat perbuatan perempuan tu. Disebabkan dia anak aku jadi macam ni." luah Jamilah dengan tegas.
RITA sedang membancuh kopi terganggu dek bunyi ketukan pintu. Dia membuka pintu lalu menuju ke dapur semula.
"You ni boleh tak sekali sekala sambut suami balik. Jangan nak masam aje muka tu." perli Rayyan selamba.
"You nak kopi?" soal Rita acuh tak acuh sahaja.
"Boleh juga. Black coffee tau." arah Rayyan.
Sejenak, Rita membawa dua cawan kopi ke ruang tamu. Satu diberikan kepada Rayyan. Rayyan menikmati kopi itu.
"Erm! Isya dah sedar."
Rita terus tersedak air kopi.
"What?! Habistu macam mana? Ni... Dee tahu tak?"
Rayyan menggeleng.
"Baru pagi tadi dia sedar. Tapi kalau Dee tahu. Habis!"
Rita menggigit bibirnya. Dia mula risau.
"Habistu kita nak buat apa? Takkan nak serah je diri macam tu?"
Rayyan mengeluh panjang.
"Luka I ni pun tak sembuh lagi. I tak sanggup nak tahan sakit lagi."
"That's why I tanya. We need to do something!"
"Perkara yang I fikir sekarang, lari."
"Lari? Nak lari mana? Dee tu ramai pengikut. Kita lari pelusuk dunia pun dia boleh cari."
"Habistu kita ada cara apa lagi selain lari? You ada plan apa-apa ke?"
"Okey... Apa kata kita bunuh Isya malam ni? Buat lah apa pun asalkan dia mampus."
"You ingat senang? Si Aiden tu 24 hours berkepit dengan dia."
"Ala... you umpanlah dia. Dia kan adik you."
Rayyan menggaru-garu kepalanya. Serabut.
DI hospital, Isya dilawati oleh Daud, Kamelia dan Huda. Isya sungguh gembira. Lebih-lebih lagi dapat melihat walid dan bondanya datang bersama.
"Isya kena banyak rehat. Nanti cepat sembuh." pesan Daud.
"Insya-Allah walid. Isya janji Isya akan rehat cukup-cukup. Supaya nanti boleh manja-manja dengan walid." seloroh Isya.
Mereka semua ketawa riang kecuali Kamelia dan Huda. Daripada masuk tadi sehingga lah sekarang, muka mereka masam mencuka. Tak senyum langsung.
"Bonda, Tok ma, Aiden ada beli makanan lebih. Kalau nak makan, makanan ada kat belakang." Mereka mengangguk sambil tersenyum kelat.
"Erm... Isya... Bonda rasa tak sihatlah. Bonda balik dulu ya?"
"La... Bonda nak jumpa doktor ke?" soal Aiden.
"Eh, tak payah! Bonda cuma nak rest kat rumah aje."
"Oh okeylah kalau macam tu. Aiden hantarkan."
"Tak apa... Tok Ma dah panggil driver datang ambil." ujar Huda pula.
"Okey."
Kamelia berbisik kepada Huda.
"Kalau bukan sebab mama, Kamy memang malas nak hadap muka budak tak guna tu."
"Budak tak guna tu lah yang akan buat kita jadi jutawan."
"Betul tu, ma. Tak rugi Kamy ambil alih tugas Ina sebagai mak kepada dia orang."
Mereka tersenyum lebar apabila mengingati semua itu.
Share this novel