SAC 33

Romance Completed 94725

MELAWATI MALL, KUALA LUMPUR.

Daud asyik mengerling jam tangannya, menunggu kedatangan Isya. Hampir setengah jam dia menunggu tapi Isya tetap tidak muncul-muncul. Hati mula gelisah.

'Ya Allah, harap-harap tak ada apa-apa yang jadi. Aamiin.' Doa Daud di dalam hati.

2 minit kemudian, Isya berjalan laju ke arah Daud.

"Assalamualaikum, walid! Sorry sangat-sangat Isya lambat." pinta Isya sebelum duduk berhadapan dengan Daud.

"Tak apa, janji kamu selamat sampai sini jumpa walid."

"So, kenapa walid nak jumpa dengan Isya? Ada apa-apa jadi kat bonda ke? Ke kat Tok Ma?" soal Isya bertubi-tubi.

"Tak ada apa-apa jadi pun. Semuanya sihat."

Isya melepaskan nafas lega.

"Sebenarnya walid nak bagitahu sesuatu. Pasal kemalangan arwah ibu Isya dan Imran."

"Pasal arwah ibu? Abang Im? Apa semua ni walid? Isya tak faham."

Daud mengeluarkan sepucuk surat di dalam kocek bajunya lalu diberikan kepada Isya.

"Surat apa ni, walid?"

"Isya kena baca dulu baru Isya tahu kebenarannya."

Isya segera membaca isi kandungan surat itu.

"Ya Allah! Tok Ma rancang kemalangan arwah ibu?! Dia..." Isya terus menangis. Dia tidak peduli lagi orang memandangnya.

"Isya, sabar. Walid pun terkejut juga pada awalnya tapi benda ni dah lepas."

"Memang dah lepas walid! Tapi apa yang Tok Ma buat ni melampau! Sanggup Tok Ma bunuh anak sendiri?! Apa salah ibu, walid?"

Isya menangis dan terus menangis. Daud hanya mampu menenangkan Isya kerana dia tahu perit untuk Isya menerima ini semua.

"Jap, walid... Pasal abang Im pula? Tok Ma juga yang rancang ke?"

Daud mengeluh sambil mengangguk lemah.

"Bukan Tok Ma aje tapi bonda sekali bersubahat dalam pembunuhan Imran."

"What? Bonda?"

Isya benar-benar tertekan dengan semua ini. Dia tidak boleh berfikir apa lagi.

"Habistu, kita nak buat apa sekarang? Takkan Kita nak biarkan Tok Ma dengan bonda bebas. No!"

"Isya... Tok Ma tu dah tua. Takkanlah kita sanggup nak tengok dia meringkuk dalam penjara?"

"Dia bukan Tok Ma Isya. Walid aje keluarga Isya."

"Isya! Jangan cakap macam tu. Tok Ma tu tetap Tok Ma Isya. Isya kena hormat dia."

"Hormat? Walid nak Isya hormat pembunuh tu? Hah?"

"Isya..." Daud meraih tangan Isya.

"Walid mengaku yang Tok Ma salah. Tapi bukan kita yang berhak untuk menghukum."

Isya melepaskan tangannya daripada pegangan Daud.

"Kalau walid tak nak report, terserah. Tapi Isya tetap akan hukum pembunuh arwah mama dan abang Im."

Isya terus pergi dari situ meninggalkan Daud sendirian.

FARAH datang membawa secawan kopi dan diberikan kepada Rayyan yang bersantai di atas sofa.

"Oh, coffee dah sampai. Thank you." Rayyan menghirup kopi itu dengan muka tidak malu.

"Kau nak apa datang sini?!" soal Farah, kasar.

"Haih... Garangnya. I like!"

"Hey! Kau jangan nak main-mainlah!"

"Okey-okey." Rayyan meletakkan kopi itu di atas meja. Kemudian, dia bangkit lalu berdiri di hadapan Farah.

"Aku datang sini sebab nak ucap takziah atas kehilangan anak kesayangan kau, Rita."

"Kau tak layak nak sebut nama anak aku."

"Diam!"

Rayyan berjalan dua langkah ke hadapan.

"Farah... Farah... Kau ni memang sebiji macam anak kau, Rita."

"Tapi it's okay. Aku datang sini sebab aku nak kau buat sesuatu untuk aku."

"Apa lagi kau nak dari aku, Rayyan. Tak cukup lagi ke kau rampas anak-anak aku dari aku?"

"Rampas? Aku?" Rayyan ketawa besar.

"Adoi... Sakit perut aku. Anak-anak kau yang datang kat aku. Serahkan tubuh diorang..."

Pap!

Rayyan ditampar kuat. Berdesing telinganya akibat tamparan itu.

"Aku dah hilang sabar dengan kau, Rayyan. Jangan sampai aku call polis. Kau tahu kan yang kau tu dalam buruan polis?"

Rayyan terus mencekik leher Farah.

"Kau ingat kau je boleh cabar aku? Aku boleh bunuh kau bila-bila masa."

Rayyan melepaskan genggaman di leher Farah. Terbatuk-batuk Farah.

"Kau memang gila, Rayyan! Gila!"

Rayyan tersenyum sinis lalu mendekati Farah.

"Memang aku gila. Tapi kau belum tengok lagi gila aku. Kalau kau nak selamat..." Rayyan meletakkan jari telunjuknya di bibir.

Rayyan duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakinya.

"Okey, aku straight to the point, aku nak kau pergi jumpa Isya dan bagi bukti ni kat dia."

Rayyan mencampakkan sebuah fail coklat ke atas meja.

"Aku tak nak! Aku takkan ikut cakap kau, faham?!"

"Oh, really? So how about this?"

Rayyan mengeluarkan handphone lalu menunjukkan gambar Dee diikat di sebuah bilik. Farah terus merampas handphone Rayyan.

"Kau nak buat apa kat anak aku?! Kau lepaskan dia!"

"Boleh. But kau kena buat dulu apa yang aku suruh."

Farah teragak-agak untuk mengikuti kata-kata Rayyan namun dia harus memikirkan nasib Dee. Jadi, dia membuat keputusan untuk bersetuju.

"Baik, aku buat tapi apa jaminan yang kau akan lepaskan Dee?"

"Selagi kau ikut cakap aku, Dee akan selamat."

Farah hanya berdoa agar kedua-duanya, Dee dan Isya dilindungi daripada segala kejahatan. Lebih-lebih lagi daripada rancangan jahat Rayyan.

SIANG berganti malam, Isya sedang duduk di depan meja solek sambil menyapu krim di kedua-dua lengannya.

"Erm! Wanginya isteri abang. Makin bertambah sayanglah abang kat Isya." ujar Aiden.

Isya bangun dan menyertai Aiden di atas katil.

"Maksudnya abang sayangkan Isya sebab Isya wangi? Bukan sebab diri Isya?"

'Aduh, soalan cepumas. Kalau aku silap jawab ni tidur luarlah jawabnya.'

"Betul ke?" soal Isya lagi.

"Eh, takkanlah! Abang ni cintakan sayang seadanya. Wangi ke busuk ke lawa ke tak lawa ke... Abang tetap sayang."

"Oh, jadi abang perli sayang?"

"Bukan perli, sayang..."

"Habistu, kalau tak perli apa? Abang nak cakap Isya ni tak lawa kan? Tak setaraf dengan perempuan lain kat luar sana tu Kan?"

"Tak... Bukan tu maksud abang."

"Tipu!" Isya mahu keluar dari bilik tapi cepat-cepat Aiden menghalang laluan Isya.

"Eee! Tepilah!" Isya menolak Aiden tapi Aiden tidak berganjak walaupun setapak.

"Sayang ni kalau merajuk comel tau. Okeylah abang mengaku kalah. Abang yang tak layak untuk sayang. Abang kan pernah sakitkan hati sayang."

Kini Isya pula yang rasa bersalah. Dia meraih tangan Aiden lalu menciumnya.

"Abang, Isya minta maaf. Isya tak patut cakap macam tu kat abang."

"Tak apalah sayang, abang sedar diri abang siapa."

"Ala... Abang janganlah terasa hati. Sayang acah-acah je tadi. Sorry..." Isya memegang kedua-dua telinganya.

"Betul ni? Tak marah abang?" Isya menggeleng laju.

"Okeylah, jom tidur." Aiden mahu pergi ke katil. Isya pula menghalang laluan Aiden.

"Abang..."

"Hmm, sayang?"

"Tutup lampu."

Aiden faham akan isyarat Isya, bergegas menutup lampu. Malam itu mereka tidur dengan nyenyak.

KEESOKAN HARINYA,

Rayyan memulas tombol pintu sebuah bilik. Dia bersandar di dinding sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

"Dee, Dee... Kalau kau ikut cakap aku kan senang. Tak pasal-pasal kena ikat macam haiwan." bebel Rayyan sendirian.

Imbas kembali...

"AKU nak keluar! Jaga rumah!" laung Rayyan dari dalam bilik.

Dee menjenguk Rayyan di bilik.

"Apa plan you kali ni?"

"Kau tak perlu tahu. Just buat apa yang aku suruh. Ingat, selagi kau diam... Kau selamat."

"Aku kena tahu! Aku bukan boneka kau untuk kau gunakan aku!"

Rayyan terus mendekati Dee lalu menampar kuat pipi Dee. Terus berdarah tepi bibir Dee.

"Kenapa kau tak dengar cakap aku. Aku kata jangan melawan. Tapi..."

"Kau nak rosakkan hidup siapa lagi, hah?!"

"Kau takkan terlepas! Aku akan report polis dan pastikan kau meringkuk dalam penjara!"

Rayyan sudah hilang sabar.

Dia menarik kuat rambut Dee lalu dibawa ke sebuah bilik lain. Dia menolak Dee sehingga tersungkur ke atas lantai.

"KAU yang cabar aku, Dee."

Rayyan mengambil sebaldi air di luar bilik. Dia menjirus air itu ke wajah Dee. Dee terjaga dari tidur.

"Good morning, sunshine!"

Puih!

Dee meludah ke arah Rayyan. Rayyan terus menarik rambut Dee.

"Kau kalau sehari tak buat aku marah, tak boleh kan?"

"Kau memang layak diludah!"

"Okey! Hari ni aku takkan bagi kau makan. Kebulurlah kau kat dalam bilik ni sorang-sorang!"

Rayyan melepaskan rambut Dee.

"Bye-bye! Muah!" Rayyan memberi flying kiss.

"Belah lah kau setan! Tak guna!"

Rayyan tidak mempedulikan makian Dee malah terus keluar dari bilik itu.

"Ah! Aku benci kau, Rayyan. Aku takkan lepaskan kau. Kalau aku terpaksa masuk sekali dengan kau, aku rela. Asalkan kau menderita! Menderita!"

Api kemarahan semakin membuak-buak di dalam hati. Hasratnya untuk membalas dendam semakin kuat. Dan dia pasti akan melakukannya.

SELEPAS sahaja mendapat panggilan daripada Farah, Isya terus datang ke rumah Farah. Katanya mahu beritahu perkara penting.

Tiba sahaja di rumah Farah, Farah sudah menunggu Isya di muka pintu.

"Assalamualaikum, aunty Farah!" sapa Isya bersama senyuman manis.

"Waalaikummussalam. Mari masuk."

Mereka berdua masuk ke dalam. Isya menghenyakkan punggung di atas sofa manakala Farah pergi ke dapur untuk membuat air.

Sejenak, Farah datang membawa segelas air oren.

"Nah, minumlah. Ini je yang ada." ujar Farah sambil memberikan kepada Isya.

"Tak apa, aunty. Ini pun dah okey."

Farah duduk di sebelah Isya.

"Isya... Aiden tak tahu kan Isya datang sini?"

"Tak, kan aunty suruh jangan bagitahu Aiden."

Farah mengangguk. Kemudian, dia mengambil fail coklat yang diberikan oleh Rayyan itu.

"Dalam fail ni ada bukti tentang siapa yang langgar arwah ibu Isya."

Isya terus terkejut. Bukti yang dia cari selama ini sudah ada di depan mata.

"Betul ke ni, aunty?"

"Ya, Isya. Aunty rasa Isya perlu tahu siapa."

Farah memberikan fail itu kepada Isya. Isya mengambilnya.

Isya kelam-kambut meneliti fail itu. Dia tidak sabar mahu tahu siapa pembunuh arwah ibunya.

"Aunty..." Isya memandang Farah dengan wajah tidak percaya.

"Isya, inilah kebenarannya. Memang Aiden yang langgar arwah ibu Isya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience