"SAYA pelik betul dengan awak ni. Syarikat awak hampir muflis tapi ada pula duit awak nak bawa saya tempat-tempat mahal macam ni. Pergi vacation kat luar negara bagai." luah Isya.
"Isya tak percayakan abang? Oh... Isya ingat abang buat kerja haram?"
"Saya tak cakap, awak yang cakap."
"Sayang, abang simpan duit ni dah lama. For us..."
Isya ketawa sinis lalu menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.
"Really? Ke awak tipu saya lagi? Sebenarnya awak tak muflis pun kan?"
"Ya Allah, sayang! Takkanlah abang nak tipu benda serius macam ni? Lagipun semua bukti kewangan syarikat Isya dah tengok kan?"
"Ya, tapi boleh je awak tipu. Berpakat dengan staf-staf yang lain."
Aiden menggeleng kepala. Jelas riak wajah kecewa di wajahnya.
"Abang tahu Isya benci sangat dekat abang tapi abang tak sangka sampai macam ni tahap kebencian Isya pada abang."
Isya menjeling tajam. Langsung tiada perasaan serba salah dalam dirinya.
"Kalau awak dah tahu, kenapa sibuk nak saya ni lagi? Orang dah tak sudi, buat apa nak simpan lagi."
"Isya sedar tak yang Isya tengah cakap dengan siapa? Abang ni suami Isya."
"Yes! Macam ni jelah... saya dah tak ada hati kat awak. Saya rasa rimas dengan semua ni!"
Isya terus bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan laju keluar dari restoran itu.
Aiden terus meraup wajahnya. Sikap dingin dan biadap Isya itu semakin menjadi-jadi. Entah sampai bila dia boleh bertahan.
SEBAIK saja kaki melangkah, nama Izzati diseru oleh Aiman. Terhincut sedikit bahu Izzati akibat terkejut. Dia terus menoleh ke sebelah kanannya. Aiman sedang berdiri tegak sambil memandang tajam ke arahnya.
'Tajamnya pandangan dia. Apa lagi lah salah aku kali ni?'
"Apa awak tunggu lagi?! Masuk bilik saya sekarang!" tempelak Aiman.
Izzati terus mengangguk lalu mengatur langkah menuju ke bilik pejabat Aiman. Dia mengintil Aiman dari belakang.
"Tutup pintu tu!" arah Aiman. Izzati hanya menurut apa yang diarahkan.
Aiman duduk di kerusi kerjanya. Izzati pula hanya berdiri di hadapan meja kerjanya.
"Aku terus terang aje dengan kau. Hari ini... Hari terakhir kau kat pejabat ni." ujar Aiman.
Izzati terus membulat biji matanya.
"Abang Man nak pecat Zati? Tapi kenapa?" soal Izzati, tidak puas hati.
"Kau tak payah nak ber'abang-abang' dengan aku. Panggil aku encik Aiman."
"Soalan kau tadi... Yes, aku pecat kau. Aku pecat kau sebab aku tak perlukan kau lagi. Lagipun, aku ambil kau kerja sini sebab mama aku." jelas Aiman tanpa rasa bersalah.
"Tapi abang... Encik Aiman tak boleh pecat saya sesuka hati. At least, bagilah reason yang kukuh."
"Dah kukuh lah tu! Aku tak perlukan kau lagi. Tak faham lagi?"
Izzati berang dengan tindakan Aiman itu. Dia tahu Aiman memecatnya tidak lain dan tak bukan kerana dendam.
"Saya tak pernah sangka encik Aiman sekejam ni. Baik, kalau encik Aiman tak perlukan saya lagi.. Saya boleh pergi."
Izzati menenangkan dirinya dahulu sebelum sambung semula.
"Tapi saya ada syarat. Saya nak encik Aiman bayar gaji saya."
Aiman tersenyum sinis. Dia membuka laci meja lalu mengeluarkan sebuah sampul.
"Aku dah agak yang kau mesti minta duit. Memang betul apa yang aku sangkakan."
Aiman mencampakkan sampul itu ke arah Izzati.
"Saya minta sebab saya berhak dapatkan duit ni bukan sebab saya mata duitan." ujar Izzati dengan tegas.
Dia mengambil sampul duit itu dan terus keluar dari bilik pejabat itu. Aiman meletakkan kepalanya ke kepala kerusi. Dia mengeluh panjang.
ISYA masuk ke dalam rumah dengan wajah yang masam. Habis pintu dihempasnya. Dia sudah tidak peduli apa yang akan dikatakan oleh Tan Sri Ahmad.
Seperti yang disangka, saat dia mahu menaiki anak tangga, Tan Sri Ahmad menegurnya.
"Isya? Kenapa hempas pintu? Isya gaduh dengan Aiden ke?" soal Tan Sri Ahmad, bertubi-tubi.
Isya tidak jadi naik ke atas, dia berpusing ke arah Tan Sri Ahmad.
"Tak ada apalah, pa. Isya terhempas pintu je tadi. Sorry." ujar Isya. Dia tersenyum palsu.
Tan Sri Ahmad mengetahui bahawa Isya berbohong namun dia tidak mahu masuk campur. Jadi, dia membiarkannya saja.
"Erm... Papa ingatkan Isya marah sebab tu papa tanya. Tapi, kalau ada masalah tu bincang elok-elok ya, nak?" pesan Tan Sri Ahmad.
"Okey, pa. Isya naik dulu... Nak rest."
Isya sudah mahu berpusing namun dihalang oleh Tan Sri Ahmad.
"Jap, Isya! Aiden mana?" soal Tan Sri Ahmad, hairan.
Setahunya, mereka pergi ke pejabat bersama-sama tetapi pulang ke rumah bersendirian.
"Oh... Aiden kata nak pergi makan dulu. Dia ajak Isya tapi Isya tolak sebab penat." bohong Isya.
"Oh ya ke? Okeylah... Kamu pergilah rest."
Isya mengangguk dan terus naik ke atas.
Tidak sampai sesaat, Aiden juga sudah pulang ke rumah. Wajah Aiden kelihatan serabut.
"Assalamualaikum..." ucap Aiden, lemah.
"Waalaikummussalam." balas Tan Sri Ahmad. Dia berjalan mendekati Aiden.
"Haih, Aiden... Nampak serabut aje. Kenapa ni?"
"Tak ada apalah, pa... Aiden penat aje."
"Aiden gaduh dengan Isya?"
Aiden terus berubah riak wajah. Dia terus menukar topik.
"Pa... Nanti minta Santi masakkan Aiden apa-apa. Aiden nak makan lepas mandi nanti."
"Eh, bukan Isya kata kamu dah makan kat luar?"
Aiden terus memandang wajah Tan Sri Ahmad.
"Isya cakap macam tu?"
"Iyalah..."
Aiden hanya tersenyum nipis lalu naik ke atas. Tan Sri Ahmad terpinga-pinga memandang Aiden. Isya sedang mengintai dari atas terus masuk ke dalam bilik.
SEDARI tadi, Aiden hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Perut sudah berkeroncong tetapi tekak tidak mahu menelan sebarang makanan.
Isya berniat untuk ke dapur kerana haus tetapi terbantut saat melihat Aiden sedang termenung di meja makan. Dia menyorok di sebalik dinding.
"Haih, tak habis lagi makan? Aku rasa dah lama dia kat dapur." bebel Isya sambil mengintai Aiden.
Tiba-tiba, dia berasa ada sesuatu yang bergerak di kakinya. Dia melihat ke bawah. Ada seekor lipas sedang menjalar di kakinya.
"Ah! Lipas! Tolong!" jerit Isya sekuat hati.
Dia terus berlari masuk ke dapur. Tanpa sedar, dia terus memanjat badan Aiden lalu memeluknya.
"Aduh!" Aiden terkejut bukan kepalang.
"Awak, tolong saya... Bunuh dia!" ujar Isya sambil menunjukkan ke arah lipas itu tadi.
Aiden baru sedar bahawa mereka terlalu rapat. Sehinggakan bau wangian rambut Isya dapat dihidu olehnya.
"Awak, cepatlah..."
Dia menoleh ke arah Aiden. Mereka bertentang mata.
"Isya, Aiden! Kenapa..."
Tan Sri Ahmad tidak sempat menghabiskan bicara apabila melihat anak dan menantunya sedang berpelukan.
Aiden dan Isya segera menoleh ke arah Tan Sri Ahmad. Isya terus meleraikan pelukan itu.
"Pa? Sebenarnya..."
"Papa naik dulu. Kamu berdua sambunglah." ujar Tan Sri Ahmad sambil tersenyum lebar.
Sepeninggalan Tan Sri Ahmad, Isya memandang wajah Aiden.
"Awak sukalah kan papa nampak kita berpelukan?"
"La... Bukan abang yang peluk Isya. Isya tu hah... Penakut sangat."
Aiden ketawa kecil. Isya terus melopong.
'Eee, mamat ni suka hati aje gelakkan aku. Aku bukan takut cuma geli aje.'
"Hah... Gelak lagi!" marah Isya.
Dia mahu pergi tetapi cepat-cepat Aiden menarik lengan Isya.
"Isya... Abang minta maaf, okey?"
Isya melepaskan pegangan Aiden. Dia menjeling tajam.
"Asyik minta maaf aje tapi buat lagi." rungut Isya.
"Abang janji tak buat lagi. Please sayang..." rayu Aiden. Dia merapatkan kedua-dua telapak tangannya sebagai tanda maaf.
"Okey... Saya maafkan awak. Jangan lupa bunuh benda tu tau."
"Baik bos!"
Isya bergegas naik ke atas semula. Aiden tersenyum sampai ke telinga.
"Haih... Kan best kalau hari-hari macam ni."
Share this novel