BOLEH dikatakan setiap saat Aiden melirik jam di pergelangan tangannya. Dia tidak mahu lewat sampai ke destinasi yang dirancang.
Aiden mahu pergi bertemu janji dengan seseorang yang paling istimewa di dalam hatinya di sebuah restoran. Jadi, dia memandu melebihi had laju tanpa memikirkan risikonya.
Kira-kira 2 minit sebelum tiba di restoran, ada sebuah lori dari arah bertentangan melanggar kereta Aiden.
Akibat pelanggaran yang kuat, kereta Aiden terbalik dan terseret di bahu jalan.
Ketika itu juga, deringan telefon bimbitnya berbunyi tanpa henti. Begitulah nafasnya yang semakin lemah.
HAURA dan Isya beriringan masuk ke dalam pusat beli belah. Mereka berdua merancang untuk makan tengah hari di sini. Lagipun, mereka sudah lama tidak melepak sama. Yelah, sejak masing-masing sudah bekerja.
Mereka memilih untuk makan di medan selera sahaja. Harganya murah dan sedap. Kedua-duanya tidak cerewet.
"Kita nak duduk kat mana?" tanya Haura sambil memanjangkan lehernya mencari meja yang kosong.
Isya turut mencari.
"Ha! Tu... kat meja hujung sana." ujar Isya sambil jari telunjuknya ditundingkan ke arah meja tersebut.
"Cantik! Jom... jom!" Mereka segera menuju ke sana. Mereka sama-sama melafazkan rasa syukur sebaik sahaja duduk.
Mereka memesan makanan masing-masing. Setelah itu, mereka mula rancak berborak tentang topik paling hangat.
"Apa jadi lepas kau tahu yang mamat senget tu jadi boss kau?" tanya Haura. Penasaran.
"Apa lagi? Aku kena hukumlah."
"Kena hukum?" tanya Haura lagi. Tidak puas hati.
"Yalah, Haura oi! Aku bengang betul. Aku rasa macam nak cekik-cekik je leher panjang dia tu." luah Isya.
"Apa hukuman yang dia bagi kat kau?" Dengar sahaja pertanyaan Haura itu, hatinya bertambah geram.
"Kah tahu? Dia suruh aku bancuh kopi sebelum dia datang. Bukan tu je, dia suruh aku kemas bilik pejabat dia selepas dia balik. Kau rasa?" jawab Isya dengan mulut tercebik-cebik. Geram punya fasal.
"Hah?! Dia ingat kau orang gaji dia ke? Suka-suka hati je." Isya mengangguk-angguk tanda setuju.
"Kalau ikutkan hati aku ni, aku rasa macam nak berhenti kerja. Tapi bila aku fikirkan yang disebabkan dia aku hilang kerja. Aku sabar je. Dahlah sekarang ni susah nak cari kerja."
"Ooo... so mamat yang langgar kau hari tu, mamat senget nilah?" Isya mengangguk.
"Tapi tak apa... aku akan buat perhitungan dengan dia. Kau tunggu jelah, mamat senget."
"Aku sokong!" Haura siap mengangkat sebelah tangan tanda menyokong.
Perhitungan antara Aiden dan Isya bermula...
DOKTOR keluar dari wad kecemasan dengan wajah yang gelisah. Semua keluarga Aiden tidak sabar menanti jawapan daripada doktor itu.
"Doc, anak I okey ke? Dia selamat kan?" tanya Tan Sri Ahmad.
"Anak encik selamat cuma keadaaanya kritikal. Hentaman kuat pada bahagian kepala dia menyebabkan dia koma." Semua orang terkejut mendengar perkhabaran itu.
Sehingga Puan Sri Aminah terduduk di kerusi. Menitis air matanya, deras.
"Be... Berapa lama?" soal Tan Sri Ahmad lagi.
"Saya tak pasti. Mungkin sebulan atau beberapa bulan." terang doktor itu.
"Allahuakbar!" Kali ini Tan Sri Ahmad diserang sakit jantung. Dia memegang dadanya kuat akibat saking sakit yang dialami.
"Abang!" Semerta semua orang memegang Tan Sri Ahmad daripada jatuh.
"Nurse!" panggil doktor itu. Tidak sampai sesaat, muncul dua orang jururawat membawa kerusi roda. Mereka terus membawa Tan Sri Ahmad ke wad kecemasan.
'Ya Allah, selamatkanlah anak dan suamiku.' Doa Puan Sri Aminah di dalam hati.
"BARU balik?" tanya Kamelia sebaik sahaja Isya masuk ke dalam rumah.
Isya terkejut dengan soalan Kamelia itu menjawab, "Aah, bonda. Ada kerja sikit tadi... tu yang lambat balik."
"Banyaklah asalan kau! Hidup kau ni memang menyusahkan aku aje ya?" jerkah Kamelia.
Sejak dari kecil, Isya tidak dimanjakan oleh Kamelia. Dia sendiri tidak tahu apakah alasannya. Tapi dia bersyukur kerana walidnya, Daud menyayangi dia dan abangnya dengan sama rata.
"Apa yang bonda cakap ni? Isya buat apa?" tanya Isya, tidak puas hati.
"Amboi! Dah pandai melawan! Ini sebab asyik kena manja dengan bapak kau tulah!" bentak Kamelia.
"Kenapa pulak nak kaitkan walid dengan hal ni? Walid tak ada kaitan apa-apa pun."
"Ee! Geramnya aku dengan budak ni! Menjawab aje kerja kau! Kau meh sini!" Kamelia terus menggenggam tudung yang tersarung di kepala Isya.
"Aduh! Sakit bonda!" Isya meronta minta dilepas. Namun Kamelia tidak peduli.
"Sakit?! Masa kau melawan kau tak fikir pulak! Ha... rasakanlah!" Makin kuat genggaman Kamelia.
"Kamy!" Tiba-tiba suara Daud memenuhi ruang tamu itu. Kamelia terus melepaskan genggamannya.
"Awak ni gila ke apa?! Isya tu manusia bukannya binatang yang kamu boleh buat sesuka hati!" tempelak Daud atas sikap tidak berperikemanusiaan Kamelia itu.
Kamelia hanya diam membisu. Tidak berani memandang wajah bengis suaminya itu.
"Walid, Isya yang salah. Isya melawan bonda sebab tu bonda marah." Kamelia sempat mencebikkan bibirnya.
"Isya tak perlu nak bela bonda kamu ni. Memang perangai dia dari dulu macam ni. Dah, pergi naik atas. Mandi lepas tu turun bawah makan." Isya mengangguk sedikit. Dia terus berlalu naik ke atas.
"Hah...! Awak ikut saya!" arah Daud. Mahu tak mahu, Kamelia menurut sahaja.
Isya di tangga, ketawa terkekek-kekek. Seronok melihat bondanya dimarahi oleh walidnya. Tahu takut!
MEMANDANGKAN hari ini, hari Ahad, Isya merancang untuk berjoging di taman sekitar perumahannya.
Isya yang sudah bersiap berpakaian, duduk di muka pintu sambil menyarungkan kasut. Setelah itu, baru dia lengkap berpakaian untuk berjoging.
Isya baru selangkah keluar dari pagar, namanya diseru oleh Kamelia. Terus terhenti langkahnya.
"Isya! Kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni?! Tak reti duduk rumah?!" tanya Kamelia sambil bercekak pinggang di muka pintu.
"Ish! Sibuk jer, suka hati akulah nak pergi mana pun." bebel Isya sendirian.
"Ha...! Mulut tu dok terkebil-kebil... mengutuk akulah tu, kan?!" Isya menjeling tajam sebelum mengatur langkah mendekati Kamelia.
"Bonda nak apa ni? Isya nak pergi joginglah." Isya merengus.
"Hoi! Kurang ajar kau ya?! Aku tenyeh mulut kau tu dengan cili api baru kau tahu. Tak payah nak berjoging bagai! Pergi masuk, masak ke apa ke. Jangan nak mengelat aje!"
"Bonda..."
"Apa?! Nak membantah cakap aku?! Kau nak kena penampar?!" Kamelia sudah mengangkat sebelah tangannya. Bila-bila masa saja tapak tangannya itu hinggap di pipi Isya.
"Yelah! Isya kemas rumah. Puas hati?" Isya terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan geram.
"Itulah dia! Asyik nak melawan aje. Tegur sikit tak boleh. Besar kepala!" Kamelia sempat membebel kepada Isya. Isya yang dari jauh hanya memekakkan telinganya.
Share this novel