FARAH merupakan orang yang paling gembira apabila mendapat tahu bahawa Rita sudah sedar dari koma. Keadaan Rita stabil cuma dia perlu ditahan untuk beberapa hari lagi.
"Ibu?" Rita mengalirkan air mata sebaik saja melihat Farah di depan mata.
"Ya sayang..." Farah terus mencium lama dahi Rita. Dia benar-benar bersyukur kerana Rita sudah kembali ke pangkuannya.
"Ibu... Dah berapa lama Rita tak sedarkan diri?"
"Seminggu sayang. Tapi semua tu tak penting. Yang penting Rita dah sedar." Rita mengangguk lemah.
"Aiden mana? Dia tak jenguk Rita ke?" soal Rita sambil melihat sekeliling.
Farah berkerut, hairan dengan pertanyaan Rita.
"Ai... Aiden? Maksud Rita...?"
"Ibu... Aiden kan tunang Rita. Mestilah dia kena jenguk Rita bila Rita sakit kan?"
"Tunang? Tapi..."
"Tapi apa bu?"
'Tak! Aku tak boleh bagi tekanan kat Rita. Aku akan bagitahu perkara sebenar lepas Rita sembuh nanti.'
"Ibu?"
"Ha...! Aiden dia busy. Baru je dia balik lepas jenguk Rita pagi tadi." bohong Farah.
"Oh ye ke? Tak pelah... Nanti ibu call Aiden suruh dia datang sini. Rita nak jumpa."
"Aah... Okey. Rita rest dulu ya? Ibu jumpa doktor kejap." Rita mengangguk.
Di luar bilik wad, Farah terus menghubungi Dr. Shahid, doktor yang merawat Rita. Dia perlukan kepastian di atas kekeliruannya itu.
SEJAK kematian Imran, Isya menjadi murung. Semua serba tidak kena. Aiden juga tidak lagi bersikap dingin dan kasar. Aiden melayani Isya dengan baik.
Isya sedang bersiap di meja solek disapa oleh Aiden.
"Morning sayang!" sapa Aiden dengan riang.
"Morning..." balas Isya sekadar berbahasa.
Balasan Isya membuatkan Aiden tidak puas hati. Jadi, dia berfikir untuk mengusik Isya.
"Sayang, sayang ada nampak tak?" soal Aiden sambil mencari sesuatu.
"Nampak apa? Hati awak?" Aiden terus menggigit bibir.
'Haih! Taktik ni pun dia tahu.'
"Ala sayang ni... Abang beria-ria nak buat pickup line kat sayang, sayang boleh spoilkan. Ish, ish, ish..." Aiden menggeleng-geleng kepala.
Isya tidak mempamerkan apa-apa reaksi malah terus sahaja bangkit dan mencapai beg tangannya. Dia sudah bersedia untuk pergi dari situ.
"Eh, sayang! Kejaplah..." Aiden menghalang Isya dari pergi.
"Nak apa?" soal Isya, acuh tak acuh.
"Sayang tak elok tau marah-marah. Rezeki tak masuk." Isya diam seribu bahasa.
"Okey-okey. Sebenarnya abang nak minta tolong Isya ni. Benda kecil aje... Please."
"Nak minta tolong apa?"
"Isya kerja semula dekat company papa, boleh?"
Isya terus berubah riak wajah.
"Apa awak merepek ni? Saya dah ada business saya sendiri takkanlah saya nak kerja pula kat company papa."
"Ya, abang tahu. Tapi..."
"Saya dah lambat. Assalamualaikum."
Tanpa menunggu lama, Isya pergi tanpa menunggu balasan daripada Aiden.
Aiden mengeluh, "Susah betul nak pujuk perempuan ni. Keras kepala!"
Namun dia tidak boleh berputus asa. Dia harus memujuk Isya sehingga dia bersetuju untuk bekerja semula di syarikat Tihani Mega Enterprise.
DAUD baru pulang dari menziarahi kubur arwah Imran. Dia tidak sengaja mendengar perbualan antara Huda dan Kamelia semasa hendak menuju ke biliknya.
"Lepas ni apa pula rancangan kita? Yelah mama sendiri tahu si Isya tu diam diam ubi berisi."
"Aku tahulah! Sekarang ni kita kena cepat-cepat masuk jarum sebelum si Isya tu kuat semula."
"Tapi macam ma? Kamy ni bukannya baik sangat dengan si Isya tu."
Huda menepuk dahi Kamelia. Kamelia mengaduh sakit sambil memegang dahinya.
"Bodoh! Apa gunanya Daud tu jadi suami kau? Kau gunakanlah dia sebagai umpan!"
Perbualan antara Huda dengan Kamelia terus terbantut apabila Daud muncul di muka pintu.
Daud menghampiri Kamelia dan menampar pipinya.
"Dasar isteri kurang ajar! Sampai hati kau buat aku macam ni?!" jerkah Daud.
"Abang, Kamy boleh explain."
"Diam! Kau orang berdua ni memang kejam! Daud tak sangka mama boleh buat kerja keji macam ni!"
"Memang aku kejam! Kau nak buat apa? Nak report polis? Report lah!"
"Dahlah bang..." pujuk Kamelia. Dia memegang lengan Daud. Daud menepisnya kasar.
"Kamelia binti Shahid, aku ceraikan kau dengan talak 3!"
Kamelia dan Huda tergamam. Tidak menyangka Daud boleh bertindak sebegini rupa. Akhirnya, rancangan mereka berbalik kepada diri mereka sendiri.
KNOCK, KNOCK!
"Masuk!" arah Aiden. Rayyan masuk ke dalam bilik pejabat Aiden lalu duduk di hadapan meja kerja Aiden.
"Kau pahal tetiba muncul kat office aku ni?" soal Aiden tetapi tangan masih lincah menaip.
"Aku nak bincang sikit dengan kau pasal Rita."
Kali ini, Aiden memandang tepat wajah Rayyan.
"Rita... Dia dah sedar dari koma tapi dia hilang ingatan."
"What?! Hilang ingatan? Means dia tak ingat yang dia dah kahwin dengan kau?" Rayyan mengangguk.
"Habistu doktor cakap apa? Sementara or what?"
"Doktor cakap Rita hilang ingatan bagi beberapa tahun lepas. Dia cuma ingat yang dia bertunang dengan kau dan kau orang tengah buat persiapan untuk wedding kau orang." jelas Rayyan.
Aiden berfikir sejenak.
"So, kau nak aku tolong berlakon jadi tunang dia semula?"
"Yes..."
Share this novel