SAC 35

Romance Completed 94725

RAYYAN sedang lena diulit mimpi diganggu dengan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu. Dalam keadaan separuh mamai, Rayyan membuka pintu.

"Polis! Jangan bergerak!" Seorang pegawai polis mengacukan pistol di kepala Rayyan.

Rayyan terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. Sudah tidak sempat untuk dia melarikan diri.

"Gari tangan dia." arah pegawai polis tadi.

Dua orang pegawai polis lain segera mendekati Rayyan. Salah seorang daripada mereka menggari tangan Rayyan.

"Bawa dia masuk kereta."

"Baik, tuan!"

Saat mahu menuju ke kereta polis yang diparkir di luar, Rayyan terlihat Dee bersama seorang pegawai polis.

"Kau!"

Rayyan terus menolak kedua-dua pegawai polis yang memegangnya itu lalu ingin menerkam Dee. Namun Rayyan sempat dihalang.

"Aku patut bunuh kau dari dulu, Dee! Kau memang tak guna! Sial!" jerkah Rayyan.

Dee hanya diam sahaja. Apa yang penting baginya, Rayyan sudah ditangkap.

"Cik Dee, terima kasih atas kerjasama anda. Tapi kami terpaksa menahan cik di atas tuduhan bersubahat."

"Saya faham, Puan. Tapi boleh saya minta sesuatu?"

"Ya, teruskan."

"Saya nak jumpa dengan ibu saya, Farah."

"Baik, kami akan minta ibu cik untuk datang ke balai." Dee mengangguk sedikit.

Walaupun dia tidak mahu, dia harus menghadapinya. Dia perlu terima hukuman di atas perbuatannya.

'Rita, kak Dee minta maaf. Kak Dee gagal jadi kakak yang baik untuk Rita. Rita tenanglah di sana, ya?'

JAM menunjukkan pukul 8.30 pagi. Isya masih tidur di atas sofa, menunggu Aiden sedar. Tan Sri Ahmad memandang sayu wajah Isya dan Aiden silih berganti.

Tan Sri Ahmad mengeluh panjang.

"Pa..."

Tan Sri Ahmad terus menoleh ke arah Aiden. Panggilan itu memang dari Aiden. Aiden sudah sedar.

"Aiden! Syukur Aiden dah sedar." ujar Tan Sri Ahmad. Tidak lekang bibirnya dengan senyuman.

"Alhamdulillah, pa. Tapi kenapa papa tak buka lampu?"

Tan Sri Ahmad terus tersentak. Apa yang dijangka, memang benar terjadi.

"Ai-Aiden... Langsung tak nampak?"

"Yelah, pa kan gelap. Macam mana Aiden nak nampak."

"Astaghfirullah Al Azim!" Tan Sri Ahmad tidak dapat menahan sedih, dia terus menangis.

"Pa... Kenapa papa nangis? Pa?"

Isya terdengar tangisan Tan Sri Ahmad itu terjaga dari tidur. Dia bangkit dari pembaringan.

"Pa?"

Terdengar saja suara Isya, Aiden terus turun dari katil. Akibatnya, dia terjatuh ke atas lantai.

"Abang!" Isya bangun dan berlari mendapatkan Aiden.

"Isya... Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Tapi tolong jangan tinggalkan abang." rayu Aiden dengan bersungguh-sungguh.

Aiden meraba-raba mencari tangan Isya.

"Isya?"

Tiba-tiba Aiden terfikir sesuatu.

"Isya... Jujur dengan abang. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa abang tak nampak apa-apa? Kenapa?!"

"Aiden... Sabar nak."

Aiden menggeleng-geleng kepala.

"Tak... Aiden tak buta kan pa? Hah, Isya? Papa bergurau kan?"

Isya tidak sanggup lagi melihat keadaan Aiden. Dia terus meraih tangan Aiden dan menciumnya.

"Isya minta maaf, bang. Isya punca abang jadi macam ni. Semuanya salah Isya!"

Aiden terus diam membisu.

"Abang..."

"Keluar. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Isya terus mengangkat wajah.

"Apa abang cakap ni?"

"Keluar!" Aiden merentap tangannya daripada pegangan Isya.

"Aiden, itu isteri kamu. Kenapa kamu halau dia?"

"Dia bukan isteri Aiden. Aiden tak ada isteri yang sanggup buat laki dia macam ni."

"Aiden! Isya tak salah dan kamu tak ada hak untuk salahkan dia. Ini semua takdir."

"No, pa! Kalau Aiden tak kejar perempuan ni, Aiden takkan jatuh tangga. Dan Aiden takkan buta!"

Isya terus memeluk Aiden sambil menangis. Tapi pelukan Isya ditolak kuat.

"Kau berambus! Berambus!"

Tiba-tiba, kepala Aiden berdenyut. Dia berasa sakit sangat sehingga dia memegang kepalanya.

Isya mahu mendekati Aiden tapi suara Aiden menghalangnya.

"Kau jangan berani dekat dengan aku. Aku jijik dengan perempuan macam kau! Ah!"

Tan Sri Ahmad terus mendekati Aiden.

"Isya keluar dulu. Biar Aiden tenangkan diri dia."

"Tapi pa..."

"Please Isya..."

Lambat-lambat, Isya bangun dan melangkah keluar dari bilik wad itu. Hatinya begitu luluh apabila suaminya sendiri menyalahkan dia atas apa yang terjadi.

SUASANA di kampung sememangnya menyamankan. Kawasan yang lapang serta dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau. Sungguh indah!

Aiman yang sedang berdiri di beranda, disapa oleh Jamilah. Bahu Aiman disentuh lembut.

"Cantik kan kampung ni?"

Aiman menoleh sambil tersenyum.

"Cantik! Aiman rasa tenang kat sini."

"Baguslah kalau macam tu. Lagipun doktor dah pesan yang Aiman perlu pergi tempat-tempat yang tenang macam kat sini."

"Betul tu, ma. Terima kasih, ma sebab bawa Aiman kat sini."

Jamilah mengelus-elus pipi Aiman.

"Mama sanggup buat apa saja demi anak mama ni."

Aiman meraih kedua-dua tangan Jamilah. Dia menciumnya.

"Man tahu mama sanggup buat apa saja untuk Man. Man aje selama ni yang tak hargai pengorbanan mama."

"It's okay, sayang. Mama tak pernah salahkan Man."

"Man janji dengan mama. Mulai saat ini, Man akan jaga mama hingga akhir nafas Man."

"Insya-Allah, Man."

Aiman meraih tubuh Jamilah lalu memeluknya erat. Dahi Jamilah dicium penuh kasih.

Kasih dan sayang seorang ibu itu tiada berpenhujung. Kasih dan sayang mereka terhadap anak-anak melebihi segala-galanya. Itulah kasih sayang seorang ibu.

FAIL di atas meja ditolak sehingga jatuh berselerak di atas lantai. Kamelia hanya berdiri kaku di hadapan meja.

"Tak guna! Semua plan aku tak jadi! Apa yang liat sangat nyawa budak tu sampai susah sangat nak mampus?!" tempelak Huda.

Huda memandang ke arah Kamelia pula. Kamelia juga turut dimarahi.

"Kau punya pasal semua rancangan aku gagal! Kau dengan adik kau tu sama je lembap!"

"Kamy... Kamy dah buat apa yang mama suruh. Tapi tak sangka pula Aiden yang jatuh."

"Tak sangka kepala otak kau! Kalau kau plan betul-betul, semua ni takkan jadi! Kau tahu kan si Aiden tu berharga. Kalau dia mampus macam mana?!"

Kamelia tertunduk. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Huda.

"Sekarang ni, aku nak kau pergi hospital. Dapatkan aku info terkini."

Huda melihat Kamelia masih tidak berganjak.

"Kau tunggu apa lagi?! Pergi lah cepat!"

Kamelia tersentak dengan jerkahan Huda. Dia segera keluar dari bilik pejabat Huda.

Huda merengus kuat.

"Pening kepala aku. Semuanya tak boleh pakai!"

JAUH di sudut hati Isya, masih tersimpan rasa cinta pada Aiden. Tetapi bila dia teringat akan perbuatan Aiden, kebencian mengatasi cintanya.

Dia perlu bertahan dengan segala cemuhan dan cacian daripada Aiden. Dia perlu berpura-pura rasa bersalah atas apa yang terjadi terhadap Aiden.

"Kalau aku nak dia mengaku sendiri jenayah dia, aku kena kekal di sisi dia. Aku kena tunjuk yang aku masih cintakan dia dan sanggup buat apa saja untuk dapatkan cinta dia semula." bicara Isya pada diri sendiri.

Kamelia tiba di hospital, dia terlihat Isya sedang duduk di luar wad Aiden. Dia menuju ke arah Isya.

"Isya?" panggil Kamelia.

Isya menoleh, dia berasa marah saat melihat wajah tidak bersalah Kamelia itu.

"Kau buat kat sini? Kau nak rampas siapa lagi dari aku?" soal Isya dengan penuh sinis.

"Isya cakap apa ni? Bonda tak faham."

"Tak payah nak pura-puralah! Aku tahu semua rancangan kau dengan Tok Ma."

"Rancangan apa? Isya... Bonda betul-betul tak faham." ujar Kamelia sambil ingin memegang lengan Isya.

"Kau tak layak nak sentuh aku! Kau bukan mak aku. Aku cuma ada seorang ibu dan ibu aku dah meninggal." ujar Isya dengan tegas.

"Isya... Kenapa ni? Cuba cerita kat bonda apa yang dah jadi."

"Diam! Aku dah masak dengan drama kau! Kau pergi balik ajelah!"

"Isya? Kamelia?"

Tan Sri Ahmad yang terdengar pertengkaran Isya dan Kamelia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Tan Sri... Saya tak tahu apa yang dah jadi sampai Isya marah saya."

"Hey! Kau jangan nak libatkan papa dalam hal ni! Kau berambus!"

"Isya! Kenapa tinggikan suara dekat bonda? Itu kan bonda Isya."

"Dia ni bukan bonda Isya, pa. Ibu Isya dah lama meninggal."

"Astaghfirullah Al Azim! Isya cakap apa ni? Apa yang dah rasuk kamu ni?"

Isya menoleh ke arah Tan Sri Ahmad.

"Pa... Untuk pengetahuan papa, perempuan ni dengan orang tua tu yang bunuh abang dan ibu Isya!"

Kamelia terus cuak. Air liur yang ditelan terasa pahit.

"Is-Isya cakap apa ni? Takkan bonda nak buat macam tu kat anak dan kakak bonda sendiri."

"Sudahlah! Jangan nak berpura-pura!"

"Isya pasti ke? Ada bukti?"

"Ada! Bila-bila masa aje Isya boleh bagi kat polis."

Kamelia terus memegang lengan Isya.

"Isya... Jangan buat bonda macam ni. Bonda tak salah Isya."

Isya merentap lengannya daripada pegangan Kamelia.

"Dasar penipu! Aku takkan percayakan kau! Kau pembunuh!"

"Tak Isya... Tak...!" Kamelia merayu dan terus merayu. Dia sanggup melutut di hadapan Isya.

"Ya Allah! Kamy bangun." arah Tan Sri Ahmad.

Isya hanya membiarkan sahaja. Dia sudah tidak peduli dengan apa jua tanggapan bapa mertuanya terhadapnya.

"Tan Sri, tolong bagitahu Isya yang saya tak salah!"

"Kamy... Kamy balik dulu. Biar saya yang uruskan."

"Tapi Tan Sri..."

"Tak apa... Saya janji saya akan bincang hal ni dengan Isya baik-baik. Pergi balik dulu."

Kamelia sempat memandang wajah penuh benci Isya itu sebelum pergi dari situ.

Tan Sri Ahmad berpaling ke belakang. Dia memandang Isya dan keluhan dilepaskan.

"Isya buat semua ni sebab Isya tahu perangai dia orang macam mana. Isya minta maaf kalau perbuatan Isya ni melampau."

Tan Sri Ahmad mendekati Isya.

"Papa tak tahu apa yang jadi antara kamu dengan bonda kamu. Tapi jangan malukan bonda kamu depan orang ramai macam ni."

"Isya minta maaf. Isya pergi surau dulu, nak solat."

"Hah, yelah. Tenangkan diri kamu tu."

Isya pergi menuju ke surau. Mungkin betul apa yang Tan Sri Ahmad katakan, dia terlalu ikutkan emosi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience