PEJAM celik, pejam celik, sudah genap 4 tahun Aiden meninggalkan mereka sekeluarga. Hari-hari tanpanya memang sukar bagi mereka terutamanya Isya.
Rawatan Isya juga hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Doktor mengatakan progress Isya semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah.
Hari ini, Rihanna mengajak Isya ke butik untuk menempah baju kahwin. Baru dua bulan berkenalan, mereka memutuskan untuk ke tahap yang seterusnya.
"Selamat datang, cik Rihanna dan puan Isya. Saya Laila, staf di sini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" sapa staf bernama Laila itu.
"Ya, saya nak jumpa boss awak, Yana ada?" tanya Rihanna. Dayana atau dikenali sebagai Yana merupakan kawan baik Rihanna sewaktu di London dulu.
"Ada, sekejap ya? Saya panggilkan. Cik Rihanna dengan Puan Isya bolehlah tengok-tengok dulu koleksi baru kami." Mereka mengangguk.
Isya melihat beberapa baju kahwin yang begitu menarik perhatian. Jahitan yang sangat kemas serta hiasan yang simple tapi elegant.
"Isya, tengok baju ni! Cantik kan?" Rihanna menunjukkannya sepasang baju kurung moden. Ya, ianya sungguh cantik.
"Cantik. Sesuai kalau awak pakai."
"Saya? Not my taste! Ini awak punya." Isya membuntang biji matanya.
"Hah? Kenapa pula saya? Bukan saya yang nak kahwin."
"Memanglah! Tapi baju ni bukan aje untuk orang yang nak kahwin tapi untuk bridesmaid pun cantik tau."
"Betul tu, Hanna." sela Dayana. Rihanna segera memeluk kawan baiknya itu. Melepaskan rindu.
"Lama aku tak jumpa kau! Tup-tup... Nak kahwin!" Rihanna memukul lembut bahu Dayana.
"Ish, kau ni! Aku busylah! Bukan cam kau... Dah jadi boss."
"Oh, hello! Hang pun owner syarikat fashion designer. Cuma hang tak jual baju kahwin aje." Keluar sudah longhat Kedahnya.
"Yelah, hah... Ini aku nak kenalkan. Isteri Aiden, Isya."
"Saya ada dengar pasal Aiden. Takziah ya?" ujar Dayana.
"It's okay. Terima kasih."
"Okeylah! Jom, tunjuk aku baju kahwin paling popular kat kedai kau ni."
"Eh, jap! Mana tunang kau?"
"Dia pergi outstation. Tu yang aku ajak Isya." Dayana mengangguk faham.
"Eh, dah lah jom!"
Mereka bertiga sibuk memilih pelbagai rekaan baju kahwin. Namun, hanya satu saja yang melekat di hati.
"Okey, baju kahwin aku dah settle. Sekarang ni baju untuk Isya."
"Eh, tak nak lah! Saya pakai je baju yang ada."
"No! You're my friend. So, no biasa-biasa. Kena LUAR biasa. And..." Rihanna mengambil baju kurung moden yang ditunjukkan tadi.
"This is the best! Trust me."
Isya teragak-agak untuk menerimnya tapi siapa yang tidak kenal Rihanna. Tiada siapa yang dapat mengalahkan pujukannya itu.
HAURA dan Ika melangkah keluar dari penjara. Satu sinar baru dapat dirasai oleh mereka. Di hujung sana, terlihat Isya sedang tersenyum ke arah mereka. Mereka berdua berlari ke arah Isya.
"Isya!" Mereka memeluk Isya dengan erat. Mengalir air mata kegembiraan.
"Aku happy sangat tengok kau orang dah bebas. Nanti kita boleh lepak sama-sama macam dulu." ujar Isya.
"Kita orang pun happy sangat dapat jumpa kau lagi, Isya. Tapi rasa bersalah tu masih ada." balas Haura sambil tertunduk malu. Ika juga bergitu.
Isya meraih kedua-dua tangan Haura dan Ika. Dia menggenggam erat tangan mereka.
"Kau orang sahabat aku. Walaupun kau orang dah buat jahat kat aku tapi aku percaya yang kau orang takkan ulangi lagi." Bergenang air mata di tubir mata mereka berdua.
"Terima kasih, Isya. Kaulah sahabat dunia dan akhirat kita orang." ucap Ika.
"Dah, no more sedih, sedih. Jom... Aku belanja makan. Aku tahu kau orang dah bosan makanan kat dalam penjara tu."
"Betul tu, Isya. Aku teringin nak lamb chop, fries... Macam-macan lagi lah!" jawab Haura.
"Ish, kau ni, Haura. Ingat makan aje." marah Ika.
Isya ketawa kecil, "It's okay. Aku boleh belanja kau orang makan western."
"Yeay! Love you, Isya."
"Love you too." Mereka ketawa bahagia.
MAJLIS persandingan Rihanna dan pasangannya, Emir berlangsung di sebuah hotel. Ramai tetamu yang hadir. Suasana di dalam dewan begitu riuh-rendah.
Ada tetamu yang sibuk mengambil gambar bersama pengantin. Ada juga yang sibuk menjamu selera.
Ika, Haura dan Isya pula sibuk melayan tetamu. Tidak menang tangan mereka untuk menguruskan segalanya.
"Isya, makanan kat sana dah habis. Aku bagitahu dia orang ek?" soal Ika.
"Hah, okey." Ika mahu pergi tapi Isya melarang.
"Jap, Haura mana?"
"Oh, Haura kat belakang. Dia tengah uruskan sagu hati." Isya mengangguk. Ika terus pergi ke destinasinya.
Saat Isya mahu mencari Haura, ada seseorang menarik lengannya. Langkahnya terhenti serta-merta. Dia berpaling ke belakang.
"Uncle Amin?" Dato Amin melepaskan pegangannya.
"Boleh kita berbual sebentar? Ada benda uncle nak beritahu kamu."
"Sorry, uncle. Isya busy. Nanti, nanti jelah." Isya mahu pergi tetapi terhenti kerana kata-kata Dato Amin.
"Aiden yang suruh uncle jangan datang majlis tahlil tu." Isya terus berpaling ke belakang. Dia mendekati Dato Amin.
"Apa uncle cakap?"
"Ya, Isya. Malam sebelum dia pergi tinggalkan kita semua, dia ada suruh Naim untuk call uncle. Dia kata mungkin dia dah tak lama."
Dato Amin menarik nafas dahulu sebelum bersuara semula, "Malam tu juga aunty sakit tenat. Syarikat uncle pula ada problem. Sebab tu Aiden tak benarkan uncle balik."
"Jadi, kenapa perlu tunggu setahun untuk balik Malaysia. Itupun, uncle masih tak lawat kubur arwah, kan?"
"Ya, uncle nak balik Malaysia tapi keadaan aunty tak mengizinkan. Aunty dimasukkan wad dan terpaksa ditidurkan."
"Kalau betul, kenapa Hanna tak cakap apa-apa pun. Dia pun tak sibuk nak balik London tengok aunty." soal Isya tidak percaya.
"Uncle tak bagitahu Hanna tentang ni sebab uncle tak nak dia tertekan. Dia cukup sedih dengan kehilangan Aiden."
"Uncle tahu kan, Aiden tu sayang sangat dekat uncle. Dia sanggup buat apa saja untuk uncle." Dato Amin menangis lalu tertunduk hampa.
"Uncle tersempit Isya. Uncle terpaksa pilih antara Aiden dan keluarga uncle."
"Isya memang marah sangat dekat uncle tapi Isya tahu dan faham keadaan uncle. Isya nak minta maaf juga kat uncle."
"Tak, Isya... Isya berhak marah uncle. Uncle yang sepatutnya minta maaf pada Isya."
"Isya maafkan uncle tapi dengan satu syarat."
"Apa dia?"
"Uncle kena ikut Isya pergi melawat kubur Aiden. Boleh?" Dato Amin mengangguk sambil menangis.
'Maafkan Isya, abang. Isya dah salah anggap tentang uncle Amin.' gumam Isya di dalam hati.
KEBAHAGIAAN yang diimpikan, mungkin tidak tercapai. Namun begitu, kebahagiaan yang sebenar lebih bermakna. Dia akui separuh bahagianya pergi bersama Aiden tapi dia tetap merasai kebahagiaan itu bersama orang tersayang.
Isya sudah disahkan pulih sepenuhnya. Dia tidak perlu menjalani rawatan lagi. Kini, dia lebih menghargai setiap detik yang hadir dalam hidupnya.
Sepanjang 5 tahun ini, tidak pernah sekali pun dia berharap untuk berjumpa dengan lelaki lain. Cukup hanya satu lelaki yang bertakhta di hatinya.
Selagi ada cinta, tiada apa yang perlu diharapkan. Begitulah cintanya pada Aiden. Cinta yang akan berkekalan hingga hujung nyawa.
Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi baca karya Hanan yang tak seberapa ni. Hanan akan cuba menulis novel² yang lebih menarik selepas ini. Insya-Allah. Doakan ya? Love you All!
Share this novel